Thursday, September 30, 2010

OLD AGE



An older couple was lying in bed one night. The husband was falling a sleep, but the wife felt romantic and wanted to talk.

She said, "You use to hold my hand when we were courting."

Wearily he reached across, held her hand for a second, and tried to get back to sleep. A few moments later she said, "Then you used to kiss me."

Mildly irritated, he reached across, gave her a peck on the cheek and settled down to sleep.

Thirty seconds later she said. "Then you use to bite my neck.

"Angrily, he threw back the bed clothes and got out of bed.

"Where are you going ?" she asked.

"To get my teeth!"

Wednesday, September 29, 2010

NOT MY PROBLEM



A little mouse living on a farm was looking through a crack in the wall one day and saw the farmer and his wife opening a package. The mouse was intrigued by what food the package may contain. He was aghast to discover that it was a mousetrap.

The mouse ran to the farmyard warning everyone,"there is a mouse trap in the house, there is a mouse trap in the house."


The chicken raised its head and said "Mr. Mouse, I can tell you, this trap may be of grave concern to you, but it of no consequence to me and I cannot be bothered with it."


The mouse then turned to the pig . "I am so very sorry Mr. Mouse, but the trap is no concern of mine either!"

The mouse then turned to the bull . "Sounds like you have a problem Mr. Mouse, but not one that concerns me."


The mouse returned to the house, head down and dejected that no one would help him or was even remotely concerned about his dilemma.

He knew he had to face the trap on his own. That night the sound of a trap catching its prey was heard throughout the house. The farmer's wife rushed to see what was caught.
In the darkness she could not see that it was a venomous snake whose tail had been caught by the trap .

The snake bit the farmer's wife.
The wife caught a bad fever and the farmer knew the best way to treat a fever was with chicken soup.
The farmer took his hatchet to the farmyard to get the soup's main ingredient.


The wife got sicker and friends and neighbors came by to take turns sitting with her round the clock. The farmer knew he had to feed them, so he butchered the pig.



The farmer's wife did not get better.
In fact, she died and so many friends and family came to her funeral that the farmer had to slaughter the bull to feed all of them.


So the next time we hear that SOMEONE is facing a problem and think it does not concern or effect us, let us remember that, when anyone of us is in trouble, we are all at risk.

IT IS BECAUSE:
INJUSTICE ANYWHERE IS A THREAT TO JUSTICE EVERYWHERE
Dr. Martin Luther King
EACH OF US IS A VITAL THREAD
IN ANOTHER PERSON'S TAPESTRY

Erti CINTA

“Adakah tapak tanganmu berkeringat, hatimu
berdebar kencang dan suaramu tersekat di dadamu?
Itu bukan Cinta, itu SUKA.

Adakah kamu tidak dapat melepaskan pandangan
mata darinya?
Itu bukan Cinta, itu NAFSU.

Adakah kamu menginginkannya kerana kamu tahu
ia ada di sana?
Itu bukan Cinta, itu KESEPIAN.

Adakah kamu mencintainya kerana itulah yang
diinginkan semua orang?
Itu bukan Cinta, itu KESETIAAN.

Adakah kamu tetap mengatakan kamu
menyintainya kerana kamu tidak ingin melukai
hatinya?
Itu bukan Cinta, itu BELAS KASIHAN.

Adakah kamu menjadi miliknya kerana pandangan
matanya membuat hatimu melompat?
Itu bukan Cinta, itu TERGILA-GILA.

Adakah kamu memaafkan kesalahannya kerana
kamu mengambil berat tentangnya?
Itu bukan Cinta, itu PERSAHABATAN.

Adakah kamu mengatakan padanya bahawa setiap
hari hanya dia yang kamu fikirkan?
Itu bukan Cinta, itu DUSTA.

Adakah kamu rela memberikan semua perkara
yang kamu senangi untuk kepentingan dirinya?
Itu bukan Cinta, itu KEMURAHAN HATI.

Tetapi

Adakah kamu tetap bertahan kerana campuran
antara kesakitan dan kegembiraan yang
membutakan dan tak terfahami … menarikmu
mendekati dan tetap bersamanya?
ITULAH CINTA.

Apakah kamu menerima kesalahannya kerna itu
bahagian dirinya dan siapa dirinya?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu tertarik dengan orang lain tapi setia
dengannya tanpa penyesalan?
Jika demikian, ITULAH CINTA.

Adakah kamu menangis kerana kesakitannya
walaupun saat itu dia kuat?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu sakit dan hancur ketika dia
bersedih?
ITULAH CINTA.

Adakah hatimu gembira ketika dia berbahagia?
ITULAH CINTA.

Adakah matanya melihat hatimu dan menyentuh
jiwamu begitu mendalam sehingga menusuk?
Yang demikian itulah namanya CINTA.

TAKUT BINI

Al-kisahnya, pada zaman dahulu kala, seorang Raja yang takut bini, telah memerintahkan sekelian rakyatnya, LELAKI sahaja, berkumpul di suatu tempat seumpama stadium zaman sekarang.

Titah Raja: Wahai sekelian rakyat beta, sesiapa yang takut bini, semua berkumpul di sebelah kanan beta. Dan, sebaliknya, di sebelah kiri beta.

Maka, tanpa berlengah kesemua yang hadir berkejaran ke sebelah kanan Baginda, kecuali seorang sambil memeluk sebatang tiang.

Titah Raja (dalam hati): Hari ini aku dapat ilmu tak takut bini.

Titah Raja: Wahai saudara, kemari mengadap beta.

Lelaki: Tuanku lah ke mari ke tempat patik.

Titah Raja: Eh! Kamu lah kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja: Heh! Aku Raja kamu. Kamu kemari.

Lelaki: Tuanku lah kemari.

Titah Raja (dalam hati): Tak pa, ilmu punya pasal aku pergi.

Lalu Baginda pun mencemar duli ke tempat lelaki tadi. Sesampai sahaja di tempat lelaki tadi, Baginda pun bertanya.

Titah Raja: Apakah rahsia sebenar kamu, tidak takut bini ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, patik lah orang yang paling takut pada bini.

Titah Raja: Kan tadi Beta telah arahkan, sesiapa yang takut bini ke sebelah kanan Beta. Kenapa kamu tidak menurut perintah Beta ?

Lelaki: Sebenarnya tuanku, ISTERI patik telah berpesan kepada patik supaya, TUNGGU DI TIANG INI DAN JANGAN KE MANA-MANA SEHINGGA DIA DATANG.

Renungan Bersama

SEBAGAI RENUNGAN UNTUK INSAN YANG BERGELAR MANUSIA



Adik cuma nak tanya ibu, kenapa begini jadinya? cinta Feb
cid:1.3866355333@web43415.mail.sp1.yahoo.com
Bu, adik Cuma ingin bertanya…
Rasanya ibu tak akan mampu menjawabnya. ..
Ibu ingat 14 feb tak
Malam tu ibu ada janji temu
Ibu jumpa jejaka tu
Ibu kata dia cintakan ibu

Benarkah bu?

cid:2.3866355333@web43415.mail.sp1.yahoo.com

Dia puji dan puja ibu
Dia rayu dan belai ibu
Katanya cintanya hanya untuk ibu

Benarkah bu?

cid:3.3866355333@web43415.mail.sp1.yahoo.com


Ibu terkhayal dengan bujukannya
Ibu terbuai dalam bicaranya
Ibu terlena oleh bisikannya
Benarkah bu?

cid:4.3866355333@web43415.mail.sp1.yahoo.com

Ibu tak kisah dia peluk ibu
Ibu izin dia sentuh jasad ibu
Ibu puas dapat buktikan setia ibu
Macam dia kata.. mahu bukti cinta dari ibu
Tapi benarkah bu?

cid:5.3866355333@web43415.mail.sp1.yahoo.com
Masa berlalu,
Hari ini lepas 9 bulan...
Pohon yang ibu dan lelaki tu tanam telah membuahkan hasil
Hari ini buah cinta kalian telah terzahir
Hari ini bukti kasih jejaka itu pada ibu telah lahir...
tapi benarkah bu?

cid:6.3866355333@web43415.mail.sp1.yahoo.com


Kenapa dia tidak sama menyambut kami?
Kemana dia telah pergi tidak azankan kami?
Mengapa ibu pun benci kami?
Sedangkan inilah semaian tanda cinta kalian?

Mengapa ibu?

cid:7.3866355333@web43415.mail.sp1.yahoo.com

Tak terasakah sakit dan perit
tak berbakikah kasih dan sayang dan
Tidak lagi kah ibu berTuhan?

Benarkah ibu?
Benarkah begitu?

cid:8.3866355333@web43415.mail.sp1.yahoo.com

adik cuma nak tanya je bu.....
cid:9.3866355333@web43415.mail.sp1.yahoo.com



Renung renung kanlah !!!

-Bila seronok, aku cari....
pasanganku
-Bila sedih, aku cari....
Mak
-Bila berjaya, aku ceritakan pada....
pasanganku
-Bila gagal, aku ceritakan pada...
.Mak
-Bila bahagia, aku peluk erat....
pasanganku
-Bila berduka, aku peluk erat....
Emakku
-Bila nak bercuti, aku bawa....
pasanganku
-Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....
Mak
-Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada
pasanganku
-Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan
"Selamat Hari Ibu"
-Selalu.. aku ingat
pasanganku
-Selalu....
Mak ingat kat aku
-Bila-bila.. . aku akan talipon
pasanganku
-Entah bila... aku nak talipon
Mak
-Selalu...aku belikan hadiah untuk
pasanganku
-Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk
Emak
-Renungkan:
-"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
-bolehkah kau kirim wang untuk
Mak?
-
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".

-Berderai air mata jika kita mendengarnya. .......

-Tapi kalau Mak sudah tiada....... ...
-
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....

-Berapa ramai yang sanggup
menyuapkan ibunya....
-berapa ramai yang sanggup
mencuci muntah ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup.
mengantikan lampin ibunya.....
-berapa ramai yang sanggup.....
membersihkan najis ibunya...... .
-berapa ramai yang sanggup..... ..
membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
-berapa ramai yang sanggup
berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....

-Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
-"Jika kamu menyayangi ibumu, "forward"kanlah Email ini kepada sahabat- sahabat anda.

Pernahkah kita berdakwah?

Kiriman seorang ahli jemaah masjid al-munawwarah untuk makluman anda.

Aku, Lim dan Islam

by Abdullah Dari Jeram Pasu on Monday, September 6, 2010 at 10:11am

Aku punya seorang rakan baik dari zaman kanak-kanak. Lim Wei Choon. Sana-sama bersekolah rendah hingga ke peringkat menengah . Selepas SPM. Aku masuk ke Tingkatan 6, manakala Lim dihantar keluarganya melanjutkan pelajaran ke Amerika Syarikat. Kenangan sewaktu kanak-kanak hingga ke zaman remaja terlalu banyak yang dikongsi bersama. Setiap kali hariraya menjelang, Lim pasti berkunjung ke rumah ku untuk menikmati dodol arwah ayahku yang amat digemarinya.

kadangkala, jika ada kenduri kendara dirumahku, pasti Lim akan turut serta. Aku jarang ke rumahnya kecuali umtuk beberapa sambutan seperti harijadi dan juga Tahun Baru Cina. Aku takut dengan anjing peliharaan keluarga Lim. Dengan Lim juga aku belajar matematik manakala subjek Bahasa Malaysia sering menjadi rujukannya padaku.

Kenangan-kenangan seperti memancing, mandi jeram, ponteng sekolah untuk melihat pertandingan 'breakdance', semuanya kami kongsi bersama-sama. Apa yang ingin kunyatakan ialah, warna kulit dan perbezaan ugama tidak pernah menjadi penghalang persahabatan kami.

20 tahun telah berlalu, Lim telah menetap di Amerika setelah berjaya mendapat Green Card, beliau bekerja disana. Itu yang kuketahui dari kakaknya. Hubungan ku dengan Lim terputus setelah dia melanjutkan pelajaran. maklumlah, dizaman kami dulu tiada internet, email atau telefon bimbit, yang ada cuma sesekali menghantar poskad bertanya khabar. Untuk menulis surat kepada lelaki amat malas kami rasakan.

Suatu pagi. Aku bertembung dengan kakak Lim di pasar , kakaknya memberitahu Lim akan pulang ke tanahair. Dan aku amat terkejut dengan berita yang kudengar dari kakaknya. " He's name is no more Lim Wei Choon. He's now Ahmad Zulfakar Lim since 5 years ago. ..Subhanallah! Syukur Alhamdulillah, rakan baikku telah menemui hidayah dari Allah S.W.T. Memang aku tak sabar untuk berjumpa dengannya lebih-lebih lagi setelah menjadi saudara seagama denganku.

Hari yang kutunggu-tunggu telah tiba, dan petang itu aku berkesempatan bertemu dengan Lim dirumahnya. Ada satu keraian istimewa sempena menyambut kepulangannya. Ketika aku tiba, tetamu sudah semakin berkurangan.

....Itulah kalimat pertama dari mulutnya, wajahnya sudah jauh berubah, air mukanya amat redup dan tenang. Aku menjawab salam dan berpelukan dengannya dan kami menangis umpama kekasih yang sudah terlalu lama terpisah.

'Ini dia olang memang sudah manyak lama kawan, dari kecik ini dua olang" Ibu Lim menjelaskan pada beberapa orang tetamu yang melihat peristiwa kami berpelukan dan menangis itu. Tetapi aku bukan menangis kerana apa, tetapi kerana amat sebak dan terharu dan sangat bersyukur melihat keislaman rakanku.

Lim mengajak aku duduk dibuaian dihalaman rumahnya untuk berbual-bual. beliau masih fasih berbahasa melayu walau sudah lama berada diperantauan.

Talha, kau kawan baik aku kan? betul tak?...

Memanglah..Kenapa kau tanya macam tu?

kalau kau kawan baik aku, Kenapa kau biarkan aku diseksa?

Sorry Lim. Aku tak faham..diseksa? What do you mean?

Cuba kau fikir, kita ni kawan dari kecil. Aku ingat lagi, rumah kau tu, is my second house. Tapi, mengapalah kau tak pernah ceritakan pada aku tentang Islam? Mengapa aku kena pergi ke US baru aku dapat belajar tentang Islam? Mengapa bukan di Malaysia, negara Islam ni? Dan mengapa aku di Islam kan oleh seorang bekas paderi kristian?

Aku terdiam, kelu tak mampu menjawab. Dan Lim terus berkata-kata.

Kalau betullah kau kawan baik aku, Kenapa kau cuma nak baik dengan aku di dunia saja? kau suka tengok kawan baik kau ni diseksa didalam api neraka?

Kau tahu, kalaulah aku ni tak sempat masuk islam hingga aku mati. Aku akan dakwa semua orang melayu Islam dalam kampung kita ni sebab tak sampaikan dakwah dan risalah Islam pada aku, keluarga aku dan non muslim yang lain.

Kau sedar tak, kau dah diberikan nikmat besar oleh Allah denagn melahirkan kau didalam keluarga Islam. tapi, nikmat itu bukan untuk kau nikmati seorang diri, atau untuk keluarga kau sendiri, kau dilahirkan dalam Islam adalah kerana ditugaskan untuk sampaikan Islam pada orang-orang yang dilahirkan dalam keluarga bukan Islam macam aku.

Aku masih tunduk dan terkata apa-apa kerana sangat malu.

Berdakwah adalah tugas muslim yang paling utama, sebagai pewaris Nabi, penyambung Risalah. Tetapi apa yang aku lihat, orang melayu ni tiadak ada roh jihad, tak ada keinginan untuk berdakwah, macamana Allah nak tolong bangsa melayu kalau bangsa tu sendiri tak tolong ugama Allah?

