Wednesday, November 30, 2011

TRAILER NGANGKUNG.MPG

Minta Nombor Ekor 3/3

Minta Nombor Ekor 2/3

Minta Nombor Ekor 1/3

Allah beri peringatan


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Kemungkinan ia petunjuk dan peringatan Allah kepada mereka supaya tidak meneruskan perbuatan terkutuk itu serta tanda Allah masih sayangkan mereka, maka segeralah bertaubat,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (Maij), Datuk Noh Gadut.

Beliau mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai tiga lelaki yang tidak nampak pintu keluar dari kawasan makam ulama terkenal Syeikh Abdul Malik Syeikh Abdullah di Kampung Pulau Manis, Serada, Terengganu ketika melakukan upacara pemujaan nombor ekor.


Imam Masjid Pulau Manis, Kori Endut yang menemui tiga lelaki berkenaan berkata, mereka yang terbabit berusia 40-an lengkap berserban dan berjubah bagi mengaburi mata orang ramai ketika memuja nombor ekor di kubur ulama lebih dikenali sebagai Tok Pulau Manis itu.

Noh berkata, perbuatan memuja kubur sesiapa saja termasuk ulama sekali pun boleh membawa hukum syirik dan terkeluar dari Islam.


“Mereka yang terbabit dalam perbuatan syirik ini jika ditakdirkan mati, mereka mati sebagai kafir,” katanya.

Pemikiran kritis pencetus budaya inovasi




2011/11/30

PEMIKIRAN kritis adalah satu kemahiran pemikiran penting yang perlu dikuasai rakyat sesebuah negara yang inginkan kemajuan. Kegagalan sesebuah negara melahirkan generasi pelajar yang berfikiran kritis akan menyekat lahirnya inovasi. Inovasi hanya boleh tercipta jika negara mempunyai rakyat berfikiran kritis dan tidak menerima sesuatu seadanya.

Orang yang berfikiran kritis sentiasa memikirkan secara mendalam bagaimana sesuatu perkara boleh diperbaiki walaupun kadangkala ia terpaksa menongkah arus. Saya amat bersetuju dengan pandangan Tan Sri Tony Fernandes yang menyatakan pemikiran kaku dan sikap tidak mahu berubah akan membunuh budaya inovasi. Seterusnya beliau menyarankan supaya persekitaran yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang lahirnya idea yang boleh dikembangkan.

Sistem pendidikan di Malaysia sejak dari peringkat rendah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi meraikan pemikiran kritis. Sebagai contoh, pada peringkat pengajian tinggi, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dengan jelas menggariskan satu objektif ia dirangka ialah untuk melahirkan graduan inovatif yang berfikiran analitikal dan kritikal. Kaedah pembelajaran yang berasaskan masalah diperkenalkan di universiti kerana kajian menunjukkan kaedah ini berupaya melahirkan pelajar yang berfikiran kritis.
Apa yang membimbangkan saya ialah keselarian di antara penekanan kepada pemikiran kritis dan tahap penerimaan masyarakat terhadapnya. Selepas usaha yang jitu untuk melahirkan generasi yang berfikiran kritis, bagaimana pula penerimaan masyarakat terhadap generasi yang berfikiran kritis? Adakah persekitaran yang ada selari dan kondusif untuk orang yang berfikiran kritis memberikan sumbangan? Jika persekitaran yang ada tidak menyokong dan meraikan orang yang berfikiran kritis untuk terus memberikan idea, maka sia-sialah usaha gigih kerajaan menerapkan pemikiran kritis di dalam sistem pendidikan negara.

Saya juga bersetuju dengan pandangan Profesor Datuk Dr Zaini Ujang bahawa inovasi dilakukan tidak semestinya terikat kepada bidang kepakaran kita saja. Kita bebas untuk memberikan pendapat asalkan ia mampu untuk mewujudkan proses penambahbaikan.

Secara peribadi, saya amat bertuah kerana bekerja di organisasi yang mempunyai budaya komunikasi terbuka yang membolehkan pendapat diberikan tanpa mengira kedudukan di dalam organisasi. Saya juga bertuah kerana banyak juga organisasi, malah pihak kepemimpinan tinggi negara menerima baik idea yang pernah saya kemukakan. Apa yang merisaukan saya ialah budaya ini masih terbatas di sesetengah organisasi lain. Pada pendapat saya, sikap enggan berubah ini amat berbahaya kepada kelangsungan organisasi itu.

Saya ingin menyarankan agar kempen diadakan untuk menyedarkan masyarakat bahawa pemikiran kritis bukanlah negatif, tetapi pencetus kepada budaya inovasi.

AMIN ALI,
Pensyarah Kanan
Pusat Pengajian Perakaunan
Universiti Utara Malaysia.

