Tuesday, December 27, 2011

Setiap perkara mesti ada hikmahnya..

Tok Penghulu dengan anaknya membela seekor kuda. Mereka amat
menyayangi kuda itu. Satu hari, kuda itu terlepas dan terus lari ke
dalam hutan berhampiran. Orang kampung yang tahu akan hal tersebut
berkata kepada Tok Penghulu, "Kami sim pati atas kehilangan kuda
kesayangan Tok. Tentu Tok sedih.."

Sebaliknya,Tok Penghulu tersenyum lalu berkata, "Tak apalah. Mesti ada
hikmahnya."

"Apa hikmahnya Tok?"

"Tok pun tak tahu. Tapi pasti ada hikmahnya."

Beberapa minggu kemudian, kuda kesayangan Tok Penghulu pulang semula
dengan membawa beberapa ekor kuda liar. Orang kampung sangat kagum
kerana sekarang bilangan kuda kepunyaan Tok Penghulu bertambah secara
tiba-tiba. Sudah rezekinya.

"Tok bertuahlah. Untung." Begitulah kata mereka.

Tok Penghulu sebaliknya berkata, "Belum tentu lagi. Tapi Tok yakin
tentu ada hikmahnya."

Anak lelaki Tok penghulu begitu gembira dengan kuda-kudanya. Setiap
hari dia menunggang kuda kesayangannya sambil mengembala kuda-kuda liar
yang lain. Entah bagaimana pada satu hari, anak Tok Penghulu itu jatuh
daripada kudanya lalu tangan kanannya patah.

Orang kampung tahu dia adalah anak kesayangan Tok Penghulu. Mereka
datang menziarahi anak Tok Penghulu yang terlantar.

" Malang benar nasib tok. Baru dapat nikmat sekarang ditimpa bala
pula," kata mereka.

Tok Penghulu tersenyum dan berkata, "Ini ujian Allah. Tentu ada
hikmahnya."

Tidak lama kemudian, kampung mereka didatangi oleh pegawai-pegawai
atasan tentera negara itu. Orang kampung semuanya bimbang kerana raja
mereka memang terkenal zalim dan tidak berperikemanusiaan.

"Raja memerintahkan semua anak muda lelaki dikumpulkan! Negara
memerlukan tentera tambahan untuk dihantar ke medan perang!" Arah ketua
tentera.

Semua ibubapa kampung itu risau dan sedih terpaksa berpisah dengan
anak-anak lelaki mereka. Para remaja lelaki dibariskan dihadapan ketua
tentera, termasuk anak lelaki Tok Penghulu yang patah tangan itu.

"Kamu dikecualikan! Tidak ada gunanya membawa orang yang patah
tangan!" Kata ketua tentera sambil menunding jarinya kepada anak lelaki
Tok Penghulu.

Pada ketika itu, terngiang-ngiang kata-kata dari mulut penghulu
mereka, "Mesti ada hikmahnya."

Pengajaran:

Setiap apa yang berlaku ada buruk dan ada baiknya. Orang yang beriman
sentiasa melihat daripada sudut yang baik daripadanya. Mereka menerima
yang buruk dengan sabar, namun didalam hati sentiasa mengharap kebaikan
disebaliknya daripada Allah.

Anak mati dihempap dahan pokok

Oleh ROSLI HASSAN
rosli@kosmo.com.my


ANGGOTA-ANGGOTA pasukan penyelamat memeriksa mayat Yong Wee yang maut selepas dihempap dahan pokok yang patah dalam kejadian di Jalan Ayer Salak, Bukit Rambai, Melaka semalam.

MELAKA – Seorang bapa yang nyaris maut dihempap dahan sebatang pokok jenis akasia 10 tahun lalu terpaksa menerima hakikat kehilangan seorang anak lelakinya apabila juruteknik pendingin hawa itu mati dihempap dahan pokok yang sama selepas ia patah di Jalan Ayer Salak di sini semalam.

Tan Yee Meng, 63, tidak menyangka yang anaknya, Tan Yong Wee, 21, menemui ajal dalam keadaan tidak disangka-sangka ketika dalam perjalanan dari rumahnya di Ayer Salak, Bukit Rambai di sini untuk menemui abang mangsa di Tanjung Minyak pada pukul 10.45 pagi. Jarak antara dua tempat itu kira-kira lima kilometer.

Menurut Yee Meng, dia tidak menyangka tragedi yang menimpanya 10 tahun lalu berulang kembali tetapi kali ini lebih teruk hingga mengakibatkan nyawa anaknya melayang.

“Sepuluh tahun lalu saya hanya mengalami cedera ringan setelah terjatuh dari motosikal ketika mengelak dahan pokok yang patah.

“Sungguh tidak sangka dahan pokok yang sama pula menimpa Yong Wee,” rintihnya yang bergegas ke tempat kejadian sebaik dimaklumkan oleh jirannya mengenai kejadian itu.

Sementara itu, saksi kejadian, Lim Kang Sui, 53, berkata, dia yang berada kira-kira 100 meter di belakang mangsa nampak bagaimana Yong Wee terjatuh dan diseret motosikalnya sendiri selepas dihempap dahan pokok tersebut.

Thursday, December 22, 2011

Storm brews online over Malaysian student’s ‘gay marriage’

By Yow Hong Chieh
KUALA LUMPUR, Dec 20 — The reported “gay marriage” between a Malaysian and his lover in Ireland has triggered outrage online, with one Facebook group urging he be brought home to be “saved”.
The controversy erupted after pictures taken at Ariff Alfian Rosli’s same-sex civil union surfaced on the internet last week, three years after the University College Dublin medical student was reported missing by his family.
In the photos, the 28-year-old could be seen wearing a black baju Melayu with kain samping while his partner — known only as Jonathan — wore a black tuxedo and green tie.
Local criticism of the same-sex union has been swift and harsh, with mainly Muslim users attacking Ariff Alfian on Twitter for straying from Islam and dishonouring his family.
“Ariff Alfian Rosli is a disgrace! Rot in hell!” user @DTOTHEZAK wrote on the popular micro-blogging site.
Another user, @shkyla, wrote: “Looking at those wedding pictures of Ariff Alfian, makes me want to vomit. Blergh, disgusting.”
Muslim groups have also been quick to condemn Ariff Alfian, with the Kepong Islamic Youth Organisation (PBIK) lodging a police report yesterday over his alleged failure to adhere to Malaysia’s Islamic laws.
Other critics have taken a different tack, preferring instead to “rehabilitate” what they saw as a Muslim who had strayed far from the teachings of Islam.
This includes the Facebook group, “The Campaign to Bring Ariff Alfian Rosli Home to Malaysia to Save His Faith”, which was set up on Saturday.
The campaign’s description of its goal reads: “As Malaysians, Malays and Muslims, other than condemning and cursing, we also have the alternative to support Ariff Alfian’s return to Malaysia so his faith can be restored to the true and noble path.”
As of 4.30pm today, the group had just over 170 members.
The Prime Minister’s Office has also pledged to investigate the matter, and an Umno official is expected to arrive in Dublin later this week to convince Ariff Alfian to return home.
Ariff Alfian, who left for Dublin eight years ago on a Petronas scholarship, has declined to say if he is involved in a civil partnership or a same-sex relationship.
“I feel I have been inadvertently thrust into the public eye,” the Irish Times quoted him as saying today.
“I just want to get by without upsetting anyone or causing any trouble. My overriding concern is for my family.”
He also denied claims he had converted out of Islam, stressing that his faith was unshaken and that he would remain a Muslim until the day he dies.
Ariff Alfian added that he had not “gone missing”, as both Irish and Malaysian authorities have been aware for several years that he was legally residing there.
He said he was in regular contact with most of his family but admitted he has not spoken to his father, retired naval officer Rosli Haron, since they fell out in 2009.
Petronas, which stopped sponsoring Ariff Alfian in 2009, is reportedly demanding repayment for the RM890,000 it paid for his education in Ireland.

Fearing persecution, ‘gay marriage’ student says won’t come home

By Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR, Dec 22 — A Malaysian who reportedly married his Irish lover in a same-sex civil union has said he would fear for his safety if he were to return home.
The Irish Times reported 28-year-old Ariff Alfian Rosli as saying he had never wanted to create any trouble or controversy, and that the reason why he could not return home to work was because of perceived attitudes towards same-sex relationships here.
“Returning home under the current situation is untenable... as I fear for my safety there,” Ariff told The Irish Times. “My thoughts are with my family and friends in Malaysia. I never wanted this to become a major news story.”
The controversy erupted after pictures taken at Ariff Alfian Rosli’s same-sex civil union surfaced on the internet last week, three years after the University College Dublin medical student was reported missing by his family.
In the photos, the 28-year-old could be seen wearing a black baju Melayu with kain samping while his partner — known only as Jonathan — wore a black tuxedo and green tie.
Local criticism of the same-sex union has been swift and harsh, with mainly Muslim users attacking Ariff Alfian on Twitter for straying from Islam and dishonouring his family.
Muslim groups have also been quick to condemn Ariff Alfian, with the Kepong Islamic Youth Organisation (PBIK) lodging a police report yesterday over his alleged failure to adhere to Malaysia’s Islamic laws.
Other critics have taken a different tack, preferring instead to “rehabilitate” what they saw as a Muslim who had strayed far from the teachings of Islam.
This includes the Facebook group, “The Campaign to Bring Ariff Alfian Rosli Home to Malaysia to Save His Faith”, which was set up on Saturday.
The campaign’s description of its goal reads: “As Malaysians, Malays and Muslims, other than condemning and cursing, we also have the alternative to support Ariff Alfian’s return to Malaysia so his faith can be restored to the true and noble path.”
The Prime Minister’s Office has also pledged to investigate the matter, and an Umno official is expected to arrive in Dublin later this week to convince Ariff Alfian to return home.
Petronas, which stopped sponsoring Ariff Alfian in 2009, is reportedly demanding repayment for the RM890,000 it paid for his education in Ireland.
But Ariff has insisted he has been in regular contact Petronas representatives over the repayment of his college tuition.
“I want to continue to engage with Petronas in a private capacity, as I have been doing. I have no intention of running away from this responsibility or shrugging it off my shoulder.”

