Monday, March 4, 2013

Bimbang dengan krisis keselamatan, tetapi rakyat Sabah beri amaran terhadap stereotaip rakyat Filipina

Oleh Ida Lim KUALA LUMPUR, 5 Mac — Walaupun bimbang dengan keselamatan dikala orang asing bersenjata berkeliaran di pantai timur Sabah, rakyat Sabah memberi amaran terhadap tanggapan biasa terhadap ribuan rakyat Filipina yang tinggal di negeri Borneo tersebut. Pengikut orang yang menuntut takhta kesultanan Sulu mendarat di Lahad Datu pada 9 Februari untuk memperbaharui tuntutan mereka terhadap Sabah tetapi pertempuran dengan polis telah membunuh lapan polis Malaysia dan 20 militan pada hujung minggu. “Ya. Terlalu banyak huru-hara. Saya tidak boleh terima,” kata rakyat Sabah Audrey W yang berusia 26 tahun kepada The Malaysian Insider. “Saya hanya mahu Sabah aman kembali. Tiada pertumpahan darah. Pada masa sama, saya tidak mahu pemimpin kita membuat keputusan tanpa berfikir.” Beliau mempunyai banyak soalan yang tidak terjawab sejak pemberontak bersenjata menjejakkan kaki tiga minggu lalu di Kampung Tanduo, sebuah kampung kira-kira 130 km dari Lahad Datu, bertanya: “Bagaimana mereka mendarat di Sabah? Siapa yang benarkan mereka?” Tetapi beliau juga menegaskan ramai rakyat Filipina di negeri Borneo itu telah hidup bahagia dan mesra dengan penduduk tempatan selama beberapa dekad tanpa sebarang masalah. “Keluarga saya berkhidmat untuk gereja di mana ramai rakyat ahlinya terdiri dari Filipina dan Indonesia. Keluarga saya bekerja dengan begitu rapat dengan mereka. Mereka sangat peramah dan rajin membantu dan orang yang ikhlas,” kata Audrey yang bekerja dengan firma guaman di Kota Kinabalu. “Walau bagaimanapun, ramai rakyat Filipina di Sabah. Jika mereka mahu membalas dendam atau memberontak, ia sangat menakutkan. Ramai rakyat Sabah bimbang dengan keselamatan mereka,” katanya. Esther Chin, 23, dari ibu negeri Kota Kinabalu, muncul hairan apabila mengulas mengenai kumpulan mengisytiharkan sebagai pengikut Kesultanan Sulu yang kini mendakwa Sabah milik mereka, mengatakan beliau tidak faham mengapa mereka tiba-tiba mahu “bangkit”. “Saya rasa mereka sedikit tidak bertamadun kerana saya tidak tahu adakah mereka ‘dibasuh’ oleh sultan atau benar-benar tidak boleh membiarkan Sabah setelah sekian lama,” katanya. “Saya tidak bersedia untuk ini. Ia telah diselesaikan lama dahulu. Mengapa membangkitkan ini?” beliau bertanya, sambil menambah sebelum ini terdapat “sultan palsu” dimana beliau dan rakan-rakan mengetawakan nyasebagai jenaka. Kata-kata Chin mencerminkan sentimen rakyat Sabah yang faham tanah tersebut sebagai sebahagian daripada Malaysia selama beberapa dekad dan menganggap apa-apa tuntutan ke atas Sabah sebagai satu ancaman ke atas kedaulatan Malaysia. Tetapi Chin memberi amaran terhadap stereotaip rakyat Filipina atau Indonesia yang tinggal di Sabah, dengan berkata terdapat jenis “bukan agresif”, yang hanya mahu hidup dan jenis “agresif”, orang-orang mahu “berperang”. “Mereka ok. Mereka orang baik,” katanya, merujuk kepada orang-orang yang tinggal di sini secara aman dan mempunyai permit kerja sah. Tetapi Kesultanan Sulu dan pengikutnya menegaskan dan percaya mereka kekal sebagai pemilik tanah, membangkitkan tentang bayaran tahunan dari Malaysia sebagai tanda membayar sewa, manakala Malaysia berhujah bahawa ia adalah bayaran kepada kesultanan untuk menyerahkan hak-haknya. Seorang pensyarah kelahiran Lahad Datu menyatakan kebimbangan tentang keselamatan keluarganya dan tidak mahu namanya disiarkan, berkata keadaan di negeri Sabah sebagai “mengganggu emosi”. Beliau berkata beberapa penduduk di Lahad Datu telah melarikan diri ke Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau, sambil menambah beberapa jirannya telah bersembunyi di ladang. Beliau juga berkata rakyat Sabah takut dengan keselamatan mereka, menunjukkan