Takut pengaruh ceramah seks Kelab Taat Suami

Usah terpengaruh ceramah seks
Oleh Betty Subaryati
bhkb@bharian.com.my
2011/11/30

Mufti bimbang pasangan cetek agama terpedaya Kelab Taat Suami

KOTA BHARU: Mufti Kelantan meminta umat Islam di negara ini tidak mudah terpengaruh dengan ceramah kumpulan Kelab Taat Suami (KTS) yang sering mengeluarkan nasihat berbaur seks kononnya sebagai pedoman yang perlu diikuti pasangan suami isteri.

Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata Islam sudah menyediakan garis panduan mengenai tanggungjawab suami terhadap isteri dan sebaliknya mengikut hukum syarak dan undang-undang syariah.
Setiap pasangan suami isteri memang diharuskan mendengar ceramah mengenai kehidupan berumahtangga yang diberikan pakar bertauliah, bukannya pihak tertentu termasuk kelab terbabit (KTS). Dibimbangi, pasangan suami isteri yang cetek pengetahuan khususnya dalam agama akan mudah terpengaruh sehingga boleh menyebabkan mereka terpesong dari akidah Islam sebenar. - Mohamad Shukri Mohamad, Mufti Kelantan
Katanya, soal hubungan intim suami isteri, segala perlakuan seperti perkara apa yang perlu dilakukan pasangan suami isteri tidak perlu ditonjolkan atau dihebahkan kepada awam kerana seks adalah perkara paling sulit yang hanya boleh dibahas pasangan suami isteri saja.

“Setiap pasangan suami isteri memang diharuskan mendengar ceramah mengenai kehidupan berumahtangga yang diberikan pakar bertauliah, bukannya pihak tertentu termasuk kelab terbabit (KTS).

“Dibimbangi, pasangan suami isteri yang cetek pengetahuan khususnya dalam agama akan mudah terpengaruh sehingga boleh menyebabkan mereka terpesong dari
akidah Islam sebenar,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pendedahan Kaunselor KTS, Fatimah Talib, 49, pada majlis sambutan Awal Muharam di Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) di Kampung Gong Kulim dekat sini, kelmarin, yang mendakwa kes perceraian semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Dalam ceramah itu, Fatimah mendakwa isteri dan suami seharusnya lebih mengetahui peranan mereka terutama ketika mengadakan hubungan seks.

Katanya, akibat kurang pengetahuan dalam seks menyebabkan ada pasangan lelaki memberontak kerana tidak berpuashati dengan layanan isteri.

Malah, Fatimah mendakwa kajian KTS juga mendapati ramai isteri turut tidak puas hati kerana suami tidak layan keperluan mereka seperti tidak menghisap payudara sebagai mukadimah hubungan seks.

Mohamad Shukri menafikan dakwaan KTS yang mendakwa kes perceraian semakin meningkat di negeri ini disebabkan suami tidak berpuas hati terhadap layanan seks isteri.

“Perceraian pasangan Islam di negeri ini bukan disebabkan faktor seks semata-mata, namun pelbagai faktor lain, termasuk campur tangan pihak ketiga atau masalah kewangan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pasangan Islam di negeri ini tidak mendekati kumpulan berkenaan kerana ia adalah serpihan dari pertubuhan Al-Arqam yang sudah diharamkan kerajaan.

“Malah sebelum ini, kelab berkenaan pernah menggemparkan negara apabila mengeluarkan sebuah buku berunsur seks yang kononnya sebagai panduan kepada golongan isteri ketika melayan suami di ranjang,” katanya.

Resah pun sejenis "fear" juga

Keresahan Melayu terjawab


2011/11/30

Muhyiddin merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno.
Muhyiddin merasmikan Persidangan Perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno.
Muhyiddin jamin UMNO tetap pikul amanah bela agama, bangsa dan negara

KUALA LUMPUR: Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi meredakan keresahan orang Melayu berhubung masa depan mereka dengan memberi jaminan UMNO akan terus memikul amanah besar untuk membela agama, bangsa dan negara.

Thursday, November 24, 2011

Lagak Berani - Aziz Sattar & S.Shamsuddin

Aku tidak takut......

Bantal Kekabu (Keriang Pulau Blues 13)

Dulunya kat rumah aku adalah jugak pokok kekabu. Semasa putik buah kekabu boleh dimakan. Bila dah masak, biasanya musim kering, buah kabau akan jatuh dan selalunya emak aku akan kutip, dan kumpul semua itu dimasukkan dalam bekas mengkuang. Kemudiannya diperelai biji-bijinya, tinggal hanya kapas. Kapas-kapas itulah yang diambil untuk buat bantai atau tilam. Kami tidak mampu untuk beli tilam getah atau sebagainya. Emak aku buat bantal hanya untuk kegunaan sendiri. Sekarang ni aku tengaok ada orang buat perniagaan bantal kekabu.