Aku bukan nak banggakan diri aku, cuma aku kesal..sepatutnya nikmat ini kau kena gunakan dengan betul dan tepat, kerana selagi kau belum pernah berdakwah, jangan kau fikir kau sudah bersyukur pada Allah. Dan satu lagi, jangan dengan mudah kau cop orang-orang bukan Islam itu sebagai kafir kerana kafir itu bererti ingkar. Kalau kau dah sampaikan seruan dengan betul, kemudian mereka ingkar dan berpaling, barulah kau boleh panggil kafir.

Aku menjadi amat malu, kerana segala apa yang dikatakan oleh Lim adalah benar! dan aku tak pernah pun terfikir selama ini. Aku hanya sibuk untuk memperbaiki amalan diri sehingga lupa pada tugasku yang sebenar. Baru aku faham, andainya tugas berdakwah ini telak dilaksanakan, Allah akan memberikan lagi pertolongan, bantuan dan kekuatan serta mempermudahkan segala urusan dunia dan akhirat sesorang itu.

Petang itu aku pulang dengan satu semangat baru. Aku ingin berdakwah! Lim yang baru memeluk Islam selama 5 tahun itu pun telah mengislamkan lebih 20 orang termasuk adiknya. Mengapa aku yang hampir 40 tahun Islam ini (benarkah aku islam tulen) tidak pernah hatta walau seorang pun orang bukan Islam yang pernah kusampaikan dengan serious tentang kebenaran Islam?

Semoga Allah mengampuni diriku yang tidak faham apa itu erti nikmat dilahirkan sebagai Islam.

P/s : sebagai Tauladan..

Tuesday, September 28, 2010

LAWYER(liar-liar)

Wanita direjam kerana berzina



GAMBAR yang disiarkan oleh stesen televisyen ABC menunjukkan beberapa orang lelaki yang merupakan anggota Taliban di lokasi hukuman rejam ke atas seorang wanita yang didakwa berzina di Pakistan.


ISLAMABAD - Seorang wanita ditanam pada paras dada sebelum sekumpulan lelaki melontar batu berulang kali ke arahnya, lapor sebuah akhbar semalam.

Rakaman tersebut yang disiarkan stesen penyiaran ABC menunjukkan anggota-anggota Taliban merejam seorang wanita sehingga mati di barat daya Pakistan.

Hukuman rejam kerana berzina biasa dilaksanakan di Iran dan Arab Saudi.

Namun, wanita itu dipercayai direjam sehingga mati setelah dia dilihat bersama seorang lelaki bukan muhrim.

Hukuman tersebut dipercayai dilaksanakan dua bulan lalu di wilayah Orakzai.

Klip video berkenaan yang dirakamkan dengan menggunakan telefon bimbit diseludup keluar oleh seorang anggota Taliban yang menyaksikan pelaksanaan hukuman itu sebelum ia diserahkan kepada saluran televisyen Al Aan, di Dubai, Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Klip itu juga boleh ditonton di laman YouTube.

Seorang menteri Kesatuan Eropah (EU), Jorge Barroso yang menonton klip video itu, menyifatkan hukuman tersebut sebagai tidak berperikemanusiaan.

"Kami mengutuk perbuatan itu yang tidak memiliki justifikasi dari sudut moral mahupun agama," katanya. - Agensi

Filem animasi Jepun bahaya



ANTARA animasi Jepun yang dikatakan boleh merosakkan minda kanak-kanak.


KOTA BHARU - Kandungan filem animasi dari Jepun dikenal pasti sebagai bahan tontonan paling bahaya untuk kanak-kanak di negara ini kerana mempunyai unsur negatif yang boleh merosakkan minda mereka.

Pengerusi Lembaga Penapis Filem (LPF), Datuk Mohd. Hussain Shafie berkata, ramai masyarakat di negara ini tidak mengetahui bahaya sesetengah cerita filem animasi kerana kurang peka mengenai kandungan cerita berkenaan dan beranggapan ia hanya sebuah cerita rekaan seperti kartun yang sesuai untuk kanak-kanak.

"Banyak cerita animasi dari Jepun telah kita haramkan kerana walaupun ia merupakan cerita animasi yang dikatakan sesuai untuk golongan kanak-kanak tetapi ia tetap lebih kepada golongan dewasa.

"Ada antara kandungan cerita itu memaparkan animasi wanita dengan pakaian singkat, membuka dada dan beberapa adegan yang tidak elok untuk ditontoni oleh golongan kanak-kanak," katanya selepas Majlis Dialog Bersama Setiausaha Bahagian Kawalan Penapisan Filem Dan Penguatkuasaan Cawangan Kelantan di sini semalam.

jejas siasatan

PUTRAJAYA: Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail hari ini melahirkan kebimbangan berhubung kemungkinan siasatan kes pembunuhan jutawan kosmetik Datuk Sosilawati Lawiya dan tiga individu lain, akan diperbesar-besarkan.

Beliau berkata, terdapat banyak kenyataan yang dibuat pelbagai pihak dalam kes itu, dan media sepatutnya melaporkan hanya fakta tanpa sebarang penambahan kerana ia mungkin menjejaskan kes berkenaan.

Tidak mahu dilihat bersedih..

KUALA LUMPUR: “Kalau saya menangis, adik saya lagi akan menangis. Saya perlu tabah dan kental untuk bersama-sama (adik-beradik) menerajui syarikat,” kata anak sulung jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya, Erni Dekritawati Yuliana Buhari ketika menjawab persoalan kenapa dia tidak pernah dilihat bersedih selepas kes pembunuhan kejam ibunya.

Isu Buang bayi

Buang bayi: Antara musim mengawan dan menetas

Iklim sosial negara kita kian teruk dan parah . Nilai maruah dan harga diri telah turun semurah sekeping kad prepaid .

Jika seketika dulu dunia dikejutkan oleh tindakan Natalie Dylan dari San Diego USA [ 22 tahun ] melelong daranya dan dibida oleh seorang lelaki Britain dengan harga 2.5 juta pound [ RM 13 juta ] , kemudian Miss Spring [ 17 tahun ] melelong daranya turun pada bidaan serendah RM 1 juta dan Alina Persia [ 18 tahun ] pula menerima bidaan 10 Ribu euro apabila beliau turut melelong daranya .

Tetapi anak - anak gadis Malaysia ada yang melelong daranya dengan mee goreng sepinggan dan kad prepaid sekeping . Demikianlah harga maruah yang semakin susut malah hancur dan binasa .

Apabila maruah dan harga diri boleh dilelong dan digadai semurah itu , apalagi nilai yang ada pada manusia seperti itu untuk dipertahankan . Mereka akhirnya menjadi hamba nafsu yang tidak lagi mengenal syurga dan neraka atau dosa dan pahala . Hidup mereka hanya diabadikan kepada perut dan apa yang berada dibawah perut . Rosak nilai , hancur maruah dan binasa tamadun .

Akhir - akhir ini , negara kita semakin menggerunkan . Sungguh menakutkan apabila statistik jenayah rogol , zina dan buang bayi ini semakin berleluasa seperti tidak menunjukkan tempoh tamatnya. Bermula dengan pergaulan bebas , pil ectasy , dadah , arak , pusat pelacuran , filem porno , laman lucah dan sebagainya sehinggalah sekatan ke atas majlis agama , sekolah agama rakyat [ SAR ] , mengurangkan sukatan pengajian Islam di pusat pengajian tinggi , mengambil tindakan ke atas khatib yang tidak bertauliah telah menyuburkan mungkar dan maksiat yang sedang berleluasa ini .


