Saturday, January 29, 2011

kenduri arwah

"Assalamualaikum,...ni saya mai ni..nak manggei bagi pihak tok chik shah sila..hangpa anak beranak pi makan kenduri lepas Jumaat nantii....jangan lupa no."

Itulah yang diberitahu oleh tukang panggil, selalunya Tok Chik Bakar(Pak Teh). Memang keluarga Tok Chik shah selalu buat kenduri arwah, terutama setelah selesai kerja menuai. antara menu yang masih dalam ingatan adalah kurma telur itik. Kebanyakan orang yang dipanggil akan hadir dan salah satu yang menarik duduk kat kampung keriang pulau ni adalah perbezaan fahaman politik diketepikan bila sentuh bab kenduri kendara ni.

Thursday, January 27, 2011

Keling Jual Roti

Zaman 70an, terdapat dua orang penjual roti, yang menjual roti secara junjung,berjalan kaki dari kampung ke kampung, termasuklah kampung keriang pulau. Mereka adalah keling HAMID dan keling JAP. Masa tuh, memang best menyakat depa nih..ada member yang jahat, curi roti ketika dua penjual ini melayan klien. Selain itu terdapat jugak DAUD yang berbasikal dari pekan menjual pasembor. Untuk penggemar kopi pulak ada sorang apek naik motorsikal masuk ke kampung jual kopi yang telah dimesin.

Wednesday, January 26, 2011

Pulut Udang


Masih teringat pulut udang yang dibuat oleh emak. Setiap hari bila tiba waktu petang, emak akan suruh kami kupas buah nyok, kemudian pergi hantar ke kedai Tok Ndak YAM untuk mesin. Emak akan melayog daun pisang. Malamnya emak akan sediakan inti sambal udang kelapa, pulut santan. Pagi esok baru panggang pulut udang tersebut. waktu pagi,..akan tertdengarlah orang kelui emak..."Kak Chut..pulut udang sepuloh"....
..Selain itu emak juga membuat kueh seperti dangai, karipap, pau kacang, apam dan sebagainya.


Sunday, January 23, 2011

kERIANG pULAU bLUES 8



Menyemat atap nipah dan menganyam tikar mengkuang



> Antara kemahiran emak yang kagumi hingga hari ini adalah menyemat aattap nipah dan menganyam tikar mengkuang. Mungkin disebabkan telah dibesarkan oleh tok dan tok wan serta mak-mak menakan, emak aku menjadi seorang yang cekap dalam dua bidang ini. Emak tidak berpelajaran. namun demi mencari rezeki untuk membesarkan kami, emak menga rumah ambil upah menyemat atap nipah di rumah bang Cha atau Tok Aji Akop.Selalunya selepas ngaji Quran aku akan ikut mak aku ke tempat menyemat atap. upahnya tak seberapa sangat, tapi bolehlah beri kami belanja sekolah.

Menganyam tikar mengkuang pulak, emak buat untuk kegunaan kami sendiri. Maklumlah kami ada hutan mengkuang dekat hujung kampung, boleh diambil terus tanpa beli dari orang. masih teringat lagi bakul mengkuang dan tikar mengkuang yang emak buat. Tidur atas tikar mengkuang amat menyeronokkan, sejuk aje.

petikan kampung keriang pulau memori sejenak (blogsopt Abang Man haron)...

Bengkel Atap Hj. Yaakub.

Kampung Keriang Pulau Memori Sejenak
Ini yang aku rasa permulaan penceburan diri dalam IKS dulu. Hj. Yaakub memiliki satu bengkel yang dibuat memanjang untuk membuat atap. Masa tu bumbung semua guna atap nipah. Hj Yaakub dan anaknya Halim akan mengambil daun nipah dari beberapa kampung berdekatan menggunakan tongkang Tiada jawatan tetap di situ. Siapa pun boleh datang bekerja. Upah akan dibayar berdasarkan berapa banyak atap berjaya disemat. Alangkah indah cara dapat upah masa dulu. Tak kira lelaki atau perempuan boleh kerja kat situ. Ramainya perempuanlah. Di sinilah tempat berkumpul sambil upah. Di sini juga ruang gossip. Tapi harmonis tak dengar gaduh-gaduh pun. Di sini juga tempat merisik jodoh. Ramai anak gadis ada di situ. Cekal mereka menyemat atap berjam-jam duduk. Kaki mesti diluruskan bukannya boleh bersila atau duduk atas kerusi. Masih malaskah orang melayu dulu.


Tuesday, January 18, 2011

Melayu Mudah Lupa

Kontrak Sosial (Petikan chedet)

KONTRAK SOSIAL MALAYSIA

1. Sebelum adanya Malaya dan Malaysia, semenanjung ini dikenali sebagai Tanah Melayu.

2. Hanya berkata ini akan sebabkan kita dituduh bersifat perkauman.

3. Untuk terangkan berkenaan asal-usul kontrak sosial Malaysia saya terpaksa imbas semula sejarah.

4. Melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani Raja-Raja Melayu Semenanjung, British telah mendapat hak untuk menakluk Negeri-negeri Melayu. Perjanjian-perjanjian ini mengakui dan mengesahkan Negeri-negeri ini sebagai Negeri-negeri Melayu. Tidak ada sesiapa pun yang membantah. Orang Asli juga menerima keadaan ini dengan penerimaan oleh mereka pemerintahan Raja-Raja Melayu.

5. Pada mulanya penduduk yang tinggal di Negeri-negeri ini dibahagi kepada orang Melayu dan Orang Asli yang merupakan rakyat Raja-raja Melayu dan tetamu asing yang tidak dianggap sebagai rakyat kepada Raja-raja Melayu. Tidak ada kewarganegaraan mahupun dokumen berkenaan taraf kerakyatan sepertimana di kebanyakan negara-negara lain.

6. Tetamu asing ini hidup mewah di Negeri-negeri Melayu di bawah pentadbiran British dan di jajahan British di Pulau Pinang, Melaka dan Singapura. Orang Melayu yang menjadi rakyat kepada Raja-raja Melayu dan Raja-raja Melayu sendiri tidak sikitpun merasa tergugat dengan bilangan besar orang bukan Melayu dan perbezaan jurang kekayaan dan kemajuan di antara tetamu asing ini dan rakyat Raja-Raja Melayu. Mereka tidak terfikir yang orang asing yang menetap di negara ini akan menuntut hak kewarganegaraan.

