Monday, November 29, 2010

TAKRAW wanita di Sukan Asia

Sukan Asia kali, saya berkesempatan melihat acara final Sepak Takraw Wanita Sukan Asia, di Guangzhou CHINA melalui kaca tv. Perlawanan adalah antara THAILAND menentang VIETNAM. Apa yang menarik perhatian adalah kebolehan tekong wanita VIETNAM yang membuat servis "Windmill", bukannya servis kuda seperti pemain lelaki. Hebat servis itu dan pengulas sukan berbangsa Eropah begitu tertarik dengan permainan ini. Sebelum ini pun, di kejohaan yang sama di DOHA 4 tahun yang lalu, rasanya pengulas yang sama begitu ghairah mengulas Sukan Sepak Takraw ini.
Begitulah mat salleh yang tahu menilai sesuatu sukan. Cuma jika boleh sukan sepak takraw ini dipromosdikan di serata dunia..hinggalah tersenarai dalam Sukan Olimpik.

Iklan HONDA tak kurang hebatnya

Thursday, November 25, 2010

"Lembut seperti air tetapi berkuasa"..

Suatu ketika dahulu, sekitar zaman 70an dan 80an, Radio 1 RTM ada menyiarkan Panggung Sandiwara, sebuah rancangan drama radio yang disiarkan pada hari Ahad jam 130 tengahari. Hari Ahad memang hari bekerja atau bersekolah bagi negeri KEDAH. Aku masih ingat lagi dimana pada setiap hari Ahad, aku akan bergegas puylang ke rumah setelah tamat waktu belajar semata-mata tidak mahu terlepas rancangan Panggung Sandiwara itu.
Antara pelakun yang sering "meminjamkan suara" dalam Panggung Sandiwara ini ialah Sherkawi Jirim, Omar Abdullah, Rubiah suparman, ahmad tarmimi siregar dan ramai lagi(takingat).

Namun begitu aku tertarik dengan sebuah drama yang mana pelakonnya ada mengeluarkankata-kata: "Lembut seperti air tetapi berkuasa"...begitulah kesan air...walaupun lembut tetapi jika datang begitu banyak boleh memusnahkan segalanya. Contoh, tsunami dan banjir.

Senaman zaman 50-60an

Monday, November 15, 2010

kalau berpacaran...

IRON MAIDEN datang ke SINGAPORE


Alamak...tak lama lagi IRON MAIDEN nak datang ke SINGAPORE buat konsert...
..camna nih...rasanya ramai peminat-peminat kat MALAYSIA akan turun tengok...
..Selain itu diberitakan mereka juga akan buat konsert kat BALI, INDONESIA...Bruce Dickinson akan pandu sendiri pesawat peribadi mereka "ED FORCE ONE"

Penyanyi buta yang hebat

WALI BAND

Pemuzik Jalanan

Pada bulan Ramadhan yang lepas, ketika menemani isteri membeli-belah kain baju persiapan hari raya, di Bangunan GLOBE Silk Store Jalan TAR, terpaku aku mendengarkan suara nyanyian pemuzik buta yang bermain keyboard dengan diiringi pasangannya yang juga buta bermain tamborin. Bukan lagu sebarang lagu. Kita ingatkan mesti diorang nih nyanyi lagu-lagu pop yeh-yeh ke, P Ramlee ke....rupanya tidak. Lagu "YANG" yang dipopularkan oleh WALI Band brader. Fuhh best...terpegun aku.

Seuatu ketika dulu, pernah aku juga melihat seorang pemuzik buta lelaki melayu yang bermain gitar akustik,.tapi belasah lagu-lagu Blues brader...best. Tapi yang ni aku tengok kat Pasar Chow kit (tempat jual buah-buahan).

Sekali fikir satu cara untuk kita menolong mereka ini daripada meminta sedekah yang pendapatan tidak sseberapa itu (ikut belas ihsan) ..apa kata sesiapa juga yang menganjurkan Malam mesra syarikat atau jabatan ..menjemput mereka-mereka ini. Dapat juga memberi income yang lebih.

"Banjir"..

Banjir di KEDAH dan PERLIS telahpun surut. Kehidupan kembali seperti sediakala. Kerja-kerja membersih lumpur giat dijalankan. Manakala kerugian petani/pesawah padi di KEDAH dianggarkan RM 50 juta. Kerajaan juga akan membayar pampasan diatas kerugian yang dialami oleh penduduk yang terbabit. Syukur Alhamdulilah...