Wednesday, December 21, 2011

Dr M: ‘I was the most feared PM’

By Shazwan Mustafa Kamal
KUALA LUMPUR, Dec 20 — Tun Dr Mahathir Mohamad today admitted he was considered Malaysia’s most-feared prime minister, and attributed this to his character and personality.
“What is my legacy? I was the most feared prime minister,” Dr Mahathir said during a special gala dinner celebrating his 86th birthday here.
“When Tun Hussein Onn appointed me as deputy prime minister, some were saying how could this ultra-Malay be chosen as deputy prime minister?” he said.
The former prime minister later added that the most enduring mark of his tenure as PM was the absence of communal violence.
“The legacy I am most appreciate when I was PM was that there was no racial riots... even under a Malay extremist like me,” he said candidly.
Dr Mahathir said he had learned to take criticism in his stride, and advised other politicians to do the same.
“Politicians have to accept the fact that they can be criticised. They have to stomach it; I do. Sometimes I even criticise others,” he said to bouts of laughter from the audience

Monday, December 19, 2011

Plagiat..

Calar imej cendekiawan
Oleh Ruhaiza Rusmin dan Ihsan Noorzali
ruhaizarusmin@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
BERJAYA...alangkah bagusnya jika kejayaan graduan adalah hasil usaha sendiri dan asli, barulah mereka boleh diiktiraf sebagai golongan intelektual sejati.
BERJAYA...alangkah bagusnya jika kejayaan graduan adalah hasil usaha sendiri dan asli, barulah mereka boleh diiktiraf sebagai golongan intelektual sejati.

AMAT memalukan dan mengecewakan apabila ahli akademik serta warga institusi pengajian tinggi yang diiktiraf intelektual, profesional serta terpelajar masih dibelenggu budaya plagiarisme hingga menjatuhkan taraf kredibiliti golongan terbabit.

Budaya yang tidak pernah surut membelenggu dunia akademik ini bukan saja mencerminkan ketidakjujuran sesetengah ahli akademik dalam profesion kolar putih malah mampu menggugat kualiti graduan dihasilkan.Biarpun segelintir pihak me�nganggap budaya berkenaan sebagai terpencil, tanpa kekangan atau tindakan proaktif, bakal mencemarkan nama baik warga institusi pengajian tinggi hingga boleh dipersoalkan masyarakat.

Adakah ia berlaku kerana golongan terbabit tidak yakin pada kemampuan diri sendiri hingga mencari jalan mudah menciplak hasil orang lain?
Atau kerana sikap sambil lewa masyarakat menyebabkan budaya berkenaan terus berleluasa meskipun mencalarkan imej warga terpelajar.Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa) Universiti Pendidikan Sultan Idris, Profesor Dr Omar Abdull Kareem berkata, budaya plagiarisme yang tidak dibendung mampu ‘menghakis’ dan membunuh usaha melahirkan golongan akademik berwibawa.

Budaya itu, menurutnya boleh dianggap sebagai parasit kerana bukan sekadar membinasakan kredibiliti, malah menyebabkan mereka berterusan memplagiat tanpa menghiraukan penat lelah orang lain.

“Isunya bukan hanya membabitkan satu pihak malah mempengaruhi pihak lain yang terlebih dulu bersusah payah menghasilkan terbitan, karya dan idea asli. Lebih malang lagi apabila kegiatan itu dilakukan mereka yang menggelarkan diri sebagai ‘golongan intelektual’.

“Sudah tentu ia satu penipuan dan merendahkan martabat malah masyarakat juga tertipu kerana mempercayai kemampuan golongan ini dalam menghasilkan hasil bermutu dan bersifat akademik.

“Bukankah ini sungguh mencalarkan imej padahal mereka mendapat sanjungan masyarakat? Sanggupkah menerima pengiktirafan itu jika tidak jujur?

“Justeru, berfikirlah secara positif dan matang sebelum melakukan tindakan itu supaya ia tidak memalukan diri sendiri dan institusi,” katanya.

Plagiat secara am ditakrif sebagai usaha menciplak tesis, kertas kerja atau kajian membabitkan ayat dalam karya selain persoalan hak cipta. Sementara idea, data, ciptaan dan penulisan pula adalah paling sinonim diplagiat.

Antara faktor yang memungkinkan berlakunya plagiarisme adalah masa, tiada komitmen dan penyeliaan dilakukan secara sambil lewa serta tiada kesungguhan.

Beliau berkata, mahasiswa� dan pensyarah perlu memain�kan peranan penuh bertanggungjawab bagi memastikan penumpuan serta integriti tidak lari daripada panduan menghasilkan karya bermutu.

“Malangnya, sebahagian besar hanya melihat jalan mudah hingga sanggup membelakangkan profesionalisme dan harga diri semata-mata memastikan kejayaan menghasilkan karya, tesis atau jurnal tercapai.

“Mereka tolak ke tepi nilai ilmu yang ingin diterapkan hingga menjadikan budaya ini satu kebiasaan. Harus sedar, berada di institusi pengajian tinggi bermakna perlu meng�gandakan usaha, bersusah payah dan berdepan rintangan sebelum berjaya.

“Barulah hasil kejayaan dikecapi itu manis dan berbaloi. Namun jika asyik memplagiat hasil orang lain, apakah makna perjuangan ilmu itu?” katanya mengakui penyeliaan dalam apa jua penghasilan karya perlu dilakukan dengan penuh teliti.

Menurutnya kajian atau penulisan bertujuan mencambah pemikiran baru selain mening�katkan lagi nilai intelektual individu. Ia perlu dipantau dan diteliti sebelum diiktiraf.

“Longgarnya aspek itu akhir�nya memungkinkan plagiarisme berlaku sekali gus menghakis sedikit demi sedikit nilai asli yang ingin dihasilkan. Bayang�kan jika semua hasil adalah plagiat, apakah kualiti yang mampu dicapai?,” katanya.

Budaya itu juga, katanya, sangat memalukan dan tidak adil kepada kelompok lain yang berusaha keras menghasilkan karya asli namun tetap mendapat pengiktirafan sama.

Meskipun universiti mengamalkan dasar dan polisi tegas untuk membendung budaya itu, masih ada yang berani melakukannya kerana beranggapan ‘tiada siapa tahu’ selain menjimatkan masa.

“Setiap institusi mempunyai polisi ketat bagi memastikan budaya plagiarisme tidak menular, sekali gus menjatuh�kan nama baik institusi. Bagaimanapun, masih ada yang berani menongkah arus semata-mata memastikan misi tercapai.

“Lebih hebat, mereka turut memplagiat hasil penyelidikan. Ironinya, budaya ini tidak terhad hanya pada golongan akademik, malah mahasiswa turut sama melakukannya.

“Cuma caranya berbeza dengan penilaian atau tujuan berlainan. Apapun alasan, ia sama sekali tidak boleh diterima kerana menjatuhkan nilai ilmuwan dan intelektual,” katanya.

Antara cara boleh dilakukan bagi mengesan plagiarisme adalah penyeliaan teliti oleh penyelia selain menerusi perisian pengesan Turnitin yang boleh membantu mengenal pasti bahagian diciplak penulis tanpa menyatakan sumbernya.

Sama ada budaya ini boleh dikekang, beliau berkata, semuanya terpulang kepada kesedaran dan kejujuran individu menghasilkan sesuatu yang bermanfaat untuk diri sendiri serta masa depan.

“Perkara ini amat subjek�tif, hanya diri sendiri saja yang boleh menentukan dan merencanakan perjalanan kejayaan masing-masing. Plagiat sebenarnya tidak beretika dan wajar dihentikan.

“Perlu yakin pada kemampuan diri sendiri, berusaha keras dan berdisiplin. Hanya itu kunci yang ada untuk mencapai kejayaan.

“Selain itu, plagiat hanya merugikan, merendah�kan taraf seseorang yang mungkin dapat mengecapi kesenangan seketika. Namun berbaloikah kerana ia terhasil dari usaha orang lain, bukan diri sendiri;” soalnya.

Sunday, December 18, 2011

Stonehenge dibina entiti asing


Oleh MEGAT LUTFI MEGAT RAHIM

PEMANDANGAN Stonehenge dari udara yang berbentuk bulatan. Sesetengah masyarakat Britain percaya monumen ini dibina oleh UFO.

MONUMEN batu besar Stonehenge di England yang sering dijadikan wallpaper berjuta-juta komputer di seluruh dunia kekal misteri sehingga kini.

Batu megalit prasejarah itu masih kukuh berdiri di kawasan terbuka di Salisbury, kira-kira tiga kilometer ke barat pekan Amesbury, Wiltshire di selatan England. Ia dibina kira-kira 5,000 tahun lalu.

Masa selama lebih 1,000 tahun diambil untuk menyiapkannya dengan menggunakan tenaga ribuan pekerja.

Bagaimanapun, daripada 30 batu asal setinggi bangunan tiga tingkat yang didirikan, tinggal 17 ketul batu sahaja sekarang.