7. Apabila Jepun menakluk Negeri-negeri Melayu dan Negeri-negeri Selat, orang Cina merasa tidak selamat kerana Jepun merupakan musuh tradisi mereka.

8. Ramai orang Cina telah menubuhkan dan menganggotai angkatan gerila dan lari ke dalam hutan. Apabila Jepun serah diri, gerila-gerila Cina ini keluar dan merampas balai-balai polis di kawasan pedalaman dan isytihar yang mereka adalah pemerintah negara ini. Mereka menangkap ramai orang, Cina dan Melayu dan beberapa daripada mereka ini dibunuh.

9. Orang Melayu di kampung-kampung membalas dengan membunuh orang Cina di kawasan luar bandar. Ketegangan timbul dan pertempuran antara Cina dan Melayu dielak hanya dengan kedatangan angkatan tentera British. Tetapi perasaan marah dan benci antara kedua-dua kaum ini tetap tinggi.

10. Di dalam keadaan tegang ini British mencadang penubuhan Malayan Union yang akan memberi "tetamu-tetamu" ini hak kerakyatan yang tidak membezakan mereka daripada orang Melayu.

11. Orang Melayu menolak Malayan Union dan cadangan hak kerakyatan ini. Mereka paksa British untuk kembali keapda keadaan asal atau status quo ante di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) yang baru.

12. Hanya orang Cina yang menjadi rakyat Negeri-negeri Selat layak untuk mendapat kerakyatan di dalam Persekutuan yang baru ini. Sudah tentu warganegara keturunan Melayu jauh lebih ramai daripada rakyat Malaya yang berketurunan Cina.

13. Pemimpin-pemimpin Cina merayu kepada British, yang kemudiannya menekan Presiden UMNO, Dato Onn Jaafar supaya mencadangkan agar UMNO dibuka kepada semua kaum. Cadangan ini ditolak lain-lain pemimpin UMNO dan Dato Onn terpaksa melepaskan jawatan.

14. British terus beri tekanan kepada orang Melayu untuk bersikap lebih terbuka berkenaan soal kerakyatan bagi orang bukan Melayu.

15. Presiden UMNO Tunku Abdul Rahman memutuskan untuk menubuhkan pakatan dengan MCA (Malaysian Chinese Association) dan MIC (Malaysian Indian Congress). Dalam pilihanraya Majlis Perundangan Persekutuan (Federal Legislative Assembly) 1955, oleh kerana kurangnya kawasan majoriti penduduk Cina dan India, MCA dan MIC terpaksa letak calon mereka di kawasan yang mempunyai majoriti Melayu selepas UMNO bersetuju untuk tidak bertanding di kawasan-kawasan ini dan sebaliknya menyokong calon Cina MCA dan calon India MIC.

16. Begitu sokongan orang Melayu terhadap calon Perikatan MCA dan MIC hinggakan mereka menang walaupun menentang calon Melayu daripada PAS. Calon MCA dan MIC kesemuanya menang. Hanya UMNO kalah satu kerusi kepada PAS.

17. Tunku sebagai Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu kemudian memutus untuk menuntut kemerdekaan. British terus berkeras menuntut hak kerakyatan bagi orang Cina dan India sebagai syarat memberi kemerdekaan.

18. Untuk mengatasi halangan British terhadap kemerdekaan dan untuk memenangi sokongan orang Cina dan India Tunku memutuskan untuk beri satu juta kerakyatan kepada kedua-dua komuniti ini berdasarkan hanya kepada permastautin. Salah seorang rakyat baru yang menonjol ialah (Tun) Leong Yew Koh, bekas general di dalam angkatan tentera nasional China yang kemudiannya dilantik Gabenor Melaka.

19. Di peringkat ini pemimpin-pemimpin ketiga-tiga parti yang berdasarkan kepada kaum yang telah mendirikan Kerajaan pemerintahan sendiri di dalam Persekutuan Tanah Melayu (Federation of Malaya) British telah berbincang dan mencapai persetujuan berkenaan syarat perhubungan antara ketiga-tiga kaum di dalam Persekutuan Tanah Melayu yang merdeka.

20. Ianya merupakan agihan yang sama rata. Sebagai balasan untuk satu juta kerakyatan bukan Melayu, orang bukan Melayu mesti mengakui kedudukan istimewa orang Melayu sebagai Bumiputera. Beberapa peruntukan undang-undang seperti kedudukan Islam sebagai agama rasmi, pengekalan tanah rizab Melayu, kedudukan Raja-raja Melayu dan adat istiadat Melayu dan pengagihan jawatan dalam Kerajaan juga termasuk di dalam persefahaman ini.

21. Dalam soal Bahasa Kebangsaan, Bahasa Melayu telah dipersetujui sebagai Bahasa Kebangsaan. Bahasa Inggeris pula sebagai bahasa ke-dua. Kaum Cina dan India boleh terus gunakan bahasa mereka tetapi bukanlah sebagai bahasa rasmi untuk berkomunikasi.

22. Sekolah rendah Cina dan Tamil juga boleh menggunakan bahasa masing-masing sebagai bahasa pengajar. Bahasa-bahasa ini juga boleh digunakan di sekolah menengah, tetapi hanya di sekolah menengah swasta.

23. Di pihak mereka pemimpin-pemimpin Cina dan India yang mewakili parti mereka menuntut agar kerakyatan dijadikan hak mereka yang tidak boleh ditarik balik, mereka dibenar kekalkan bahasa, agama dan budaya mereka dan sebagai rakyat mereka diberikan hak politik sepertimana yang diberikan kepada semua rakyat.

24. Kebanyakan persetujuan dan persefahaman ini terkandung di dalam Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu merdeka. Bagi setiap yang diperuntukkan kepada orang Melayu, akan sentiasa terdapat peruntukan bagi yang bukan Melayu. Tidak ramai yang sebut akan hakikat ini. Yang menarik perhatian ramai dan yang menjadi tajuk perbalahan ialah apa yang diperuntukkan kepada orang Melayu dan lain-lain kaum Bumiputera sahaja.

