Tuesday, March 29, 2011

Perak haramkan tarian poco-poco



TARIAN poco-poco menarik perhatian masyarakat kerana dikatakan mampu menyihatkan tubuh badan pengamalnya. - Gambar hiasan


IPOH – Tarian poco-poco yang popular sebagai aktiviti riadah dalam kalangan suri rumah dan penjawat awam ketika menghadiri kursus dan majlis keraian telah diputuskan sebagai haram oleh Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak baru-baru ini.

Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria berkata, tarian tersebut diharamkan kerana ia mempunyai unsur kepercayaan agama lain iaitu Kristian selain pemujaan roh.

Katanya, keputusan sebulat suara itu dicapai pada Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak kali ke-186 yang bersidang dari 24 hingga 26 Januari lalu.

“Kajian mendapati tarian yang sering diamalkan di Jamaica itu bercirikan agama Kristian. Oleh itu haram bagi orang Islam mengamalkannya,” katanya ketika dihubungi Kosmo! semalam.

Poco-poco Dance - Jopie Latul (With English Subtitle)

Suasana kampung






Monday, March 28, 2011

Kembara : Hati Emas (HQ Audio)

Malam Talentime SEMENTAS

Tahun 1982, masuk Sekolah Teknik ALOR SETAR(SEMENTAS). Join ngan budak-budak PERLIS, KEDAH, KELANTAN dan sorang budak SELANGOR, AHMAD MUZNI. paling aku ingat bila turut ambil bahagian dalam Talentime Sekolah. Kami ambil bahgian dalam drama dan buat band secara "miming". Antara lagu yang kami "mainkan" waktu itu ialah "Hati Emas (KEMBARA)" dan "Bunyi Gitar(BLUES GANG)". Antara yang terlibat dalam persembahan seingat aku adalah AZIZ, ISMADI, RUZIAH,ZAMBRI dan beberapa org lagi.

Ramli Sarip - Blues Bee

Blues Gang Sakit Gigi

Sunday, March 27, 2011

Gempa bumi di JEPUN(terbaru)

Magnitude-6.5 quake off Japan; small tsunami alert

A magnitude-6.5 earthquake shook eastern Japan off the quake-ravaged coast on Monday morning, the U.S. Geological Survey reported, prompting Japan to issue a tsunami alert.

There were no immediate reports of damage or injuries, but the Japan Meteorological Agency announced that a tsunami of up to 1.6 feet (a half meter) may wash into Miyagi Prefecture.

The tsunami alert was localized to Japan. The U.S. Pacific Tsunami Warning Center said no wave was expected in Hawaii or on the U.S. west coast.

The alert was prompted by a quake that the U.S. Geological Survey measured at 7:23 a.m. Monday Japan time (2223 GMT Sunday) near the east coast of Honshu.

The USGS said the quake was 3.7 miles (5.9 kilometers) deep.

A magnitude-9 quake off Japan's northeast coast on March 11 triggered a tsunami that barreled onshore, triggering a humanitarian disaster that is thought to have killed about 18,000 people.

Titik gempa hampiri Malaysia




KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.

Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.

Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.

Mayat Isteri Zina Diserang Ribuan Lintah


Zaman sudah berubah..isteri sekarang semakin berani berlaku curang!”

Kadar gejala seks bebas kian meningkat dalam masyarakat hari ini. Lebih menyedihkan ianya bukan sahaja melibatkan remaja malah lebih ramai di kalangan individu dewasa yang bujang mahupun yang telah berkahwin! Seperti yang pernah penulis kisahkan tentang kecurangan isteri dan balasan yang diterima akibat perbuatan menduakan suami, kini sekali lagi penulis ingin menceritakan azab seksa seorang wanita yang berkahwin tetapi masih melakukan seks bebas.

Kisah ini diceritakan kepada penulis oleh Bomoh Pakar Rawatan Sakit Cinta, En. Idris Zakaria yang kini menetap di Kampung Tasik Berangan, Pasir Mas, Kelantan. Kini beliau bergiat cergas berikhtiar mengubati masalah rumah tangga dan masalah cinta tidak kesampaian, mendapat cerita ini dari kes-kes yang telah diadukan kepadanya. Semoga kita mendapat manfaat dan pengajaran darinya.

“Dalam saya merawat seorang pesakit, saya telah dikhabarkan satu kisah tragis mengenai seorang isteri curang. Jamilah isteri kepada Husin masih jelita walaupun telah beranak pinak. Beliau pandai bergaya, bertudung litup, berkulit putih dan memiliki bentuk badan yang menarik. Jamilah mendapat sumber kewangan dengan cara berniaga kecil-kecilan iaitu dengan menjual beras seludup dari Thailand bagi membantu suami yang ketika itu hanya seorang petani di kampung.

Ketika itu kegiatan penyeludupan beras tidak dikawal oleh kerajaan seperti sekarang maka ramai para wanita melibatkan diri dengan berniaga beras seludup dari Thailand. Pendapatan hasil penjualan beras seludup tidak seberapa hanya boleh menampung hidup seharian sahaja.” Jelas En.Idris.

Suami Jamilah Husin berumur 50an ( bukan nama sebenar ) merestui pekerjaan isterinya itu. Husin juga nampak tidak selincah isterinya, beliau berjiwa lembut dan menurut apa sahaja kata isterinya tanpa banyak bantahan. Semakin lama peranan Husin sebagai ketua keluarga semakin pudar dek ketidaktegasan dirinya terhadap Jamilah yang semakin bebas ke sana ke mari.

Husin baik dan jujur orangnya dan tidak banyak perangai. Jamilah keluar masuk rumah dan melakukan pekerjaan kadang-kadang pulang lewat malam bahkan pernah juga tidak pulang untuk sehari dua tidak menjadi masalah pada Husin. Husin percaya akan apa yang Jamilah lakukan demi mencari wang dan membela nasib keluarganya.

Ramai wanita sekitar kampung Jamilah melakukan pekerjaan menjual beras seludup namun ianya hanya sekadar boleh menyara kehidupan ala kadar sahaja. Berbeza dengan Jamilah yang menampakkan sedikit mewah dengan gelang dan rantai emas yang banyak pada tubuhnya. Ramai orang mempertikai akan kelebihan Jamilah menampakkan mewah sebegitu. Maka ada beberapa orang yang ingin tahu bagaimana dia bekerja, sedangkan ramai juga yang melakukan pekerjaan sama namun tidak semewah Jamilah.

Semenjak itu banyak mata yang mengintip setiap pergerakan Jamilah tanpa disedarinya. Pada mula-mulanya rahsia Jamilah terbongkar ketika pihak Imigresen Thailand membuat pemeriksaan di sempadan maka tertangkap beberapa orang yang cuba menyeludup masuk beras dari Thailand termasuklah Jamilah ditahan sama ketika itu.

Namun setelah beberapa jam kemudian nampak Jamilah dilepaskan oleh seorang pegawai kastam Thailand dengan muka yang senyum dan beras seludupnya juga selamat dibawa balik ke Malaysia. Beberapa orang lain yang menyeludup masuk beras terpaksa membayar denda dan beras terpaksa dirampas Sikap tidak puas hati rakan-rakan penyeludup lain mula membuak-buak mengapa Jamilah terlepas sedangkan mereka menerima nasib sebaliknya. Maka siasatan dibuat oleh beberapa orang yang tidak puas hati berkenaan. Maka pada suatu hari mereka mendapat tahu rupa-rupanya Jamilah telah memberikan rasuah dengan Pegawai Kastam Thailand berkenaan dengan meniduri dirinya.

Malah rasuah tersebut bukan sekali dua bahkan telah banyak kali berlaku setiap kali tidak boleh membolosi diri ditahan Kastam Thailand di sempadan. Tidak lama kemudian dapat lagi berita mengatakan Jamilah juga membuat perniagaan sampingan ketika berada di Thailand. Rupa-rupanya Jamilah memperdagangkan tubuhnya sebagai pelacur dengan lelaki Thailand. Maka tidak mustahil Jamilah mampu membeli emas yang banyak.

Maka heboh diceritakan akan kisah Jamilah yang sedemikian rupa, orang ramai tidak hairan dengan kemewahan yang Jamilah miliki malah dicemuhi dan dipandang jijik terhadapnya oleh orang kampung serta masyarakat setempat. Tergamak Jamilah melakukan perkara terkutuk sedemikian semata-mata mencari sedikit kemewahan. Husin telah diberitahu gejala isterinya itu namun Husin tidak percaya cerita sedemikian dan membuat tidak tahu sahaja.