Kawasan seluas 13 kilometer di sekitarnya juga tidak mempunyai apa-apa struktur bangunan.

Lingkaran eksentrik batu itu bukan sahaja berkisar mengenai siapa yang membinanya bahkan bagaimana batu itu diangkut ke lokasi sekarang.

Ada yang mengatakan batu itu berasal dari barat daya Wales dan dibawa melalui jalan laut sebelum diangkut menggunakan kayu yang diluncurkan semasa musim salji sebelum tiba di Salisbury.

Batu pasir seberat 40,000 kilogram itu dikatakan oleh ramai pengkaji berasal dari Marborough Downs iaitu satu kawasan yang terletak kira-kira 20 kilometer dari tapaknya sekarang.

Terdapat juga teori mengatakan lubang yang dalam perlu dibina untuk meletakkan batu itu pada kedudukannya. Tali mungkin digunakan untuk menarik batu ke atas sebelum dihamparkan di atas batu yang berada dalam kedudukan menegak.

Namun, sehingga kini tidak seorang pun tahu proses batu-batu gergasi itu diangkut.

Ia sama seperti misteri batu besar yang digunakan untuk membina piramid pada zaman Firaun di Mesir. Batu piramid di Luxor dikatakan dibawa dari Aswan yang terletak 800 kilometer ke hulu Sungai Nil.

Teori UFO

Ada dakwaan menyebut setiap bongkah batu Stonehenge itu dibawa oleh lebih 600 lelaki.

“Ia satu persoalan yang masih belum terungkai dan memerlukan penjelasan mendalam.

“Tetapi saya percaya Stonehenge merupakan satu kuil suci,” kata Ketua Jabatan Arkeologi dari Universiti Bournemouth, Britain, Timothy Darvill.

Ironi, Darvill sendiri belum mendapat bukti kukuh untuk mengesahkan teorinya.

Batu pelik itu juga dikaitkan dengan pusat peredaran bumi dengan paksi semesta.

Pada Disember 2009, komuniti pengikut fanatik kepercayaan pelik itu telah berkumpul di Stonehenge untuk menyambut ritual Solstis Musim Sejuk.

Sambil mengenakan kostum pelik menyerupai pakaian manusia zaman batu, mereka berkumpul dan mengikuti ritual tradisi masyarakat Keltik kuno.

Persoalan mengenai kewujudan batu itu tidak terhenti begitu sahaja. Satu lingkaran gergasi yang aneh ditemui berdekatan batu itu pada tahun lepas.

Lingkaran yang mempunyai diameter 61 meter itu dipercayai dibuat oleh objek terbang tidak dikenali (UFO), daya tarikan medan magnet atau buatan manusia sendiri.

Pengkaji fanatik UFO mengatakan batu itu diangkut dan disusun oleh mahkluk asing memandangkan teknologi manusia kuno tidak mungkin dapat membina batuan yang unik sifatnya.

Dalam pada itu, beberapa pengunjung dilaporkan mengalami kejadian pelik semasa mengambil gambar atau merakam video di Stonehenge.

Mereka mendakwa terdapat objek dan imej misteri yang tidak dapat dijelaskan wujud dalam gambar dan video yang mereka ambil. Selain itu, pengunjung kerap bertemu dengan individu misteri yang ghaib secara tiba-tiba.

Bagi pakar geologi Malaysia, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hassan, masyarakat pada zaman dahulu sebenarnya mempunyai kecanggihan dari sudut sains dan teknologi.

“Mereka mungkin memiliki alatan tertentu untuk memindahkan dan menegakkan batu yang beratnya sehingga beribu kilogram.

“Walaupun fenomena ini sukar dijelaskan akal tetapi ia tidak mustahil,” katanya.

Ujarnya lagi, kawasan batu Stonehenge itu juga digunakan untuk pemujaan dan ritual tertentu.

“Asal usul batu itu serta masyarakat yang membinanya sangat sukar untuk dikenal pasti kerana pada batu itu tiada tulisan atau gambar yang boleh menceritakan mengenai kewujudannya.

“Malah, kerajaan kuno mana dan apa corak kehidupan mereka juga tidak diketahui,” ujar Mohamad Ali kepada Jurnal.

Pengkaji alam misteri dan sejarah purba, Drs. Mohammad Idrus Abu Hanifah pula mendakwa Stonehenge ialah milik orang asli Yunani.

“Tiada misteri sebenarnya dan tidak pelik apabila manusia zaman kuno mampu mengangkat dan memindahkan batu dengan kudrat mereka.

“Hakikatnya mereka menggunakan bantuan makhluk halus. Itu membolehkan mereka memiliki kekuatan luar biasa,” katanya.

Ujar Idrus lagi, perkara yang sama berlaku dalam pembinaan Candi Borubudur di Indonesia dan Piramid Giza di Mesir yang mana mereka yang membinanya didakwa mendapat bantuan daripada makhluk halus.

“Dahulu tiada kepercayaan agama. Manusia juga menyembah batu termasuk Stonehenge sendiri yang dianggap mempunyai kuasa penyembuhan,” katanya.


1

Friday, December 16, 2011

Pemuda Melayu 'kahwin' lelaki?




Oleh ILAH HAFIZ AZIZ
pengarang@utusan.com.my


GAMBAR yang diambil daripada sebuah laman web, perkahwinan pasangan gay melibatkan seorang pemuda Melayu dan lelaki Inggeris bergambar bersama jemputan di suatu lokasi dipercayai di luar negara.

KUALA LUMPUR 16 Dis. - Seorang pemuda Melayu mencetuskan kontroversi apabila beberapa keping gambar perkahwinannya dengan seorang lelaki warga asing, tersebar di dalam sebuah laman web bigayweddingproject.com.

Apa yang mengejutkan, pada majlis perkahwinan sejenis yang dipercayai berlangsung dalam sebuah gereja di luar negara, pemuda berusia lingkungan 20-an itu memakai baju Melayu berwarna hitam, lengkap bersamping serta tanjak berwarna emas.

Pasangannya yang dianggarkan berusia lewat 30-an pula mengenakan busana sut lengkap warna hitam yang biasanya dipakai ketika majlis perkahwinan masyarakat Barat.

Laman web yang dipercayai menyokong perkahwinan homoseksual itu telah memuatkan sebanyak 15 keping gambar sepanjang majlis 'perkahwinan' itu berlangsung.

Antara yang disiarkan adalah pasangan itu bergambar di dalam kumpulan dan sedang diraikan setelah selesai menjalani proses bergelar 'suami-isteri'.

Terdapat dua keping gambar lelaki warga asing itu sedang bersiap sedia melangsungkan perkahwinan sambil dibantu rakan-rakannya.

Turut menarik perhatian ialah gambar yang menunjukkan lelaki Melayu itu disarungkan cincin oleh pasangannya.

Menurut keterangan yang dipaparkan bersama kepingan gambar yang dipercayai dimuatkan pada 20 September itu, pasangan terbabit merupakan klien pertama bagi projek penggambaran majlis perkahwinan golongan homoseksual dikendalikan laman web berkenaan.

Kahwin semasa banjir di Keriang Pulau


>> Abang Man menulis tentang Main Kawin-Kawin dan banjir..secara tidak langsung mengingatkan aku bahawa Kampung Keriang Pulau pernah mengadakan kenduri kahwin ketika banjir. Perkahwinan yang aku ingati itu ialah antara Mansor (Chot Tok Chik Aishah) dengan Na (sepupu aku yang dok di kampung padang). Aku masih ingat pengantin perempuan datang menaiki perahu.

Gay Melayu hampir 30,000


Oleh Mohd Jamilul Anbia Md Denin dan Kasdi Ali
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

IPOH: “Kalau ada yang mendakwa bilangan golongan homoseksual Melayu terlalu kecil, mereka mungkin tersilap perkiraan,” kata bekas pengamal homoseksual yang hanya mahu dikenali sebagai, Dani, 25.

Menurutnya, bilangan gay Melayu semakin membiak apatah lagi dengan adanya teknologi Internet dan jaringan sosial seperti facebook, twitter dan blog.

“Saya yakin mereka (gay Melayu) mencapai puluhan ribu orang atau mungkin menghampiri 30,000 orang. Itu bukan pelik atau mengarut.

“Saya terbabit dengan gejala ini sejak berusia belasan tahun dan ramai yang menjadi ‘pengikut’ amalan songsang ini terutama di kalangan remaja lepasan sekolah,” katanya yang berjaya dipujuk mendedahkan kegiatan itu hasil bantuan Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).Menurutnya, komuniti homoseksual Melayu ini meningkat pantas dan bergerak persis aktiviti tentera gerila yang sukar dihidu.

Thursday, December 15, 2011

Masalah Sosial Yang Kita Takut

4 tahun habuan Mat Rempit

Oleh Ahmad Tajol Ansar Ibrahim
ahmadtajol@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BATU PAHAT: “Sejak kecil saya tidak pernah diberikan didikan agama oleh keluarga, malah sejadah di rumah kami boleh dianggap barang hiasan saja,” kata seorang remaja dikenali sebagai Lisa, 19, yang kini menjadi sebahagian daripada kumpulan perempuan yang menjadi habuan Mat Rempit dan terbabit dengan gejala sosial itu sejak berusia 15 tahun.

Menurut anak keempat daripada lima beradik itu, keluarganya memang orang berada dan tahu dia terbabit dengan masalah sosial seperti minum minuman keras, dadah dan seks bebas, tetapi tidak melakukan apa-apa termasuk menasihatinya.

Dia yang keciciran sekolah berkata, keluarganya hanya buat tidak peduli setiap kali dia mengadu atau mendapatkan pandangan berkaitan sesuatu perkara berhubung masa depannya.