25. Demikian walaupun Bahasa Melayu dijadikan Bahasa Kebangsaan, bahasa Cina dan Tamil tetap bebas digunakan di sekolah Cina dan Tamil. Peruntukan ini tidak terdapat di mana-mana negara lain. Bahkan di negara-negara yang liberal sekalipun tidak terdapat jaminan seperti ini yang termaktub di dalam Perlembagaan.

26. Bahasa Kebangsaan ini haruslah dipelajari semua orang agar setiap warganegara Malaya dapat berkomunikasi antara satu sama lain di mana-mana sahaja.

27. Difahamkan bahasa Cina yang di maksudkan di dalam persefahaman tersebut adalah dialek-dialek Cina yang ditutur di Malaysia dan bukannya bahasa kebangsaan negeri China. Demikian bagi kaum India Malaya bahasa Tamil digunakan dan bukannya Hindi atau Urdu atau apa-apa bahasa pun yang menjadi bahasa Kebangsaan di India. Tetapi para pendidik aliran Cina kemudiannya mengguna Bahasa Cina yang menjadi bahasa Kebangsaan negara China iaitu Mandarin.

28. Islam adalah agama rasmi tetapi agama-agama lain boleh dipraktik penganut masing-masing tanpa apa-apa halangan. Sebagai agama rasmi Islam mendapat bantuan Kerajaan. Tiada tersebut tentang bantuan bagi mana-mana agama lain. Bukan Melayu tidak menekankan tentang ini dan Perlembagaan Persekutuan tidak pun sebut tentang bantuan Kerajaan terhadap agama lain. Namun sokongan dan bantuan tetap diberikan.

29. Kuota ditetapkan bagi kakitangan Kerajaan (Malayan Civil Service) dimana orang Melayu akan mendapat empat tempat bagi setiap satu yang diberikan kepada orang Cina dan India. Walaubagaimanapun, jawatan profesional diiktiraf terbuka bagi semua kaum kerana dianggap tidak mungkin terdapat cukup bilangan orang Melayu untuk mengisi jawatan-jawatan tersebut.

30. Hasilnya pada awal kemerdekaan terdapat lebih ramai kaum bukan Melayu daripada Melayu yang mengisi jawatan dalam Divisyen Satu.

31. Yang Di-Pertuan Agong atau Raja-raja Melayu akan menentukan kuota biasiswa dan lesen bagi orang Melayu. Tetapi tiada sesiapa yang akan dirampas mana-mana permit atau lesen hanya untuk diberikan kepada kaum Bumiputera.

32. Kedudukan Raja-raja Melayu termaktub dan tidak boleh dipersoalkan. Seorang Yang Di-Pertuan Agong akan dipilih daripada sembilan Raja-raja Melayu dan akan berkhidmat selama lima tahun.

33. Raja-raja akan menjadi Raja berperlembagaan. Kuasa eksekutif akan dilaksanakan oleh Menteri Besar, Ketua Menteri dan Perdana Menteri yang dipilih dan dibantu ahli majlis atau Kabinet. Amalan British dijadikan contoh.

34. Persetujuan yang paling penting ialah pelaksanaan Demokrasi Berparlimen digabungkan dengan Raja Berperlembagaan, sekali lagi seperti yang diamalkan di United Kingdom. Harus diingat pihak British telah mengenakan Kerajaan Kolonial kuku besi ke atas Negeri-negeri Melayu dengan kuasa diletak pada Pejabat Kolonial di London.

35. Sebelum ini Negeri-negeri Melayu diperintah secara feudal di mana Raja-raja Melayu mempunyai kuasa mutlak. Hanya golongan bangsawan yang memain peranan dalam politik negeri. Rakyat Melayu tidak langsung ada apa-apa hak politik. Sudah tentu tetamu juga tidak mempunyai suara dalam hal-hal berkenaan politik. Warganegara British keturunan Cina dan India juga tidak mempunyai apa-apa suara walaupun mereka boleh dilantik sebagai Ahli Kehormat Majlis Kerajaan Tempatan atau Perundangan.

36. Keputusan untuk melaksana sistem Kerajaan berlandaskan demokrasi merupakan satu langkah radikal di dalam pentadbiran Kerajaan di Persekutuan Tanah Melayu dan Negeri-negeri Melayu. Ini dipersetujui pemimpin ketiga-tiga kaum terbesar yang diwakili parti-parti politik UMNO, MCA dan MIC. Tidak syak lagi yang parti-parti ini mewakili sebahagian besar daripada ketiga-tiga masyarakat di Malaya. Pihak Komunis dan yang berhaluan kiri lain tidak menyatakan persetujuan mereka terhadap persefahaman ini.

37. Suruhanjaya Reid diberi penerangan tentang perjanjian dan persefahaman ini agar ianya akan dimasukkan kedalam Perlembagaan yang akan digubal. Ketiga-tiga parti meluluskan Perlembagaan yang digubal setelah beberapa pindaan dilakukan. Kesannya Perlembagaan ini menjadi kontrak yang mengikat ketiga-tiga kaum di Persekutuan Tanah Melayu menjelang merdeka pada tahun 1957.

38. Apabila Sabah dan Sarawak menyertai Negeri-negeri Semenanjung untuk membentuk Malaysia kontrak sosial ini di panjangkan kepada kedua-dua negeri ini. Orang Bumiputera Sabah dan Sarawak di beri taraf yang sama dengan orang Melayu. Pada masa ini juga perkataan Bumiputera diperkenalkan untuk membezakan orang Melayu dan orang Bumiputera Sabah, Sarawak daripada yang berketurunan pendatang. Kerana Bahasa Melayu dugunakan secara meluas di negeri-negeri Borneo tidak ada kesulitan bagi penerimaan Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan. Walaupun kaum Bumiputera di kedua-dua negeri ini bukan semuanya orang Islam ini tidak memerlukan pindaan kepada Perlembagaan apabila perkataan Bumiputera diterima. Tetapi definisi rasmi bagi orang Melayu tetap tidak berubah.

39. Oleh itu pembentukan kontrak sosial dimaktubkan dalam pertama, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia. Untuk mengatakan yang ianya tidak wujud samalah dengan menidakkan kandungan Perlembagaan yang diasaskan kepada penerimaan oleh pemimpin-pemimpin ketiga-tiga kaum terhadap kontrak sosial yang asal.

