Monday, March 14, 2011

Supermarket kat ALOR SETAR

Supermarket kat bandar ALOR SETAR pada zaman 70an, 80an tidaklah banyak, boleh dibilang dengan jari. Antara yang aku ingat ialah ALOR SETAR Supermarket, KEDAH Supermarket, LUCKY Supermarket, DAYA Store, HANKYU JAYA (orang kampung sebut Hantu Raya)dan Embassy. Masa tu, jalan sekitar Stesen Bas Lama (Syarikat UTC, KUALA KEDAH dan Jalan Langgar Transport Co) cukup meriah. Ada bas yang pergi ke KUALA NERANG, POKOK SENA, HUTAN KAMPUNG, PENDANG, GURUN SG PETANI, TOKAI, SIMPANG EMPAT dan juga BUTTERWORTH.
Ketika ikut emak pi pekan, antara kedai yang kami lalui adalah Pekan Rabu, Kedai Rekod Starlight, Kedai Makan melayu yang kongsi dengan restoran cina(buat air), Kedai rempah JAI HIND dan NAINA MOHAMAD. Warung jual mee tonggek dan bihun sup kami juga lalui dan biasa membeli makanan di situ. Terdapat juga satu lorong yang dipanggil "Lorong Sempit"..yang menghubungkan jalan langgar menuju ke jalan Badlishah. Macam-macam barang ada di jual di lorong sempit.
Berbalik tentang cerita supermarket tuh tadi, aku biasa ronda semua Supermarket untuk hanya beli satu barang, iaitu Bofa Set (Set peralatan lukisan teknik..semasa aku bersekolah di SEMENTAS. Kekadang bila terkenang tuh, rasa nak tergelak bercambur sedih pun ada.

No comments:

Post a Comment