Husin yang sudah lewat 50an mungkin juga tidak segagah dahulu lagi manakala Jamilah berusia lewat 40an masih bernafsu tidak mustahil ianya satu perlakuan yang terdesak disamping minat pada wang. Husin hanya berserah pada Allah, hendak menuduh isterinya curang beliau tidak mempunyai cukup bukti dan tidak melihat dengan mata kepala sendiri.

Selang beberapa tahun kemudian Jamilah diserang sakit kepala lalu demam dan jatuh sakit. Makin hari makin teruk sakit Jamilah. Selang beberapa minggu kemudian Jamilah mengalami nazak yang teruk. Pada hari sakaratul maut Jamilah dikatakan menyalak seperti anjing untuk beberapa kali kurang daripada sepuluh salakan sebelum nyawanya habis. Jamilah habis nyawa dalam keadaan menyedihkan matanya terbeliak manakala lidahnya terjelir. Ahli keluarga yang berkumpul turut merasa pelik akan kelakuan Jamilah menyalak sebelum menghembuskan nafas terakhir dan mati dalam keadaaan yang sebegitu.

Upacara kematian seperti biasa orang kampung lakukan bagi menyempurnakan jenazah Jamilah. Setelah dikafankan liang lahad disukat dan digali tibalah masa untuk dikebumikan. Sebaik sahaja jenazah Jamilah dimasukkan ke liang lahad tiba-tiba didapati panjang liang lahad itu tidak mencukupi untuk menyimpan mayatnya. Mayat Jamilah diukur semula dan liang lahad di panjang sekali lagi namun masih tidak cukup panjang lagi. Diulangi kali ketiga dipanjangkan lagi liang lahad itu pun begitu juga masih tidak cukup panjang. Satu kejadian luar biasa telah berlaku mayat Jamilah disimpan begitu tanpa memanjangkan lagi liang lahadnya.

Setelah semua keluarga pulang ke rumah tiba masa untuk Husin membuat sijil kematian Jamilah pada hari itu juga. Bila diminta kad pengenalan daripada anak perempuannya kata anaknya itu, “Allah, abah sewaktu mengkafankan mayat ibu saya terletak kad pengenalan atas jenazah mak, bermakna kad pengenalan itu ada bersama mayat mak dalam kubur” Husin agak terganggu memarahi anak perempuannya itu namun terpaksa memanggil penggali kubur di situ agar menggali kembali liang lahad kubur arwah Jamilah yang baru beberapa jam dikebumikan tadi.

Maka kubur itu digali semula, alangkah terkejutnya beberapa orang yang mengikut Husin termasuk diri saya sendiri melihat mayat Jamilah telah didatangi beberapa ekor ulat seperti lintah namun bertaring menggigit tubuh mayat Jamilah. Husin mengenepikan beberapa ekor ulat itu beberapa kali namun ulat yang sama itu kembali ke tempat asal di mana ianya menggigit tubuh mayat Jamilah tadi. Kejadian itu amat pelik sekali.

Setelah itu mayat Jamilah terpaksa dipusingkan agar tangan boleh diseluk ke dalam bungkusan kain kafannya untuk mendapatkan kad pengenalannya. Dalam mengiringkan mayat Jamilah itu sekali lagi kejutan berlaku. Terdapat beribu-ribu ekor ulat seperti lintah bertaring itu berada di bawah mayat Jamilah . Segera kami menimbusnya kembali setelah berjaya mendapatkan kad pengenalannya itu.

Saya tidak dapat membayangkan akan apakah rahsia sebenarnya kejadian yang Allah pertunjukkan sebegitu. Namun saya terasa agak seram dan insaf bila melihat kejadian aneh sebegitu buat pertama kali dalam sejarah hidup saya. Di dunia lagi Allah sudah menunjukkan azabnya apatah lagi diakhirat kelak.

Saya boleh memberikan gambaran atas kejadian begitu bahawa kita manusia tidak boleh lari daripada azab pembalasan jika melakukan salah yang besar atau dosa yang besar. Bagi isteri-isteri tetapkan iman, jangan berlaku curang pada suami kita nescaya dosanya amatlah besar.

Dosa berzina sudah cukup besar tidak tertanggung bagi yang masih bujang, apatah lagi wanita yang bergelar isteri melakukan zina. Nauzubillah…hanya Allah sahaja yang mengetahui akan azabnya kelak.

Di dunia lagi sudah Allah tunjukkan maka sama-sama kita ambil iktibarnya supaya ianya tidak berulang lagi dimasa hadapan pada diri kita atau keluarga kita, minta disisihkan Allah.

p/s: Tak tau lah sejauh mana kebenaranya…sekadar untuk dijadikan tauladan kepada kita semua./B104

Posted by tok_aji

Never Trust A Lawyer

One afternoon a lawyer was riding in his limousine when he saw two men along the roadside eating grass. Disturbed, he ordered his driver to stop and he got out to investigate.

He asked one man, "Why are you eating grass? ""We don't have any money for food," the poor
man replied. "We have to eat grass.

""Well, then, you can come with me to my house and I'll feed you," the lawyer said."But sir, I have a wife and two children with me. They are over there, under that tree.
""Bring them along," the lawyer replied.

Turning to the other poor man he stated, "You come with us also."The second man, in a pitiful voice, then said, "But sir, I also have a wife and SIX children with me!" "Bring them all, as well," the lawyer answered.

They all entered the car, which was no easy task, even for a car as large as the limousine was. Once underway, one of the poor fellows turned to the lawyer and said, "Sir, you are too kind. Thank you for taking all of us
with you. "

The lawyer replied, "Glad to do it. You'll really love my place. The grass is almost a foot high.
"




Thursday, March 24, 2011

Luis Suarez Goal v. Sunderland (w/ Music)

Liverpool vs Manchester United Highlights 3-1

Engine Nite 09 - Datok Panglima (Manghostteen)

Engine Nite 09 - Saya Budak Engine (Manghostteen)

hell's engine(wahai cik minah)

Ada aku kesah?

Ada aku kesah jika laki aku tak makan

Ada aku kesah jika laki aku tak minum

Ada aku kesah jika laki aku tak ada tempat nak tidor

Ada aku kesah jika laki aku entah kemana peralatan mandi mandanya

Ada aku kesah jika laki aku entah kemana kain bajunya

Ada aku kesah jika laki aku tak dapat layanan aku

Ada aku kesah jika laki aku menjengah pulang

Ada aku kesah jika laki aku hendak kepergian

Ada aku kesah jika laki aku nak kemana

Ada aku kesah jika bibirku pudar ketika berdepan dengan laki aku

Ada aku kesah jika tiada wangian ditubuhku ketika suami aku dekat pada ku

Ada aku kesah jika pakaian ku lusuh ketika dipeluk suami ku

Ada aku kesah jika suami ku telah terlelap tanpa aku disisi

Ada aku kesah jika suami ku tidur dibontoti aku

Tiba-tiba aku menjadi resah dan ambil kesah .....

Ketika telefon laki aku berdering di dinihari

Ketika laki aku berbalas SMS entah dengan siapa

Ketika tubuh laki aku wangi tapi bukan dari perfume miliknya

Ketika laki ku pulang kerumah dengan perut yang kenyang

Ketika solat jemaahnya tidak lagi bersama aku

Ketika tidurnya membelakangi aku

Ketika hendak pergi dia selalu tergesa-gesa

Kini .... laki aku dah langsung tak kesah dengan aku.

Kopratasa : Permata Untuk Isteri (HQ Audio)

Perihal "Pokok Bergoyang"

Alkisah tersebutlah kisah ..tayyip....

"SEPOHON POKOK KELIHATANNYA BERGOYANG"

Ada orang tanya aku, betul ke POKOK ITU BERGOYANG. Aku jawab memang POKOK ITU BERGOYANG kerana pandangan mata kasar aku ini bahawa POKOK ITU MEMANG BERGOYANG. Adakah kerana angin yang bertiup yang membuatnya bergoyang, atau ada monyet atau kera kat atas pokok itu, atau pokok itu memang sentiasa bergoyang sejak ditanam, atau macam-macam hal yang boleh terfikirkan oleh kita tak tahulah aku.