40. Kesemua tindakan susulan oleh Kerajaan adalah hasil daripada kontrak sosial ini. Hakikatnya pencetus kontrak sosial ini dan pewaris-pewaris mereka yang diiktiraf rakyat di setiap Pilihanraya Umum menunjukkan kesediaan rakyat untuk menghormati kontrak sosial ini.

41. Menidakkan kewujudan kontrak sosial ini ialah seperti berkata yang Malaysia ini wujud di dalam suasana kekosongan, tidak ada Perlembagaan dan undang-undang yang berlandaskan kontrak ini.

42. Pelaksanaan kontrak sosial ini memerlukan pemahaman semangatnya yang mendalam. Kontrak sosial ini bertujuan mewujudkan satu negara berbilang kaum yang stabil dan harmoni. Apa jua faktor yang akan akibatkan ketidakstabilan dan menghasilkan ketegangan di antara kaum haruslah dianggap tidak sesuai dengan semangat kontrak sosial ini.

43. Selama 50 tahun tidak ada sesiapa yang menyoal kontrak sosial ini. Malahan hari ini pun majoriti kaum Cina dan India dan Bumiputera Melayu dan kaum Bumiputera Sabah dan Sarawak menerima kontrak sosial ini. Tetapi kerana Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi pada asasnya kalah dalam pilihanraya 2008 dan sekarang mengetuai Kerajaan yang lemah, pihak ekstrimis dan penyanggah sekarang ini mempersoalkan kontrak sosial ini. Majlis Peguam kini telah menjadi sebuah parti politik yang percaya bahawa kepakarannya dalam undang-undang akan mengecualikan ianya daripada dipersoal tentang kelayakannya dan objektif politiknya.

44. UMNO Abdullah tidak berdaya menangkis apa-apa serangan terhadap kontrak sosial ini. Jika apa-apa terjadi Abdullah dan UMNO harus dipertanggungjawabkan.

Bersara ? (petikan chedet)

SOUND BYTES - BERSARA

| | Comments (136) | TrackBacks (0)
1. Saya setuju saya patut bersara dan serah segala-galanya kepada generasi muda. Tetapi saya sering menasihat kawan-kawan yang bersara supaya terus aktif kerana jika tidak mereka akan tua lebih cepat dan akan pergi lebih awal.

2. Saya juga cuba supaya tidak pergi lebih awal dengan mengaktifkan diri saya. Harap kawan-kawan saya membenarkan orang tua ini terus aktif. Akan sampai masanya yang saya tidak lagi boleh aktif walaupun saya ingin aktif. Pada masa itu saya akan terima apa yang ditakdirkan bagi saya oleh Allah subhanawata'ala.

3. Selagi Allaw s.w.t. memberi kesihatan dan tenaga kepada saya, saya tidak akan membazirkan kurniaan Tuhan ini.

Si Buta dari Gua Hantu (Animasi)

Curi-curi

Pengaruh lagu dan filem Indonesia

Pada zaman 70an, pengaruh lagu-lagu melayu dari band-band Indonesia begitu kuat. Antara yang aku biasa dengar dimainkan di rumah-rumah kenduri pada ketika itu ialah lagu-lagu dari band D'LOYYD, MERCY, FAV GROUP, RHOMA IRAMA dan lain-lain lagu. Manakala filem -filem mereka tidak kurang hebatnya. Antara pelakon yang diingati adalah BENJAMIN S, RANO KARNO, SUKARNO M NOOR, filem SI PITUNG, PENDEKAR DARI GUA HANTU, FAROUK AFERO, dan ramai lagi. Pernah juga, masa Darjah Enam, aku baru first time nak tengok wayang cerita SI PITUNG di panggung De Luxe, Simpang Kuala. Pergilah aku dengan DET dan CHIN, rupa-rupanya tengah main (now showing) ketika itu adalah cerita kung fu Cina lakonan Chee kuan Tai. Memandang aku nak tengok juga, kami pun masuk, layan cerita kung fu. Tiket pada masa tu adalah 65 sen kalau tak salah.

Keriang Pulau Blues 7 (kenduri)

Latah Tok Njang Mah(arwah)..

Suatu perkara yang menarik perhatian ramai ketika adanya majlis kenduri-kendara di Kampung Keriang Pulau sekitar tahun 70an - 80an adalah pabila melihat latah Tok Njang Mah. Tok Njang memang terkenal latahnya, pantang diusik, di cuit tentunya akan terkeluarlah berbagai-bagai patah perkataan yang melucukan. Pada kebiasaannya kaum wanita bertugas sebagai juruhidang lauk pauk. Ketika itu makan guna talam, bukan macam zaman sekarang yang buat stail "Buffet". Tok Njang akan melatah bila diusik oleh kaum wanita yang bertugas di situ.

Kampung Keriang Pulau Blues 6

Semasa aku dan rakan bersekolah Tingkatan Satu pada tahun 1979, waktu paginya selepas mengaji Quran dengan Ustaz NAYAN, antara aktiviti yang kami lakukan sebelum ke sekolah adalah naik perahu. masa tu tak ingat perahu sapa, mungkin perahu Pak Chik Man yang tinggal berhampiran Madrasah Ittihadiah Kampung Keriang Pulau. Aku masih ingat lagi ketika itu, Abang MANHARON datang kepada kami sambil menegur, rajin-rajinlah belajar serta jangan abaikan pelajaran. Mungkin masa tu, Abang MANHARON cuti semester. Pernah juga suatu ketika naik perahu(sampan JPS) dengan Abang MANHARON serta adik dia yang bernama RAHIM. Yang seronoknya bang RAHIM ni ialah dia pandai ajuk suara PAK ALI Tong-Tong.
Bila teringat sungai kampung Keriang Pulau, teringat juga suatu ketika dulu, ada orang menjual kepah menggunakan perahu dalam sungai sambil berteriak,..."Kepah,..Oii...Kepah"..

Saturday, January 15, 2011

Durian Belanda Penawar Kanser

Durian Belanda atau Soursop, buah dari pohon Graviola adalah pembunuh semulajadi sel kanser yang ajaib dengan 10 ribu kali lebih kuat dari pada terapi kemo. Tapi kenapa kita tidak tahu?

