Saturday, April 14, 2012

Kuala Lumpur Blues 4 - Cina jual durian kat restoran

...Pagi tadi aku, isteri dan anak lelaki aku pergi bersarapan pagi di sebuah restoran berhampiran Ampang Point. Kami ingin mencuba bersarapan di situ, nak ubah seleralah katakan. Selalu makan roti canai atau nasi lemak setiap pagi jemulah jugak. Restoran yang kami kunjungi ini agak menarik juga kerana mempunyai banyak aneka pilihan makanan rakyat tempatan. Aku pesan roti bakar dan lempeng. Agak lama jugak tak makan lempeng. Sedap jugak.Sedang asyik makan, tiba-tiba datang seorang Cina membawa durian untuk dijual. Dia jual dari meja ke meja. Aku lihat ada seorang rakan beliau sedang menunggu dalam van yang penuh dengan buah durian. Pelik juga aku lihat keadaan ini. Dalam hati tertanya adakah ini cara baru mereka berniaga? Sebelum ini aku pernah melihat peniaga Cia yang menjual DVD/CD dari meja ke meja di Restoran Tom Yam. Fenomena yang jarang berlaku. Adakah mereka berlumba-lumba mengaut untung seberapa banyak yang boleh. Orang kita apa buat?

No comments:

Post a Comment