Saturday, June 4, 2011

ISTIQAMAH

Awal pagi tadi, sepertimana hari-hari sebelum ini aku berkunjung ke Tasik Perdana bagi menjalankan aktiviti yang semakin menjadi kegilaan aku sekarang ini, "jogging". Naik kereta sambil pasang lagu konsert IRON MAIDEN, Life After Death,..untuk naikkan semangat. Sebenarnya baru semalam aku bermimpi kehilangan kereta. jadi rasa berat juga nak pergi guna kereta ni. Motorsikal aku pulak rosak.
sebaik sampai aku lakukan berjalan kaki pusing tasek, hinggalah ke anak tangga menuju Memorial Tun Razak.Di situ dah kelihatan beberap[a orang yang regular sedang memanjat anak-anak tangga itu. Ada yang aku tanya memberitahu telah 10 kali melakukukan naik-turun tangga. Fuhh...memang seriau aku dengarnya. Aku punya target hari ini adalah 3 kali. Itupun aku rasa macam dah separuh nyawa. Tapi yang bestnya peluh dan mula mencurah-curah keluar.
Seorang lelaki ada memberitahu aku bahawa beliau ketika mula mendaki anak tangga itu, setengah pendakian dah menyerah kalah. namun kini beliau berjaya menawan anak2 tangga itu kerana dapat mendaki sebanyak 10 kali setiap kali dia datang ke situ. lagi pula umurnya hampir 50 tahun. yang penting katanya lagi "Istiqamah".....Aku pun fahamlah....

No comments:

Post a Comment