Aku tak ingat sangat masa periksa(Exam) Penilaian Darjah 5 di Sek Dato Wan Mat Saman, Tandop. aku dapat berapa,,result aku bukan baguih sangat. Namun begitu aku dapat peluang belajar di Sek Men Keat Hwa, Jalan Kuala Kedah. Difahamkan sekolah ni ambil pelajar yang agak cemerlang sikit dari sekolah rendah kami. Kalau pelajar yang kurang baik, akan bersekolah di SM Telok Chengai atau SM Tun Sharifah Rodziah. Namun begitu terdapat juga ibu-bapa yang curiga untuk menyekolahkan anak depa ke sekolah yang majoritinya cina, "takut" kantin menjual makan-makanan yang tak halal.
Pada permulaan sekolah menengah si SMKH, aku bawa bekal. Selalunya emak akan bekalkan nasi bersama lauk ikan sambal atau telor sambal,...hmm sedap..masih terasa bau wangi nasi yang mesra dengan lauk ketika aku membuka tupperware. Sebenarnya di sekolah cina itu , terdapat juga peniaga Melayu yang menjual makanan untuk pelajar melayu/Islam. Paling aku ingat ialah bihun berkuahkan laksa. Best1!! sedap. kat sekolah ni, kami turut diajar asas Bahasa mandarin. best jugak dapat tahu bahasa asing ni. Namun begitu tidak dapat mahir dlam aspek lisan kerana semua kami adalah pelajar melayu.
Tuesday, March 15, 2011
Daripada Sekolah Melayu ke Sekolah Cina.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment