Masa balik ke ALOR SETAR tempohari, penulis berkesempatan mengunjungi Pasar Pagi (orang kedah panggil pekan Nat) kat Tok Jalai. Sungguh besar pekan nat tu yang menjaul berbagai keperluan harian seperti ikan, sayur, barang dapur, makanan dan bermacam lagi. Apa yang menarik ialah terlihat seorang lelaki Cina menjual rokok daun dan tembakau potong. Amat jarang kelihatan di tempat lain, kerana pada pandangan saya, berapalah sangat untung meniaga rokok daun. Namun begitu, saudara saya menjelaskan bahawa kalau di kawasan utara rokok daun nipah ni maemang laku dibeli oleh petani/pesawah.
Teringat juga, bapa penulis dulunya juga penggemar rokok daun. Daun tembakau akan dibubuh dalam celepa. Dan kadang-kadang rokok dan celepa itu digulung dalam kain pelikat yang dipakai ke sawah. Selain itu, disebabkan harganya yang murah, ianya juga disediakan oleh tuan-tuan kenduri untuk tetamu-tetamu yang datang buat kerja gotong royong. Rokok dan daun tembakau diletakkan dalam tepak sirih. Itulah bahan buat sembang.
No comments:
Post a Comment