Saya memerhatikan sejak kebelakangan ini untuk tempoh beberapa tahun seperti menunjukkan satu trend bahawa bulan Julai , August dan Sept adalah bulan yang cukup banyak kes buang bayi dilaporkan dan ditemui . Jika bulan julai , august dan september ini bulan menetas ertinya bulan december sebelumnya adalah musim mengawan . Dalam bahasa mudah , jika bulan julai , august dan september ini adalah bulan buang bayi ertinya bulan december sebelumnya adalah bulan berzina . [ sebab tidak mungkin berzina bulan ini , bulan depan buang bayi ]

Bulan December adalah bulan terakhir bagi setiap tahun menurut kalendar masihi . Biasanya di negara kita akan menyambut kedatangan tahun baru detik 12.00 am 1 january dan sambutan itu akan rayakan dengan pesta - pestaan , konsert hiburan , tari menari sedari awal malam sehingga ke awal pagi esoknya . Tentunya pula pesta - pesta itu akan diserikan lagi dengan arak , pil ectasy , pil kuda dan pelbagai bahan khayal untuk membekalkan tenaga kepada melakukan maksiat semaksima mungkin .

Pengalaman saya meronda jelas menunjukkan bahawa malam sambutan tahun baru inilah menjadi musim mengawan beramai - ramai atau besar - besaran pasangan - pasangan yang tidak mengenal lagi batas dosa dan pahala . Sebahagian besar mereka adalah remaja atau anak - anak yang mengawan semahunya memuaskan nafsu liar mereka . Akhirnya 7 atau 8 atau 9 bulan kemudian tibalah masa menetas . Kini kita boleh saksikan bagaimana pesta menetas pula di dada - dada akhbar yang saya yakin akan berkurang sedikit selepas september nanti .

SANDAKAN [ 3 Julai 2010 ] Mayat seorang bayi perempuan ditemui di tapak pelupusan sampah di Batu 8 Jalan Fook Kim . Sandakan Sabah .

JOHOR BHARU [ 12 Julai 2010 ] Mayat bayi lelaki yang disimpan di dalam sebuah beg plastik di kawasan semak ditemui oleh orang awam yang melalui kawasan itu . Johor Bharu .

JOHOR BHARU [ 22 Julai 2010 ] seorang bayi perempuan ditinggalkan dalam sebuah beg berhampiran hentian bas dekat Hospital Sultan Ismail sebelum ditemui seorang pekerja kilang wanita yang sedang menunggu bas di tepi jalan pesiaran Mutiara Emas yang mengesyaki sesuatu apabila melihat sebuah beg bergerak - gerak .

KUALA LUMPUR [ 24 Julai 2010] Mayat bayi perempuan baru lahir yang dibungkus dalam beg plastik ditemui bersama longgokan sampah di Flat Sri KelantanBandar Baru Sentul. Mayat yang masih bertali pusat dan diselimuti dengan kain batik itu ditemui dalam tong sampah oleh pengutip barangan lusuh ketika menggeledah tong sampah di flat itu .

NIBONG TEBAL [ 31 Julai 2010 ] Seorang bayi perempuan yang masih hidup ditinggalkan berbalut dengan plastik dan kertas surat khabar di kaki lima sebuah bangunan kedai di taman Cegar Simpang Ampat .

KUALA LUMPUR [ 6 August 2010 ] seorang bayi perempuan yang baru dilahirkan ditinggalkan dalam sebuah lubang paip dalam longkang berhampiran sebuah stesen minyak di Klang Gate.

GEORGE TOWN [ 9 August 2010 ] Janin bayi lelaki dipercayai digugurkan ditemui seorang lelaki pemungut tin kosong dalam tong sampah di Pasar Borong Pulau Mutiara Jalan Makloom.

TAMPIN [ 10August 2010 ] Tidak sampai 4 jam selepas dilahirkan , seorang bayi perempuan terpaksa menahan sejuk lapar sambil menangis akibat ditinggalkan dihadapan sebuah rumah di Air Kuning Selatan dekat Gemencheh .

TANAH MERAH [ 12 August 2010 ] Bayi perempuan masih bertali pusat dipercayai dibuang sejak seminggu lalu ditemui seorang murid di dalam lubang kumbahan najis di belakang asrama sebuah kolej di bandar Bukit Bunga .

MELAKA [ 12 August 2010 ] Bayi baru dilahirkan dan masih hidup ditemui dalam tong sampah berdekatan pondok kawalan sebuah kilang plastik di Ayer keroh . Bayi perempuan yang masih bertali pusat itu dimasukkan dalam sebuah beg pakaian berwarna hitam sebelum dibuang ke dalam tong sampah.

KELANTAN , MELAKA DAN KUALA LUMPUR [13 August 2010 ] 3 kes lagi pembuangan bayi telah dilaporkan dalam tempoh 24 jam di kelantan , Melaka dan Kuala Lumpur .

PETALING JAYA [ 15 August 2010 ]- Meskipun kerajaan telah mengumumkan akan bertindak tegas terhadap pesalah kes buang bayi, ia masih gagal memberi kesedaran malah perbuatan itu berlaku lagi. Kali ini, mayat seorang bayi perempuan ditemui dalam sebuah beg sandang yang tersangkut di tebing Sungai Tambun, Kota Damansara di sini hari ini.

Monday, September 27, 2010

Untuk renungan bersama (petikan email)

Assalamualaikum warahmatullahi wa barakatuh.

Melihat wajah si bayi ini, apa perasaan kita:
[mh_041.jpg]

Hasil perlakuan apakah anak-anak ini dibuang? Jika ia hasil hubungan biologi yang diikat dengan si lelaki melafazkan aqad, dengan berwalikan si ayah perempuan, apakah si bayi ini akan terbuang sebegitu rupa.

Bayi-bayi ini hasil zina, boleh jadi hasil seks haram secara paksa (rogol), boleh jadi hasil rogol dengan rela (contohnya zina dengan gadis bawah umur, atau dirogol oleh teman lelaki ketika 'dating').

Ia hasil zina. Tetapi zina tidak berlaku tiba-tiba. Tiada manusia yang ternampak perempuan di pasaraya, akan mengajak si perempuan itu berzina di pasaraya tersebut.

Zina bermula dengan mata, tidak menundukkan pandangan, lalu perasaan ghairah menyelubungi jiwa.

Selepas mata memainkan fungsinya, jiwa mula memberontak, salam perkenalan dijalinkan. Maka mulut mula berkata-kata, tanya khabar melalui telefon, sms, emel dan lain-lain.

Mula melafazkan kata cinta, rindu yang hanya layak dilafazkan kepada isteri/suami kita.

Si ibu bapa boleh jadi mengetahui, melihat si anak bergayut di telefon, sibuk ber 'sms' sambil tersenyum sendirian.

Boleh jadi ibu bapa yang lebih terbuka, si anak dara berkongsi cerita, bahawa dia sudah berpunya.

Si lelaki datang ke rumah, meminta izin membawa si gadis keluar berjalan-jalan, boleh jadi ke perpustakaan agaknya.

Si ibu tersenyum bangga, anak dara ku sudah besar, tidak mengapa, si teruna tadi baik orangnya, jika tidak, masakan dia meminta izin membawa keluar anak daranya.

Maka keluarlah mereka berdua, naik motosikal kapcai barangkali, naik bas boleh jadi, kalau kaya sedikit naik kereta.

Habis belajar singgah minum di kedai, berjalan-jalan, ke pesta buku katanya. Jalan-jalan, tangan mula berfungsi, mula-mula katanya tak sengaja, lepas tu berulang pula.

Si ibu dan bapa tiada rasa terhina, anak daranya bukan buat apa-apa. Hanya ke perpustakaan dengan teruna, bukannya mereka berzina.

Ibu bapa merasa bangga lihat keindahan anak daranya, sudah dewasa rupanya si dara itu.

Tiada risau, kerana mereka bukan berzina, hanya study bersama sahaja.

Lalu pulang si anak dara, muntah-muntah, si ibu merasa hairan. Si anak mula teruja, kenapa haidnya tidak kunjung tiba.

Lalu dibawa ke klinik, si doktor berkata, tahniah, si dara puan sudah 2 bulan kandungannya. Rupanya si dara tiada lagi daranya. Bukan hilang daranya kerana terjatuh basikal, atau koyak kerana lasak memanjat pokok rambutan. Hilang daranya dikerjakan si teruna yang si ibu dan bapa sangat percaya. Itulah teruna yang baik di mata mereka.