“Kerana tiada perhatian maka saya terus menjadikan Mat Rempit, dadah serta minuman keras sebagai penghibur. Setiap kali berkenalan dengan lelaki saya pasti mahu mereka membimbing saya ke jalan benar.“Bagaimanapun, kesudahannya, saya hanya dijadikan objek pemuas nafsu,” katanya yang membuat pengakuan berani kepada wakil Harian Metro yang menemuinya di sini, baru-baru ini.

Wednesday, December 14, 2011

Petikan E mail yang menarik perhatian...


Antara Pampers, Playstation dan Maggi

"Up to 12 Hrs Protection", tersentak saya bila membacanya pada bungkusan pampers yg dibeli oleh seorang VIP, ketika itu saya sedang memerhatikan proses memasukkan bagasi2 VIP kedalam ruang cargo pesawat, pampers tersebut adalah sebahagian dari barang2 yg dibeli oleh VIP untuk dibawa pulang. Yg membuat saya tersentak adalah masa yg begitu lama hingga 12 jam pampers tersebut boleh dipakai selagi bayi yg memakainya tidak merengek minta ditukarkan atau pun najis nya tembus dari pampers tersebut.

Saya membesar dizaman pampers belum ada lagi dikamus hidup mak dan ayah, masih ingat lagi bagaimana mak melipat kain lampin untuk adik2, bermakna saya juga membesar dgn kain lampin dan bukan pampers. Saya pasti generasi yg sezaman atau awal dari saya membesar dgn keadaan yg sama iaitu lampin, tetapi apa yg nak dibincangkan mengenai lampin dan pampers ini?

Setiap pengalaman atau peristiwa yg dialami, akan memberi kesan pada diri kita dari dalam. Dari segi jaringan2 neuron diotak yg byk terbina untuk menyimpan pengalaman tersebut begitu juga sel2 badan kita yg di beritahu bagaimana perasaan kita terhadap situasi tersebut. Ketika memakai lampin, bayi tidak dapat nikmat keselesaan yg lama kerana dapat merasakan ketidak selesaan jadi jaringan neuron diotak terbina untuk lebih cepat mengesan dirinya yg sudah bergelumang dengan najis. Bagaimana pula dgn pampers?, bayi akan tetap selesa walaupun bergelumang dgn najis pada jangka masa yg agak lama, malah mereka sudah lali dgn bau najis tersebut hinggakan hanya bila ibu atau bapanya tercium bau yg kurang enak, barulah akan ditukarkan, itu pun jika ibu atau ayahnya tidak sibuk, kalau tak alamatnya makin lamalah anak tersebut bergelumang dgn najis. Keupayaan untuk mengesan keadaan diri yg sudah kotor dgn kadar segera tidak terbina didlm otak.

Apa yg saya cuba kaitkan adalah dgn keadaan situasi dizaman moden ini yg kebanyakan manusia dibesarkan dgn pampers, mungkinkah disebabkan tidak biasa mengesan keadaan diri, ada manusia yg bila dewasa hidup bergelumang dgn "najis" tetapi masih tidak sedar akan situasi tersebut, baik dadah mahupun rasuah. Berapa ramai manusia2 disekeliling kita hidup dgn rasuah? Bergelumang dgn "najis" dan masih tidak menyedarinya. Bagaimana pula dgn bergelumang dgn dosa dan membuat maksiat? Bagaimana pula mereka yg sudah jauh dari islam hanya kerana mereka tidak sedar akan faedah2 dan nikmat2 yg dijanjikan oleh islam, saya tidak bermaksud jaminan syurga dan bidadari tetapi jaminan hidup yg harmoni, aman sentosa, bertamadun gilang gemilang seperti zaman2 kegemilangan Islam dahulu jika Islam diikut sepenuhnya dan bukan hanya ambil sejemput dan tinggalkan yg lain2nya. Selalunya dizaman sekarang hanya apabila sudah ditimpa bala baru tindakan mahu diambil, sudah terantuk baru tergadah? Najis sudah tembus dari pampers baru nak tukar.

Tiada jaringan2 neuron yg terbina didlm otak untuk mengesan keburukan2 yg mem"baluti" diri dgn pemakaian pampers, mungkinkah ini salah satu sebab masyarakat kita berkeadaan teruk begini? Saya tidak bermaksud tinggalkan pampers dan kembali kepada lampin, anak2 saya pun membesar dgn pampers, tetapi pada pendapat saya, kita ibubapa perlu memberikan lebih perhatian untuk memberi kesedaran kepada anak2 akan keadaan2 yg baik dan tidak agar akan wujud kesedaran diminda mereka. Dgn lebih tumpuan kepada didikan agama, mengenai maksiat, hukum halal haram hubungan lelaki & wanita, keburukan rasuah yg mana ia menindas masyarakat. Ini akan membina jaringan2 neuron didlm otak mereka jadi akan ada rujukan apabila mereka memerlukannya baik dikala membesar mahupun apabila dewasa.

Apa yg terjadi selalunya dizaman ini ibubapa terlalu sibuk mengejar dunia hingga membiarkan anak hidup tanpa panduan, ada yg menghantar anak ke sekolah agama tetapi anak juga belajar dari ibubapa, jika contoh yg baik tidak ditunjukkan oleh ibu dan bapa, itu juga akan menjadi ikutan anak2, kemana kuah kalau tidak ke nasi bukannya setakat bakat berlakon dan menyanyi, bakat memaki hamun dan lain2 lagi yg negatif juga akan menjadi ikutan. Jika ibu dan bapa tidak solat, masakan anak akan mengikut apa yg di ajar oleh ustaz & ustazah? Begitu juga dgn "didikan2" dari TV, bagaimana anak tahu menjaga tatasusila hubungan lelaki perempuan dan menutup aurat jika artis2 pujaan bergaul bebas lelaki dan perempuan dgn pakaian yg tidak mencerminkan islam, anak2 akan menjadi keliru. Biasanya ajaran2 artis akan lebih mendapat perhatian oleh anak2.

Masih ingat lagi penat meredah hutan untuk mencari pelepah kabung membuat jebak (perangkap burung), mencari buluh cina membuat bedil, mencantas batang bemban membuat senapang. Semua ini mainan terhasil dari pemikiran kreatif, dari kecil jaringan2 neuron kreativiti sudah terbina didlm otak. Kepuasan dan keseronokan dari kejayaan membuat mainan sendiri dan bermain merembes kan kimia emosi (dopamine*), ini berkait rapat dgn usaha sendiri dan juga hubungan dgn alam semulajadi. Bagaimana pula dgn anak2 dizaman sekarang ini yg mendapat mainan yg sudah tersiap sedia didlm kotak, contohnya Playstation? Kreativiti agak janggal dari kamus hidup mereka dan apabila mereka dewasa dan mengalami masaalah, kebuntuan amt mudah melanda. Setiap kali anak2 melepasi satu peringkat permainan tersebut, sejumlah dopamine dirembeskan oleh otak, semakin susah/tinggi peringkat yg dilepasi semakin byk lagi kadar dopamine yg dirembeskan oleh otak.

Dgn keadaan diri yg sudah biasa merasai nikmat seronok dari bermain mainan dari kotak ini, bagaimana untuk merasa nikmat melihat matahari terbenam, berjalan di tepi pantai, menikmati suasana damai dikampung, berborak2 dgn datuk dan nenek, bergurau senda dgn ibu bapa dan adik beradik. Semua aksi2 ini tidak memberikan kepuasan yg sama dgn bermain permainan video yg penuh dgn aksi audio dan visual. Generasi akan datang akan lebih jauh menjurangkan diri dgn alam semulajadi dan semangat muhibbah sesama manusia. Fikir2kan mengapa anak2 anda tidak berminat pergi menziarahi rakan2 anda mahupun sanak saudara?

Sungguh mudah dan cepat menyedia/mendapatkan makanan segera, baik maggi mahupun KFC. Semua makanan ini disediakan untuk membantu manusia menikmati makanan dgn kadar segera. Apabila sudah terbiasa dgn kesan, nikmat dan keputusan yg segera, fikirkan bagaimana untuk menaikkan semangat anak2 untuk belajar agar mendapat ganjaran dikemudian hari? Apabila mengaap buku terus merasa jemu kerana ganjarannya lambat. jadi apabila golongan ini menjadi pemimpin, jika aku jujur dan ikhlas menjalankan tugas dan amanah, agak lambat mendapat ganjarannya, jadi apabila ada kuasa untuk meluluskan projek, terngiang2 dikepala bagaimana untuk mendapatkan ganjaran segera? Maka muncullah dari mulut, berapa komisyen saya?

Mungkin kah juga kerana sudah terbiasa dgn benda2 segera ini membuatkan manusia semakin jauh dari Allah? Sekali dua berdoa tetapi tidak makbul2 jugak, tetapi tanpa solat pun gaji bulan2 masuk gak jadi apa perlu nak solat? Jika dikaitkan dgn bab pampers pula, bagaimana jika generasi ini menjadi pemimpin? Bagaimana untuk perasan rakyat yg hidup dalam kesempitan apabila diri sendiri selesa dgn pejabat, rumah, makanan, kereta dan kroni2 yg menjaga dan memberi gambaran yg apa yg dilakukannya itu bagus? Agak berani saya katakan kebanyakan mereka yg menyokong pemimpin yg korup ini adalah mereka yg sama2 mendapat tempias habuan "kekorupan" pemimpin2 tadi. Pemimpin sebenar tidak akan hidup selesa selagi ada rakyat2nya yg hidup susah. Lihat keadaan masyarakat kita sekarang ini, layakkah kita menjadi pemimpin jika ada rakyat yg hidup kais pagi makan pagi?

Antara pampers, playstation dan maggi.. apa yg saya cuba ketengahkan ini mungkin dianggap remeh ataupun mungkin tidak berasas, tetapi dari pemahaman tentang bagaimana otak berfungsi, dari pemerhatian masyarakat sekeliling dan dari minda yg selalu memikirkan kenapa dan mengapa, maka terhasillah nukilan ini. Apa yg saya cuba kaitkan ini hanyalah hipotesis saya dan saya akui tidak berlandaskan ujikaji sains. Akan tetapi tiada bukti sains tidak bermakna apa yg saya cuba ketengahkan ini tidak berasas, melihat dari suasana masyarakat kita sekarang ini mungkin ini penyebabnya? Kemajuan harus seimbang dgn kerohanian, apa yg kita lihat sekarang adalah masyarakat kita menumpukan kemodenan dan mengambil remeh akan keagamaan. Hanya Islam sahajalah penyelamat manusia dari dahulu hingga ke hari kiamat. Sama2 lah berfikir kearah umat yg lebih cemerlang dan mulia disisi Allah dgn menghampirkan diri kepadaNya, dgn melaksanakan perintahnya, bersolat dan hidup berasaskan Al Quran dan sunnah Nabi. Insyaallah.



--
Best Regards,
Mohd Fitri Idris
DF TMG Test Eng.

Jakarta City Blues - Jazz Indonesia

Jakarta City Blues

Jampi rambut kekasih

Oleh Muhammad Saufi Hassan, Mohd Hafizee Mohd Arop dan Rosyahaida Abdullah
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel
DIPUJA...bahan yang mengandungi rambut mangsa dibungkus dengan kain kuning.
DIPUJA...bahan yang mengandungi rambut mangsa dibungkus dengan kain kuning.
KESAL...Rina ketika ditemubual wartawan Harian Metro.
KESAL...Rina ketika ditemubual wartawan Harian Metro.

KUALA LUMPUR: “Hampir setahun saya mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan lebih teruk saya turut mengabaikan tanggungjawab kepada anak yang ketika itu berusia setahun kerana lupa semua itu.

“Dalam ingatan hanya terbayang bekas teman lelaki dan jika boleh, saya ingin bersamanya setiap masa walaupun ketika itu sudah mendirikan rumah tangga,” kata wanita yang ingin dikenali sebagai Rina, 31, mendakwa menjadi mangsa ‘dukun asmara’ mengakibatkan nafsunya hanya terdorong apabila melihat bekas teman lelakinya.

Menurutnya, dalam tempoh itu, dia langsung tidak ‘berminat’ apabila melihat suami, sebaliknya perasaan itu bertukar setiap kali melihat wajah bekas teman lelaki dan tambah teruk ketika menerima SMS daripada lelaki itu juga turut membuatkannya ghairah.

Katanya, dia tidak menyangka lelaki itu menggunakan ‘cara halus’ sedangkan mereka berpisah secara baik tanpa perselisihan faham dan dulu lelaki itu beranggapan perpisahan mereka ketentuan tanpa menaruh dendam.

Rina berkata, dakwaannya terhadap lelaki terbabit dirasakan berasas selepas menjumpai botol kecil dibungkus kain kuning mengandungi rambutnya di dalam kereta bekas teman lelakinya ketika mereka keluar makan malam.


Polis Aceh botakkan kepala 60 peminat muzik punk


KEPALA dua pemuda punk Aceh dibotakkan oleh dua anggota polis.


BANDA ACEH, Indonesia - Polis memulihkan akhlak lebih 60 peminat muzik punk rock yang terdiri daripada golongan belia di wilayah Aceh, Sumatera dengan alasan mereka mencemarkan imej wilayah berkenaan.

Sejak ditangkap pada satu konsert di sini pada malam Sabtu lepas, seramai 59 peminat punk rock lelaki dan lima peminat perempuan dipaksa memotong rambut, menukar pakaian dan bersolat.

"Kami khuatir undang-undang syariah yang dilaksanakan di wilayah ini akan tercemar akibat aktiviti mereka," kata Timbalan Datuk Bandar Banda Aceh, Illiza Sa'aduddin Djamal semalam.

"Kami harap dengan menghantar mereka ke program pemulihan akhlak, mereka akhirnya akan bertaubat," tambahnya.

Beratus-ratus peminat punk rock Indonesia tiba di Aceh untuk menonton konsert itu bagi mengumpul derma anak yatim.

Polis kemudian menyerbu tempat konsert tersebut dan menangkap sejumlah peminat yang menyimpan gaya rambut mohawks dan bertatu, memakai seluar jeans ketat serta rantai.

Mereka dibawa ke sebuah kem berdekatan kelmarin bagi menjalani program pemulihan akhlak selama 10 hari yang dikendalikan oleh pihak polis.

Koresponden agensi berita AFP memberitahu, seorang gadis menangis apabila beberapa wanita bertudung memotong pendek rambutnya manakala beberapa lelaki mengeluh semasa kepala mereka dibotakkan.

"Kenapa mereka menangkap kami? Mereka tidak memberikan sebarang alasan," kata seorang pemuda, Fauzal, 20.

"Kami tidak mencuri, kami tidak mengganggu sesiapa. Kami berhak untuk menonton konsert," tambahnya.

Seorang lelaki berusia 22 tahun dari Medan yang ditahan di kem berkenaan berkata, dia bimbang akan kelilangan pekerjaannya selepas ditahan selama 10 hari.

"Saya baru mula bekerja di sebuah bank di Medan. Saya tidak tahu apa yang perlu dikatakan kepada mereka (polis) kerana saya tidak tahu mengapa kami ditangkap," katanya.

Polis sebaliknya menyatakan, penangkapan tersebut dibuat bagi mengelakkan golongan belia daripada berkelakuan menyimpang agama.

"Mereka tidak pernah mandi, mereka tinggal di jalanan, tidak pernah solat," kata Ketua Polis Aceh, Iskandar Hasan.

"Kami perlu memulihkan mereka supaya mereka berkelakuan baik dan berakhlak. Mereka perlukan layanan keras bagi memulihkan mental mereka," tambahnya.

Dalam perkembangan berkaitan seorang aktivis hak asasi manusia Indonesia, Evi Narti Zain berkata, penangkapan anak-anak muda itu melanggar hak asasi manusia. - AFP


Creeman -Tindakan ini diambil kerana mungkin pihak penguasa sana "takut" akhlak anak anak muda di sana rosak. Semasa melancong ke Jakarta minggu lepas terlihat jugak golongan punk ini di Taman Tema Air ANCOL. Ada konsert punk/black metal dianjurkan. terlihat juga anak-anak muda berpakian serba hitam serta lengan bertattoo. Syabas buat Polis Aceh.


Tuesday, December 13, 2011

Masjid Kubah Emas,..Depok, JAKARTA

Masjid dengan kubah emas yang terbaru adalah Masjid Dian Al Mahri yang letaknya di Depok, Jawa Barat, tepatnya di Jalan Meruyung, Kelurahan Limo, Kecamatan Cinere, Depok. Masjid ini mulai di bangun pada tahun 1999, dan di resmikan pada bulan April tahun 2006. Masjid ini merupakan milik pribadi dari Hajjah (Hj) Dian Djurian Maimun Al-Rasyid,seorang pengusaha dari Serang, Banten dan pemilik Islamic Center Yayasan Dian Al-Mahri.

Masjid ini luas bangunannya mencapai 8.000 meter persegi dan berdiri di atas lahan seluas 70 hektare. Secara umum, arsitektur masjid mengikuti tipologi arsitektur masjid di Timur Tengah dengan ciri kubah, minaret (menara), halaman dalam (plaza), dan penggunaan detail atau hiasan dekoratif dengan elemen geometris dan obelisk, untuk memperkuat ciri keislaman para arsitekturnya. Ciri lainnya adalah gerbang masuk berupa portal dan hiasan geometris serta obelisk sebagai ornamen.

Halaman dalam berukuran 45 x 57 meter dan mampu menampung 8.000 jemaah. Enam menara (minaret) berbentuk segi enam, yang melambangkan rukun iman, menjulang setinggi 40 meter. Keenam menara itu dibalut batu granit abu-abu yang diimpor dari Italia dengan ornamen melingkar. Pada puncaknya terdapat kubah berlapis mozaik emas 24 karat. Sedangkan kubahnya mengacu pada bentuk kubah yang banyak digunakan masjid-masjid di Persia dan India. Lima kubah melambangkan rukun Islam, seluruhnya dibalut mozaik berlapis emas 24 karat yang materialnya diimpor dari Italia.

Pada bagian interiornya, ada pilar-pilar kokoh yang menjulang tinggi guna menciptakan skala ruang yang agung. Ruang masjid didominasi warna monokrom dengan unsur utama warna krem. Materialnya terbuat dari bahan marmer yang diimpor dari Turki dan Italia. Di tengah ruang, tergantung lampu yang terbuat dari kuningan berlapis emas seberat 2,7 ton, yang pengerjaannya digarap ahli dari Italia.

Di sekitar masjid dibuat taman dengan penataan yang apik dan detail. Selain taman, juga dibangun rumah tinggal sang pendiri masjid dan gedung serbaguna yang menjadi tempat istirahat para pengunjung .Sedangkan untuk parkir, disiapkan lahan seluas 7.000 meter persegi yang mampu menampung kendaraan 300 bus atau 1.400 kendaraan kecil.