Tapi yang pastinya kita tahu bahawa "POKOK ITU BERGOYANG".

Saturday, March 19, 2011

Engine Nite Live '84 (Mambang Biru) - Jimi & Ding

Tengok konsert "Engine Nite"

Tahun 1984, aku menuntut kursus Engineering kat Uitm SHAH ALAM. Ni yang best nih, menuntut di jurusan mencabar dan depa kata budak-budak Engine memang nakal-nakal (tapi bijak). Fuhh,...bila semester pertama dah dapat tengok malam "Engine Nite". Memang ikutkan student2 senior, malam Engine Nitelah malam yang penuh meriah. Semua pelajar jurusan Engineering ambil bahagian, buat show untuk hiburkan semua pelajar kursus tersebut. Pelajar lain pun dijemput juga. Ada band rock yang terdiri dari student ITM sendiri, Mixed Blood turut mengiringi persembahan. Masih ingat lagi, penyanyi utamanya, Doran Khaled menyanyikan lagu IRON MAIDEN "Hollwed Be Thy Name". Antara lagu-lagu lain yang dipersembahan ialah "Final Countdown", I Want to break Free", "Marie-Marie". Di samping itu ada juga persembahan sketsa dan tiru gaya artis. Memang gamat.

Stevie Ray Vaughan - Voodoo Chile (Slight Return)

BLUES GANG Apo Nak Di Kato(1982)

sweet charity jangan tunggu lama lama

Tengok Konsert Blues Gang & Sweet Charity

..Pada zaman awal 80an, populariti BLUES GANG dan SWEET CHARITY amat hebat. Mana-mana konsert yang diadakan pastinya mendapat sambutan hangat daripada golongan anak-anak muda yang meminati irama Rock dan Blues. Satu siri konsert jelajah Malaysia, tajaan jenama kasut NOrth Star(tak silap aku) telah dianjurkan, tidak terkecuali bandar ALOR SETAR(Stadium Darul Aman). Masa nih aku memang kepala blues. Aku tak kisah apa orang nak kata, aku pi tengok konsert sorang-sorang. Naik gerek dari kampung, kayuh sampai kat Stadium darul aman. Yang lebih syoknya aku tidak belipun tiket. Sampai saja di kawasan Staium Darul Aman(lama), tengok ada kutu-kutu dah panjat Stadium.Aku pun ikut sama ikut secara haram nih. Yang bestnya sesama kami tolong menolong tariktangan member-member walaupun tak kenal. Aku peduli apa, janji dapat masuk. Tapi bahayanya bila ada botol-botol kaca yang ditanam tepi tembok. Kalau jatuh, alamatlah luka teruk.

Kulit Album Blues Gang
















Aku ada banyak kaset Blues Gang waktu dulu. Paling top adalah album APO NAK DIKATO. Sekrang mana pi dah tak tahu. mungkin pihak WEA boleh keluarkan semua album satu persatu dalam bentuk Audio CD.

Thursday, March 17, 2011

Sterika Arang Kayu


Zaman letrik belum masuk ke rumah aku lagi dimana semuanya ketika itu pakai lampu minyak tanah, seperkara yang menarik ialah bila kita hendak mengosok pakaian. Masa itu ibu aku akan pinjam steriika besi arang kayu. Arang kayu yang telah dibakar dan masih membara dimasukkan ke dalam satu ruang dalam sterika yang dibuat daripada besi dan amat berat bagi seorang budak untuk mengangkatnya. Sterika ini paling digunakan ketika malam hari raya ataupun ketika aku kena hadir terima anugerah pelajar cemerlang kat sekolah. Bau wangi selepas kain digosok masih aku terbayang.

Iklan dulu-dulu

Peranan iklan dalam memasarkan sesuatu produk tidak dapat dinafikan. Dahulunya hanya ada TV1 dan TV2 sahaja, jadi ada beberapa iklan yang begitu melekat di hati penonton. Antaranya, iklan FAB "Ada apa-apa perbezaan", iklan BREEZE, " Horey temuduga, saya harus berpakaian kemas", ..dan termasuklah ikalan suruh orang melabur dalam ASN, "Amboi, merah sangat baju mak ngah"....Kita pun suka dan jadikan bahan gurauan sesama rakan.

iklan FAB 1979 Yusni Jaafar

Iklan Maggi 1979/80an

Iklan Maggi 1972/70an

Tuesday, March 15, 2011

Benyamin S ma mintak makam ma

Daripada Sekolah Melayu ke Sekolah Cina.



Aku tak ingat sangat masa periksa(Exam) Penilaian Darjah 5 di Sek Dato Wan Mat Saman, Tandop. aku dapat berapa,,result aku bukan baguih sangat. Namun begitu aku dapat peluang belajar di Sek Men Keat Hwa, Jalan Kuala Kedah. Difahamkan sekolah ni ambil pelajar yang agak cemerlang sikit dari sekolah rendah kami. Kalau pelajar yang kurang baik, akan bersekolah di SM Telok Chengai atau SM Tun Sharifah Rodziah. Namun begitu terdapat juga ibu-bapa yang curiga untuk menyekolahkan anak depa ke sekolah yang majoritinya cina, "takut" kantin menjual makan-makanan yang tak halal.
Pada permulaan sekolah menengah si SMKH, aku bawa bekal. Selalunya emak akan bekalkan nasi bersama lauk ikan sambal atau telor sambal,...hmm sedap..masih terasa bau wangi nasi yang mesra dengan lauk ketika aku membuka tupperware. Sebenarnya di sekolah cina itu , terdapat juga peniaga Melayu yang menjual makanan untuk pelajar melayu/Islam. Paling aku ingat ialah bihun berkuahkan laksa. Best1!! sedap. kat sekolah ni, kami turut diajar asas Bahasa mandarin. best jugak dapat tahu bahasa asing ni. Namun begitu tidak dapat mahir dlam aspek lisan kerana semua kami adalah pelajar melayu.

Hang tuah failed SPM

Hantu Jebon

Jebon.......jeng2...

Jebon dlm bhasa utara ialah memerang...

Amalan tutup cermin dgn kain diamalkan oleh org dulu2 ketika hujan lebat s'ja sebab mereka takut kilat pancar kat mereka..Kalau ikutkan bahasa orang utara, jebon adalah sejenis mamalia. Mamalia ni bersaiz kucing peliharaan, amat garang dan terkenal kerana sifatnya yg berani bertarung dgn ular berbisa spt ular tedung. Memang org utara suka memanggil individu yang 'liar' sebagai jebon.. :)

Monday, March 14, 2011

P.Ramlee - Nasib Doremi - Kedai Kopi

Kedai kopi kepala jalan

Nak masuk jalan kampung Keriang Pulau melalui Lebuhraya Sultan Abdul Halim, pastinya kita akan melihat sebuah kedai kopi. Taukeh kedai ni tak silap aku adalah Bang Ali. Adanya kedai ni sejak bila tak tahulah, tetapi rasanya dibina setelah adanya jalan tar ke Kampung Keriang Pulau. Dulunya jalan tanah merah. Tempat kedai ni dulu pun adalah kilang bihun. Terdapat juga parit dimana kami mencari ikan karin(laga). Kat kedai ni banyak cerita/gossip orang kampung boleh kita dengar.

pendekar bujang lapok go to school

Madrasah Ittihadiah

Dalam kampung Keriang Pulau ada sebuah madrasah/surau yang diberi nama Madrasah Ittihadiah. Sejak bila penubuhannya aku tidak tahu, kerana sejak aku dilahirkan sudah ada surau ini. Bangunan dua tingkat ini menempatkan surau di tingkat atas, manakala madrasah, tempat anak-anak kampung mengaji Muqaddam/Quran di bawah. Aku juga teringat kolah, tempat mengambil air sembahyang. Kemudiannya di buat bilik khas untuk wuduk serta store simpan barang pinggan mangkuk pakatan khariah kampung ini. Di laman madarasah juga telah dibina satu gelanggang Takraw/ Badminton bagi kegunaan anak-anak muda kampung. Gelanggang inilah aku mengasah bakat sebagai pemain takraw. Madarasah ini juga biasa diadakan tuisyen olah Bang Man Haron serta mesyuarat persatuan Belia Anggerik Desa. Aku juga teringat bilamana khariah ini membuat pakatan memasak bihun morei untuk diberikan kepada penduduk-penduduk kampung yang masuk syer serta untuk dihantar ke Masjid Tandop kerana giliran Kampung Keriang Pulau menyediakan hidangan morei. Syok betul masa tu, pakat berebut ambil bihun goreng.

