Sunday, July 29, 2012

Suka perkara bermusim punca masalah Melayu bertimbun

Dua belas tahun sebelum penulis dilahirkan, Tan Sri Sanusi Junid, seorang tokoh Melayu selama lebih 20 tahun menjawat pelbagai jawatan dalam kepemimpinan negara pernah menyebut dalam salah satu ucapannya ketika merasmikan simposium di Universiti Malaya, “bangsa bangsa Melayu mempunyai pelbagai masalah yang diwarisi mereka kerana budaya ‘temperamental’. Dalam ucapan perasmiannya itu, beliau menyebut bagaimana budaya ‘temperamental’ iaitu budaya yang suka kepada hal bermusim menjadi kemungkinan alasan Melayu gemar menjadi nelayan di pantai Timur kerana adanya musim tengkujuh tetapi tidak di pantai Barat yang cuaca hampir sama sepanjang tahun. Selain itu, gemar menanam padi yang hanya menuntut mereka bekerja menuai dua kali setahun tetapi tidak menanam sayur yang harus dijaga pada setiap waktu dan Melayu juga meminati politik disebabkan ia datang lima tahun sekali tetapi tidak dalam bidang ekonomi yang harus diawasi sepanjang masa. “Bangsa Melayu mempunyai pelbagai masalah yang diwarisi mereka kerana budaya temperamental”. - Sanusi Junid Suka perkara yang bermusim ini juga menjadi sebab pelbagai masalah tidak dapat diselesaikan secara tuntas oleh orang Melayu. Belum pun satu masalah selesai, masalah lain datang dan masalah lama dilupakan saja. Masalah akhirnya bertimbun, diwarisi daripada generasi ke generasi. Hari ini ketika hampir 30 tahun selepas Sanusi mengulas masalah itu, budaya temperamental ini masih diwarisi dan masalah yang timbul tidak banyak yang dapat diselesaikan. Sebagai contoh, orang Melayu hari ini masih mudah dimainkan dengan masalah yang datang bermusim seperti fitnah rambang sehingga mereka lebih memilih untuk mempercayai tuduhan daripada proses mencari kebenaran dan kemudian melupakan saja cerita itu kerana mula dibelenggu dengan masalah lain yang sengaja ditimbulkan. Orang Melayu juga memilih untuk bersatu hanya pada musim tertentu saja. Sejarah Malaysia membuktikan penyatuan orang Melayu awalnya terjadi apabila hak mereka tergugat ketika Malayan Union diperkenalkan, ketika Mei 1969, dan apabila mereka berasa terancam ketika orang lain mengusik keistimewaan yang termaktub dalam Perlembagaan. Di luar musim atau masalah yang dihadapi, mereka lebih memilih untuk berpuak. Tidak hairanlah walaupun satu bangsa, Melayu selalu saja saling iri hati, selalu menuduh satu orang lebih Melayu daripada yang lain bahkan tergamak menunjuk siapa masuk syurga dan siapa tidak berdasarkan puak mereka. Sifat temperamental ini juga tidak mengenal usia. Pada generasi muda Melayu, mereka tidak bersatu di universiti dalam pembelajaran tetapi memilih untuk bersatu apabila ada orang mengaku ingin memansuhkan hutang mereka. Sifat temperamental yang lebih umum dalam kalangan anak Melayu juga berkaitan cara mereka menelaah pembelajaran yang berbeza dengan anak bangsa lain. Anak Melayu gemar belajar mengikut musim, yakni belajar hanya apabila dekat dengan musim peperiksaan saja. Profesor Diraja Ungku Aziz, seorang tokoh pendidikan negara dalam tulisannya mengulas bahawa kerana terperangkap secara tidak langsung daripada kesan jajahan Barat, bangsa Melayu susah bahkan tidak sanggup berubah dengan sendiri. Perspektif mereka terhad, tidak suka menyiasat dan juga tidak suka memikirkan sesuatu secara mendalam. Bangsa Melayu hanya boleh berubah dengan kunci pendidikan dan kepemimpinan yang baik. Memilih pemimpin yang tegas dan fokus berkerja dalam kalangan orang Melayu adalah penting jika benar-benar mahu menyelesaikan masalah yang ada. Pemimpin terpilih mestilah pemimpin masyarakat yang berjiwa rakyat, tidak hanya pandai bercakap dan popular tetapi mereka yang benar-benar mahu menyelesaikan masalah Melayu. Pemimpin ini juga mesti jujur dan bebas segala sifat ‘temperamental’ dalam memimpin, iaitu mampu memimpin dengan baik sepanjang masa, bukan pada waktu ingin menyelesai masalah peribadi atau menjelang pilihan raya atau pun mesyuarat pemilihan jawatan dalam organisasi mereka saja. Penulis ialah aktivis mahasiswa Malaysia di Jakarta

Budaya lelaki lembut di TV, radio semakin tidak terkawal

03:48:27 AM Oleh Abdul Latif Abu Bakar Cetak Emel Kawan ADA banyak stesen radio untuk dipilih sekarang, semuanya percuma. Begitu juga dengan stesen televisyen, sama ada yang berbayar atau dapat ditonton secara percuma. Dalam siaran televisyen itu pula ada bermacam-macam program, untuk segenap lapisan masyarakat. Kadang-kadang kita secara tidak sengaja menukar stesen televisyen kerana adakalanya telatah penyampai dengan lawak mereka agak menjengkelkan. Kali ini kita akan bercakap mengenai kandungan rancangan radio dan televisyen yang bermacam-macam itu. Niat menulis mengenai kandungan televisyen ini timbul beberapa hari lalu apabila secara tidak sengaja menekan butang alat kawalan jauh televisyen dan melihat program Melayu melalui stesen berbayar. Penulis lupa nama rancangan berkenaan menayangkan episod membabitkan empat selebriti Melayu – dua perempuan dan dua lelaki tetapi karektor mereka (rasanya bukan lakonan tetapi tulen) lebih mirip kepada perempuan. Pakaian dua selebriti perempuan itu adalah pakaian biasa yang sesuai dengan fitrah mereka sebagai perempuan, manakala pakaian dua selebriti lelaki itu sungguh luar biasa. Keempat-empat mereka bercakap dengan santai mengenai mereka pernah bermasam muka antara satu sama lain kerana salah seorang daripada mereka itu menjadi batu api. Selepas melihat telatah mereka, saya teringat pada sebuah siri televisyen tidak lama dulu, lakonan Imuda yang menjadi pemuda lembut dengan dialog ikonik – “This is my card. My name is Sam, S-U-E Sam.” Watak Imuda pernah menjadi cemuhan ramai, tetapi setidak-tidaknya selepas penampilan dalam siri itu, Imuda kembali kepada fitrah asalnya sebagai lelaki. Hal ini tidak berlaku kepada dua selebriti lelaki yang keluar dalam program tadi. Penampilan dan karektor mereka selepas menjadi lelaki lembut tetap sama kerana begitulah fitrah sebenar mereka. Dalam episod yang kebetulan penulis tonton itu, perbualan mereka sangat luar biasa menggunakan istilah dan tonasi yang sering dibawakan oleh lelaki lembut. Maki hamun gaya mereka diucapkan sebebas-bebasnya. Penampilan dan dialog mereka seolah-olah tidak terkawal langsung. Pernah juga seorang teman meminta saya melihat sebuah program game show yang pengacaranya adalah lelaki tetapi dialog lelaki lembut digunakan sebebas-bebasnya. Seperti lazimnya bagi lelaki jenis itu, mereka memanggil sesama sendiri dengan gelaran ‘akak’ dan semua ini disiarkan secara bebas melalui stesen televisyen utama. Tidak cukup dengan program televisyen yang mengetengahkan watak lelaki lembut, banyak lagi stesen radio menyediakan segmen khas penampilan lelaki lembut itu. Lalu disediakan segmen bersenam bersama lelaki lembut, penyampai radio (lelaki) menjadi mak cik bergosip mengenai apa saja dan lelaki lembut menjadi tukang masak membacakan resipi masakan. Segmen disiarkan tidak kira sama ada waktu pagi atau petang. Sudah pasti segmen sedemikian (dan program televisyen tadi) adalah untuk hiburan. Setuju tetapi siaran yang berulang-berulang, bukan setakat setiap hari tetapi banyak kali dalam sehari, lambat laun akan menjadikan budaya itu sebagai budaya arus perdana. Cuba program lawak jenaka oleh pelawak kita, tak kira sama ada pelawak lama atau baru pasti berlaku penampilan watak lelaki lembut dan ramai-ramailah kita ketawa. Mahu tidak mahu kita terpaksa menerima hakikat bahawa memang wujud lelaki yang fitrah mereka berbeza dari fitrah daripada fitrah sebenar lelaki. Persoalannya kenapa ciri-ciri sub-budaya ini diberikan tempat sama seperti budaya perdana dan disebarkan seluas-luasnya. Begitu juga, adakah penampilan watak lelaki lembut dan lelaki yang benar-benar lembut dalam program televisyen dan radio itu bertujuan memperlekehkan dan mempersendakan mereka? Rasanya tidak. Jadi bagaimana kita? Ini zaman baru, apatah lagi dengan perkembangan media baru melalui teknologi maklumat yang membebaskan penyebaran maklumat dan muat naik hiburan seluas-luasnya. Ini juga bukan lagi zaman pemerintah menyekat kebebasan televisyen dan radio. Namun di banyak tempat yang campur tangan pemerintah dalam hal-hal sebegini, kumpulan pelobi mempunyai suara dan kadang kala kuasa yang sama hebat dengan campur tangan kerajaan. Berbalik kepada program televisyen dan radio yang mengetengahkan dan mempopularkan sub-budaya lelaki lembut itu, adakah kita mahu biarkan ia ditampilkan bebas begitu hingga duduk seiring dengan budaya perdana? Mungkin jugakah penulis sudah semakin hilang sense of humour? Penulis ialah pensyarah Fakulti Pengajian Media dan Komunikasi UITM Melaka

