GEORGETOWN: Penggunaan bedak sejuk sememangnya popular di kalangan masyarakat Melayu terutama golongan warga emas.Selain sebagai amalan dan rawatan tradisional untuk muka dan badan, bedak sejuk juga mampu bertindak sebagai penyembuh pelbagai penyakit termasuk panas badan dan ruam.
Ia juga digunakan untuk majlis menepung tawar dalam majlis tradisi tertentu di kalangan masyarakat Melayu.Bagaimanapun, bedak sejuk keluaran tempatan semakin sukar ditemui terutama di kedai dan pasar raya. Keadaan ini berikutan proses penyediaan bedak sejuk bukanlah mudah sebaliknya mengambil masa yang lama untuk disediakan.
Bagi menyambung tradisi berkenaan, seorang warga emas, Siti Zaleha Md Salleh, 60, dari Kampung Teluk Tempoyak, Batu Maung, dekat sini, menyediakan bedak sejuk untuk keperluan keluarga.Siti Zaleha berkata, pembuatan bedak sejuk menggunakan beras yang diperam selama setahun selain menukar airnya yang mengeluarkan bau busuk.
>>> sumber: Harian Metro;
Rencana ini mengingatkan aku kepada emak. Emak pun mahir jugak buat bedak sejuk nih. Memang bau busuk ketika proses peram tuh..aku pun tak tahan
ReplyDelete