Sunday, August 21, 2011

Keriang Pulau Blues 9 (Puasa dan Raya)


Dah lama aku tak menulis tentang hal kampung. namun begitu aku puji Abang Man Haron,yang masih lagi aktif menulis tentang suasana Kampung Keriang Pulau semasa puasa waktu dulu-dulu.

Teringat semasa buan inilah, rumah aku begitu kerap dikunjungi jiran untuk menembuk tepung beras, kacang untuk dibuat kueh raya. Emak aku juga dok sibuk buat kueh bahulu. Guna acuan, bakar atas dan bawah. Untuk itu pulut sabut begitu banyak digunakan. Bau harum pulut sabut masih aku teringat. Masa bulan puasa jugak jiran-jiran menghantar kueh-mueh. Syoknya boleh rasa kueh macam-macam. Antara yang favourite ialah buah melaka, lopes, lepat liat, tepung talam, cucuq udang. Adik aku memang suka cucoq udang yang mak aku buat. tiap-tiap tahun dia akan minta mak buat.

Waktu berbuka pula, masa tuh masih diamalkan lagi tembak meriam di padang KFA (dekat Kompleks Hijau kuning). Bila tiba waktu, kami keluar di kepala jalan. Bila meriam berbunyi, kami pakat kayuh gerek laju-laju untuk berbuka puasa di rumah. Malam pi Sembahyang Terawikh kat Madrasah. Ada ketika main mercun roket. Jalan satu kampung dengan kawan-kawan.

Masa hariraya, pakat pi sembahyang sunat di Madrasah. penuh sesak. maklumlah terdapat jugak kariah yang setahun sekali datang ke madrasah. Lepas Sembahyang , geng-geng orang tua buat kenduri tahlil di madrasah. Geng-geng kanak-kanak dan remaja pergi berkunjung-mengunjung ke rumah rakan. Tentang bab inilah aku jadi rendah diri sikit sebab rumah aku tak ada televisyen dan peti ais. Aapapun sesetengah kawan ada datang berkunjung jugak, tak mengira kita kaya atau miskin. Selalunya emak aku sediakan ketupat daun palas dan gulai daging. Selain itu, kueh bahulu, kueh karas, loyang dan dodoi turut dihidang. Alhamdulilah.

Friday, August 12, 2011

analisakumbang: Kenapa Baru Sekarang Timbul Penggunaan Pembesar Su...

analisakumbang: Kenapa Baru Sekarang Timbul Penggunaan Pembesar Su...: "Walaupun Mufti Perlis Dr Juanda Jaya semacam menyokong pengharaman penggunaan pembesar suara ketika bacaan al-Quran pada waktu subuh ..."

sepintas lalu



Rusuhan di London satu pengajaran kepada rakyat Malaysia


KUALA LUMPUR: Rusuhan ganas di London dan beberapa bandar lain di England seharusnya membuka mata rakyat Malaysia mengenai betapa buruknya kesan sesuatu perhimpunan haram, kata beberapa pemerhati sosial.

Mereka berpendapat rakyat Malaysia yang mudah terpengaruh untuk mengadakan demonstrasi jalanan, termasuk yang terlibat dalam perhimpunan haram 9 Julai lepas, wajar mengambil pengajaran bahawa tiada pihak yang dapat memberi jaminan perhimpunan yang bermula aman akan terus berlangsung dalam aman.

“Apa pun punca rusuhan itu, kita rakyat Malaysia perlu bertanya kepada diri sendiri sama ada kita mahu tragedi serupa terjadi di Malaysia? Mahukah kita kehilangan nyawa kaum keluarga dan kemusnahan harta benda peribadi dan awam?” kata Prof Datuk Hamdan Adnan ketika diminta mengulas keganasan meluas di England yang berterusan selama tiga hari sejak 8 Ogos.

Kejadian yang turut melibatkan perbuatan mencuri dan merompak premis perniagaan dan pembakaran kenderaan, bangunan, pasar raya malah balai polis oleh ribuan perusuh itu, juga seharusnya membuka mata rakyat negara ini betapa cekap dan tepatnya tindakan polis di Malaysia dalam menangani perhimpunan haram 9 Julai lepas itu, katanya.

Rusuhan itu dikatakan berpunca daripada rasa tidak hati penduduk terhadap tindakan polis di Tottenham menembak mati seorang lelaki yang disyaki pengedar dadah pada 4 Ogos.

Kira-kira 200 anggota keluarga lelaki dikenali Mark Duggan, 29, rakan-rakannya dan penduduk mengadakan perarakan bantahan yang bermula dengan tenang tetapi dalam beberapa jam kemudiannya bertukar menjadi rusuhan ganas.

Keganasan itu merebak ke berbelas bandar lain yang menyaksikan tindakan membakar harta benda awam, memecah masuk premis perniagaan dan merompak pelbagai barangan, malah ke tahap mengancam keselamatan dan nyawa pejalan kaki yang kebetulan lalu di situ.

Selain empat penduduk tempatan yang mati dan berpuluh yang cedera, seorang pelajar Malaysia di London, Mohd Asyraf Haziq, 20, turut menjadi mangsa serangan ganas perusuh. Selain menjalani pembedahan rahang akibat dipukul, basikal dan beberapa barang lain miliknya telah dilarikan perusuh.

