Wednesday, March 9, 2011

School Boy...Kenangan zaman persekolahan (sek ren)

Antara yang aku ingat kat Sekolah Keb Tandop atau Sek Keb Dato' Wan Mohd Saman nih ialah...sambutan/perayaan sempena tukar nama sekolah. Satu kolah/aquarium besar dibina...diletak ikan-ikan sawah. Pernah juga tak lama selepas itu, akuarium itu pecah kerana terkena batu. Juga ada filem pendek dibuat menceritakan gigihnya Dato Wan Mohd Saman membina terusan sehingga ada pekerja/orang kampung yang diserang penyakit dan meninggal. Dalam filem pendek itu, turut berlakon sebagai pelakun-pelakun tambahan adalah tukang-tukang kebun sekolah seperti Pak Shuid dan Pak Hashim.Filem ini ditayangkan pada layar wayang pacak. Hero dia sapa pun aku tak ingat. Diadakan juga persembahan kugiran...mungkin band CHANDINI (PENDANG) atau SBS BAND(TOKAI)..aku pun tak ingat.

No comments:

Post a Comment