Monday, March 14, 2011

Madrasah Ittihadiah

Dalam kampung Keriang Pulau ada sebuah madrasah/surau yang diberi nama Madrasah Ittihadiah. Sejak bila penubuhannya aku tidak tahu, kerana sejak aku dilahirkan sudah ada surau ini. Bangunan dua tingkat ini menempatkan surau di tingkat atas, manakala madrasah, tempat anak-anak kampung mengaji Muqaddam/Quran di bawah. Aku juga teringat kolah, tempat mengambil air sembahyang. Kemudiannya di buat bilik khas untuk wuduk serta store simpan barang pinggan mangkuk pakatan khariah kampung ini. Di laman madarasah juga telah dibina satu gelanggang Takraw/ Badminton bagi kegunaan anak-anak muda kampung. Gelanggang inilah aku mengasah bakat sebagai pemain takraw. Madarasah ini juga biasa diadakan tuisyen olah Bang Man Haron serta mesyuarat persatuan Belia Anggerik Desa. Aku juga teringat bilamana khariah ini membuat pakatan memasak bihun morei untuk diberikan kepada penduduk-penduduk kampung yang masuk syer serta untuk dihantar ke Masjid Tandop kerana giliran Kampung Keriang Pulau menyediakan hidangan morei. Syok betul masa tu, pakat berebut ambil bihun goreng.

No comments:

Post a Comment