Media antarabangsa melaporkan rusuhan itu adalah yang terburuk di England sejak berkurun.

Hamdan berkata keganasan itu merebak mungkin disebabkan perusuh melihat polis di sana lemah.

“Perusuh yang ramai itu pula mungkin golongan oportunis yang sudah berkecenderungan jenayah atau penjenayah yang hanya menunggu kesempatan seperti itu untuk merompak pasar raya dan merosakkan harta benda,” katanya.

Pemerhati sosial Zainab Yusof, pula berkata jika polis tidak bertindak cekap dan tegas menangani perhimpunan haram 9 Julai lepas, terdapat kemungkinan keganasan serupa berlaku di sini.

“Daripada visual yang ditayangkan di televisyen, kita dapat lihat ada kecenderungan kelompok kecil dalam perhimpunan haram itu yang sudah mencabar polis.

“Kita bersyukur polis bersabar, bertindak tegas dan bijaksana sehingga perhimpunan haram selesai dalam masa beberapa jam sahaja dan tidak berhari-hari seperti di England. Kita ambillah pengajaran dan janganlah nak berdemo haram lagi,” kata Zainab yang juga aktivis bantuan kemanusiaan.

Media di England melaporkan bahawa 16,000 orang polis sudah dikerahkan bagi mengawal keadaan tetapi langkah itu dianggap terlambat kerana pelbagai kemusnahan dan ketakutan awam sudah terjadi.

Tinjauan rambang di sini mendapati ramai rakyat Malaysia mengakui mereka juga merasa takut dan terancam keselamatan nyawa dan kemusnahan harta benda ketika perhimpunan haram 9 Julai berlangsung kerana tahu bahawa keganasan boleh tercetus.

Peniaga kuih muih di Shah Alam, Hafez Hamed, berkata melihat parahnya kesan keganasan di London dan sekitarnya, membuat beliau menjadi rakyat Malaysia yang bersyukur kerana kebijaksanaan kerajaan menangani perhimpunan haram 9 Julai dengan baik.

“Saya tak tahulah wajar ke tidak kalau ada rakyat Malaysia yang benci dan marahkan tindakan polis pada Sabtu 9 Julai itu, yang menahan lebih 1,000 orang semata-mata untuk memastikan tiada penghasut yang cuba mencetuskan kejadian buruk,” katanya.

Beliau berkata apa yang terjadi di England itu mungkin juga satu “balasan” kepada negara Barat yang sebelum ini sering menjadi juara melaungkan hak kebebasan dan asasi manusia jika demonstrasi disekat di negara lain termasuk di Malaysia.

“Kini ia dah terjadi di negara sendiri, tak ada pula kumpulan hak asasi tu bersuara seperti mana mereka cuba nak mengajar negara lain,” Hafez. — Bernama

"FEAR of RUSUHAN"

Dah lama aku tak menulis. Maklumlah bulan JULAI lepas aku agak sibuk sikit. Pada mulanya bila tengokkan acara-acara bulan JULAI seperti konsert Dua Raksasa yang jangka diadakan pada 9 JULAI dan kedatangan pasukan LIVERPOOL ke MALAYSIA membuatkan aku seronok. Malangnya bila perhimpunan BERSIH pada 9 JULAI telah merencatkan rasa seronok aku. Namun begitu nasib baiklah demonstrasi Bersih itu berjaya dikawal oleh pihak Polis.
Pada 16 JUL pula aku sekeluarga pergi tonton bolasepak persahabatan MALAYSIA dengan LIVERPOOL. Seronok bila pergi naik LRT dari Stesen Masjid Jamek ke Bukit Jalil,..penuh dengan penyokong LIVERPOOL. Sampai kat Stadium lagilah.Penuh sesak. warna merah semua. LIVERPOOL tewaskan MALAYSIA 6-3 tetapi aku telah bangun bersorak sebanyak 9 kali. Seronok betul, rasanya berbaloi bawa keluarga tengok bola. Cumanya kenangan pahit ialah bila banner LIVERPOOL YNWA yang aku buat dengan kos RM 80.00 telah hilang dicuri orang. Silap aku jugak pasang banner tak guna strategi.
Dah masuk bulan Ogos ini, tiba-tiba berlaku pulak rusuhan di LONDON. Isunya hanya berpunca daripada polis yang dikatakan tertembak seseorang. Akibat daripada itu telah bangkit kemarahan, berlaku huru-hara sana sini. Bermula di Totenham (Utara LONDON).,merebak ke tempat lain seperti LIVERPOOL, BIRMINGHAM, BRISTOL. Antara yang menarik perhatian ialah kenapa rusuhan itu merebak begitu cepat dan aku terbaca salah satu berita bahawa penasihat Datuk Bandar LONDON minta diharamkan telefon Blackberry, kerana sukar dipintas.(rujuk akhbar KOSMO). Itulah apa yang berlaku di ENGLAND.

GALLERY IMAGE NEWS: news london riots 2011

GALLERY IMAGE NEWS: news london riots 2011: "news london riots 2011





















news london riots 2011"