Kecewa si ibu dan bapa. Si dara menconteng arang ke wajah mereka. Bertebaran mencari si teruna untuk melunaskan tanggungjawabnya. Entah si teruna yang baik itu, sedang menunggang motosikal, menjeling anak-anak dara yang lain, dan berjumpa si ibu dan bapa dara yang lain untuk diheret si dara itu ke hulu ke hilir.

Wajah si ibu dan bapa terconteng dek arang. Si dara terbuang, sudahlah nasib dikandung badan, kandungan membesar, berat dan sarat, si ibu dan bapa pula kecewa dan hiba. Lalu dihalau si dara. Si ibu dan bapa cuba memadamkan arang yang menconteng wajahnya.

Mereka barangkali lupa, merekalah yang memberikan arang kepada si dara untuk diconteng di wajah mereka.

SUMPAH JADI BATU

Pada suatu petang, tiga orang budak lelaki bermain sorok-sorok. Dua
orang
menyorok dan seorang lagi mencari kedua rakannya. Dua orang budak itu
menyorok di belakang bilik air dan kebetulan ketika itu, seorang gadis
sedang mandi.

Secara tidak sengaja, dua orang budak itu, ternampak gadis yang sedang
mandi tersebut. Beberapa minit kemudian seorang daripada budak itu
menjerit
dan lari lintang-pukang.

Setelah jauh dari tempat itu, kawannya bertanya, "Mengapa engkau lari?"
"Uuhh... mak aku pernah cakap kalau kita mengintai perempuan mandi,
nanti
kena sumpah jadi batu..." "Masa aku tengok perempuan tu tadi, aku rasa
ada
sesuatu dah mula mengeras, aku rasa dah nak mula jadi batu, sebab tu aku
lari...," jawabnya lagi.

Jim Carrey tiru Horatio (CSI)

TERRR......

Lelaki tertembak rakan disangka babi hutan...

KUALA TRENGGANU- Seorang penoreh getah cedera selepas terkena tembakan yang dilepaskan rakannya ketika mereka mkeluar memburu babi hutan di sebuah kebun getah di Kampung Pak Sik Keruak, Pasir Akar, Jerteh dekan besst kelmarin. Dalam kejadian pada pukul 9.30 malam itu, mangsa, Saupi Che Soh, cedera diperut dan peha kanan. Saupi dan rakannya keluar memburu pada pukul 7 malamuntuk menghalau babi-babi hutan yang sering memasukki kebun mangsa...Sebelum kejadian, mangsa dipercayai berjalan dibelakang rakannya ketika mereka memasukki kawasan kebun dalam keadaan gelap gelita.

Ramai andartu ditipu Awang Hitam

KUALA LUMPUR- Seramai 385 rakyat tempatan yang sebahagian besarnya melibatkan kaum wanita terutama anak dara yang sudah lanjut usia tapi masih belum kahwin(andartu) menjadi korban sindiket penipuan yang didalangi warga Afrika atau dikenali sebagai Awang Hitam.Jumlah kerugian tempoh enam bulan pertama tahun ini dianggarkan melebihi RM 7.4 juta.

"Tidak percaya bebas tuduhan rogol"

KOTA BHARU - "Betul ke saya dibebaskan," tanya tertuduh terpinga-pinga kepada seorang anggota polis ketika dia dibawa keluar dari kandang pesalah selepas Mahkamah Sesyen di sini semalam melepas dan membebaskannya atas tuduhan merogol seorang gadis bawah umur pada tahun lalu. Menurut Hakim, pihak pendakwaan gagal embuktikan kes prima facie tertuduh menyebabkan tertuduh dilepas dan dibebaskan tanpa dipanggil membela diri......

tidak kurang hebatnya

Di konsert rock

Sunday, September 26, 2010

Never Give Up On Anything

Its Madness....

To hate all roses, because you got scratched by one thorn.

To give up all your dreams, because one did not come true.

To lose faith in prayers, because one was not answered.

To give up on your efforts, because one of them failed.

To condemn all your friends, because one of them betrayed.

Not to believe in love, because someone was unfaithful.

Remember that, another chance may come up.

A new friend, A new love, A new life.

Never give up on anything!

Datuk Si Kentot

Pada zaman dahulu diceritakan, ada
> sebuah negara yg makmur di bawah pemerintahan Sultannya yg
> sungguh pemalu...
>
>
>
> Suatu hari semasa menerima mengadap putera Sultan dari
> sebuah negara lain, para pembesar dari kedua-dua buah negara
> segera datang berkumpul di balai rong..
>
> Ditakdirkan sedang Sultan itu berdiri, baginda yg sedang
> menahan angin dgn tidak sengaja terkentut dengan
> kuat...BRROOOOTTT POOOTTTTT POOOOTTT!!!Bunyi gema yg
> bagaikan guruh itu didengari hampir semua orang yang berada
> di istana.
>
> Sultan pun berwajah muram dan malu...Nampak Sultan
> berkeadaan demikian maka lantas seorang pengawal istana yang
> berdiri di tepi dinding menyembah dan berkata dengan kuat,
> Ampun Tuanku! Patek terlepas Tuanku!!!Ampun Tuanku!!Ampun
> Patek!!Patek tak sengaja!!
>
>
>
> Sultan pun bertitah, Baiklah Beta Ampunkan Kamu!Datang ke
> Pejabat Beta lepas ini untuk beta hukumkan!!!
>
>
>
> Bila habis upacara itu, maka datanglah sipengawal itu
> mengadap Sultan...
>
> Kata Sultan berbisik ...Shyyyyyy! !Terima kasih beta
> ucapkan ..Mujur beta ada pengawal yg bijak!
>
>
>
> Diceritakan lagi, pada tahun berikutnya, pengawal itu
> diberikan anugerah DATUK...
>
>
>
> ((((Nota: Ada orang yg dilihat tidak begitu berjasa kepada
> rakyat dan negara pada pandangan ramai mendapat anugerah
> Datuk, tapi jangan kita lupa, ada jasa seseorang kpd negara
> mungkin dari aspek-aspek lain yg tidak ternilai budinya yg
> kita tidak lihat ))))
>

iklan camry...

CREEMAN, the Camryman

Lawak tak?

Naik Feninglah,..

Beberapa tahun lepas Ramli jumpa seorang janda bernama Ramlah yang mempunyai
anak dara bernama Jamilah. Ramli berkahwin dengan Ramlah dan Jamilah adalah anak
tiri Ramli. Selepas itu bapa kepada Ramli, Jamrud berkahwin dengan anak tiri Ramli, Jamilah.
Ini membuatkan Jamilah, mak tiri kepada Ramli yang sebelum ini anak tirinya. Jadi ayah Ramli,
Jamrud adalah anak tiri Ramli dan memjadikan Ramlah sebagai Mak Mertua kepada
Bapak Mertuanya.

Selang beberapa bulan kemudian, Jamilah anak kepada isteri Ramli, Ramlah melahirkan
anak lelaki, Jarul. Jadi Jarul dalah adik kepada Ramli. Tetapi Jarul adalah anak kepada
Jamilah, anak kepada isteri Ramli, Ramlah. Menjadikan Jarul adalah cucu kepada isteri Ramli,
Ramlah. Sekaligus menjadikan Ramli datuk kepada Jarul, adiknya. Itu tak seberapa lagi.

Selepas itu, Ramli dan Ramlah mendapat anak bernama Jayzee. Sekarang Jamilah, anak tiri
Ramli dan juga Mak mertua Ramli menjadi kakak dan juga nenek kepada Jayzee. Jadi ayah
Ramli, Jamrud menjadi abang ipar kepada anak Ramli yang mana kakak ipar Jayzee adalah isteri kepada ayah Ramli, Jadi sekarang, Ramli adalah abang ipar kepada emak mertuanya, isteri Ramli,
Ramlah adalah makcik kepada anaknya sendiri, Jamilah... Anak Ramli, Jarul adalah sepupu
kepada ayah Ramli, Jamrud dan Ramli adalah datuk kepada dirinya sendiri...
muahahahahahahahhah aha... .isk isk isk... .. nennooo nennooo..neenooo. .nenoooo. .
phewiiittttt tebabooooooooooo. . aku pening... .... aku sindiri naik fening menterjemahkan
semua nih!!

