Faktor dorong kehidupan songsang
KUALA LUMPUR 4 Sept. - Fahaman sekularisme dan liberalisme merupakan antara faktor yang menyumbang kepada penularan gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT).Pegawai Penyelidik Kanan, Pusat Kajian Syariah, Undang-Undang dan Politik, Institut Kefahaman Islam Malaysia, Enizahura Abdul Aziz berkata, cara hidup yang permisif dan terbuka mendorong kepada penularan kehidupan yang songsang.
Malah apa yang merunsingkan, katanya, golongan berfahaman sedemikian melabelkan agama sebagai tidak progresif dan kalut kerana tidak menerima serta memperakui cara hidup yang mereka pilih.
Golongan berfahaman sekularisme memegang prinsip bahawa agama tidak harus mencampuri urusan duniawi manusia serta meletakkan domain agama sebagai sesuatu yang peribadi.
Perkara tersebut membawa kepada kehidupan yang berasaskan materialisme semata-mata tanpa bersandarkan kepada aspek kerohanian manusia," katanya.
Beliau berkata demikian ketika membentangkan kertas kerja bertajuk Memahami Kemunculan Fahaman dan Amalan LGBT: Satu Analisis Ringkas dalam muzakarah pakar bertemakan LGBT: Cabaran dan Penyelesaiannya anjuran Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) di sini hari ini.
Hadir sama Ketua Pengarah IKIM, Datuk Nik Mustapha Nik Hassan, Timbalan Ketua Pengarah IKIM, Prof. Dr. Azizan Baharuddin serta lebih kurang 70 peserta muzakarah yang terdiri daripada wakil-wakil badan bukan kerajaan (NGO) dan ahli-ahli akademik.
Tambah Enizahura, pemikiran berbentuk liberal pula menjadi asas kepada penerimaan dan amalan gaya hidup bebas mengikut selera masing-masing tanpa dipandu oleh kesedaran terhadap tuntutan sebenar agama.
LGBT bukanlah satu cara hidup moden yang melambangkan keterbukaan dan penerimaan, sebaliknya ia menunjukkan secara jelas bagaimana tamadun manusia hari ini menongkah arus untuk kembali ke zaman jahiliyyah di mana nafsu diletakkan ke martabat lebih tinggi dari akal dan keimanan kepada tuhan," ujarnya.
Sementara itu, Peneliti di Institut Pemikiran dan Ketamadunan Islam Indonesia, Dr. Adian Husaini berkata, kewujudan golongan akademik yang berfikiran liberal lebih-lebih lagi yang mendalami ilmu agama, memburukkan lagi penularan gejala LGBT.
Malah di Indonesia, menurutnya, golongan tersebut telah melakukan penafsiran baru terhadap kita-kitab agama agar LGBT boleh diterima di kalangan masyarakat.
No comments:
Post a Comment