Masam masam manis Part 8

Supermarket kat ALOR SETAR

Supermarket kat bandar ALOR SETAR pada zaman 70an, 80an tidaklah banyak, boleh dibilang dengan jari. Antara yang aku ingat ialah ALOR SETAR Supermarket, KEDAH Supermarket, LUCKY Supermarket, DAYA Store, HANKYU JAYA (orang kampung sebut Hantu Raya)dan Embassy. Masa tu, jalan sekitar Stesen Bas Lama (Syarikat UTC, KUALA KEDAH dan Jalan Langgar Transport Co) cukup meriah. Ada bas yang pergi ke KUALA NERANG, POKOK SENA, HUTAN KAMPUNG, PENDANG, GURUN SG PETANI, TOKAI, SIMPANG EMPAT dan juga BUTTERWORTH.
Ketika ikut emak pi pekan, antara kedai yang kami lalui adalah Pekan Rabu, Kedai Rekod Starlight, Kedai Makan melayu yang kongsi dengan restoran cina(buat air), Kedai rempah JAI HIND dan NAINA MOHAMAD. Warung jual mee tonggek dan bihun sup kami juga lalui dan biasa membeli makanan di situ. Terdapat juga satu lorong yang dipanggil "Lorong Sempit"..yang menghubungkan jalan langgar menuju ke jalan Badlishah. Macam-macam barang ada di jual di lorong sempit.
Berbalik tentang cerita supermarket tuh tadi, aku biasa ronda semua Supermarket untuk hanya beli satu barang, iaitu Bofa Set (Set peralatan lukisan teknik..semasa aku bersekolah di SEMENTAS. Kekadang bila terkenang tuh, rasa nak tergelak bercambur sedih pun ada.

Lagu Tiga Kupang (30 Cents Song) - Apeng

(Movie Theme) Miss*ion Im*possible Theme - Sungha Jung

Sunday, March 13, 2011

Adenovirus

Adenovirus: Dua pelatih wanita dimasukkan ke ICU

13/03/2011 5:56pm

KUALA LUMPUR 13 Mac – Dua pelatih inspektor wanita dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini selepas dipercayai mengalami jangkitan virus ”Adenovirus”, menjadikan jumlah pelatih dan kakitangan Pusat Latihan Polis (Pulapol) yang dirawat di hospital itu kini 31 orang.Komandan Pulapol, SAC Zulkifli Mohamed berkata daripada jumlah itu dua pelatih lelaki ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Seramai 15 orang lagi adalah pelatih inspektor lelaki dan 10 pelatih inspektor wanita. Selebihnya tiga pelatih konstabel lelaki dan seorang kakitangan Pulapol,” katanya di sini, hari ini.Beliau berkata jumlah pengasingan berkurangan kepada 583 orang iaitu 234 pelatih inspektor wanita, 251 pelatih inspektor lelaki, 90 pelatih konstabel lelaki dan lapan kakitangan.

Virus itu, yang dikesan pada 4 Mac lepas, menyebabkan seorang pelatih di institut itu Mohd Azizan Azizi, 21, dari Kuala Kangsar, Perak, meninggal dunia di HKL Selasa lepas. - Bernama

Adenovirus

Adenovirus: Dua pelatih wanita dimasukkan ke ICU

13/03/2011 5:56pm

KUALA LUMPUR 13 Mac – Dua pelatih inspektor wanita dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) hari ini selepas dipercayai mengalami jangkitan virus ”Adenovirus”, menjadikan jumlah pelatih dan kakitangan Pusat Latihan Polis (Pulapol) yang dirawat di hospital itu kini 31 orang.

Komandan Pulapol, SAC Zulkifli Mohamed berkata daripada jumlah itu dua pelatih lelaki ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).

"Seramai 15 orang lagi adalah pelatih inspektor lelaki dan 10 pelatih inspektor wanita. Selebihnya tiga pelatih konstabel lelaki dan seorang kakitangan Pulapol,” katanya di sini, hari ini.

Beliau berkata jumlah pengasingan berkurangan kepada 583 orang iaitu 234 pelatih inspektor wanita, 251 pelatih inspektor lelaki, 90 pelatih konstabel lelaki dan lapan kakitangan.

Virus itu, yang dikesan pada 4 Mac lepas, menyebabkan seorang pelatih di institut itu Mohd Azizan Azizi, 21, dari Kuala Kangsar, Perak, meninggal dunia di HKL Selasa lepas. - Bernama

Taksub...petikan dari KOngsi Blog

Kita terlalu taksub.Taksub memberi makna fanatik,tegar, terhadap sesuatu perkara.Setiap orang berbeza taksubnya.Samaada taksub kepada peimpin , taksub kepada sesuatu barang , taksub kepada artis , taksub kepada makanan , taksub kepada hiburan , taksub kepada politik , taksub kepada seks , taksub kepada internet , taksub kepada blog , taksub kepada komputer dan banyak lagi jenis taksub.Taksub boleh memberi impak kepada seseorang samada ke arah kebaikan atau ke arah keburukan.

Padangan Dari Segi Kebaikan

Dari segi kebaikan ,ia memberi kekuatan kepada seseorang untuk melakukan sebarang tindakan .Mereka sanggup melakukan apa sahaja asalkan mencapai matlamat.Memandangkan negara kita kecoh dengan isu-isu politik , saya mengambil ia sebagai contoh.Walau apa pun yang berlaku dalam pertubuhan parti tersebut , sedikit pun tidak mengugak kesetiannya.Mereka tidak akan berganjak dari menyokong parti tersebut.Inilah di namakan kesetian. Kebiasaanya orang golongan ini tidak mengharapkan balasan.Mereka melakukan dengan rela hati.

Pandangan Dari Segi Keburukan

Dari segi keburukan , boleh meyebabkan pemikiran seseorang tertutup , cetek , terkonkong , keras kepala dan tidak berfikiran jauh.Kebiasaanya golongan ini tidak akan mendengar pandangan orang lain walaupun pandangan tersebut memang benar.Mereka akan tetap dengan kepercayaannya walaupun apa yang dipercayainya adalah salah.Dalam bangsa Melayu di panggil “bodoh sombong”.Kalau dahulu ada isu suami isteri bertengkar di sebabkan fahaman politik yang berbeza.Ini adalah salah satu tindakan yang boleh dinamakan kurang bijak.

Pandangan penulis , kita tidak sepatutnya terlalu taksub.Tuhan menjadikan kita akal fikiran untuk berfikir.Fikir lah berlandaskan akal firkiran bukan berlandaskan nafsu.Salah tetap salah , benar tetap benar.Jika kita buntu dalam sesuatu masalah , pohonlah hidayat dari Nya.Hanya satu fanatik yang boleh di terima adalah fanatik kepada agama islam.Cukuplah setakat ini coretan dari penulis , apa yang ditulis hanya pandangan peribadi penulis

DNA.....(Wikipedia)

Asid deoksiribonukleik (DNA) merupakan komponen kimia utama kromosom dan merupakan bahan yang menghasilkan gen. Ia kadang kala dipanggil molekul warisan, kerana DNA boleh mewariskan sifat sifat organisma induk (iaitu ibubapa). Dalam proses pembiakan, DNA bereplikasi dan hasilnya dipindahkan kepada zuriat.

Dalam bakteria, organisma sel prokaryotik, dan organisma rendah yang lain, DNA tersebar di dalam keseluruhan sel. Dalam sel rumit atau sel eukaryotik yang membentuk tumbuhan, haiwan dan organisma pelbagai-sel yang lain, kebanyakan DNA terdapat di dalam nukleus sel. Organel penjana tenaga seperti kloroplas dan mitokondria dan kebanyakan virus juga mengandungi DNA.


Berita Gempa.....

Lagi video tsunami

Saturday, March 12, 2011

Dodoikan bayi

Masa dulu-dulu, ketika kebanyakkan orang berumah papan, nak tidur anak mesti guna buaian. Buaian dibuat dengan mengikat tali nylon di alang rumah di satu hujung. Di hujung yang lain, ikatkan pada besi atau kayu dimana tergantungnya pula kain pelikat atau batik. Skil menidurkan/men"dodoi"kan bayi ini juga dimiliki oleh emak. Bila kami dah besar, kami tengok juga emak nyanyikan lagu yang sama untuk menidurkan cucu-cucunya. Antara bait-bait lagu yang aku ingat ialah..
"Dodoi...la di dododoi....
"Ha la di dodoi....ayunlah pak denog,
Pak denoglah makan padi,
Azean dok teriak, mak dia kemana pilah..""

