Sunday, October 31, 2010

Nostalgia filem Hindustan

Filem SANGAM ni memang klasik. Suatu ketika dulu(tahun 1978), pertama kalinya aku terdengarkan cerita bahawa filem ini begitu menarik adalah semasa di Darjah Enam, Sekolah Rendah Datuk Wan Mohd Saman, Tandop. Pada suatu hari tu..salah seorang cikgu sekolah memberitahu bahawa petang nanti ada "filem perang", SANGAM akan ditayangkan kat tv2. Ibu bapa tentu suka melihatnya. Akau tak tahu apakah sebenarnya yang dimaksudkan oleh Cikgu aku tadi. Tunggu punya tunggu waktu yang dijanjikan, barulah tahu bahawa ianya adalah sebuah filem hindustan, kisah cinta tiga segi. ..Tak aku tahu pula..kenapa gikgu aku berkata filem perang ..mungkin sekadar bergurau...atau mungkin "berlaku perang rumahtangga selepas menonton filem itu".

No comments:

Post a Comment