Untuk mencapai lokasi ini cukup mudah, dapat digunakan angkutan umum dari terminal depok ( nomor 03) yang menuju parung bingung. Dari sini bisa menggunakan ojek menuju jalan Meruyung.

Masjid Dian Al Mahri

Gambar merupakan koleksi pribadi (diambil pada bulan Juli 2007).

>>> kami berkesempatan melawat masjid ini. Apa yang diterangkan oleh supir kami bahawa beliau pun merasa hairan bagaimana masjid ini di bina kerana beliau yang tinggal di jalan menuju ke masjid ini tidak tahu dan merasa mushkil bagaimana hendak membawa kubah yang begitu besar dan berat melalui jalan raya yang sempit.

Pontianak-Ahmad Daud,Ahmad Nisfu,Aziz Sattar & Ibrahim Pendek.

"TAKUT' dari pandangan Tun M....

Tun M juga menulis tentang "TAKUT(FEAR)"

>>>>>

TAKUT

1. Kita semua tahu takut. Kita takut sakit. Kita takut kehilangan mereka yang disayangi. Kita takut dicedera atau dibunuh orang. Kita takut iman digugat. Kita takut mati. Kita takut dan kita patut takut. Sedikit sebanyak ia menyelamat kita.

2. Tetapi kadang-kadang kita takut kepada yang kita tidak patut takut. Kita takut gelap. Kita takut makhluk yang sebenarnya tidak wujud melainkan dalam fikiran kita atau dari cerita-cerita yang kita dengar, terutama semasa kecil.

3. Ramai kita orang Melayu percaya ada manusia yang mempunyai kelebihan tertentu – mampu meresap, menghilangkan diri. Dan kita takut kepada mereka ini.

4. Semasa saya kecil saya dengar kononnya orang Siam mempunyai “ilmu” tertentu. Mereka bukan sahaja boleh meresap tetapi mereka kebal dan tidak boleh ditikam. Ada yang berkata tembak dengan peluru pun tak tembus. Mereka juga boleh membuat perempuan gila kepada mereka.

5. Di Kedah peperangan sering berlaku dengan Siam (Thai) di zaman dahulu. Tentera Sultan amat takut kepada askar Siam. Mereka yakin mereka tidak boleh kalahkan tentera Siam kerana mereka itu kebal, boleh meresap. Kononnya kadang-kadang mereka boleh terbang dan tiba-tiba berada di belakang.

6. Maka anggota pasukan Melayu pun baca doa macam-macam. Namun mereka tidak dapat mengatasi ketakutan mereka. Belum pun bertempur dengan pasukan perang Siam, mereka sudah yakin mereka akan kalah.

7. Dan mereka pun kalah kerana tidak percaya mereka boleh menang. Mereka tidak pun dapat mempertahankan diri mereka. Mereka kaku disebabkan ketakutan. Dan askar Siam boleh menyembelih mereka.

8. Yang lain melarikan diri, tidak berani mengadap orang kebal, boleh meresap, boleh tiba-tiba berdiri di atas pokok di belakang pasukan Melayu.

9. Demikian apabila kita takut dengan “bayang-bayang” kepercayaan kita sendiri. Adalah mustahil sesiapa boleh kebal, atau meresap (menghilangkan diri). Sedangkan Nabi tidak kebal dan luka dalam peperangan Jabal Uhud, apakah Tuhan memberi kelebihan kepada musuh orang Melayu dan orang Islam.

10. Mungkinkah ada makhluk yang berkuasa seperti Allah s.w.t. Sekarang ada orang kebal apabila memakai baju kalis peluru. Tetapi askar Siam di zaman dahulu tidak pakai baju kalis peluru. Jika mereka ditikam atau ditembak mereka akan cedera dan akan mati. Tetapi mereka kebal kerana dengan ketakutan kita, kita tidak terdaya menikam atau menembak mereka. Kalau tembak pun, kerana gigil dalam ketakutan, peluru tidak kena sasaran. Ini kononnya bukti mereka kebal.

11. Tetapi ini cerita lama. Apa guna saya bangkit perkara ini. Sebabnya saya masih dengar askar kita ada menghadapi orang yang berpakaian serba putih yang boleh terbang. Dan mereka jadi takut. Apabila askar diserang ketakutan, mereka tidak lagi dapat menjalankan tugas mereka.

12. Kita juga kerap mendengar cerita orang halus, toyol, hantu, pelesit dan berbagai lagi. Kes hilang akal (hysteria) kerap berlaku di kalangan murid perempuan Melayu di asrama.

13. Apa yang berlaku ialah pada malam hari mereka berkumpul dan mencerita berkenaan hantu atau sesuatu yang menakutkan. Mendengar cerita mereka berasa gerun dan ternampak bayang bergerak seolah ada makhluk di samping mereka. Apabila di pandang tidak ada apa-apa. Seorang dari mereka akan menjerit ketakutan. Dan yang lain akan turut sama. Dan jadilah fenomena hysteria beramai-ramai.

14. Sebenarnya kita biasa melihat gerakan di hujung mata (peripheral vision) dan apabila kita beralih untuk melihat, didapati tidak ada apa-apa. Ini adalah fenomena biasa.

15. Saya malu kenapa hysteria terjadi kepada anak Melayu yang semuanya beragama Islam. Agama kita menegah kepercayaan kepada makhluk yang mempunyai kuasa yang hampir dengan Allah s.w.t.

16. Diwaktu rusuhan kaum 13 Mei 1969, rami orang Melayu yang mencari ubat kebal. Di Alor Star terdapat seorang bomoh Indonesia yang kononnya boleh memberi kekebalan kepada sesiapa hanya dengan memasukan jarun “emas” ke dalam badan.
17. Saya pergi untuk melihat bagaimana bomoh ini dapat melakukan sesuatu yang ajaib. Seorang yang dikenali oleh saya telah “dirawat” dengan memasuk jarum “emas” kepada badannya.

18. Selepas ini dia diuji dengan ditetak oleh bomoh dengan pedang di belakangnya. Terlihat luka yang cetek yang berdarah sedikit sahaja walaupun ditetak dengan amat kuat.

19. Kemudian dia ditetak dibahagian perutnya. Luka yang sama di lihat. Dia kemudian memepak kaca lampu elektrik tanpa mulutnya berdarah.

20. Mereka yang lihat dan saya juga kagum dengan kekebalan beliau. Saya jemput supaya beliau datang ke klinik saya keesokan hari.

21. Apabila dia datang saya bertanya bolehkah saya cucuk jarum kedalam badannya. Dia mendakwa jarum tak mungkin masuk kerana dia tidak mengizinkannya.

22. Saya cucuk dan jarum masuk seperti biasa. Dia tidak kebal.

23. Tidak ada orang yang kebal. Mereka yang berjalan atas bara api dan dicucuk dengan besi tajam pun tidak kebal.

24. Dalam Islam ada jin dan iblis. Mereka merasuk fikiran kita supaya membuat apa yang dilarang. Dalam Islam tidak disebut tentang hantu, pelesit, toyol dan sebagainya. Semua ini berasas kepada kepercayaan di zaman pra-Islam.

25. Kita dapati ramai yang gemar mendengar cerita seram. Menyedari akan kegemaran ini banyaklah filem yang dibuat sekitar hantu, toyol dan makhluk luar biasa yang menakutkan. Filem seperti ini sering ditunjuk di TV dan pawagam.

26. Mungkin pengeluar filem seram ini mendapat keuntungan. Tetapi cerita-cerita seperti ini tidak menolong remaja menolak kepercayaan kepada yang karut yang tidak membina peribadi yang baik. Kes-kes hysteria ada kaitan dengan kepercayaan yang karut.

27. Menjadi penakut memalukan. Bangsa yang penakut tidak boleh dibanggakan. Janganlah kita sengaja menjadikan bangsa kita bangsa penakut. Sebaliknya cubalah supaya bangsa kita jadi lebih berani. Ahli-ahli politik pun tak usahlah cari bomoh kerana ingin menang. Bukan bomoh yang boleh beri kemenangan. Budi yang baik, tingkah laku yang sopan, keperihatinan akan masalah yang dihadapi rakyat yang boleh memberi kemenangan dan kejayaan.

28. Melayu mempunyai banyak sebab-sebab yang menghalang kejayaan mereka. Tidaklah perlu kita tambah halangan terhadap kejayaan mereka dengan kepercayaan kepada yang karut-karut.

Monday, December 12, 2011

gugun blues shelter - set my soul on fire

Rama Satria - Djarum Super Jakarta International Blues Festival 2010 PRO...

Jakarta Blues Festival...

Semasa menonton tv di kamar penginapan Aston Rasuna, aku melihat promosi Jakarta Blues Festival yang akan diadakan pada 17 DEC nanti.....Antara artis jemputan adalah JOHN MAYALL...fuhh...alangkah bagusnya kalau festival itu diadakan semasa tempoh kami melancung..pasti aku tidak akan melepaskannya. sekarang ni pun aku tengah search kat youtube tetang Blues di Jakarta...rupa-rupanya telah banyak event blues concert telah diadakan.....tentang bab anih..aku memang tabik hormat kepada peminat musik blues di sini. Kat MALAYSIA bila lagi nak jemput artis-artis ternama?...

Soekarno Pidato di Depan Rakyat Jakarta

President Soekarno's speech ..

Nasi Padang....


Nasi Padang memang dah terkenal seantero dunia. Kat Alor Setar, sejak dari dulu lagi aku dah pernah merasakannya. Hidup di KL pun aku juga selalu menikmatinya spt yang dijual di Kg Baru dan Keramat. namun begfitu bila pergi ke JAKARTA...fuhhh..begitu banyaknya warung makan atau restoran yang menjual nasi padang. Supir kami telah membawa kami makan di Restoran Garuda...Sedap,memang sedap. Lauknya banyak.

