Wednesday, November 16, 2011
Tak ada modal untuk menulis...
Aku tidak lagi menulis hal-hal cerita kampungku, Kampung Keriang Pulau. Dalam perkara ini aku memuji Abang Man Haron yang masih meneruskan lagi penulisan mengenai hal-hal, peristiwa yang berlaku di kampungku itu. Sekali sekala seronok juga membaca tulisan Abang Man Haron. Ringkas dan mudah.
Baru-baru ni akau balik beraya haji di kampung. Selalunya aku pergi ke rumah kakakku pada hari raya ke dua. Kaka telah ceritakan bahawa pada hari raya aidil adha tempohari diadakan majlis Qurban Perdana, di bekas rumah haji Man berdekatan dengan Madrasah Ittihadiah. Rumah itu difahamkan telah dibeli oleh seorang penduduk kampungku. Keluarga Haji Man telah lama berpindah di IPOH. Rumah itu banyak kenangan jugak kepada aku dimana aku pernah pergi dengar Haji Man baca kitab (ngajar agama)...Belakang rumah tu juga aku biasa main perang senapang bemban sekitar tahun awal 70an.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment