Sunday, June 19, 2011

Antara Himpunan BERSIH, konsert blues dan rock dan bolasepak.

Bulan JULAI nanti tentu sibuk,...pertama sekali ..pada 9 JULAI akan diadakan (anjur) Himpunan BERSIH oleh pihak pembangkang/ngo. Yang aku tak faham tu ialah..pilihanraya kita selama ini atau baru-baru ini tidak bersih ka?..kerana pembangkang juga ada yang menang, malah telah menawan beberapa negeri. Sungguh aku tak faham.
..kedua, ada konsert Dua Raksasa, BLUES GANG dan SWEET CHARITY di Stadium Merdeka. Kedua-dua kumpulan ini aku memang minat. Mesti pergi. Dulu(tahun 1984) aku pernah tengok konsert dua kumpulan ini di Stadium Darul Aman. ..Kembalikan nostalgia lama. Rasanya orang-orang yang membesar di era 80an, tentunya akan hadir.
..Ketiga, adanya perlawanan bolasepak persahabatan, MALAYSIA lawan ARSENAL(13 Jul), LIVERPOOL (16 Jul) dan CHELSEA (21 Jul). Pastinya aku akan pergi tengok game MALAYSIA lawan LIVERPOOL. Dah minat dari dulu lagi dan tak pernah bertukar arah sokongan.
Apa yang kita boleh jangkakan ialah KUALA LUMPUR akan sentiasa meriah. Begitulah juga dengan bapak-bapak polisi atau badan keselamatan yang lain akan sibuk demi menjaga keamanan dan kententeraman bandaraya KUALA LUMPUR yang kita sayangi. Sebarang kejadian yang tidak diingini tentunya memberikan imej buruk di mata masyarakat luar. Ada juga pihak-pihak tertentu yang akan menangguk di air keruh. Kekadang dalam sesuatu keadaan kita hendaklah berfikir secara rasional.

No comments:

Post a Comment