Fear of the Dark

Kenapa tajuk ini menjadi tema blog aku? Sebenarnya “takut kepada kegelapan” ini adalah sebahagian daripada jenis-jenis takut yang lain. Bukanlah penulis hendak menakut-nakutkan pembaca tetapi pelbagai jenis ketakutan inilah yang menghantui kita, malah sesetengah kes itu menghalang kita daripada mencapai sesuatu kejayaan. Namakan saja jenis ketakutannya dan penulis percaya semua orang ada ketakutannya yang tersendiri. Misalnya Takut kepada Kemiskinan, Sakit, Usia Tua, Banyak hutang dan sebagainya. Rasa takut ini berubah-ubah mengikut taraf/ usia kita daripada kecil, zaman kanak-kanak, remaja, masa belajar, kerja , kahwin hinggalah kita mati. Semua orang pun takut mati jugak.

Tuesday, November 22, 2011

Polis mualaf bantu sarjan mengucap syahadah


MUHAMAD Khidir Thew Abdullah (kiri) memberikan maklumat kepada Inspektor Mohd. Fuzie Samat mengenai kemalangan melibatkan Md. Nor Shukor di Jalan Syed Putra, Kuala Lumpur, semalam.


KUALA LUMPUR 22 Nov. - Seorang anggota sukarelawan polis mualaf sempat mengajar seorang anggota polis berpangkat sarjan mengucap dua kalimah syahadah sebelum lelaki itu menghembuskan nafas terakhir dalam kemalangan di Jalan Syed Putra menghala ke Petaling Jaya, di sini pagi ini.

Muhamad Khidir Tiew Abdullah, 21, yang bertugas di Balai Polis Subang Jaya dekat sini, terserempak dengan mangsa, Md. Nor Shukor, 57, terbaring berlumuran darah di atas jalan raya pada pukul 6.50 pagi.

Dia kemudian segera memberhentikan kenderaan untuk menghulurkan bantuan kepada Md. Nor dengan menghubungi talian kecemasan dan menemani mangsa sehingga ambulans tiba di tempat kejadian.

Menurut Muhamad Khidir, semasa tiba di tempat kemalangan, dia melihat ada beberapa pengguna jalan raya lain berhenti untuk melihat mangsa, tetapi mereka tidak melakukan apa-apa termasuk menghubungi ambulans.

"Apabila saya menghampiri mangsa, beberapa orang di situ bertindak memarahi dan bertanya siapa saya seolah-olah tidak suka saya menyibuk untuk melihat apa berlaku.

"Sebaik sahaja memaklumkan saya adalah anggota polis dan menunjukkan kad kuasa, mereka semua beredar meninggalkan saya sendirian bersama mangsa," katanya ketika ditemui di tempat kemalangan di sini, hari ini.

Muhamad Khidir berkata, dalam tempoh menanti bantuan sampai, dia melihat mata mangsa memandang tepat ke arah matanya sambil mulut bergerak seolah-olah mahu mengatakan sesuatu, tetapi suaranya tidak terkeluar.

Katanya, melihat keadaan mangsa yang semakin nazak, dia mengajar lelaki itu mengucap dua kalimah syahadah dan mangsa disahkan meninggal dunia semasa ambulans tiba.

Menurutnya, sebaik sahaja mengetahui mangsa ialah anggota polis dari Bahagian Risikan Jenayah (D4), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfields di sini, dia segera menghubungi IPD berkenaan untuk memaklumkan kemalangan tersebut dan beberapa rakan setugas mangsa bergegas pergi ke tempat kejadian.

Sementara itu, Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan Abdullah Roning berkata, Md. Shukor yang menunggang motosikal Honda EX5 dipercayai mangsa langgar lari oleh sebuah kenderaan yang tidak dikenal pasti jenis dan nombor pendaftarannya.

"Kita menyiasat kes itu mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang menyaksikan kejadian diminta menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohd. Fuzie Samat di talian 03-20719999 untuk membantu siasatan," katanya.

Md. Nor meninggalkan isteri, Noriyati Yaakob yang bekerja di Pusat Pakar Tawakal dan tiga anak. Sebelum ditukarkan di IPD Brickfields, beliau pernah bertugas di IPD Sentul dan Dang Wangi di sini.

Razis hidup dalam buaian


MOHD. RAZIS masih menggunakan buaian di rumahnya di Sik, Kedah meskipun usianya sudah 19 tahun.


SIK – Dalam usianya yang sudah menginjak 19 tahun, Mohd. Razis Ilias dari Kampung Kenangan, Jeneri di sini mungkin sedang menuntut di sebuah universiti atau sudah bekerja untuk menyara kehidupan keluarga.

Namun, disebabkan penyakit saraf yang dihadapinya sejak bayi, anak bongsu kepada pasangan suami isteri penoreh getah itu hanya mampu terbaring lesu di dalam buaian seperti seorang bayi.

Mohd. Razis dikatakan mengalami sawan yang menyebabkan kekejangan saraf ketika berusia tiga bulan selepas diserang demam panas.

Lebih menyedihkan apabila susuk tubuhnya seperti kanak-kanak berusia lima tahun dengan kedua-dua belah kaki dan tangannya semakin membengkok akibat kekejangan.

Bapanya, Ilias Saad, 52, berkata, Mohd. Razis gemar menghabiskan masanya di dalam buaian kerana sekiranya diletakkan di atas tilam, dia akan merengek kerana kesakitan.