Kerana salah satu perusahaan dunia telah menutup rahsia penemuan penyelidikan tentang khasiat buah ini sebaik mungkin, mereka ingin agar dana penyelidikan yang dikeluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun, ditambah pula keuntungan yang melimpah dengan cara menjadikan pohon Graviola Sintetis sebagai bahan utama ubat rawatan kanser.

Pohonnya rendah, di Brazil dinamai 'Graviola', di Sepanyol 'Guanabana' bahasa Inggeris dipanggil 'Soursop'. Di Indonesia, dikenali sebagai buah Sirsak manakala di Malaysia dipanggil sebagai Durian Belanda. Buahnya agak besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwarna putih, rasanya masam-masam manis, dimakan dengan cara membuka kulitnya atau dibuat jus.

Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan anti tumor / kanser yang sangat kuat, dan terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah ini juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti fungus , berkesan melawan berbagai jenis parasit dan cacing, menurunkan tekanan darah tinggi, kemurungan, stress, dan menormalkan kembali sistem saraf yang kurang baik.

Salah satu contoh betapa pentingnya kewujudan Institut Sains Kesihatan bagi orang-orang Amerika adalah kerana institut ini telah membuka tabir rahsia buah ajaib ini. Fakta yang membingungkankan adalah: Jauh dipedalaman hutan Amazon, tumbuh 'pohon ajaib', yang akan merubah cara berfikir anda, doktor anda, dan dunia mengenai proses penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan hidup.

Hasil penyelidikan membuktikan “pohon ajaib” dan buahnya ini :

i) Menyerang sel kanser secara efektif dan semulajadi, TANPA rasa mual, berat badan turun, rambut gugur, seperti yang terjadi pada terapi kemo.

ii) Melindungi sistem kekebalan tubuh dan mencegah dari jangkitan yang mematikan.

iii) Pesakit merasakan lebih kuat, lebih sihat selama proses perawatan / penyembuhan.

iv) Menambah tenaga dan penampilan fizikal semakin bertambah baik.

Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal dari salah satu pengeluar farmasi terbesar di Amerika. Buah Graviola telah diuji lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an hingga beberapa tahun berikutnya. Hasil ujikaji dari ekstrak (sari) buah ini adalah :

1. Secara berkesan memilih sasaran dan membunuh sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza, diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara, Prostat, Paru-Paru dan Pankreas.

2. Daya kerjanya 10,000 kali lebih kuat dalam memperlambatkan pertumbuhan sel kanser dibandingkan dengan Adriamycin dan Terapi Kemo yang biasa digunakan!

3. Tidak seperti terapi kemo, ekstrak buah ini secara selektif hanya memburu dan membunuh sel-sel jahat dan TIDAK membahayakan atau membunuh sel-sel yang sihat.

Penyelidikan telah dilakukan secara ekstensif pada pohon “ajaib” ini,selama bertahun-tahun tapi kenapa kita tidak tahu langsung mengenai hal ini ? Jawabnya adalah : Begitu mudah kesihatan kita, kehidupan kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan kekuasaan!

Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika dengan aset jutaan dollar melakukan penyelidikan luar biasa pada pohon Graviola yang tumbuh dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian dari pohon ini : kulit kayu, akar, daun, isi buah dan bijinya, selama berabad-abad lamanya telah menjadi penawar bagi suku Indian di Amerika Selatan untuk menyembuhkan : sakit jantung, asma, masalah berkaitan hati dan rematik. Dengan bukti-bukti ilmiah yang minimum, perusahaan yang mengumpulkan dana dan sumber usaha manusia yang sangat besar bagi tujuan melakukan penyelidikan dan berbagai ujian. Hasilnya sangat menakjubkan. Graviola secara ilmiah telah terbukti sebagai agen pembunuh sel kanser yang berkesan !

Tapi… kisah Graviola hampir berakhir disini. Kenapa?

Dibawah undang-undang persekutuan, sumber bahan semulajadi untuk ubat adalah DILARANG dipatentkan.

Perusahaan menghadapi masalah besar dan mereka berusaha sedaya upaya dengan pembiayaan sangat besar untuk membuat klon tiruan dari Graviola ini agar ianya dapat dipatentkan sehingga dana yang dikeluarkan untuk penyelidikan dan ujian dapat dituntut dan bahkan mengaup keuntungan besar. Tapi usaha ini tidak berhasil kerana Graviola tidak berjaya diklon. Perusahaan gigit jari setelah mengeluarkan dana jutaan dolar untuk usaha penyelidikan mereka.

Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan besar beransur-ansur pudar, kegiatan penyelidikan juga turut berhenti. Lebih parah lagi, perusahaan menutup projek ini dan memutuskan untuk TIDAK menerbitkan hasil penyelidikan ini.

Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari kumpulan penyelidik tidak sanggup melihat kekejaman ini terjadi. Dengan mengorbankan kerjayanya, dia menghubungi sebuah perusahaan yang biasa mengumpulkan bahan-bahan bersumberkan semulajadi dari hutan Amazon untuk penghasilan penawar.

Ketika para pakar penyelidik dari Institut Sains Kesihatan mendengar berita keajaiban Graviola, mereka mulai lakukan usaha penyelidikan. Hasilnya sangat mengejutkan. Graviola terbukti sebagai pohon pembunuh sel kanser yang berkesan.

The National Cancer Institute mulakan penyelidikan ilmiah yang pertama pada tahun 1976. Hasilnya membuktikan bahawa daun dan batang kayu Graviola mampu menyerang dan menghancurkan sel-sel jahat kanser. Sayangnya hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.

Sejak 1976, Graviola telah terbukti sebagai pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujikaji yang dilakukan oleh 20 makmal bebas yang berbeza.

Satu kajian yang dihasilkan oleh the Journal of Natural Products menyatakan bahawa kajian yang dilakukan oleh Catholic University di Korea Selatan, mendakwa bahawa salah satu unsur kimia yang terkandung di dalam Graviola, mampu memilih, membezakan dan membunuh sel kanser usus besar dengan 10,000 kali lebih kuat berbanding dengan Adriamycin dan terapi kemo!

Sebuah kajian di Purdue University pula membuktikan bahwa daun Graviola mampu membunuh sel kanser secara berkesan, terutama sel kanser: Prostat, Pankreas, dan Paru-paru.

