Friday, September 30, 2011

konsert 2 raksasa

Konsert Sampaikan Salam Alleycats Istana Budaya Segment 1Malaysia.

Tengok Konsert

Sudah lama aku tak menulis di ruangan ini. Buknlah sibuk sangat tapi asyik dok main facebook, jadi leka nak tulis. Kena ikut trend zaman sekarang. Bagus jugak Fb nih, baru nih balik raya , jumpa member lama Sek Teknik Alor Setar....dah jadi orang berjaya kawan aku tuh.

Baru-baru ni aku pergi tengok konsert ALLEYCATS kat Istana Budaya dengan isteri dan anak-anak. Memang best. Yang aku teruja adalah kehadiran penonton dari kalangan pelbagai bangsa. Rasanya susah juga sesebuah band masa sekarang untuk berbuat demikian.

Lepas ALLEYCATS ni...jeng2..jeng2...dah lama aku dok nantikan.. Konsert 2 RAKSASA - Sweet Charity dan Blues Gang akan diadakan di Stadium Merdeka 1 OKT, esok. Pada p9 Julai tempohari, ditunda sebab adanya Perhimpunan Bersih 2.0. Kenangan panjat Stadium Darul Aman pada tahun 1984 kerana nak masuk tengok konsert jelajah MALAYSIA kedua-dua kumpulan ini masih segar dalam ingatan. makalumlah masa tu, aku orang susah, nak beli tiket agak mahal. Sekarang dah bekerja, boleh beli tiket. Aku akan pergi ke sana. Aku tak peduli apa orang nak kata sebab aku dibesarkan dengan lagu-lagu mereka.