“Mungkin disebabkan kaki dan tangannya bengkok, dia tidak dapat berbaring dengan betul menyebabkannya berasa sakit," katanya di sini semalam.

Kesan perlawanan 2....

Kalah bola, pelajar Malaysia diugut bunuh di Indonesia

22/11/2011 6:03pm

JAKARTA 22 Nov. - Pahitnya untuk menelan kekalahan pasukan Garuda Muda di tangan pasukan Harimau Muda pada pertandingan akhir bola sepak Sukan SEA 2011 di Stadium Utama, Gelora Bung Karno di sini malam tadi telah menyebabkan ada pihak menghantar ugutan bunuh terhadap pelajar Malaysia di Indonesia.

Ugutan itu yang disebarkan malam tadi melalui pengguna twitter bernama @hikmat—maswara kepada akaun twitter sebahagian besar artis Malaysia selepas keputusan sepakan penalti menentukan Malaysia menang berbunyi: “Tomorrow I will kill Malaysia student at the University of Padjadjaran” di Jatinangor, Bandung.

Setelah mendapat kecaman, pengguna twitter itu telah memohon maaf atas tulisannya itu, namun pihak Persatuan Kebangsaan Pelajar Malaysia di Indonesia tidak memandang ringan ugutan berkenaan dan telah membuat laporan polis berkaitan perkara itu.

Atase Pendidikan, yang juga Setiausaha I (Pendidikan) Jabatan Penuntut Malaysia di Indonesia, Ludinata Misnun berkata, twitter mengandungi ugutan itu telah tersebar luas di Malaysia.

"Selepas mendapat kecaman daripada pelbagai pihak, @hikmat—maswara telah memohon maaf di twitternya dan memaklumkan beliau tidak berniat untuk membunuh tetapi didasarkan rasa kecewanya atas kekalahan pasukan Indonesia kepada Malaysia dalam pertandingan akhir itu,” katanya di sini Selasa,” katanya.

Ludinata berkata, pimpinan PKPMI di Bandung telah membuat laporan polis pada pagi tadi di Jatinangor dan polis memberi jaminan akan menyiasat kes itu.

Pada masa yang sama Education Malaysia (EM) Indonesia dengan kerjasama Atase Polis dan Kedutaan Besar Malaysia di Jakarta akan memanjangkan perkara ini kepada Ibu Pejabat Polis Indonesia untuk tindakan selanjutnya.

"Saya juga telah menghubungi Rektor Universitas Padjadjaran, Bandung bagi meminta bantuan dan kerjasama universiti untuk memastikan keselamatan mahasiswa Malaysia di Universiti Padjadjaran, Bandung,” katanya.

Berikutan kes itu, EM Indonesia katanya telah meningkatkan pemantauan mahasiswa Malaysia di Bandung dan seluruh Indonesia.

Pada masa ini, ada 1,005 pelajar Malaysia menuntut di Universiti Padjajaran, iaitu mewakili sebahagian besar daripada sejumlah 1,148 pelajar Malaysia yang menuntut di institusi pendidikan tinggi sekitar Kota Bandung pada masa ini. - Bernama

Kesan perlawanan 1........

Meninggal sakit jantung, saksi perlawanan Malaysia-Indonesia

22/11/2011 5:59pm

YAN 22 Nov. - Seorang peminat bola sepak meninggal dunia akibat serangan jantung ketika sedang menonton perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA ke-26 yang mendebarkan antara Malaysia dan Indonesia di sebuah kedai makan di Guar Chempedak dekat sini malam tadi.

Ahmad Fauzi Ismail, 42, dikatakan pengsan di situ pada 10.50 malam semasa ramai pelanggan menonton perlawanan bola sepak itu sebelum dikejarkan ke hospital dengan ambulans 10 minit kemudian.

Dia dipercayai meninggal dunia ketika dalam perjalanan ke Hospital Yan.

Pembantu kedai makan itu, Hasli Ishak, 29, berkata Ahmad Fauzi adalah pelanggan tetap kedai itu.

"Dia datang pada 8.30 malam dan makan nasi lebih kurang 10.30 malam, dan waktu dia makan, saya tengok dia pun pelik sikit sebab nampak pergerakan dia suap nasi pun perlahan lain berbanding sebelum ini,” katanya kepada Bernama di sini hari ini.

Hasli berkata, bahawa pada 10.50 malam, Ahmad Fauzi pengsan atas kerusi dan tubuhnya kelihatan pucat.

"Kami menghubungi hospital dan dalam pukul 11 malam ambulans sampai,” katanya.

Kakak ipar Ahmad Fauzi, Nafishah Jusoh, 46, berkata dia mengetahui tentang kematian adik iparnya itu menerusi panggilan telefon daripada abang Ahmad Fauzi yang tinggal di Kuala Lumpur setelah dimaklumkan oleh rakan Ahmad Fauzi.

Katanya kali terakhir dia berjumpa dengan adik iparnya itu pada 11 pagi semalam yang mengadu tidak sihat dan memohon supaya menghantarnya ke hospital untuk mendapatkan rawatan.