Setelah hampir 7 tahun tidak ada berita mengenai Graviola, akhirnya berita keajaiban ini pecah juga, melalui informasi dari Lembaga-lembaga seperti disebutkan terdahulu.
Kisah lengkap tentang Graviola, dimana memperolehnya, dan bagaimana cara memanfaatkannya, dapat dijumpai dalam Beyond Chemotherapy: New Cancer Killers, Safe as Mother’s milk, sebagai bonus istimewa percuma terbitan Health Sciences Institute. Sekarang anda tahu manfaat durian belanda yang luar biasa ini. Rasanya manis-manis masam begitu menyegarkan. Buah yang 100% semulajadi tanpa sebarang kesan sampingan.

Thursday, January 13, 2011

Selimut Putih...

RENCANA IBLIS (Petikan E mail)

Dalam suatu pertemuan iblis, syaitan dan jin dikatakan:

"Kita tidak dapat melarang kaum muslim ke Masjid"

"Kita tidak dapat melarang mereka membaca Al-Qur'an dan mencari kebenaran"

"Bahkan kita tidak dapat melarang mereka mendekatkan diri dengan Tuhan mereka Allah SWT dan Pembawa risalah-Nya Muhammad SAW"

"Pada saat mereka melakukan hubungan dengan Allah SWT, maka kekuatan kita akan lumpuh."

"Oleh sebab itu, biarkanlah mereka pergi ke Masjid."

"Biarkan mereka tetap melakukan kesukaan mereka, TETAPI CURI WAKTU MEREKA sehingga mereka tidak lagi punya waktu untuk lebih mendekatkan diri kepada Allah SWT."

"Inilah yang akan kita lakukan," kata iblis.

"Alihkan perhatian mereka dari usaha meningkatkan kedekatannya kepada Allah SWT dan awasi terus kegiatannya sepanjang hari!"

"Bagaimana kami melakukannya?" tanya para hadirin iaitu iblis, syaitan dan jin.

"Sibukkan mereka dengan hal-hal yang tidak penting dalam kehidupan mereka, dan ciptakan tipudaya untuk menyibukkan fikiran mereka."

Jawab sang iblis "Rayu mereka agar suka BELANJA, BELANJA DAN BELANJA SERTA BERHUTANG, BERHUTANG DAN BERHUTANG."

"Pujuk para isteri untuk bekerja di luar rumah sepanjang hari dan para suami bekerja 6 sampai 7 hari dalam seminggu, 10 - 12 jam seminggu sehingga mereka merasa bahawa hidup ini sangat kosong."

"Jangan biarkan mereka menghabiskan waktu bersama anak-anak mereka."

"Jika keluarga mereka mulai tidak harmoni, maka mereka akan merasa bahwa rumah bukanlah tempat mereka melepaskan lelah bila pulang dari bekerja."

"Dorong terus cara berfikir seperti itu sehingga mereka tidak merasa adanya ketenangan di rumah."

"Hasut mereka untuk membunyikan radio atau kaset selama mereka berkenderaan."

"Dorong mereka untuk menonton TV, VCD, CD dan PC di rumah sepanjang hari."

"Bunyikan muzik terus menerus di semua restoran maupun pusat membeli-belah di dunia ini."

"Hal ini akan mempengaruhi fikiran mereka dan merosak hubungan mereka dengan Allah SWT dan Rasul-Nya."

"Penuhi meja-meja rumah mereka dengan majalah-majalah dan tabloid."

"Sajikan mereka dengan berbagai berita dan gosip selama 24 jam sehari."

"Serang mereka dengan berbagai iklan-iklan di jalanan."

"Banjiri kotak surat mereka dengan informasi tak berguna, katalog-katalog, undian-undian, tawaran-tawaran dari berbagai macam iklan."

"Muatkan gambaran wanita yang cantik itu adalah yang berbadan langsing dan berkulit mulus di majalah dan TV untuk menggoda para suami hingga mereka terfikir bahwa PENAMPILAN itu menjadi unsur terpenting; sehingga membuat para suami tidak tertarik lagi pada isteri-isteri mereka."

"Buatlah para isteri menjadi sangat letih pada malam hari, buatlah mereka sering sakit kepala."

"Jika para isteri tidak memberikan cinta yang diinginkan sang suami, maka sang suami akan mulai mencari hiburan di luar."

"Hal inilah yang akan mempercepatkan retaknya sesebuah keluarga."

"Terbitkan buku-buku cerita untuk mengalihkan kesempatan mereka untuk mengajarkan anak-anak mereka akan makna dan kepentingan bersolat."

"Sibukkan mereka sehingga tidak lagi punya waktu untuk mengkaji bagaimana Allah SWT menciptakan alam semesta."

"Arahkan mereka ke tempat-tempat hiburan, fitness, konsert2, panggung2 wayang dan pusat2 yang melekakan."

"Buatlah mereka menjadi SIBUK, SIBUK DAN SIBUK."

"Perhatikan jika mereka berjumpa dengan orang soleh, bisikkan gosip-gosip dan percakapan tidak berfaedah sehingga percakapan mereka tidak mendatangkan apa-apa pahala sebaliknya berbuat dosa semata-mata."

"Isi kehidupan mereka dengan keindahan-keindahan semua yang akan membuat mereka tidak punya waktu untuk mengkaji kebesaran Allah SWT."

"Dan dengan segera mereka akan merasa bahwa rezeki, kebaikan/kesihatan keluarga adalah merupakan hasil usahanya yang kuat (bukan atas izin Allah SWT)."

"PASTI BERHASIL, PASTI BERHASIL."

"RENCANA YANG BAGUS."

Iblis, syaitan dan jin kemudian pergi dengan penuh semangat melakukan tugas MEMBUAT MUSLIM MENJADI LEBIH SIBUK, LEBIH KELAM KABUT DAN SENTIASA HURU-HARA.

Dan hanya ada sedikit waktu saja untuk beribadat kepada Allah Maha Pencipta.

Tidak lagi punya waktu untuk bersilaturrahim dan saling mengingatkan akan Allah SWT dan Rasul-Nya.

Sekarang pertanyaan saya adalah, "APAKAH RENCANA IBLIS INI AKAN BERHASIL???"

"KITALAH YANG MENENTUKAN !!!"

TOKEK

Tokek digilai pemburu haram


TOKEK yang menjadi kegilaan pemburu haram di negara ini kerana didakwa mampu merawat pelbagai penyakit.