Tahu Sumedang


Masa dalam perjalanan balik dari Bandung ke Jakarta, singgah sebentar di pusat rehat dan rawat (RnR),..nama tempat aku tak ingat. Sempat juga aku merasa keenakan Tahu Sumedang seperti yang disarankan oleh Pak Min,supir kami. Sambail makan aku sempat berbual dengan penjual rakyat tempatandi situ. Katanya beliau pernah bekerja di Malaysia (selangor) di sebuah kilang membuat sarung tangan pada tahun 1995. Hasil pendapatan beliau simpan, gunakan untuk kahwin dan memulakan perniagaan menjual Tahu Sumedang. Sekarang dah punyai anak dua.

Tanah Abang





Tanah Abang is located in central Jakarta. This is the place where shop owners buy ready to wear clothes or textiles in bulk. Most of the stores sell a minimum of three pieces per clothes type. It can be of different colors. A few stores will allow you to buy one piece with more expensive price. Tanah Abang offers you a choice to shop at the traditional flea market or the convenient air conditioned building. Both are less expensive than the regular malls downtown.


>>> Bila dah jejak kaki ke sini baru tahu rupanya Tanah Abang adalah gedung perniagaan yang begitu besar, bukannya satu kawasan atau daerah. Perniagaannya macam Pekan Rabu kat Alor Setar tetapi luasnya ibarat jauh panggang dari api.

Jakarta...Oh Jakarta...

Minggu lepas aku pergi ke Jakarta bersama keluarga. Beberapa tempat aku kunjungi. Tanah Abang, Puncak, Bogor, Bandung, Pasar Bahru, Kota Lama, Masjid Dian Dompok, Grand Indonesia, Sarinah, Rumah Mode. Beberapa perkataan telah aku dengari, "machet", "boleh belanja", Beberapa makanan telah ku rasai, masakan padang, sunda, tahu sumedang, nasi uduk,

Petikan Chedet tentang Melayu Pulau Pinang

MENGENANG MASA DULU

Pulau Pinang negerinya baru

Kapten Light menjadi Raja

Bila terkenang zaman dahulu

Duduk mengalir air mata


1. Pantun ini dikarang oleh “tukang karut” pasukan boria di Pulau Pinang di zaman British.

2. Kita jarang mendengar pantun ini sekarang, Tetapi semasa saya masih budak belasan tahun, saya sering mendengarnya. Sedikit sebanyak saya rasa sedih juga. Air mata tidak mengalir tetapi ia menghantui fikiran saya.

3. Orang Melayu Pulau Pinang pada zaman itu sudah hilang kedudukan mereka dalam pulau yang membangun dengan pantas hasil daripada pengisytiharannya sebagai pulau bebas cukai oleh British. Sementara deretan kedai dan rumah batu seperti mahligai diduduki oleh orang lain, mereka, orang Melayu terpaksa pindah melarikan diri daripada pembangunan bandaraya Pulau Pinang kerana tawaran untuk menjual hartanah mereka begitu tinggi, dan mereka semua miskin dan tidak mampu membeli atau menyewa bangunan kedai atau rumah kediaman yang didirikan, selepas menjual tanah mereka.

4. Kemudian apabila pembangunan sampai ke kawasan di mana orang Melayu telah lari, mereka sekali lagi menjual tanah dan berpindah jauh daripada pembangunan.

5. Lama-kelamaan mereka tenggelam dalam masyarakat asing yang semakin bertambah dan mewah. Itulah nasib mereka, menjadi kumpulan orang yang terasing di negeri sendiri. Maka mengalirlah air mata mereka.

6. Sukar bagi mereka yang dilahir di zaman ini, zaman peluang bertimbun-timbun, zaman serba mudah, zaman tersohor bangsa Melayu, zaman kuasa di tangan Melayu, sukar bagi mereka menggambarkan kehidupan orang Pulau Pinang di zaman British.

7. Apa perlunya kita diperingati akan kedudukan orang Melayu Pulau Pinang di zaman itu? Sebenarnya tidak perlu. Setelah mencapai kejayaan, tidak mungkin kita ditimpa nasib orang Melayu Pulau Pinang.

8. Sekali berjaya tetap berjaya, sekali merdeka, tetap merdeka. Bukankah Hang Tuah telah berkata tak akan Melayu hilang di dunia. Ini jaminan yang diberi kepada bangsa Melayu. Kita akan terus Melayu walaupun hanya menjadi pemandu kereta, buruh kasar, budak pejabat. Kita Melayu juga. Tak perlu mengalir air mata.

Sunday, December 4, 2011

Dapur tanah....(Keriang Pulau Blues 18)


...sebelum zaman pertenghan 80an, rumah aku belum gunakan dapur gas lagi. Masa tu masih gunakan dapur tanah, yang dibuat berupa para dan terletak temnpau untuk meletak kuali atau belangga ataupun cerek. bahanapi masa tu adalah kayu api. Dulu ada juga beberapa penduduk kampung yang mengusahakan menjual kayu apai secara kecil-kecilan. Kayu sayong iaitu kayu-kayu yang tidak diguanakan atau kayu lebihan daripada kilang kayu yang terdapat di jalan sungai korok dibeli oleh penduduk yang kemudiannya akan memontong mengikut saiz. kayu sayong ini juga dibeli oleh tuan-tuan rumah kenduri di asa musim kenduri. Jadinya jika dahulunya kita terlihat banyaknya kayu sayong dilonggokan di depan sesebuah rumah penduduk, ini menunjukkan rumah itu akan mengadakan kenduri kahwin tidak lama lagi.

Jika kita tidak berduit sangat, kita boleh juga mencari dahan-dahan kayu/pokok yang jatuh ke tanah, pelepah-pelepah kelapa dan sebagainya.

Lesung batu......(Keriang Pulau Blues 17)


Rumah kami juga ada lesung batu beserta antan kayu yang digunakan bagi menumbuk beras, emping, kacang hijau dan sebagainya lagi. Selalunya bila tiba bulan puasa, ada beberapa orang jiran yang akan datang ke rumah aku bertujuan untuk menumbuk beras atau kacang hijau bagi membuat kuih-muih raya. Masa dahulu mana ada pengisar (blender)...

Guri@ Tempayan..(Keriang Pulau Blues 16)


Rumah kami punyai satu guri atau tempayan yang kami gunakan untuk menadah air hujan yang turun dari palong cucur atap. Guri kami agak sederhana besar tetapi ringan. Selalunya bila ada kenduri kahwin suatu ketika dahulu, guri kami digunakan untuk membuat air minuman sirap/sarbat. Aku juga tumpang bangga melihat guri kami digunakan di rumah kenduri. Itulah semangat masyarakat kampung dulu, dulu...boleh pinjam sana-sini jika memerlukan sesuatu peralatan.

Sirih Pinang dan cerut...(Keriang Pulau Blues 15)



Suatu peralatan yang lazim ada di rumah aku adalah tepak sirih berbentuk bulat yang dalamnya turut terisi bekas kapur, gambir, sirih dan pinang serta kacip. Emak memang suka makan sirih pinang. Sejak bila emak mempunyai tabiat memakan sirih pinang aku tak tahu. Tak pernah aku tanyakan emak. Mungkin juga setelah kematian ayah. Selain itu emak juga suka hisap cerut. Kebiasaannya cerut cap ikan emas buatan kilang di Sungai Petani. Kebiasaanya, emak akan makan sirih bersama rakan-rakanya yang datang berkunjung di kala waktu lapang. Tempat/tepak sirih ini emak juga gunakan sebagai tempat simpan duit (tidaklah banyak), untuk kegunaan harian aja. Ketagihan emak memakan sirih dan menghisap cerut tidak dapat kami halang walaupun banyak nasihat kami telah berikan.



Namun begitu aku akhirnya berasa lega dimana emak telah mengambil keputusan untuk berhenti terus daripada memakan sirih dan menghisap cerut setelah merasa sakit pada ulu hati ketika menghadiri kenduri kahwin di salah sebuah rumah penghuni kampung aku.

Saturday, December 3, 2011

Keriang Pulau Blues 14 (Makan Awal)

Seronok juga membaca tulisan Bang Man mengenai makan malam keluarganya. Memang begitulah lazimnya keluarga Melayu dulu-dulu. Bapa kita sebagai ketua keluarga paling dihormati. Aku juga tertanya-tanya kemana hilangnya budaya sebegini. Makan malam atau tengahari pun tidak sekali, makan bertingkat-tingakat, bak kata orang-orang tua. Jadi penatlah ibu mengemas dapur. Sebuah keluarga yang aku cukup ingat dalam hal makan tengahari/malam pada waktu lebih awal dari keluarga yang lain. Keluarga itu adalah keluarga Kak Som Cha. Selalunya ketika kami asyik bermain lebih kurang jam 11.00 pagi, anak-anaknya dipanggil pulang ke rumah untuk makan. Awalnya. Waktu makan malam pula ialah jam 6.30 petang. Wah nampaknya nak tiru budaya Cina. Baguslah tu, makan awal..badan tak obesiti macam bebudak sekarang.

Friday, December 2, 2011

40 pondan ‘disuntik’ keinsafan

E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

IPOH: Mengambil semangat Maal Hijrah yang disambut Ahad lalu, 40 pondan atau mak nyah disuntik keinsafan dan melafazkan ikrar untuk kembali menjadi lelaki tulen.