NABIL

PUSING PI-PUSING MAI

Boss berkata kepada Secretary :
Kita akan outstation selama seminggu, jadi aturkan segalanya.


Secretary menelefon Suaminya :
Untuk seminggu boss saya dan saya akan outstation, awak pandai2 jaga diri nanti ...


Suami menelefon Buah Hatinya :
Isteri saya akan outstation selama seminggu, jadi mari kita habiskan masa bersama-sama ....


Buah Hati menelefon Murid tuisyennya :
Saya kene bekerja selama seminggu, jadi awak tak perlu datang untuk tuisyen ...


Murid tuisyen tersebut menelefon Atuknya :
Atuk, untuk seminggu saya takde kelas sebab cikgu saya sibuk. Mari kita habiskan masa bersama ...


Atuk (the 1st boss) menelefon Secretary :
Minggu ni saya nak abiskan masa bersama cucu saya. Batalkan outstation tuh ...


Secretary menelefon Suaminya :
Minggu ni boss saya ade kerja, kami dah membatalkan outstation tu ...


Suami menelefon Buah Hatinya :
Kita tak dapat nak habiskan masa bersama untuk minggu ni, isteri saya dah membatalkan outstationnya.


Buah Hati menelefon Murid Tuisyennya :
Minggu ni kelas tuisyen mcm biase.


Murid Tuisyen menelefon Atuknya :
Atuk, cikgu saya cakap minggu ni saya kene pergi kelas tuisyen. Sori, saya tak bleh temankan atuk.


Atuk menelefon Secretary :
Jangan risau, minggu ni kita outstation. Jadi uruskan semuanya..


Wehhhh ... .penat aku nak tulih lagi nie .... ngkorang copy paste je la sendiri nak abisskan citer dia ... huuhhhhh ...


Saturday, September 25, 2010

KATA-KATA HIKMAH (samb)

41) Hadiah Terbaik :
Kepada kawan - Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia - Kebebasan

42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"

43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."

44) "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka
berlumba-lumbalah beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"

45) "Akal itu menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang
menentukan, Harta itu satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan" .

46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"

47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"

48) "Ingatlah, sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber teman.."

49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika anda menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika anda membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"


50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg dapat menguasai dirinya sendiri"

51) "Seseorang menganggap sekatan sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu lonjatan."

52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan, sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."

53) "Kita selalu lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat apa yang ora ng lain ada."

54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini, adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."

55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan anda akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan anda akan mencapai yang tertinggi."


56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu peluang."

57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."

58) "Rahsia kejayaan hidup adalah persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.."

59) "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

60) "Mengetahui perkara yang betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang betul."

61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.

Wallahualam. ..

Iklan petronas

KATA-KATA HIKMAH (samb)

21) Kita sentiasa muda untuk melakukan dosa tetapi tidak pernah tua untuk bertaubat.

22) Gantungkan azam dan semangatmu setinggi bintang di langit dan rendahkan hatimu serendah mutiara di lautan.

23) Setiap mata yang tertutup belum bererti ia tidur. Setiap mata terbuka belum bererti ia melihat.

24) Jadikan dirimu bagai pohon yang rendang di mana insan dapat berteduh. Jangan seperti pohon kering tempat sang pungguk melepas rindu dan hanya layak dibuat kayu api.

25) Menulis sepuluh jilid buku mengenai falsafah lebih mudah daripada melaksanakan sepotong pesanan.

26) Jangan menghina barang yang kecil kerana jarum yang kecil itu kadang-kadang menumpahkan darah.

27) Kegembiraan ibarat semburan pewangi, pabila kita memakainya semua akan dapat merasa keharumannya. Oleh itu berikanlah walau secebis kegembiraan yang anda miliki itu kepada teman anda.

28) Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita. Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang.

29) Reaksi emosi jangan dituruti kerana implikasinya tidak seperti yang diimaginasi .

30) Sahabat yang beriman ibarat mentari yang menyinar. Sahabat yang setia bagai pewangi yang mengharumkan. Sahabat sejati menjadi pendorong impian. Sahabat berhati mulia membawa kita ke jalan Allah.

31) Orang yang bahagia itu akan selalu menyediakan waktu untuk membaca kerana membaca itu sumber hikmah menyediakan waktu tertawa kerana tertawa itu muziknya jiwa, menyediakan waktu untuk berfikir kerana berfikir itu pokok kemajuan, menyediakan waktu untuk beramal kerana
beramal itu pangkal kejayaan, menyediakan waktu untuk bersenda kerana bersenda itu akan membuat muda selalu dan menyediakan waktu beribadat kerana beribadat itu adalah
ibu dari segala ketenangan jiwa.

32) Penglihatan itu sebagai panah iblis yang berbisa, maka siapa yang mengelakkannya kerana takut padaKu, maka Aku akan menggantikannya dengan iman yang dirasakan manisnya dalam hati...

33) "Wanita yang cantik tanpa peribadi yang mulia, umpama kaca mata yang bersinar-bersinar, tetapi tidak melihat apa-apa"

34) "Kekecewaan mengajar kita erti kehidupan. Teruskan perjuangan kita walaupun terpaksa menghadapi rintangan demi rintangan dalam hidup"

35) Tanda Orang Bijaksana Ialah Hatinya Selalu Berniat Suci; Lidahnya Selalu Basah Dengan Zikrullah; Matanya Menangis Kerana Penyesalan (Terhadap Dosa); Sabar Terhadap Perkara Yang Dihadapi Dan Mengutamakan Akhirat Berbanding Dunia.

36) Jika kejahatan di balas kejahatan, maka itu adalah dendam. Jika kebaikan dibalas kebaikan itu adalah perkara biasa. Jika kebaikan dibalas kejahatan, itu adalah zalim. Tapi jika kejahatan dibalas kebaikan, itu adalah mulia dan terpuji."

37) "Hidup umpama aiskrim. Nikmatilah ia sebelum cair"

38) "Kata-kata itu sebenarnya tidak mempunyai makna utk menjelaskan perasaan. Manusia boleh membentuk seribu kata-kata, seribu bahasa. Tapi kata-kata bukan bukti unggulnya perasaan"

39) "Hidup tidak boleh berpandukan perasaan hati yg kadangkala boleh menjahanamkan diri sendiri. Perkara utama harus kita fikirkan ialah menerima sesuatu atau membuat sesuatu dgn baik berlandaskan kenyataan"

40) "Hidup adalah gabungan antara bahagia dan derita. Ia adalah menguji keteguhan iman seseorang. Malangnya bagi mereka yg hanya mengikut kehendak hati tidak sanggup menerima penderitaan.

The Riddle

KATA-KATA HIKMAH (samb)

11) Lidah yang panjangnya tiga inci boleh membunuh manusia yang tingginya enam kaki.

12) Agama tidak pernah mengecewakan manusia. Tetapi manusia yang selalu mengecewakan agama.

13) Nafsu mengatakan perempuan itu cantik atas dasar rupanya. Akal mengatakan perempuan itu cantik atas dasar ilmu dan kepintarannya. Dan hati mengatakan perempuan itu cantik atas dasar akhlaknya.

14) Keikhlasan itu umpama seekor semut hitam di atas batu yang hitam di malam yang amat kelam. Ianya wujud tapi amat sukar dilihat.

15) Hidup memerlukan pengorbananan. Pengorbanan memerlukan perjuangan. Perjuangan memerlukan ketabahan. Ketabahan memerlukan keyakinan. Keyakinan pula menentukan kejayaan. Kejayaan pula akan menentukan
kebahagiaan.

16) Seseorang yang bijak melahirkan kata-kata selalunya disanjung sehingga ia mula bercakap kosong.

17) Harta akan habis digunakan tanpa ilmu tetapi sebaliknya ilmu akan berkembang jika ianya digunakan.

18) Kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan. Oleh itu jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Yang Maha Berkuasa.

19) Sahabat yang tidak jujur ibarat dapur yang berhampiran. Jikalau pun kamu tidak terkena jelaganya sudah pasti akan terkena asapnya.

20) Mengapa manusia gemar mencetuskan pertelingkahan sedangkan manusia itu sendiri dilahirkan dari sebuah kemesraan.

creative

KATA-KATA HIKMAH

1) Jangan sekali-kali kita meremehkan sesuatu perbuatan baik walaupun hanya sekadar senyuman.

2) Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yang belayar di lautan telah ramai kapal karam didalamnya.. andai muatan kita adalah iman, dan layarnya takwa, nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini.

3) Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan.


4) Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan.. Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang.

5) Hati yg terluka umpama besi bengkok walau diketuk sukar kembali kepada bentuk asalnya.

6) Dalam kerendahan hati ada ketinggian budi. Dalam kemiskinan harta ada kekayaan jiwa. Dalam kesempitan hidup ada kekuasaan ilmu.

7) Ikhlaslah menjadi diri sendiri agar hidup penuh dengan ketenangan dan keamanan. Hidup tanpa pegangan ibarat buih-buih sabun. Bila-bila masa ia akan pecah.

8) Kegagalan dalam kemuliaan lebih baik daripada kejayaan dalam kehinaan. Memberi sedikit dengan ikhlas pula lebih mulia dari memberi dengan banyak tapi diiringi dengan riak.

9) Tidak ada insan suci yang tidak mempunyai masa lampau dan tidak ada insan yang berdosa yang tidak mempunyai masa depan.

10) Kata-kata yang lembut dapat melembutkan hati yang lebih keras dari batu. Tetapi kata-kata yang kasar dapat mengasarkan hati yang lunak seperti sutera.

Friday, September 24, 2010

Hutang Wang hantaran RM 11,111.11

NORMAN Hakim berasakan maruahnya bagai dicalar apabila bekas isterinya, Abby Abadi mengeluarkan kenyataan meminta dia menjelaskan hutang hantaran bernilai RM 11,111.11 daripada perkahwinan mereka lapan tahun lalu.

Walaupun Abby dalam kenyataannya mengatakan tidak berniat membuka aib bekas suaminya namun kenyataan itu cukup mencalar hati lelaki berusia 34 tahun itu.

Sepuloh, sepuloh, sepuloh....

10.10.10.....tarikh yang dipilih ramai pasangan pengantin untuk melangsungkan perkahwinan...termasuklah Angkasawan Negara kita. Tarikh ini dianggap punyai tuah seperti tarikh 01.01.01 (tahun 2001) dan 08.08.08 (tahun 2008). Bagi masyarakat Cina, ianya dianggap suatu tarikh "kesempurnaan". Manakala bagai penganut agama Islam, tiada istimewanya memilih suatu tarikh itu tetapi seeloknya mengadakan majlis akad nikah selepas waktu Asar pada hari Jumaat. Difahamkan berlaku peningkatan pendaftaran yang begitu mendadak pada tarikh tersebut di beberapa negeri dan difahamkan juga, ada juga khadi yang terpaksa menolak jemputan akad nikah kerana terlalu banyak. .....ringkasan dari akhbar KOSMO.

Persembahan kat Piala Dunia di AFRIKA SELATAN 2010

MERCEDES BENZ

RAMBO

Teori Emosi

... Begitu hebatnya dakyah AMERIKA. Mereka memainkan emosi penonton. Filem RAMBO First Blood Part II juga telah menayangkan kehebatan askar AMERIKA walaupun pada hakikat sebenarnya mereka tewas berperang dengan tentera Vietcong di VIETNAM...
...Seorang Prof di IPTA telah dipetik sebagi berkata, pihak Barat telah lama membaca buku "Theory Of Emotion"..penuh dengan ilmu untuk menundukkan musuh secara perang saraf.

ALDOF HITLER (pemimpin idola)

SEBALIKNYA.....

Bila kita meningkat dewasa, kita mula terdedah dengan pelbagai pengetahuan tentang dunia luar dan kita dapat berfikir secara rasional. Ternyata pemikiran kita selama ini yang melabelkan bangsa JERMAN sebagai bangsa yang jahat adalah salah. Itulah kesan propaganda AMERIKA. Sebaliknya kita melihat bahawa bangsa JERMAN adalah satu bangsa yang bertamadun, bermaruah, berani, tabah, cekal dan penuh dengan sikap-sikap yang positif. Antara yang dapat kita kaitkan dengan kejayaan bangasa JERMAN adalah..ALDOF HITLER, Mercedes Benz, BMW, Wolkswagen, pasukan bola sepak, jenama ADIDAS dan kumpulan rock Scorpion.

"COMBAT"

NAK JADI VIC MORROW

Siri tv "COMBAT" yang ditayangkan sekitar tahun 70an, cukup menambat hati kanak-kanak pada zaman itu. Kisah perang antara AMERIKA dengan JERMAN. Antara barisan pelakon adalah Rick Jason(Lft. HENLEY), Vic Morrow (Sjn Saunders), Cage, Kirby, Little John, Doc..dan lain-lain lagi. Masa tu..kalau dok kampung, waktu cuti sekolah..mainlah perang-perang(Combat nih)..guna senapang kayu dan berpelurukan bemban. Masa tu..senapang buat sendiri, ....begitu kreatif..dan ada yang buat senapang hampir menyerupai senapang betul. Masa main, kebanyakkannya ramai kekawan mahu menjadi VIC MORROW, dan lain-lain askar AMERIKA yang lain. Maka, yang selebihnya..memang akan pegang watak/kumpulan JERMAN yang digambarkan sebagai "jahat". masuk dalam hutan, panjat pokok, terjun sungai,..best waktu itu. Dari pagi dah keluar main, tengahari balik makan kejap, kemudian sambung balik hinggalah ke waktu senja...Pernah juga terkena kaca pinggan mangkuk yang dibuang ketika main kejar-kejar dengan kawan. Jika diadaptasi ke zaman sekarang, main perang-perang atau Combat nih..telah dijadikan sukan "paintball". demikian adanya.

Wednesday, September 22, 2010

HITAM MANIS (versi Bluegrass)

"TETAP SAYANG"

..seorang pemandu teksi dijatuhi hukuman gantung sampai mati oleh sebuah mahkamah semalam selepas didapati bersalah membunuh seorang kanak-kanak perempuan, 4 tahun. Namun ibu mangsa berkata beliau tetap sayangkan teman lelakinya itu (pemandu teksi)..(petikan muka depan Harian Metro)...

JONGANG vs RONGAK

CUKA baik untuk kesihatan

..Dalam perjalanan menghantar anak ke sekolah,..kami mendengar rancangan Tazkirah, radio KLFM dimana dalam program tersebut Ust Wan Sohor Bani Leman telah menceritakan kebaikan meminum cuka buah-buahan untuk kesihatan..dan telah memtik hadis yang menceritakan bahawa Rasulullah pun pernah menyarankan agar meminum cuka buah-buahan...Adalah disarankan supaya Cuka perlu ada dalam sesebuah rumah. Ust Wan Sohor turut menceritakan bahawa seorang kawannya yang balik dari LONDON memberitahu bahawa amalan setiap pagi orang barat disana adalah meminum cuka yang dicampur dengan madu..ianya bagus untuk mengawal kolestrol.

>> dalam hal ini....adakah termasuk Cuka nipah yang kita usahakan? Dengar cerita, cuka nipah bagus diminum untuk kawal tahap kolestrol jugak. Sejauh mana kebenaran kita tidak tahu dan harap para saintis kita membuat kajian mengenainya...

BEGITU CEPAT MASA BERLALU..