KUALA LUMPUR – Tokek atau gikgo. Apakah sebenarnya keistimewaan haiwan ini sehingga ramai pemburu mahu memiliki haiwan tersebut. Tanpa disedari ramai pemburu haram kini sanggup meredah hutan di Semenanjung bagi mencari tokek.

Tokek didakwa mampu dijual pada harga mencecah puluhan juta ringgit dan paling kurang RM20,000 bagi setiap seekor.

Ekoran kegilaan dengan harga lumayan itu, pemburu haiwan kini mula memberi tumpuan mencari haiwan tersebut di serata hutan.

Dikatakan sebelum nama tokek meniti mulut ke mulut dalam kalangan rakyat negara ini, haiwan itu terlebih sudah popular di Indonesia.

Bayangkan, tokek pernah menjadi produk perniagaan bagi penduduk yang tinggal di kawasan perkampungan miskin pedalaman Indonesia seperti di Banjarsawah.

Mereka sanggup meredah hutan dan menangkap haiwan itu.

Tokek didakwa mula menarik perhatian apabila ramai ahli perubatan China dan Korea percaya lendir daripada haiwan itu mampu merawat kanser, penyakit kulit serta pernafasan.

Misteri jugak nih

Lelaki pakai coli maut jatuh kondo


MAYAT lelaki memakai coli yang terjatuh dari kondominium di Taman Datuk Senu, Sentul semalam.


KUALA LUMPUR – Seorang lelaki ditemui mati dalam keadaan misteri selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 12, Blok A, Sentul Utama Kondominium, Taman Datuk Senu, Sentul di sini semalam.

Dalam kejadian pukul 6.30 pagi itu, mayat mangsa, Shahnizam Aman, 26, ditemui di tingkat bawah bangunan 17 tingkat itu dengan memakai coli wanita dan berseluar biru.

Menurut beberapa orang penghuni, mangsa dan seorang rakannya dikatakan cuba memasuki sebuah rumah di tingkat 12 melalui balkoni rumah itu.

Bagaimanapun, apabila kehadiran mereka disedari tuan rumah, mangsa dipercayai terjatuh manakala rakannya sempat melarikan diri.

Tiada sebarang pengenalan diri mangsa ditemui kecuali tiga buah telefon bimbit, tasbih serta kunci pendua beberapa unit kediaman kondominium itu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul, Supritendan Zainuddin Ahmad berkata, mangsa mati di tempat kejadian akibat kecederaan parah di kepala ekoran jatuh dari tempat tinggi.

Misteri Lagi

Kebakaran misteri, setelah rumah kereta pula terbakar


Helmi Abdul Khan (kanan) dan Mohd Sidek melihat bahagian cermin belakang kereta Proton Saga miliknya pecah akibat kebakaran misteri di Kampung Ceruk Meranti Serdang, Kulim, Kedah, semalam.


BANDAR BAHARU 12 Jan. - Setelah kebakaran misteri berlaku di rumah yang didudukinya, kini Mohd. Sidek Hamid mengalami pula kebakaran ke atas keretanya.

Kebakaran misteri ke atas keretanya yang berlaku kira-kira 8.15 pagi hari ini turut memusnahkan beberapa helai pakaian sekolah anak perempuannya, Zuraidah, 17, yang disimpan di dalam kereta Proton Saga miliknya itu.

Mohd. Sidek, 51, ketika kejadian sedang menoreh di kebun getah yang dipawahnya yang terletak kira-kira satu kilometer dari rumahnya.

Kebakaran misteri tersebut mula menghantuinya sejak tiga tahun, mula-mula ke atas rumahnya di Kampung Charok Meranti, Mukim Sungai Batu dekat sini dan walaupun beliau kemudiannya berpindah dengan menyewa rumah lain, kebakaran masih berlaku di rumah sewanya itu.

"Mujurlah seorang jiran menyedari kebakaran kereta saya lalu dia segera ke tempat saya menoreh dan memaklumkan kepada saya. Apabila saya pulang, saya mendapati asap dan api telah membakar bahagian tempat duduk belakang kereta saya.

"Dengan bantuan jiran-jiran, kebakaran dapat dipadamkan," kata Mohd. Sidek yang kini menetap semula di Kampung Charok Meranti.

Beliau berkata berikutan kebakaran itu cermin belakang keretanya pecah manakala kusyen belakang rosak teruk.

"Tak dapatlah saya sekeluarga bergerak kerana kereta dah terbakar. Lagipun belanja membaikinya agak tinggi," katanya.

Beliau hairan mengapa pakaian sekolah anak-anaknya sering menjadi sasaran kebakaran misteri itu.

Pertama kali pakaian sekolah anaknya terbakar semasa mereka terpaksa menyewa di Taman Kelisa Emas, Lubuk Buntar, Serdang pada penghujung bulan lalu, kemudian diikuti dengan kebakaran kali kedua dan ketiga semasa mereka kembali ke rumah asal mereka di Kampung Charok Meranti.

Kebakaran hari ini merupakan kebakaran yang keempat ke atas pakaian sekolah anak Mohd. Sidek.

Beliau mendakwa lebih 100 orang bomoh termasuk yang berasal dari Sabah, Sarawak, Thailand, Indonesia dan Myanmar telah dipanggil untuk memulih keadaan tetapi tidak berjaya.

Beliau merayu kepada pihak yang dapat membantunya agar menghubunginya di talian 013-53233327.

Tuesday, January 11, 2011

MAAF...(petikan E Mail)

Memaafkan Lebih Membahagiakan Daripada Membenci

By: M. Agus Syafii

Disaat dalam kesendirian dan kesepian begitu berat beban hidup ini ketika kita disakiti atau didzalimi justru oleh orang yang kita sayangi atau orang lain, mengadu kepada Allah dengan tanpa disadari air mata itu mengalir membasahi pipi, tak kuasa untuk dibendungnya karena perih dihati, 'Ya Allah, bagaimana caranya menyembuhkan luka hati ini?' Ujian, cobaan tak kuasa untuk dipikulnya sendiri. Suatu yang mustahil untuk mengubah apa yang sudah terjadi karena luka itu teramat perih. Marah,dendam dan kecewa campur aduk, 'kamulah penyebab aku menderita begini!' Aku akan hancurkan kamu!' jika kita telah tersakiti begitu hebatnya kemarahan, hati menjadi mudah terkotori dengan nafsu membalas dendam dan ingin kembali menyakiti perbuatan orang yang telah menyakiti hati.