Namun begitu banjir di KUALA LUMPUR dan Lembah Klang tak pernah surut-surut. Heran ya?...
Cubalah berkujung ke gerai-gerai mamak yang menjual roti canai, anda pasti temui jawapannya.

Friday, November 12, 2010

Iklan TOYOTA

"Dance like Butterfly, Sting like a Bee"

BRUCE LEE

"TOUCH"

"BERGURU"

..Semasa kita zaman kanak-kanak, kita telah dihantar oleh ibu bapa kita untuk mengaji Quran, ataupun istilahnya "Berguru". Dalam sebuah kampung, terdapat beberapa orang dewasa yang diiktiraf sebagai guru Quran.Mereka-mereka ini sebelumnya, pernah berguru dengan "guru-guru" mereka....Kita juga melalui pendidikan secara formal mulai umur 7 tahun diperingkat sekolah rendah, kemudiannya sekolah menengah, pengajian tinggi ..dan akhirnya kita pun menceburi bidang kerjaya. ..Ada juga dikalngan kita yang mengambil Master, Phd dsbnya..masa-masa inilah kita kurang berguru(secara perorangan). Kebanyakkan kita berguru dengan buku-buku ilmuan terdahulu, rujukan internet dsbnya.
..Terdapat kejadian baru-baru ini dimana seorang anak dikatakan telah terpengaruh dengan buku yang dibacanya..dan telah menetak ibunya dengan kapak. Sejauh mana kebenaran yang dikatakan punca kejadian itu tidak diketahui. Namun adalah lebih baik kita berguru secara perorangan, bukan hanya membaca dan mengamalkan apa yang terkandung dalam buku.
..Memetik apa yang dikatakan oleh seorang ulama, "celakah seseorang itu jika menuntut ilmu tanpa berguru".

Saturday, November 6, 2010

"Tak Pernah - Pernah"

ALOR SETAR: Tidak pernah sepanjang hidup selama 67 tahun kawasan kami dinaiki air termasuk ketika Kedah dilanda banjir besar pada 1999 dan 2005, tetapi (banjir) kali ini, kami turut terjejas. Itu luahan penduduk Hutan Kampung, dekat sini, Mokhtar Ahmad, 67, yang terkejut apabila kawasan tempat tinggalnya dinaiki air sehingga sedalam dua meter semalam.

...merapi

ARGOMULYO: Letupan terbaru dan terbesar Gunung Merapi semalam meragut 77 lagi nyawa dan memaksa penerbangan ditunda serta beribu-ribu lagi penduduk berpindah ke pusat perlindungan.

Gunung berapi paling aktif di Indonesia itu memuntahkan debu, asap panas berbahaya dan batu volkanik tinggi ke udara sepanjang malam hingga pagi dan mencetuskan panik dan kelam kabut di jalan raya apabila penduduk lari menyelamatkan diri dalam kegelapan.
Sehingga semalam, 120 orang terbunuh sejak Merapi mula meletup 26 Oktober lalu, sehari selepas tusnami meragut lebih 400 nyawa di kawasan pendalaman luar pantai Sumatera.

ribut 1059 pagi

tsunami 26dec04

..bila kutukan telah dilaksana

MUSIBAH

Kat INDONESIA... Tsunami berlaku di kepulauan Mentawai, Sumatera dan gunung berapi meletus..di Gunung Merapi, kepulauan Jawa.

Di negara kita>> banjir melanda di negeri PERLIS, TRENGGANU, KELANTAN dan KEDAH (terburuk dalam sejarah KEDAH). Pekan ALOR SETAR hampir 80 peratus di genangi air. Banjir juga turut melanda bandar HATYAI, THAILAND.

Tuesday, November 2, 2010

..cerita cinta terpendek

Ada seorang wanita buta. Semua orang membenci dia, kecuali kekasihnya. Wanita itu selalu berkata, “Saya akan menikahimu saat saya bisa melihat.” Suatu hari, ada orang mendermakan mata kepada wanita itu. Akhirnya wanita itu dapat melihat.

Dengan segera, dia pergi menemui kekasihnya. Tetapi, ketika dia melihat kekasihnya, dia merasa sungguh terkejut karena kekasihnya juga buta.

Kekasihnya bertanya, “Sudikah kamu menikah denganku sekarang?” Tanpa sebuah alasan, wanita itu menolak. Kekasihnyapun tersenyum dan berlalu pergi sambil berkata. “Tolong jaga mata saya baik-baik…”