Hari dah masuk raya ke13....sedar tak sedar kita semakin di mamah usia....tetapi kalau hidup kat KL nih..tak rasa macam nak tua....sebab kita masih beraya(adakan rumah terbuka)..kalau kat kampung (ALOR SETAR) tuh..orang dah tak buat open house....
..Kat KL nih..kalau hari bekerja susah sikit...jadinya akan buat pada SABTU atau AHAD...hmm..rasanya hari SABTU nih 4-5 buah rumah jemput, AHAD ada 1-2 yang jemput...

Tuesday, September 21, 2010

PHRASES

Live life to the fullest.
True and honest, begin with yourself and extend it to others.
Use your words wisely. Words have power and create influence,
do not spread them carelessly.
Negative words create negative energy and repel those around you.
Live in the positive.
Leave your 'stamp' on everything you do.
Make yourself an icon to be admired and respected.
Become an inspiration to others-so think carefully
before you speak and act.
Every action, every word carries a consequence.
Create a genuineness about you that is
addictive to all those who meet you.
And finally, leave a mark on those you meet that
couldn't have been left if you weren't in their lives.

OBSES MENULIS

Prof AHMAD ATORY HUSSAIN, pensyarah Politik dan Pentadbiran Awam USM, umur 59 tahun telah menghasilkan lebih 30 buah buku. dek kerana obses menulis, ATORY berjaya menyiapkan sebuah buku sewaktu berada dalam penerbangan dari KUALA LUMPUR ke LOS ANGELES yang memakan masa 14 jam. Menurutnya, sepanjang berada dalam pesawat, idesa untuk menulis melimpah ruah dari kotak fikirannya. lantaran tidak mahu mensia-siakan ilham ketika di awan biru, ATORY menulis tanpa jemu. Hanya apabila terasa penat dan mengantuk barulah beliau melelapkan mata. Namun sebaik terjaga daripada tidur. beliua akan menyambung aktiviti menulis hinggalah tiba ke destinasi yang dituju, LOS ANGELES. Buku yang ditulis bertajuk "Perubahan Politik Dan Pentadbiran Malaysia"(tahun 1990).

JERSI LIVERPOOL

Sebelum hari raya...ada pergi membeli belah di PAVILION,..pergi ke butik Adidas...cuba cari jersey LIVERPOOL(Standard Chartered) warna putih..tak ade. Diberithu oleh salesman kat situ..bahawa jersi warna putih nih laris macam pisang goreng..."lotak-lotak ajo habis" kata orang nogori...dan 9 kali order katanya....

>> fuh....kena dapatkan gak satu hari nanti....

Monday, September 20, 2010

"LOMANG OH LOMANG"

..masa kat ALOR SETAR ..beli lemang pandan kat Ampang Jajar..harga RM 7-8.00 sebatang. Bila balik KL,...beli kat Setiawangsa ..sebatang paling murah RM 10.00.......mak aii...mahalnye...
..tak tanya pulak sebab apa dijual mahal.....mungkin akan dijawab kos pengangkutan, harga santan dsbnya lagi. ......menyakitkan hati aje.

>> nampak gaya next year..beli siap-siap di ALOR SETAR.

Port Baru -"NASI MAMAK"

Masa balik raya tempohari...kami dah discover port nasi kandar yang baru>>>> Nasi Kandar ALI, Pantai Johor, jalan menuju lapangan terbang Kepala Batas(berhadapan dengan Masjid Pantai Johor)....best..ada rasa...setanding dengan Nasi Kandar ROYALE.....
>> Roti canai dia pun best....tidak tebal dan berminyak....kuah dalca pun sedap.

>> So next time balik ALOR SETAR, pasti akan pekena roti canai dan nasi kandar kat situ. Mee Rebus dengar cerite pun sedap gak.

EXAM BLUES

Hari ni dah mula exam UPSR...murid-murid dah terasa bahangnya...selain itu..ada juga ibu-bapa ambil cuti..beri sokongan moral kepada anak-anak. Teringat masa kita ambil exam Penilaian (tahun 5- masa tuh),..ibu-bapa kita tak ambil kisah sangat..sebab masing-masing sedang bekerja di sawah, dan ibu pula duduk kat rumah masak makanan..tunggu kepulangan anak-anak mereka.

Terdengar jugak cerita, cuti raya baru ni ada juga anak-anak yang habiskan masa bermain (dalam era zaman sekarang..apa lagi video game, PS1, PS2, XBOX, FB dan lain-lain lagi)....Ada ada ibu -bapa yang buat lawak....akan datang UPSR akan ditukarkan kepada UPS (Ujian Play Station)...
..hihihi...macam-macam.

Album baru - THE FINAL FRONTIER


Karya ke 15 peneraju 'hevy metal" ini memberi jawapan penantian peminat yang sentiasa mahukan kelainan. Banyak melodi moden disuntik dalam 10 lagu baru. single sulung, El Dorado membuka selera dengan bunyi pumping bass Steve Harris. Setiap lagu berkarekter tersendiri. gabungan tiga gitaris solo melalui Adrian Smith, Dave Murray, Janick Gers serta teknik dram Nicko McBrain dan vokal Bruce Dickinson memang mantap. lagu rentak perlahan seperti Coming Home dan When the Wild Wind Blows mewujudkan bayangan fantasi. Beberapa lagu lain, Isle of Avalon, The Talisman dan The Alchemist begitu tipikal dengan stail maiden. Apa dapat diperkatakan, persembahan pemuzik "otai" enam anggota tidak pernah mengecewakan. Irama mereka kekal kompleks, solo serius dan lenggok lirik kesusasteraan Inggeris.

PENGARUH IRON MAIDEN

Entah..bagaimana aku tertarik kepada kumpulan IRON MAIDEN nih pun tak tahulah...mungkin masa kat Uitm dulu (awal tahun 80an)..masa tengok Engine Nite.....band bebudak/pelajar ITM dinamakan "Mixed Blood"...menyanyikan lagiu "Hollowed by thy name"...terus melekat..hingga ke hari nih...

FEAR OF THE DARK

..semua kita takut pada suasana gelap.....bilik gelap,..lorong gelap,..gua yang kelam...terowong...
.......hhihhih.....takutnya....
.........lebih takut gelap dalam kubur.......
.............oleh itu.....

Sunday, September 19, 2010

LAKSA

... dua hari sebelum raya..pergi beli juadah berbuka..di Bazaar Ramadhan Stadium Darul Aman...beli laksa telok kecai...
... hari raya ketiga...makan laksa ikan sekog kat jalan gangsa, Alor Setar...
..petang pulak ..pergi ke rumah adik kat Alor Belat..dijamunya laksa...
..esok pagi pergi jalan beraya di Taman PKNK..makan laksa jugak...
..kat rumah jiran pun buat laksa....kat rumah mertua pun buat laksa.....

...hmmm.....raya kali nih cukup sinonim ngan laksa....

IKLAN SATU MALAYSIA

Terdengar juga iklan kat radio...
..yang diambil sedutan dari filem MEKANIK, arahan Othman Hafsham...dimana Susan Lancaster berkata kepada Azmil Mustapha...."tak kisahlah kita ni orang putih ke, biru ke...kita nikan orang Malaysia"......hmmm...

IKLAN RAYA

Iklan raya PERODUA...menggambarkan seorang pemuda yang menaiki bas duduk di belakang seorang lelaki tua...lalu bertanyakan hal lelaki tua itu...lelaki tua itu memberitahu yang beliau telah pergi melawat isterinya walaupun isterinya itu seorang penyakit Alzheimer (nyanyuk)...
>>> cerita ini macam pernah ku baca tentang "cinta sejati"..dimana seorang doktor bertanyakan kepada seorang lelaki, kenapa sering datang ke hospital sedangkan tahu yang isterinya nyanyuk (tidak kenal pun sesiapa yang menziarhinya).

DIULANG-ULANG

Raya tempohari...tengok program tv...banyaknya cerita yang diulang-ulang(filem Tan Sri P Ramlee dan Senario)..,...Kekadang tertanya adakah kita kekurangan ilham ...atau pemikiran kita sengaja diprogramkan agar kita berada dalam "comfort zone"...dan kita tidak berani berfikir diluar kotak (thinking out of box)