Monday, July 9, 2012

THE FEARS OF KIT SIANG 1. I wonder why Lim Kit Siang is so afraid of me. His latest fear is about what he calls “Mahathirism”. I don’t know what is Mahathirism but obviously it conjures in the mind of Kit Siang something fearful. So he has declared his intention to fight Mahathirism. 2. Actually Mahathirism died when Dato Seri (Tun) Abdullah took over from me in 2003. He changed UMNO, the BN and the Government so much that they no longer resemble the institutions I used to know. I had to resign from UMNO. 3. Najib is more friendly but he is not that close to me. He has his own team of advisors. His policies are his own. So why fear Mahathirism. It is dead and gone. 4. Yes, I am active in campaigning for UMNO and the BN. That is because it is payback time. I became Prime Minister because UMNO and BN backed me; and backed me strongly. I owe a debt of gratitude to them. And that gratitude can only be manifested through helping UMNO and BN to be accepted by the people and to win. 5. Of course in backing UMNO and the BN coalition I would be helping my son Mukhriz as well. But why shouldn’t I. I am not the Prime Minister now and certainly I am not in the UMNO Supreme Council or the Barisan Nasional Representative Council. 6. When I was Prime Minister I did not allow my children to play a prominent role in UMNO politics. Certainly they were not allowed to become candidates in any election even though in 2003, when I was about to step down, Tun Khalil Yaacob, as Secretary of UMNO tried to persuade me to allow my son to take over the leadership of Kubang Pasu UMNO. Had I allowed it, he would most likely take my place as member of parliament for my old constituency. 7. My son Mukhriz now has to contest in another constituency led by someone else as division leader. He is not even a division head. 8. If Najib chooses him as a candidate I will campaign for him as I would campaign for other UMNO/BN candidates. After all Kit Siang promoted his son Guan Eng all the way to become Chief Minister of Penang when he was the powerful secretary of the DAP. 9. I don’t care whether he destroys Mahathirism or not. It is an exercise in futility as Mahathirism is a figment of his imagination. He should not be afraid of this toothless tiger figuratively speaking.