Thursday, July 7, 2011

RAKSASA

Raksasa adalah suatu binatang ataupun perkara yang dianggap besar yang luar biasa. Dalam Cerita Ultraman (siri tv Jepun), raksasa selalunya digambarkan sebagai seekor binatang besar yang selalunya keluar dari perut bumi dan melakukan rosak binasa di bumi Jepun. Mungkin disebabkan telah "terdidik" dengan cerita sebegini, penduduk Jepun sudah lali dengan bencana gempa bumi, tsunami atau sebagainya. Mereka tetap tabah menajalani kehidupan dan membina negara mereka.

Cerita yang lain pula, baru-baru ini dua "raksasa" dalam bidang seni muzik tanahair yang membawakan lagu-lagu blues dan rock,.iaitu Blues Gang dan Sweet Charity disebutkan bakal bergabung dan menjayakan sebuah konsert di Stadium Merdeka pada tanggal 9 JUL. Namun begitu telah muncul beberapa "ekor raksasa" yang lebih hebat yang bakal mengganggu gugat keharmonian negara bakal mengambil tempat dan tarikh yang sama. Apakah kita mengharapkan kemunculan Ultraman bagi menghapuskan raksasa-raksasa ini? Tentunya itu hanyalah hayalan ataupun dongengan. Apa yang nak jadi sama-sama kita nantikan.