bandar-bandar seperti Tawau, Kunak dan Semporna “terlalu rapat” dengan pulau-pulau di Filipina. “Malah rakan-rakan Bajau/Suluk saya sentiasa mempunyai keluarga terdekat di sini dari pulau-pulau yang bertentangan,” katanya. Pensyarah itu berkata bahawa “Projek IC” — di mana kerakyatan didakwa diberikan kepada pendatang haram di Sabah melalui cara yang tidak teratur — “pasti berkaitan” dengan keadaan sekarang, sambil menambah ia adalah “akar” kepada masalah. Beliau berkata rakyat Sabah sudah biasa dengan kewujudan warga asing di negeri itu, tetapi berkata “dengan kebuntuan seperti itu ... api telah bermula”. “Saya takut dengan angka kerana mereka mungkin menyerang kita pada bila-bila masa. Kita dikelilingi oleh mereka, mereka yang mempunyai kad pengenalan ditambah dengan kumpulan pemberontak,” katanya, merujuk kepada anggaran 200 militan Filipina berhadapan pasukan keselamatan tempatan. Satu tema biasa timbul adalah kekurangan maklumat yang sahih dan boleh dipercayai mengenai peristiwa-peristiwa berlaku di Sabah. Audrey mengatakan “tiada ketelusan”, dengan berkata, “Penduduk tempatan — mereka tidak tahu siapa untuk dipercayai, sama ada berita asing atau berita tempatan”, kemudian menambah, “Saya tidak tahu siapa untuk dipercayai”. Pensyarah, yang enggan namanya disiarkan mengatakan terdapat “terlalu banyak khabar angin” dan terdapat laporan bercanggah daripada media berbeza. “Kita hidup tanpa keamanan. Setiap saat kita perlu dapatkan maklumat terkini melalui Facebook. Bagi generasi tua, (mereka) benar-benar bergantung kepada radio dan TV,” katanya. Rakyat Sabah bergantung kepada media sosial seperti Facebook dan Twitter selain daripada portal berita sebagai sumber utama maklumat, dengan banyak laporan berita dan cakap-cakap di bawah di Facebook. Maklumat juga telah diedarkan melalui mesej teks dan panggilan telefon dari rakan-rakan dan ahli keluarga yang bimbang tentang ancaman oleh militan Filipina. Sabtu lalu, enam pegawai polis terbunuh dalam serang hendap di bandar pantai di Semporna, dimana lelaki bersenjata berketurunan Sulu dilaporkan dipukul sehingga mati oleh penduduk kampung. Pemberontak Sulu mendakwa mereka menawan beberapa rakyat Malaysia dan menyimpan mereka sebagai tebusan.
Malaysia lancar operasi besar-besaran hapus militan di Lahad Datu Oleh Mohd Farhan Darwis PETALING JAYA, 5 Mac — Tepat jam 10 pagi tadi, pasukan keselamatan Malaysia telah mula melancarkan operasi besar-besaran menumpas penceroboh di Lahad Datu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Najib (gambar) dalam ucapannya ketika perhimpunan Ulama, Umara dan Asnaf di sini menegaskan, operasi bermula dengan serangan udara melalui pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diikiti dengan ledakan mortar menggempur militan Filipina tersebut. “Pada saat saya sedang berucap ini, tentera darat dan polis dalam kereta perisai dengan anggota yang mengikuti di belakang kereta perisai sedang melakukan tindakan memberkas dan menumpas militan yang melanggar kedaulatan negara,” katanya di hadapan 16,000 peserta di Stadium Putra Bukit Jalil di sini. Jelasnya, tindakan berhemah yang diambil Malaysia sebelum ini adalah cuba untuk mengelakkan pertumpahan darah di Sabah, namun tindakan militan yang mendakwa mereka adalah Tentera Kesultanan Sulu itu membunuh anggota keselamatan, dengan kejam menyebabkan beliau selaku ketua negara mengambil keputusan untuk menggempur mereka dengan segala kekuatan yang ada. “Soal kedaualatan keamaanan negara, kita tidak akan membiarkan seinci pun tanah bumi Malysia tergugat dinodai sesiapa pun.”

the real FEAR

Now the real fear is coming. Fear takut jika kerajaan majariti Melayu kalah. Fear berlaku perperangan,...sekarang SABAH telahpun diceroboh oleh tentera Sultan Sulu. Fear,..fear...menjelang PRU 13, apakah nasib negaraku dan bangsaku?