Nafishah berkata bagaimanapun adik iparnya itu menangguhkan hasrat bagi mendapatkan rawatan di hospital kerana ingin menonton perlawanan itu terlebih dahulu.

"Dia memang peminat sukan terutamanya bola sepak dan tidak pernah melepaskan peluang menonton sebarang perlawanan bola sepak. Dia beritahu saya dia akan terus ke Hospital Yan sebaik sahaja tamat perlawanan bola namun dia meninggal dunia ketika belum sempat menyaksikan kemenangan pasukan negara,” katanya.

Nafishah berkata Ahmad Fauzi, anak bongsu daripada empat beradik, menghidap penyakit darah tinggi serta kencing manis.

"Ahmad Fauzi memang kurang sihat sejak setahun yang lalu tambahan pula dia tinggal seorang diri sejak kematian ibu mentua saya, Faridah Mustafa, dua tahun lalu,” katanya.

Beliau berkata bahawa berdasarkan laporan perubatan, Ahmad Fauzi meninggal dunia disebabkan serangan jantung.

Malaysia mengalahkan Indonesia 4-3 menerusi tendangan penalti setelah kedua-dua pasukan terikat 1-1 bagi mengulangi kejayaan meraih pingat emas yang dicapai pada Sukan SEA sebelum ini di Laos - Bernama

Monday, November 21, 2011

Malaysia tewaskan Indonesia 4-3 (penalti), pingat emas Sukan Sea 2011

Ini yang sebenarnya perlu kita takut...

Tragedy hits SEA Games leaving two dead

By Jeanette Tan (Jakarta) and Satish Cheney (Singapore)


Tragedy has struck the SEA Games in Indonesia, with two fans dead following a stampede at the football final.

The stampede is believed to have occurred as thousands of fans flooded into Jakarta's Gelora Bung Karno Stadium about half an hour before the 7:30pm (Indonesia time) match between bitter rivals Indonesia and Malaysia, according to reports.

Spectators who could not enter the 80,000-seat stadium set fire to two ticket booths and the police had to fire warning shots to break up the rowdy crowd, reported AFP.

One of the two fatalities has been identified by Indonesian media as 20-year-old Reno, a drummer for a popular artiste in Indonesia. The second victim is a Kusmanto from the Cililitan district in eastern Jakarta.

Another 10 people have been hospitalised, according to local news agency Tempo.

It took almost two hours for the bodies to be evacuated from the stadium, with the roads nearby jam-packed with thousands of vehicles.

More than 100,000 people crammed the stadium to watch the match, which saw Indonesia defeated, while thousands of others surrounded it watching it on screens outside.

Indonesian security officials help evacuate supporters over a fence during the stampede. (AFP photo)

At the final, Indonesia and Malaysia were held at a 1-all stalemate, broken after 30 minutes of extra time by a penalty shootout, which Malaysia won 4-3.

There were already security concerns over the weekend regarding Monday's football final.

Fans burnt down a ticket booth on Sunday and stood outside Jakarta's pyramid building, where its media press centre was located, in the hopes of securing themselves tickets. Calls for calm by the organisers before the match were also made on local radio and television on Monday.

Indonesian police helping a boy stuck in the stampede. ( AP Photo/Dita Alangkara)



Earlier on Sunday, Malaysia's Deputy Sports Minister Razali Ibrahim blamed opposition leaders for the bad reception Malaysian athletes were getting from Indonesian sports fans, according to political website Malaysiakini.

"Why is it that they reserve such hatred for us? Why not Thailand? Why not others? It is not because of the perceived maltreatment of Indonesians locally.In my opinion, it is because opposition leaders have been making a bee line for Indonesia to bad mouth our country," said the minister.

Queen - We are the champions, live

Kita tidak perlu takut (fear) sebenarnya

MALAYSIA akhirnya menewaskan INDONESIA dalam sepakan penalti setelah terikat 1 sama tamat sepenuh masa permainan. Yang jaringkan gol sepakan penalti kemeangan ialah BADDROL BAHTIAR, kapten MALAYSIA yang jugak pemain KEDAH. MALAYSIA bermain cemerlang menyerap tekanan INDONESIA yang mendahului kita di awal permainan. Pujian harus diberikan kepada semua pemain, jurulatih dan staf2 yg terlibat. tahniah, sekalung tahniah, bukan senang nak pertahan gelaran juara.

The moral of the story >>>kita tidak perlu takut kepada sebarang tekanan tetapi hendaklah percaya serta yakin dengan kemampuan sendiri. Majulah sukan untuk kita semua.

..kami di sini pun takut......

