Monday, March 4, 2013

Malaysia lancar operasi besar-besaran hapus militan di Lahad Datu Oleh Mohd Farhan Darwis PETALING JAYA, 5 Mac — Tepat jam 10 pagi tadi, pasukan keselamatan Malaysia telah mula melancarkan operasi besar-besaran menumpas penceroboh di Lahad Datu, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. Najib (gambar) dalam ucapannya ketika perhimpunan Ulama, Umara dan Asnaf di sini menegaskan, operasi bermula dengan serangan udara melalui pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) diikiti dengan ledakan mortar menggempur militan Filipina tersebut. “Pada saat saya sedang berucap ini, tentera darat dan polis dalam kereta perisai dengan anggota yang mengikuti di belakang kereta perisai sedang melakukan tindakan memberkas dan menumpas militan yang melanggar kedaulatan negara,” katanya di hadapan 16,000 peserta di Stadium Putra Bukit Jalil di sini. Jelasnya, tindakan berhemah yang diambil Malaysia sebelum ini adalah cuba untuk mengelakkan pertumpahan darah di Sabah, namun tindakan militan yang mendakwa mereka adalah Tentera Kesultanan Sulu itu membunuh anggota keselamatan, dengan kejam menyebabkan beliau selaku ketua negara mengambil keputusan untuk menggempur mereka dengan segala kekuatan yang ada. “Soal kedaualatan keamaanan negara, kita tidak akan membiarkan seinci pun tanah bumi Malysia tergugat dinodai sesiapa pun.”

No comments:

Post a Comment