Tuesday, April 5, 2011

Dua kematian dan dua sahabat lama

Minggu lepas aku balik kampung kerana kematian datuk mertua, di ALOR SETAR. Sehari selepas kematian datuk yang sakit tua, aku telah dimaklumkan oleh Abang MANHARON bahawa adiknya, RAHIM telah meninggal dunia di SUNGAI PETANI, kerana sakit jantung dan kencing manis. Sedekah Al fatihah untuk arwah berdua.

Dalam pada itu aku berjumpa dengan SAMAD, rakan aku kat Sekolah KEAT HWA dahulu. Dah lama tak jumpa, rasanya dah 18 tahun. Beliau dah pergi Haji.Aku bila lagi?, bisik hatiku. Seorang lagi member lama, ISMADY, bekas pelajar Sek Men TEKNIK, ALOR SETAR. Fuhh lagi lama, rasanya hampir 30 tahun. Hmm...begitu cepat rasanya masa berlalu.

No comments:

Post a Comment