Bas skuad bola sepak Malaysia diserang penyokong Indonesia sebelum perlawanan

Oleh Aziman Rosdi
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
Pemain Malaysia berada di dalam bus terpaksa menanti penuh sabar untuk melepasi ribuan penyokong Indonesia menyebabkan bas yang membawa pemain mengalami kelewatan hampir 40 minit untuk tiba di Stadium Gelora Bung Karno bagi aksi Final Bola Sepak Sukan SEA ke-26. Foto: Osman Adnan (21/11/2011)
Pemain Malaysia berada di dalam bus terpaksa menanti penuh sabar untuk melepasi ribuan penyokong Indonesia menyebabkan bas yang membawa pemain mengalami kelewatan hampir 40 minit untuk tiba di Stadium Gelora Bung Karno bagi aksi Final Bola Sepak Sukan SEA ke-26. Foto: Osman Adnan (21/11/2011)

JAKARTA: PEMAIN skuad bawah 23 tahun negara terpaksa menempuh detik mencemaskan apabila bas yang mereka naiki diserang oleh penyokong Indonesia ketika cuba memasuki perkarangan Stadium Gelora Bung Karno.

Biarpun polis turut mengiringi bas skuad Malaysia itu namun mereka gagal mengawal tindakan ganas ribuan penyokong Indonesia yang menanti di pintu masuk stadium itu sebelum perlawanan akhir bola sepak Sukan Sea berlang sung.

Turut mengalami nasib yang sama, sebuah lagi bas yang memuatkan penyokong Malaysia dan wakil media yang berada di belakang.

Difahamkan skuad negara membuat keputusan untuk tidak menaiki Barracuda ke stadium kerana pihak penganjur memberi jaminan keselamatan namun sebaliknya yang berlaku.


Dalam insiden yang berlaku kira-kira jam 5.30 petang waktu tempatan itu, ribuan penyokong Indonesia berbaju merah mengetuk bas skuad negara dengan menggunakan kayu sambil ada di antara mereka mengejek dan menunjukkan isyarat lucah.


Setelah hampir sejam terkandas barulah bas pasukan Ma laysia dan penyokong berjaya memasuki stadium dengan selamat.

Takut sorakan penyokong fanatik INDONESIA

Pada masa aku menulis nih,..akan disiarkan secara langsung perlawanan akhir bolasepak Sukan Sea..antara MALAYSIA dan INDONESIA. INDONESIA telah tewas denga MALYSIA dalam perlawanan peringkat kumpulan sebelum ini....

>>> petikan berita terkini;

Pemain Malaysia disambut dengan jeritan Maling

21/11/2011 7:32pm

JAKARTA 21 Nov. - Seperti yang dijangka, penyokong pasukan Indonesia langsung tidak memperlihatkan semangat kesukanan terhadap pasukan lawan, Malaysia.

Jeritan Maling (pencuri) dijerit oleh seluruh penonton di stadium sebaik pegawai-pegawai dari skuad Harimau Muda memasuki padang Stadium Utama Gelora Bung Karno sebentar tadi. - Utusan

Result UPSR 2011..SK SRI SURIA 1

Jangan pinggirkan yang tidak cemerlang UPSR .


SEMUA orang merasa teruja apabila melihat gelagat murid-murid melalui media massa yang melonjak kegembiraan apabila mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) baru-baru ini.

Ada juga di antara mereka yang kelihatan terharu dan menangis kegembiraan kerana mendapat keputusan yang baik walaupun ia tidak diduga.

Kegembiraan tidak sahaja kelihatan pada wajah murid-murid yang mendapat keputusan cemerlang tetapi turut dikongsi bersama oleh ibu bapa, guru besar dan guru-guru di sekolah berkenaan. Walau apa pun ucapan tahniah dan syabas kepada 46,021 orang murid yang telah mendapat A dalam semua mata pelajaran.

Sementara itu di satu pihak lain yang tidak mendapat keputusan cemerlang atau yang hanya mencapai keputusan Baik (Minimum C) berjumlah seramai 269,021 orang murid daripada hampir setengah juta calon yang menduduki peperiksaan mungkin hanya dapat tersenyum sinis melihat slip keputusan UPSR mereka.

Lebih malang lagi murid yang hanya mendapat D atau E dalam semua mata pelajaran akan merasa hampa, kecewa, putus asa dan jika tidak dibantu akan diselubungi rasa rendah diri yang berpanjangan. Apa tidaknya rakan-rakan yang mendapat keputusan cemerlang akan dijulang serta mendapat sanjungan dan pujian ibu bapa, guru-guru dan rakan-rakan.

Tetapi bagi kumpulan yang tidak menyerlah itu seolah-olah tidak diberi perhatian atau dianggap sebagai murid yang tidak ada harapan. Lebih menyedihkan lagi apabila balik ke rumah ibu bapa tidak habis-habis berleter atau memarahi mereka dan sengaja menyindir serta membandingkan dengan anak-anak jiran yang lebih cemerlang.

Kadang-kadang jika difikirkan dengan mendalam matlamat diadakan peperiksaan UPSR atau Ujian Penilaian Sekolah Rendah telah tersasar daripada tujuan asal. Sebenarnya peperiksaan UPSR diadakan bertujuan untuk menilai sejauh mana penguasaan pelajar terhadap sesuatu mata pelajaran berasaskan lingkungan sukatan pelajaran yang telah ditetapkan.