Video Tsunami

Friday, March 11, 2011

Gambar-gambar Tsunami




Terjadi selepas Tsunami di JEPUN....

Indonesia volcano erupts, spews lava and gas

One of Indonesia's most active volcanos has erupted, sending lava and searing gas clouds tumbling down its slopes.

Volcanology official Agus Budianto said Friday that authorities were still trying to evacuate residents living along the slopes of Mount Karangetang.

There were no immediate reports of injuries or serious damage.

The 5,853-foot (1,784-meter) mountain is located on Siau, part of the Sulawesi island chain. It last erupted in August, killing four people.

Indonesia, the world's largest archipelago, is located on the so-called Pacific "Ring of Fire," an arc of volcanos and fault lines encircling the Pacific Basin.

The eruption happened hours after a massive earthquake in Japan that triggered a Pacific-wide tsunami.

Tanda-tanda kiamat kecil...(Wikipedia)

Antaranya:-

  • Banyaknya berlaku huru-hara yang menyebarkan kejahatan[2]
  • Banyaknya berlaku pergaduhan dan pembunuhan[2]
  • Munculnya mati mendadak atau mati secara tiba-tiba
  • Masjid dijadikan jalan iaitu seseorang muslim melalui masjid tanpa melakukan solat
  • Banyak orang berharap untuk mati kerana banyaknya kekacauan ataupun kesengsaraan
  • Orang fasik dimuliakan sedangkan orang mulia dan terhormat direndahkan
  • Munculnya gaya hidup mewah dan manja di kalangan umat Islam
  • Seorang isteri bekerja dalam satu syarikat dengan suaminya. (Malah isteri berpangkat lebih besar)
  • Anggota polis semakin ramai yang menunjukkan semakin banyak kerosakan
  • Mendahulukan lelaki menjadi imam bukan kerana ilmu tetapi kerana suara...
  • Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
  • Memandang rendah kepada darah
  • Lelaki mentaati isterinya tetapi menderhakai ibunya
  • Lelaki berkasar dengan bapanya tetapi beramah dengan rakannya
  • Suara manusia meninggi (menjerit dan berteriak) di masjid-masjid
  • Pemimpin suatu kaum adalah keji dan pemimpin suatu suku adalah fasik
  • Lelaki dihormati bukan kerana budi dan kebaikan tetapi kerana takut akan kejahatannya
  • Orang akan mendirikan hubungan dengan orang tak dikenali dan memutuskan hubungan dengan yang rapat dan disayangi.
  • Orang akan melakukan homoseksual.
  • Akan terdapat ramai anak luar nikah.
  • Berkurangnya sifat amanah
  • Terasa berat untuk menjalankan syariah (zakat dijadikan hutang)

Takut Tsunami..(terbaru: JEPUN 11 MAC 11)


7.9 magnitude quake strikes Japan

A 7.9-magnitude earthquake has struck off Japan's northeastern coast, shaking buildings in Tokyo for several minutes and sending people out into the streets.

Japan's meteorological agency warns that a tsunami as high as 20 feet (6 meters) could strike the coast near Miyagi prefecture, closest to the epicenter.

The agency says the quake struck at 2:46 p.m. Friday at a depth of 6 miles (10 kilometers), about 80 miles (125 kilometers) off the eastern coast.

Several quakes had hit the same region in recent days, including a 7.3 magnitude one on Wednesday

Kawag masuk kampung

"Ooi ! Tolong OOi, kawag masuk kampung"..."kawag ..ooi..kawag...Tolong"...Dengar saja jeritan sebegitu, jiran-jiran lantas mengejar kawag (pencuri) yang mencuri di rumah orang yang minta tolong tadi. Peristiwa ini aku sendiri pernah tengok bila kami mengejar kawag dan dapat tangkap pencuri itu berdekatan dengan rumah Mad Din Concorde tidak lama dulu. Pencurinya siapa?..orang kampung jugak..(tak perlu diberitahu tetapi merupakan bekas banduan). Meskipun Kampung Keriang pulau kelihatannya seperti aman damai, namun tidak sunyi juga dengan masalah jenayah, curi waktu malam, pecah rumah, mengih dadah dan sebagainya.

Thursday, March 10, 2011

Orang kampung pi PADANG BESAR

Salah satu kebanggan orang kampung ialah bila dapat pergi ke PADANG BESAR, PERLIS dekat sempadan Siam sana tuh. Pergi naik keretapi, beli beras siam ataupun barang-barang dapur sepertiu dapur minyak tanah(cap butterfly), periuk kukus dan bermacam-macam lagi. Ada juga yang menjadikan membeli beras siam secara tetap. Yang paling tidak dilupakan bila kita pergi berhari raya di rumah-rumah orang kampung, kita akan dapat melihat kotak-kotak mancis besar(Cap Singa) yang dibeli dari PADANG BESAR itu diletakkan dalam almari perhiasan. Saiz mancis Siam tu memang besar. Itu tandanya tuan rumah pernah pergi ke PADANG BESAR , kira kita tak boleh kunon dia nih..

Hari Terakhir Bayar Saman..

GEORGE TOWN: Polis Pulau Pinang mengutip RM24 juta bayaran saman daripada pesalah trafik selepas polis mengumumkan insentif 50 peratus diskaun sejak Ogos lalu.Ketua Polis Negeri, Datuk Ayub Yaakob, berkata pihaknya turut mencatatkan pertambahan luar biasa mereka yang ingin membayar saman iaitu dengan purata 500 hingga 600 orang sehari pada waktu bekerja.

"Sepanjang tempoh itu jumlah paling banyak kutipan bayaran saman ialah pada 1 Mac hingga semalam iaitu sebanyak RM6.13 juta," katanya kepada pemberita selepas melakukan tinjauan hari terakhir orang ramai membayar saman di Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut di sini, hari ini.Ayub berkata, sejak 2001 hingga 2010, hanya 57 peratus daripada 3.7 juta saman yang dikeluarkan Polis Pulau Pinang telah dijelaskan.

Katanya sebanyak 1.5 juta saman yang dikeluarkan sepanjang tempoh 10 tahun itu masih belum dibayar.

...sumber Harian Metro

Merong Mahawangsa..


Hikayat Merong Mahawangsa or The Kedah Annals is an ancient Malay literature that chronicles the bloodline of Merong Mahawangsa and the foundation of the Kedah, a state in Malaysia. Though there are historical accuracies, there are many incredible assertions. The era covered by the text ranged from the opening of Kedah by Merong Mahawangsa, allegedly a descendant of Alexander the Great of Macedonia till the acceptance of Islam.

Merong Mahawangsa was a Hindu and there were nine Hindu rulers before Phra Ong Mahawangsa converted to Islam in 1136 and took the name Sultan Mudzafar Shah. The annal also describes Chola's attack on Kedah.The descendants of Phra Ong Mahawangsa is still ruling Kedah able to trace their lineage from Merong Mahawangsa.

KRU Studios has completed the production of its feature film entitled "Hikayat Merong Mahawangsa", which is also internationally known as "The Malay Chronicles: Bloodlines". This epic action adventure, directed by Yusry A. Halim, is loosely based on the myth of its namesake.... and will be in cinemas in 10 March 2011.

A Doctor In The House


Tun Dr Mahathir Mohamad may revisit "The Malay Dilemma". A "Malay Dilemma 2", perhaps?

"When the Malays were poor, they were in a dilemma. When they are rich, they're in a bigger dilemma", Malaysia's former prime minister said at the launching of his memoir, "A Doctor in the House", at Mid Valley, Mega Mall in Kuala Lumpur thi afternoon. It was held outside the MPH Store.

Dr Mahathir said this when responding to question on whether he'd be writing another book to, perhaps, elaborate on some of the subjects in his book.

He said he didn't think he'd be writing another similar one but did not dismiss the idea of revisiting "The Malay Dilemma", a controversial book he wrote in 1970.

I was told people were waiting in line as early as 8am outside MPH in MidValley, Mega Mall today to buy a copy of Dr Mahathir's book -- hardcover and 809 pages.

The copies, (@RM100) were snapped up so fast.

Really good reading -- all 62 chapters. Just take your pick of the issue of your choice -- "I am A Malay", "In the Political Wilderness", "Ops Lallang" or..."Anwar's Challenge".
And it's very much his style. It's like you can hear him narrating his life and the events to you.

Some people may find remarks by the Tun potentially slanderous. Asked about it, he responded to the effect "so, sue me."

Wednesday, March 9, 2011

Kematian Ayah.......menggalas harapan keluarga

Ayah meninggal pada tahun 1977, ketika aku berusia 11 tahun (Darjah 5). Mayat beliau dikebumikan tanah perkuburan Masjid Tandop. Setelah ketiadaan ayah, hidup kami sekeluarga berubah. Emak menggalas tanggungjawab sebagai ibu serta bapa kepada kami. Emak minta aku dan adik membantu beliau mengerjakan bendang. Semasa itu aku masih kanak-kanak, belum mengerti kepayahan hidup ini. Aku pernah menolong emak menajak batas bendang sehinggakan mendapat pujian daripada Pak Ayob, jiran tuan bendang kami. Selain itu aku juga ambil upah "atur semai", mengkiut kakak aku menyertai geng menanam padi. Sekarang orang dah tak tanam padi, semua main tabur benih saja. Selain itu aku juga ada ambil upah mukoi padi. Selepas jentera padi, diperkenalkan, join pula geng pegang guni. Masa nilah pelajaran aku agak merosot dimana aku seringkali dalam dilema antara fokus kepada pelajaran atau membantu emak. Aku agak mungkin sebab inilah aku mula minat lagu-lagu Blues. Lagu-lagu yang menggambarkan kesusahan seperti Negro yang bekerja sebagai hamba abdi di ladang-ladang kapas di Amerika. Kekadang aku merasa cemburu dan iri hati dengan rakan-rakan kampung yang agak berada sikit. Mereka mampu memiliki motorsikal, sedangkan aku hanya ada basikal saja.

School Boy.....Sport Day


Orang-orang tua kampung sebut "spot". Pada hari yang dimaksudkan, kita akan dengar depa kata, "ni nak pi tengok spot kat sekolah tandop,. nak tengok awang aku(anak) ni masuk lari dalam guni". Standardlah kalau baru masuk Darjah Satu, mesti lari dalam guni atau duduk pecahkan belon. Masa ni kita suka tengok senior-senior kita yang masuk acara lari balapan. lari 50 meter, 200 metr dan sebagainya. Kita juga tengok depa pakat dok lumug minyak kuda yang dibagi oleh Cikgu Pasukan. Aku bukanlah hebat sangat dalam bab atlit ni. Namun bab yang aku suka bila adanya "Sport Day" ialah dapat kupon Milo percuma. Kita pun berbaris bernai-ramai. Dapat minum air Milo yang dibancuh secara otomatik dan rasa sejuk pulak tu..memang cukup membahagiakan.

School Boy...Kenangan zaman persekolahan (sek ren)

Antara yang aku ingat kat Sekolah Keb Tandop atau Sek Keb Dato' Wan Mohd Saman nih ialah...sambutan/perayaan sempena tukar nama sekolah. Satu kolah/aquarium besar dibina...diletak ikan-ikan sawah. Pernah juga tak lama selepas itu, akuarium itu pecah kerana terkena batu. Juga ada filem pendek dibuat menceritakan gigihnya Dato Wan Mohd Saman membina terusan sehingga ada pekerja/orang kampung yang diserang penyakit dan meninggal. Dalam filem pendek itu, turut berlakon sebagai pelakun-pelakun tambahan adalah tukang-tukang kebun sekolah seperti Pak Shuid dan Pak Hashim.Filem ini ditayangkan pada layar wayang pacak. Hero dia sapa pun aku tak ingat. Diadakan juga persembahan kugiran...mungkin band CHANDINI (PENDANG) atau SBS BAND(TOKAI)..aku pun tak ingat.

Tuesday, March 8, 2011

Sekolah Tukar Nama


SEKOLAH KEBANGSAAN DATO’ WAN MOHD SAMAN
TANDOP, 05400 ALOR STAR, KEDAH DARUL AMAN



SEKOLAH ini telah mula didirikan dengan nama SEKOLAH MELAYU TANDOP pada tahun 1912 bersamaan Tahun Hijrah 1329 dengan mengunakan hanya sebuah bangunan sementara. Bumbungnya daripada atap nipah. Murid-muridnya seramai kira-kira 60 orang dan jumlah guru-gurunya 3 orang termasuk Guru Besar iaitu Cikgu Mohamad Shariff.

Pada tahun Hijrah 1334 sebuah bangunan tambahan telah didirikan. Bangunan ini masih tertegak sehingga kini. Guru Besar Cikgu Mohamad Shariff telah meninggal dunia pada 29.10.1337 (Hijrah). Selepas itu Cikgu Abdul Rahman bin Ahmad dari Sekolah Melayu Dulang telah menggantikan beliau. Beliau bersara pada 11.12.1957 dan digantikan dengan Cikgu Ramli bin Hj. Abdul Wahab dari Sekolah Melayu Yan lelaki. Kemudian Cikgu Abdul Rahman bin Othman dari Sekolah Melayu Kancut telah menjadi Guru Besar menggantikan Cikgu Ramli.
Pada tahun 1955 sebuah bangunan tambahan yang baru telah didirikan. Luasnya 150’ x 20’, mengandungi 5 bilik darjah sebagai menampung kekurangan bilik darjah kerana kemasukan murid-murid kian bertambah dengan pesatnya.

Dalam pertengahan tahuun 1955, dengan usaha Lembaga Didik, dibantu oleh Pejabat Pelajaran Negeri, sekolah tambahan yang didirikan ketika Cikgu Haji Ramli bin Haji Abdul Wahab menjadi Guru Besar, telah dilengkapkan dengan dinding dan tingkap.Bumbung atap nipahnya telah digantikan dengan zin dan kemudiannya sekolah itu dicat.

Pada 01 Februari 1956, Lembaga Pengurus Sekolah telah memperbaiki Kedai Kuih dengan memasang dawai jarang. Kedai Kuih itu akhirnya dijadikan setor. Pada tahun itu juga, kerajaan telah mendirikan 3 pintu tandas, dan 10 bilik tandas buang air kecil yang diperbuat daripada batu. Menjadikan jumlah tandas kesemuanya 12 pintu.

Pada bulan September 1957 sekolah lama yang telah didirikan dalam tahun Hijrah 1337 telah dibaiki dan dicat semula. Disekeliling sekolah telah dibuat parit untuk jalan air bagi melancarkan perparitan sekolah.

Pada 24 Februari 1965 satu temasya Hari Ibu Bapa dan Sukan Sekolah telah diadakan secara besar-besaran. Ramai ibu bapa dan jemputan-jemputan khas telah hadir menyaksikan temasya tersebut. Yang Teramat Mulia Raja Muda Kedah, Tuanku Abdul Halim Ibn Almarhum Sultan Badlishah yang menjadi Yang Dipertuan Agong Malaysia ketika itu telah berkenan menyampaikan hadiah.

Pada 1 Oktober 1957 sekolah ini telah dilengkapkan dengan sebuah bangsal untuk simpanan basikal murid-murid. Atapnya zin dan luasnya 30’ x 12’. Dalam masa ini juga gelanggang badminton telah dibuat daripada simen dan dilengkapkan dengan lampu. Gelanggang badminton ini juga digunakan sebagai ‘dewan’ perhimpunan murid-murid. 2 batang tiang bendera daripada besi telah didirikan termasuk sebuah tempat bersyarah.

Pada tahun 1958 sekolah ini telah berjaya menjadi Johan Badminton Sekolah-Sekolah Kumpulan Kota Star 11 dan telah menerima piala hadiah daripada Tuan J F Augustin, Timbalan Ketua Pegawai Pelajaran Negeri Kedah.
Sebuah kolah, pancur air ditandas buang air kecil dan empat buah besen serta pancur air untuk murid-murid telah dibina dalam tahun 1959. Pada tahun yang sama pihak Lembaga Pengurus Sekolah telah berusahamembuat dan menyiapkan pagar keliling sekolah beserta 3 buah pintu pagar daripada besi dan menambak padang bola yang menelan belanja sebanyak RM2000.

