Seperti tercatat dalam blog Warisan Kampung Keriang Pulau tulisan Abang Man Haron;
...
Kg. Keriang pulau terletak 3 km. ke bandar Alor Star. Nadi kampung terletak 0.5 km dari jalan utama. Jalan kampung asal telah ditutup lantaran pembinaan rumah-rumah taman yang baru. Kampung tradisional ini harus disingkap kisahnya 40 - 50 tahun kebelakangan bagi menjiwai nadi jiwa kampung ini.
Kg. Keriang Pulau pernah dijadikan kajian oleh Dr. Rosmarry Barnard seorang pensyarah dari Australia pada pertengahan tahun 60an. Beliau kemudiannya datang semula 10 tahun kemudian untuk kajian kedoktaran beliau. Saya berkesempatan membaca tesis beliau di Perpustakaan Universiti Malaya. Dalam lawatan beliau tahun 1979 saya berkesempatan berjumpa beliau dan mendapat beberapa kertas kerja yang beliau bentangkan di peringkat antarabangsa tentang Kg. Keriang Pulau. Kajian lain secara lebih mendalam belum pernah saya temui.....
..lagi tulisan Bang Man;
Aku masih ingat peringkat mula jalan masuk kampung dibuat. Setipa petang jalan kampung dibuat secara bergotong royong. Aku masih ingat masa tu aku akan meniup tanduk kerbau milik tok wan aku. Kemudian sambut menyambut bunyi tanduk kerbau. Masing-basing keluar dengan membawa cangkul, cam tanah, penyakar, penyodok dan apa saja. Masa itu tak ada bantuan lori tanah merah. Tanah sawah kiri-kanan jalan dikorek dan ditambun menjadi jalan utama. suasana meriah berterusan hingga jalan siap untuk kegunaan semua orang kampung. Beberapa tahun kemudian barulah ditambak dengan tanah merah..
Abang MAN nak komen ke?
ReplyDelete