Kebanyakan mak nyah terbabit yang bergelumang dosa menjadi ‘wanita palsu’ sejak sekian lama menunjukkan keazaman tinggi mahu bertaubat selepas mengikuti Program Mukhayyam anjuran Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim).


Program tiga hari itu diadakan sejak kelmarin di sebuah resort di sini, dengan dikendalikan 10 kakitangan Jakim serta penceramah bebas.

Ketua Penolong Pengarah Kanan Bahagian Kekeluargaan, Sosial dan Komuniti Jakim, Zakuan Sawai, berkata program itu disertai secara sukarela oleh mak nyah terbabit dan maklum balas positif datang daripada mereka selepas program sama dianjurkan di Negeri Sembilan dan Pahang pada Mac serta April lalu.

“Saya tidak menyangka program ini yang pada mulanya dipandang negatif segelintir mak nyah, kini berjaya menarik penyertaan mereka.


“Sepanjang tiga hari program, mak nyah terbabit yang berusia 22 hingga 50 tahun menunjukkan minat dan keinginan tinggi menghayati semula ajaran Islam,” katanya.

Wednesday, November 30, 2011

TRAILER NGANGKUNG.MPG

Minta Nombor Ekor 3/3

Minta Nombor Ekor 2/3

Minta Nombor Ekor 1/3

Allah beri peringatan


E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

KUALA LUMPUR: “Kemungkinan ia petunjuk dan peringatan Allah kepada mereka supaya tidak meneruskan perbuatan terkutuk itu serta tanda Allah masih sayangkan mereka, maka segeralah bertaubat,” kata Penasihat Majlis Agama Islam Negeri Johor (Maij), Datuk Noh Gadut.

Beliau mengulas laporan Harian Metro semalam mengenai tiga lelaki yang tidak nampak pintu keluar dari kawasan makam ulama terkenal Syeikh Abdul Malik Syeikh Abdullah di Kampung Pulau Manis, Serada, Terengganu ketika melakukan upacara pemujaan nombor ekor.


Imam Masjid Pulau Manis, Kori Endut yang menemui tiga lelaki berkenaan berkata, mereka yang terbabit berusia 40-an lengkap berserban dan berjubah bagi mengaburi mata orang ramai ketika memuja nombor ekor di kubur ulama lebih dikenali sebagai Tok Pulau Manis itu.

Noh berkata, perbuatan memuja kubur sesiapa saja termasuk ulama sekali pun boleh membawa hukum syirik dan terkeluar dari Islam.


“Mereka yang terbabit dalam perbuatan syirik ini jika ditakdirkan mati, mereka mati sebagai kafir,” katanya.

Pemikiran kritis pencetus budaya inovasi




2011/11/30

PEMIKIRAN kritis adalah satu kemahiran pemikiran penting yang perlu dikuasai rakyat sesebuah negara yang inginkan kemajuan. Kegagalan sesebuah negara melahirkan generasi pelajar yang berfikiran kritis akan menyekat lahirnya inovasi. Inovasi hanya boleh tercipta jika negara mempunyai rakyat berfikiran kritis dan tidak menerima sesuatu seadanya.

Orang yang berfikiran kritis sentiasa memikirkan secara mendalam bagaimana sesuatu perkara boleh diperbaiki walaupun kadangkala ia terpaksa menongkah arus. Saya amat bersetuju dengan pandangan Tan Sri Tony Fernandes yang menyatakan pemikiran kaku dan sikap tidak mahu berubah akan membunuh budaya inovasi. Seterusnya beliau menyarankan supaya persekitaran yang kondusif perlu diwujudkan bagi merangsang lahirnya idea yang boleh dikembangkan.

Sistem pendidikan di Malaysia sejak dari peringkat rendah hinggalah ke peringkat pengajian tinggi meraikan pemikiran kritis. Sebagai contoh, pada peringkat pengajian tinggi, Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dengan jelas menggariskan satu objektif ia dirangka ialah untuk melahirkan graduan inovatif yang berfikiran analitikal dan kritikal. Kaedah pembelajaran yang berasaskan masalah diperkenalkan di universiti kerana kajian menunjukkan kaedah ini berupaya melahirkan pelajar yang berfikiran kritis.
Apa yang membimbangkan saya ialah keselarian di antara penekanan kepada pemikiran kritis dan tahap penerimaan masyarakat terhadapnya. Selepas usaha yang jitu untuk melahirkan generasi yang berfikiran kritis, bagaimana pula penerimaan masyarakat terhadap generasi yang berfikiran kritis? Adakah persekitaran yang ada selari dan kondusif untuk orang yang berfikiran kritis memberikan sumbangan? Jika persekitaran yang ada tidak menyokong dan meraikan orang yang berfikiran kritis untuk terus memberikan idea, maka sia-sialah usaha gigih kerajaan menerapkan pemikiran kritis di dalam sistem pendidikan negara.

Saya juga bersetuju dengan pandangan Profesor Datuk Dr Zaini Ujang bahawa inovasi dilakukan tidak semestinya terikat kepada bidang kepakaran kita saja. Kita bebas untuk memberikan pendapat asalkan ia mampu untuk mewujudkan proses penambahbaikan.

Secara peribadi, saya amat bertuah kerana bekerja di organisasi yang mempunyai budaya komunikasi terbuka yang membolehkan pendapat diberikan tanpa mengira kedudukan di dalam organisasi. Saya juga bertuah kerana banyak juga organisasi, malah pihak kepemimpinan tinggi negara menerima baik idea yang pernah saya kemukakan. Apa yang merisaukan saya ialah budaya ini masih terbatas di sesetengah organisasi lain. Pada pendapat saya, sikap enggan berubah ini amat berbahaya kepada kelangsungan organisasi itu.

Saya ingin menyarankan agar kempen diadakan untuk menyedarkan masyarakat bahawa pemikiran kritis bukanlah negatif, tetapi pencetus kepada budaya inovasi.

AMIN ALI,
Pensyarah Kanan
Pusat Pengajian Perakaunan
Universiti Utara Malaysia.

Takut pengaruh ceramah seks Kelab Taat Suami

Usah terpengaruh ceramah seks
Oleh Betty Subaryati
bhkb@bharian.com.my
2011/11/30

Mufti bimbang pasangan cetek agama terpedaya Kelab Taat Suami

KOTA BHARU: Mufti Kelantan meminta umat Islam di negara ini tidak mudah terpengaruh dengan ceramah kumpulan Kelab Taat Suami (KTS) yang sering mengeluarkan nasihat berbaur seks kononnya sebagai pedoman yang perlu diikuti pasangan suami isteri.

Datuk Mohamad Shukri Mohamad, berkata Islam sudah menyediakan garis panduan mengenai tanggungjawab suami terhadap isteri dan sebaliknya mengikut hukum syarak dan undang-undang syariah.
Setiap pasangan suami isteri memang diharuskan mendengar ceramah mengenai kehidupan berumahtangga yang diberikan pakar bertauliah, bukannya pihak tertentu termasuk kelab terbabit (KTS). Dibimbangi, pasangan suami isteri yang cetek pengetahuan khususnya dalam agama akan mudah terpengaruh sehingga boleh menyebabkan mereka terpesong dari akidah Islam sebenar. - Mohamad Shukri Mohamad, Mufti Kelantan
Katanya, soal hubungan intim suami isteri, segala perlakuan seperti perkara apa yang perlu dilakukan pasangan suami isteri tidak perlu ditonjolkan atau dihebahkan kepada awam kerana seks adalah perkara paling sulit yang hanya boleh dibahas pasangan suami isteri saja.

“Setiap pasangan suami isteri memang diharuskan mendengar ceramah mengenai kehidupan berumahtangga yang diberikan pakar bertauliah, bukannya pihak tertentu termasuk kelab terbabit (KTS).

“Dibimbangi, pasangan suami isteri yang cetek pengetahuan khususnya dalam agama akan mudah terpengaruh sehingga boleh menyebabkan mereka terpesong dari
akidah Islam sebenar,” katanya kepada Berita Harian di sini, semalam.
Beliau berkata demikian apabila diminta mengulas mengenai pendedahan Kaunselor KTS, Fatimah Talib, 49, pada majlis sambutan Awal Muharam di Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB) di Kampung Gong Kulim dekat sini, kelmarin, yang mendakwa kes perceraian semakin meningkat sejak kebelakangan ini.

Dalam ceramah itu, Fatimah mendakwa isteri dan suami seharusnya lebih mengetahui peranan mereka terutama ketika mengadakan hubungan seks.

Katanya, akibat kurang pengetahuan dalam seks menyebabkan ada pasangan lelaki memberontak kerana tidak berpuashati dengan layanan isteri.

Malah, Fatimah mendakwa kajian KTS juga mendapati ramai isteri turut tidak puas hati kerana suami tidak layan keperluan mereka seperti tidak menghisap payudara sebagai mukadimah hubungan seks.

Mohamad Shukri menafikan dakwaan KTS yang mendakwa kes perceraian semakin meningkat di negeri ini disebabkan suami tidak berpuas hati terhadap layanan seks isteri.

“Perceraian pasangan Islam di negeri ini bukan disebabkan faktor seks semata-mata, namun pelbagai faktor lain, termasuk campur tangan pihak ketiga atau masalah kewangan,” katanya.

Sehubungan itu, beliau menasihatkan pasangan Islam di negeri ini tidak mendekati kumpulan berkenaan kerana ia adalah serpihan dari pertubuhan Al-Arqam yang sudah diharamkan kerajaan.

“Malah sebelum ini, kelab berkenaan pernah menggemparkan negara apabila mengeluarkan sebuah buku berunsur seks yang kononnya sebagai panduan kepada golongan isteri ketika melayan suami di ranjang,” katanya.