Pada tahun 1960 Lembaga Pengurus telah berjaya menyiapkan sebuah kantin yang menelan belanja sebanyak RM2000. Kantin ini lengkap dengan tempat makan. Sebelumnya murid-murid terpaksa makan berdiri. Pada tahun yang sama kerajaan telah membina bilik-bilik di sekolah ‘A’ dan ‘B’ serta dicat. Dahulunya bilik-bilik telah disekat dengan pemidang sahaja.

Pada 26 Januari 1961, sekolah ini tela menerima kunjungan YB Encik Abdul Rahman bin Talib, Menteri Pelajaran. Dalam buku Peringatan Sekolah beliau telah menulis, “Melawat sekolah hari ini bersama-sama dengan Ketua Pegawai Pelajaran Kedah. Sekolah bersih, murid-murid nampaknya bersih”. Lawatan beliau telah diikuti pula oleh Menteri Muda Pelajaran YB Tuan Haji Abdul Hamid Khan. Antara lain beliau telah menulis di dalam buku Peringatan Sekolah, “Saya telah melawat sekolah ini pada petang ini dan saya dapati kawasannya adalah bersih”.

Mulai 29 Januari 1961, kerajaan telah menempatkan 3 orang Guru Agama untuk bertugas di sekolah ini. Sebelumnya pelajaran agama diajar sebelah petang. Tahun ini juga kejayaan cemerlang telah dicapai dalam Pertandingan Tilawah Al-Quran. Johan Kumpulan Kota Star bahagian lelaki dan perempuan telah dibolot .

Pada tahun 1965 Yang Teramat Mulia Tuanku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Perdana Menteri Malaya selaku Wakil Rakyat kawasan telah melawat sekolah ini dan beliau telah menyumbangkan derma sebanyak RM2,445 untuk membeli tanah merah dan membaiki pagar padang bola..

Pada 06.06.1965 sekolah ini telah menerima seorang pelawat agung dari Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu iaitu JAY Miller.Dalam Buku Catitan beliau telah menulis “Lawatan saya yang pertama bagi sekolah-sekolah luar bandar dalam Malaya”.

Bagi mengatasi beberapa kekurangan yang dihadapi, pada tahun 1969 kerajaan mendirikan bangunan tambahan untuk 10 bilik darjah lengkap dengan kantin, tmepat basikal, tandas, pejabat Guru Besar dan setor dengan lebih daripada RM100,000.
Pembinaan sekolah tambahan 10 buah bilik untuk menampung kemasukan murid-murid yang makin bertambah telah dimulakan pada tahun 1971 dan siap digunakan pada tahun 1973. Semua murid seramai lebih 900 orang telah dapat bersekolah di sebelah pagi. Sebelumnya, persekolahan di sebelah petang bagi sebahagian murid-murid telah berjalan selama 16 tahun.

Demikian serba ringkas sejarah Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Mohd Saman daripada sejak ditubuhkan sehingga ke hari ini. Berbagai-bagai kesulitan dan rintangan telah dapat diatasi dan kemudiannya berkembang daripada sebuah sekolah kecil yang mulanya mengandungi murid-murid seramai 60 orang sahaja. Dan kini berdiri megah dengan bilangan murid-murid yang menjangkau 951 orang dengan 53 orang guru dan staff bukan akademik seramai 7 orang.

Lebih daripada 50 tahun sekolah ini terkenal dengan nama Sekolah Melayu Tandop, kemudian Sekolah Umum Tandop, Sekolah Kebangsaan Tandop, Sekolah Rendah Dato’ Wan Mohd Saman dan sekarang menggunakan nama Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Mohd Saman kerana mengenangkan jasa tokoh yang banyak.
Mudah-mudahan dengan menggunakan nama Sekolah Kebangsaan Dato’ Wan Mohd Saman ini, diharapkan masa depan sekolah ini lebih cerah dan dapat melahirkan generasi yang berwawasan dan berdaya maju.

Sumber: http://jqafskdwms.blogspot.com/

School Boy ....Menabung Secara Kumpul Setem

Sekolah (Sek Keb Tandop) telah memperkenalkan satu cara menyimpan/menabung wang semasa aku masuk Darjah Satu tuh ialah dengan mengumpul setem yang dilekatkan pada kertas kertas seperti kulit buku (skim bank simpaan nasioanal). Kami boleh membeli setem bernilai 5 sen, 10 sen dan 20 sen(tak pasti) daripada Guru Bertugas menjual setem, Cikgu Bakar. Jika telah penuh setem yang dilekatkan itu, kita boleh beri semula kepada cikgu bakar untuk dicatitkan ke dalam buku bank. Kalau bawa bekal 2 kupang(20 sen), 5 sen tuh bolehlah beli setem. Selebihnya untuk belanja makan.

Kampong Boy.......dapat 99% English tuh!

Tahun 1973, aku masuh Darjah 1 Kuning di Sekolah Kebangsaan Tandop. Seingat aku, rakan sedarjah adalah Awang Mad Arit, Bukhori Ustaz Nayan,..lain-lain aku tak ingat sangat. Guru Darjah adalah Aishah Puteh dan Guru Bahasa Inggeris adalah teacher Katon. Sebelum masuk alam persekolahan aku tidak masuk mana-mana Tadika. hanya sesetengah budak kampung yang keluarga mereka mampu menghantar ke tadika di Batu 2 berbuat demikian. namun begitu mungkin sikap aku yang ingin belajar sesuatu yang baru dan ditambah perangai yang agak aktif, aku berjaya mendapat 99% Bahasa Inggeris dalam peperiksaan akhir penggal. sesuatu yang luar biasa bagi budak kampong seperti aku yang tidak pergi ke Tadika. mata pelaran yang lain seperti Bahasa Malaysia dan Matematik aku score jugak. Dan telah menerima beberapa buah buku sebagai hadiah di hari Anugerah cemerlang.

Antara tajuk buku hadiah yang aku ingat ialah "Toot and Tita"..buku mengisahkan burung makan padi tetapi takut dengan pepatung (scarecrow).

Sunday, March 6, 2011

Marie..marie

Takut.......jika tiada lesen tv


..Zaman dulu, jika telah mempunyai tv (hitam putih/warna) dan radio gram perlu ada lesen tv. Ada sesetengah penduduk kampung yang dikategorikan sebagai warganegara yang taat setia, dengan begitu akurnya telah membuat "frame" lesen tv dan digantungkan di dinding rumah supaya senang untuk ditunjukkan jika pemeriksaan dilakukan. Kekadang masuklah kenderaan Jabatan Penerangan tetapi atas urusan lain, orang kampung sudah "takut" dan berusaha sembunyikan radio/tv. Rasa nak tergelak betul masa tu.

Dance Little lady dance....

Kampung Boy.....Keseronokkan tonton bola "live"



Malam tadi dapat menonton perlawanan bolasepak LIVERPOOL lawan MAN UTD secara "live" dari Anfield di sebuah restoran mamak kat Sri Rampai, Setapak. Memang best. Penyokong kedua-dua pasukan memenuhi meja makan, beberapa tv dan satu skrin besar sedia terpasang siaran langsung itu. Rasanya dimana-mana pun restoran telah sediakan perkhidmatan sedemikian..dah jadi trendlah katakan. Keputusan perlawanan, pasukan BANGAU belasah SETAN MERAH 3-1. Yang untungnya tokey restoran.

Teringat juga waktu remaja dulu-dulu sekitar tahun awal 80an dikampung keriang pulau, tengok bola secara "live" di rumah Tok Ndak Id(Arwah Id kak Doh), ..English Premier League..dan juga Piala Dunia atau Eropah. Semua penduduk kampung berkumpul ramai-ramai.

Thursday, March 3, 2011

Kampung Boy....Cicah garam belacan

Musim angin timur, selalunya panas terik (panaih lit-lit). Namun begitu angin yang bertiup sekali-sekala begitu menyamankan. Bila tiba waktu petang, selalunya orang-orang kampung akan berkumpul, melepak, bersembang di atas pelenggar, yang terletak dibawah rumah ataupun mana-mana pokok kat halaman. Halaman rumah aku ada pokok asam (jawa), ada juga pokok belimbing, jambu, mempelam. Masa berkumpul macam nilah, ada saja yang memberi cadangan nak makan garam belacan. Sebenarnya bila sebut "garam belacan", ianya bukan hanya garam belacan tetapi terdiri dari cili kering, garam, belacam, gula yang ditumbuk atau giling, macam kuah rojak. Best. Buah-buah lain yang boleh dimakan bersama adalah betik muda, cermai ataupun nyok mumbang. Kecur air liur bila teringatkan semua nih!