Jika murid mendapat keputusan A, B atau C bermakna mereka telah menguasai pengetahuan yang telah diajar kepada mereka. Tetapi jika mendapat keputusan D atau E bermakna murid berkenaan tidak dapat menguasai kandungan silibus atau tidak memahami maklumat dan pengetahuan yang telah mereka pelajari.

Di sinilah sepatutnya peranan guru dan ibu bapa untuk membantu anak-anak ini sekiranya didapati mereka tidak dapat menguasai pelajaran yang telah diajar kepada mereka. Pada dasarnya pelajar yang tidak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan itu bukan bermakna mereka akan menghadapi kegagalan sepanjang masa. Masih banyak lagi ujian dan peperiksaan yang akan dilalui sebelum mereka menjejakkan kaki ke menara gading.

Banyak kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar pendidikan untuk melihat mengapa murid tidak mendapat keputusan cemerlang dalam sesuatu peperiksaan. Di antaranya ialah faktor lewat berkembang atau late development di mana ada di kalangan murid yang mempunyai kecerdasan yang baik tetapi agak lambat pacuannya.

Ada kalanya murid sebegini akan memperolehi pencapaian cemerlang apabila mereka sampai ke peringkat lebih tinggi mungkin semasa berada di sekolah menengah atau pusat pengajian tinggi. Di samping itu terdapat juga murid yang menghadapi masalah kesihatan yang tidak serius seperti rabun jauh atau kurang pendengaran. Kadang-kadang mereka tidak memaklumkan masalah ini kepada guru atau ibu bapa.

Faktor latar belakang keluarga juga turut memberi kesan kepada pencapaian pendidikan murid. Mereka yang datang daripada keluarga berpendapatan rendah mungkin tidak dapat menyediakan kemudahan yang banyak di rumah seperti tempat belajar yang selesa, gangguan kebisingan, kurang kemudahan peralatan tambahan pembelajaran atau peluang menghadiri kelas tuisyen berbayar.

Selain dari itu ada juga pengkaji yang mendapati bahawa di kalangan murid yang pintar ataugifted tidak mendapat keputusan yang cemerlang dalam ujian atau peperiksaan kerana mereka merasai kebosanan akibat terlalu lama berada di sekolah rendah. Murid pintar ini kadang kala merasa pengajaran guru adalah terlalu mudah, kurang cabaran dan mengetahui lebih banyak maklumat jika dibandingkan dengan apa yang dipelajari di sekolah. Akhirnya mereka tidak memberi perhatian yang serius terhadap pengajaran guru dan kurang membuat persediaan untuk menduduki peperiksaan.

Tidak mendapat keputusan cemerlang dalam peperiksaan kadang kala disebabkan juga faktor kesihatan pada hari peperiksaan dijalankan seperti mengalami deman, sakit perut atau pening kepala. Akibatnya keputusan peperiksaan mereka tidak menyerlah seperti yang sepatutnya.

Persoalannya adakah matlamat pendidikan hanya bertujuan untuk memastikan murid mencapai pencapaian cemerlang dalam peperiksaan?

Sesungguhnya Falsafah Pendidikan Kebangsaan menyatakan bahawa matlamat pendidikan adalah untuk melahirkan murid yang berketrampilan dan seimbang dari segi jasmani, emosi, rohani dan intelek serta mempunyai sifat kreatif dan inovatif yang akhirnya mereka akan menjadi warga negara yang berguna untuk membangunkan negara.

Oleh itu pendidikan kita mestilah juga berupaya untuk melahirkan manusia yang mempunyai sikap berani mencuba, jujur, akhlak yang tinggi, jati diri yang kental, sentiasa cergas dan sihat, tidak takut gagal, rajin, melakukan sesuatu secara bersungguh-sungguh dan tidak ada istilah berputus asa.

Untuk melahirkan murid yang sedemikian maka sudah tentu kita tidak berupaya untuk menilai perkara-perkara dinyatakan itu hanya melalui keputusan peperiksaan UPSR. Namun demikian inilah sebenarnya perkara yang perlu diterapkan dalam diri setiap murid sekiranya kita benar-benar ingin menghayati Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Dengan yang demikian kepada murid yang tidak mendapat keputusan cemerlang dalam UPSR perlulah memuhasabah diri untuk menilai kembali di manakah kelemahan diri dan mula berusaha supaya kelemahan itu dapat diatasi terutama bagi persediaan untuk memasuki sekolah menengah pada awal tahun hadapan.


>>>> salah satu jenis letakutan juga nih...

Sunday, November 20, 2011

Ketakutan (Fear) Keselamatan Anak-anak yang belajar di MESIR.

10,000 pelajar Malaysia di Mesir bimbang situasi terkini


Muhammar Amin


KUALA LUMPUR – Para pelajar Malaysia di Mesir dilanda kebimbangan ekoran kekacauan yang berterusan di ibu kota negara berkenaan ekoran rusuhan melibatkan penunjuk perasaan di Dataran Tahrir, Kaherah sejak kelmarin.

