Wednesday, August 1, 2012

Kuala Lumpur Blues : Joe Bonnamassa tak datang ke KL

Sabtu lepas aku pi cari tiket konsert JOE BONAMASSA seperti yg diwar-warkan sebelum ini iaitu dia akan datang buat show di KL Planery Hall KLCC pada 18 SEP nanti. Masa aku sampai kat kedai musik ROCK CORNER, aku tengok ramai muda-mudi berbaris,..aku ingat ank tgk bola MAN CT lwn MALAYSIA, rupanya setelah diberitahu depa semua nak tengok konsert Big Bang, bulan OKT nanti. Fuyoo! awalnya beli. begitu trend anak muda sekarang minat ngan K-POP. Aku kemudiannya tanyalah penjual tiket, ada tak jual tiket JOE BONAMASSA?..Dia kata tak ada pun konsert tu. Aku pula tak buang masa terus beredar dari kedai itu dan berbisik pada diri sendiri , gamaknya belum dijual kerana konsert lambat lagi. Bila balik rumah,ngadap PC dan semak e mail,.dapatlah maklumat bahawa JOE BONAMASSA akan buat konsert di SINGAPURA, MANILA, BANGKOK dan HONG KONG. Timbul persoalan bagi aku,..tak laku ker?..atau atak ada peminat blues ker kat KUALA LUMPUR nih?..tak macam JAKARTA yang punyai ramai peminat Blues. Ataupun tak ada penganjur yang mahu sponsor kerana fikirkan selera peminat muzik kita?....Hmmm melepas aku.

No comments:

Post a Comment