Bedak Sejuk (Tradisi dilupakan)

GEORGETOWN: Penggunaan bedak sejuk sememangnya popular di kalangan masyarakat Melayu terutama golongan warga emas.Selain sebagai amalan dan rawatan tradisional untuk muka dan badan, bedak sejuk juga mampu bertindak sebagai penyembuh pelbagai penyakit termasuk panas badan dan ruam.


Ia juga digunakan untuk majlis menepung tawar dalam majlis tradisi tertentu di kalangan masyarakat Melayu.Bagaimanapun, bedak sejuk keluaran tempatan semakin sukar ditemui terutama di kedai dan pasar raya. Keadaan ini berikutan proses penyediaan bedak sejuk bukanlah mudah sebaliknya mengambil masa yang lama untuk disediakan.


Bagi menyambung tradisi berkenaan, seorang warga emas, Siti Zaleha Md Salleh, 60, dari Kampung Teluk Tempoyak, Batu Maung, dekat sini, menyediakan bedak sejuk untuk keperluan keluarga.Siti Zaleha berkata, pembuatan bedak sejuk menggunakan beras yang diperam selama setahun selain menukar airnya yang mengeluarkan bau busuk.

Bau busuk selepas diperam menyebabkan ramai tidak tahan untuk terus menyambung tradisi pembuatan bedak sejuk, sebaliknya memilih bedak yang dibeli yang lebih wangi,” katanya.Katanya, selepas mencecah tempoh setahun, bedak sejuk itu akan dikeluarkan untuk dititik menggunakan corong yang dibuat daripada daun pisang di atas sehelai kain putih.Menurutnya, bedak sejuk yang dititik akan dijemur dua hari bersama daun pandan dan bunga mawar bagi memperoleh bau haruman segar.

>>> sumber: Harian Metro;


Fakta Menakutkan

PUTRAJAYA: Amat membimbangkan apabila kadar perceraian di kalangan pasangan suami isteri di negara ini berlaku dalam tempoh 15 minit, kata Dr. Mashitah Ibrahim. Ada banyak faktor yang menyumbang ke arah perceraian pasangan suami isteri, antaranya suami atau isteri yang mengabaikan tanggungjawab dan tidak menjaga solat. " Kita tidak dapat menafikan kelalaian menjaga solat menjadi punca kepada suami isteri mengabaikan tanggungjawab lain".
>>>sumber berita Harian Metro.

Wednesday, March 2, 2011

Cemas

Mengapa Ulamak Besar tidak menyertai Politik?

Oleh Abd. Manaf Ahmad

Seorang Ulamak dan penulis terkenal dari Mesir Sheikh Mustafa Lutfi al Manfaluti, telah menerima sepucuk surat daripada peminatnya yang menegur beliau kerana tidak pernah menulis mengenai isu-isu politik, malah lebih banyak tertumpu kepada tulisan dan ceramah mengnenai isu-isu moral dan masyarakat. Mengapa mata pena anda tidak mahu menggariskan isu-isu politik. Kami menunggu buah fikiran anda mengenai politik. Kami ingin melihat tuan Sheikh sebagai seorang ahli politik.

Dalam jawapannya, Tuan Sheikh itu menulis “Allah mengetahui bahawa saya tidak suka terlibat dalam kegiatan politik kerana politik itu dicemari dengan pembohongan, hasad dengki, penyelewengan, khianat dan fitnah”.

“Saya tidak suka menjadi tukang tarik tali gantung , malah tidak ada apa-apa bedanya antara orang politik dengan tukang tarik tali gantung. Bukankah kerja mereka untuk membunuh orang?. Apakah bezanya dengan ahli politik yang membunuh seluruh umat melalui fitnahnya?”

“Bukankah ahli politik yang terdapat dalam kalangan Umat Islam hari ini, sangat keras hati dan sanggup melakukan tipu helah sehingga mereka terlupa segala rahmat dan nekmat yang Allah curahkan kepada mereka. Bukankah orang politik itu mendapat kedudukan yang tinggi. Namun sejarah hidup politiknya penuh dengan titik-titik hitam”.

“Bolehkah menjadi seorang politik, jika tidak berdusta dalam perkataan dan perbuatannya, sepanjang kariar politiknya? Bolehkah ia melahirkan apa yang sebenarnya ada dalam sanubarinya. Mampukah ia tersenyum di kala berhadapan dengan seorang yang menangis kerana kecelakaan? Atau mampukah ia menangis di kala berhadapan dengan seorang yang sedang ketawa?”

Menjadi lumrah alam, seseorang yang sudah melakukan rasuah atau mencuri, apabila samapai ke surau atau masjid, mereka menadah tangan kelangit, memohon agar Allah memberi kepada mereka rezki yang halal dan menjauhi makanan yang haram.

Orang politik itu cepat melenting apabila ditanya oleh wartawan mengenai perkara-perkara yang menjadi punca kemarahan kepadanya. Dia lupa kepada ceramahnya di masjid tadi yang melarang supaya umat Islam jangan cepat marah atau membuat fitnah atau menghina orang lain. Apabila ditanya mengenai isu-isu sensitif dia naik berang dan lisan yang tidak bertulang itu akan memuntahkan perkatan-perkatan yang sepatutnya tidak keluar daripada seorang yang bergelar ulamak.

Pada suatu hari seorang ulamak yang baru balik dari Mesir, sangat petah bercakap dan hujahnya membawa keyakinan. Peminatnya sangat banyak di sekitar lembah Klang yang terdiri daripada pelbagai fahaman politik. Bilangan itu semakin bertambah dari satu masa ke satu masa.

Pada suatu hari seorang orang tua yang menjadi peminat setianya membisik ke teling tuan guru agar beliau jangan menyertai mana-mana parti politk kerana bimbang akan hilang taringnya pada suatu hari nanti, malah akan hilang seorang pendakwah yang sangat diperlukan oleh umat Islam.

Memang benar, apabila Tuan Guru itu menyertai sebuah parti politik, beliau telah kehilangan muridnya kerana yang hadir boleh dibilang dengan jari. Bukankah itu satu kerugian. Mereka menungu-nunggu agar Tuan Guru itu meninggalkan politk dan meyertai gerakan pembebasan fasad yang memerlukan kepada penceramah motivasi seperti beliau untuk meletakkan Islam selaras dengan zaman sains dan teknologi masa kini.
(Datuk Abd. Manaf Ahmad adalah Pengerusi Manaf Research Centre)

>>> petikan email.

Lama dan Baru

Kampung Boy...main apa saja

Masa dulu mana ada playstation, Gameboy, PS3, video game apa ka....tetapi segalanya kita main. Kekadang tak perlu kos pun..seperti main aci sembunyi, main aci ligan,jengkek, main toi kandang, main guli, ...... bebudak lelaki ke, pompuan ke...tak malu..sebab belum akil baligh masa tu....Aku masih ingat kalau main guli dengan anak-anak perempuan kak azizah bang Ismail..jika saudara mara depa datang ke rumah....nak-anak dia akan berhenti bermain dan dengan sukanya akan berkata " Yeah, yeah..Wa(Long) mai berkali-kali" >> begitulah rapatnya hubungan kekeluargaan mereka.
Satu lagi permaianan yang tak perlu gunakan wang adalah main "Bad siku ribat"...antara lirik yang aku masih ingat ialah

"bad-bad siku ribad, burung terbang balik belakang, sapa dan sapa lompat"

Tuesday, March 1, 2011

Meskipun lagu saduran

Lagu top tahun 70an

Beca

Beca, biasa jugak dipanggil oleh orang-orang kampung sebelah utara sebagai "teksi". Seingat aku ada dua orang kampung yang kerjanya sebagai penarik beca. Depa ialah Pak Jab Pek Go dan Abang Pin Minah (Pin Ceko). Dulu masa pasar lama(market) Alor Setar dekat Seberang Perak tuh, beca memang laku, membawa orang yang hendak pergi pasar. Masa aku kahwin dulu, naik beca Pak Jab yang dihias cantik oleh saudara mara. Syok jugak rasanya.