Wakil pelajar, Muhammar Amin Abdul Yasin, 24, berkata, pelajar Malaysia kini berada dalam keadaan bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan konflik lebih teruk berlaku di negara berkenaan dalam tempoh terdekat.

“Kedutaan Malaysia juga telah mengeluarkan pekeliling kepada pelajar Malaysia di sini (Mesir) supaya sentiasa berjaga-jaga terhadap keselamatan diri dan ketika ini terdapat kira-kira 10,000 pelajar Malaysia di Kaherah serta 1,400 di Mansoura.

“Kami juga diminta tidak keluar lewat malam, tidak menghampiri kawasan pilihan raya serta tempat perkumpulan orang ramai dan dilarang menyertai sebarang perhimpunan,” katanya ketika di hubungi Kosmo! di sini semalam.

Muhammar Amin yang merupakan pelajar tahun enam jurusan perubatan Universiti Mansoura berkata, dia dan teman-teman masih mengikuti kelas di universiti seperti biasa tetapi bimbang konflik itu jika berlanjutan akan menjejaskan kuliah mereka.

Menurutnya, kekecohan berlaku kerana rakyat Mesir mendesak tentera negara itu mengumumkan tarikh penyerahan kuasa kepada kerajaan baru.

Sehubungan itu, katanya, para pelajar Malaysia di Mesir memohon kerajaan Malaysia membantu mereka jika keadaan politik bertambah teruk di negara tersebut.

Sementara itu, ibu kepada seorang pelajar Malaysia di Mesir, Fauziah Mahat, 49, berkata, beliau berasa bimbang dengan keadaan anak perempuannya ekoran kekecohan yang berlaku.

Anaknya, Aini Sakinah Noor Azman, 22, melalui panggilan telefon kelmarin memberitahu dia sering melihat kereta kebal berkeliaran di merata tempat di Mansoura dan situasi itu turut berlaku di Kaherah.

“Saya sempat berpesan kepada Aini supaya beli makanan secukupnya dan tidak keluar dari rumah jika keadaan bertambah tegang,” katanya.


Tunjuk perasaan semakin buruk


AP
PENUNJUK perasaan bertempur dengan anggota keselamatan Mesir di Dataran Tahrir, Kaherah semalam.


KAHERAH - Suasana di Mesir kembali tidak stabil apabila penunjuk perasaan meneruskan pertempuran untuk hari kedua dengan membaling batu kepada pihak polis di Dataran Tahrir di sini semalam.

Tunjuk perasaan tersebut diadakan bagi menuntut pihak tentera segera mengumumkan tarikh untuk menyerahkan kuasa kepada kerajaan yang dipilih rakyat.

Pasukan keselamatan Mesir menembak gas pemedih mata dan peluru getah ketika menyerbu dataran tersebut untuk merobohkan khemah-khemah penunjuk perasaan, sekali gus mencetuskan pergelutan yang mengakibatkan dua orang terbunuh.

Ratusan lagi cedera dalam serbuan pihak berkuasa yang dibuat beberapa hari sebelum Mesir dijadual mengadakan pilihan raya Parlimen pertama selepas pengunduran Hosni Mubarak Februari lalu.

Ratusan penunjuk perasaan bertindak membaling batu dan membakar kenderaan polis semasa operasi menyuraikan mereka.

"Kami hanya ada satu permintaan. Beberapa pemimpin perlu meletak jawatan dan jawatan tersebut diambil alih oleh orang awam," kata seorang penunjuk perasaan, Ahmed Hani yang merujuk kepada pemerintah tentera Mesir yang merupakan Menteri Pertahanan dalam pentadbiran Mubarak sebelum ini, Hussein Tantawi.

Situasi kelmarin mengingatkan kembali senario kumpulan penunjuk perasaan bertempur dengan pasukan keselamatan di sini semasa kebangkitan 18 hari rakyat Mesir untuk memaksa Mubarak berundur pada Februari lalu.

Keganasan yang tercetus meningkatkan kebimbangan mengenai pilihan raya Parlimen yang bakal diadakan pada 28 November ini yang dijangka dicemari kekacauan.

Rakyat Mesir kini berang berhubung proses reformasi yang lambat dilaksanakan, selain keghairahan tentera mengekalkan kuasa selepas pentadbiran baru dibentuk.

"Kami bosan dengan janji kosong pemerintah. Kami tidak akan meninggalkan tempat ini (Dataran Tahrir)," kata seorang penunjuk perasaan, Sahar Abdel-Mohsen.

"Polis menembak peluru getah, gas pemedih mata serta memukul penunjuk perasaan dengan menggunakan belantan," tambahnya.

Seorang pegawai Kementerian Kesihatan, Mohammed el-Sherbeni berkata, seorang penunjuk perasaan berusia 23 tahun terbunuh akibat terkena tembakan, manakala 676 yang lain cedera.

Seorang pegawai lain memberitahu, sekurang-kurangnya seorang penunjuk perasaan maut di Iskandariah dalam protes yang berlaku di bandar itu. - AP