Kebahagiaan atau penderitaan tidak perlu mencari siapa yang bersalah, atau yang menyebabkan hidup anda menderita. Anda harus mampu memaafkan orang lain yang telah menyakiti hati anda. Mohonlah ampunan kepada Allah untuknya. Sebenarnya anda termasuk orang yang diberikan rahmat oleh Allah. Jika anda disakiti berarti anda sedang teraniaya. Orang yang teraniaya adalah orang yang sedang diuji sekaligus diberikan kemudahan oleh Allah. Allah memberikan dua pilihan membalas perbuatannya atau memaafkan. Jika anda tidak membalas tetapi bersabar & memaafkan orang yang telah menyakiti anda maka Allah akan memberikan ampunan dosa-dosa anda dan Allah menganugerahkan kepada anda kehidupan yang lebih sehat, indah dan membahagiakan bagi anda.

'Dan bagi orang-orang yang apabila mereka diperlakukan dengan dzalim mereka membela diri. Dan balasan suatu kejahatan adalah kejahatan yang serupa, maka barangsiapa memaafkan dan berbuat baik maka pahalanya atas Allah. Sesungguhnya Dia tidak menyukai orang-orang yang dzalim. Dan sesungguhnya orang-orang yang membela diri sesudah teraniaya, tidak ada dosa atas mereka. Sesungguhnya doa itu atas orang-orang yang berbuat dzalim kepada manusia dan melampaui batas dimuka bumi tanpa hak. Mereka itu mendapat azab yang pedih. Tetapi orang yang bersabar dan memaafkan sesungguhnya perbuatan demikian itu termasuk hal-hal yang diutamakan.' (QS. Asy-Syuura' 39-43).

Wassalam,
M. Agus Syafii

Keta Canggih

Things I Beleive


Birth Certificate shows that we were born

A Death Certificate shows that we died

Memories we leave behind show that we lived!

Have a seat. Relax…

And read this slowly.

cid:1.632367518@web81205.mail.mud.yahoo.com

I Believe…

That just because two people argue,

It doesn't mean they don't love each other.

cid:2.632367518@web81205.mail.mud.yahoo.com

I Believe…

That we don't have to change people if

We understand that people change.

cid:3.632367518@web81205.mail.mud.yahoo.com

I Believe…

That no matter how good a friend is,

they're going to hurt you every once in a while

and you must forgive them for that.

I Believe

that true friendship continues to grow,

even over the longest distance.

Same goes for true love.

cid:4.632367518@web81205.mail.mud.yahoo.com

I Believe…

that you can do something in an instant

that will give you heartache for life.

I Believe…

that stillness and tranquility set things in order

in the universe.

cid:5.632367518@web81205.mail.mud.yahoo.com

I Believe…

that you should always leave loved ones with

loving words. It may be the last time you see them.

I Believe…

that the highest kindness is to give without condition.

cid:6.632367518@web81205.mail.mud.yahoo.com

I Believe…

that we are responsible for what

we do, no matter how we feel.

I Believe…

that one who understands others has knowledge;

one who understands himself has wisdom.

cid:7.632367518@web81205.mail.mud.yahoo.com

I Believe…

that heroes are the people who do what has to be done when it needs

To be done, regardless of the consequences.

cid:8.632367518@web81205.mail.mud.yahoo.com

I Believe…

that sometimes the people you expect to kick you when you're down

will be the ones to help you get back up.

cid:9.632367518@web81205.mail.mud.yahoo.com

I Believe…

that sometimes when I'm angry,

I have the right to be angry,

but that doesn't give me the right to be cruel.

cid:10.632367518@web81205.mail.mud.yahoo.com

I Believe…

that it isn't always enough,

to be forgiven by others.

Sometimes, you have to learn to forgive yourself…

I Believe…

that our background and circumstances

may have influenced who we are,

but, we are responsible for who we become.

cid:11.632367518@web81205.mail.mud.yahoo.com

I Believe…

that you shouldn't be so eager to find

out a secret. It could change your life Forever.

I Believe…

two people can look at the exact same

Thing and see something totally different.

cid:12.632367518@web81205.mail.mud.yahoo.com

I Believe…

that even when you think you have no more to give,

when someone cries out to you -

you will find the strength to help.

cid:13.632367518@web81205.mail.mud.yahoo.com

I Believe…

that the people you care about most in life

are taken from you too soon.

Show them your love and caring today.

I Believe…

that you should send this to

All of the people that you believe in, I just did.


'The happiest of people don't necessarily

have the best of everything;

they just make the most of everything they have.


Sunday, January 9, 2011

Keriang Pulau Blues 5 (Bas rombongan)

Masih bercerita tentang naik bas. Ketika itu, penduduk kampung yang rata-ratanya mengerjakan sawah juga mengambil kesempatan untuk melancong ke KUALA LUMPUR serta MELAKA dengan menaiki bas rombongan. Rancangan telah dibuat dari awal, satu kepala berapa RM. Masa tu aku kecil lagi dan memang tak turut serta pun. Aku hanya tahu kisah bas rombongan ni melalui kakak aku. Seingat aku bas yang di charted adalah Kubang Pasu Transport Co. Masa tu aku pun tak tahu Kubang Pasu tu kat mana. Bila dah besar sikit baru tahu Kubang Pasu tu adalah kawasan Parlimen Tun Dr . MAHATHIR. Dipendekkan cerita, kakak balik dengan buah tangan(replika kereta lembu Melaka) dan sudah tentu gambar2 hitam putih, kenangan sepanjang lawatan. Sekali fikir bagus juga rombongan seperti nih..taklah orang kampung seperti yang berasal dari KEDAH dgelar "kunon".
Satu lagi rombongan yang selalu diatur adalah rombongan menghantar orang pergi haji di Bayan Lepas, PULAU PINANG. Mungkin suatu ketika dulu ada juga orang buat rombongan hantar pi haji melalui kapal laut. Kalau kebetulan musim "Pesta Penang"..singgahlah sekali. Benda yang dibawak balik adalah jeruk buah pala. ..hmmm...

Pemuda Islam..

Cerita tentang naik bas

Zaman 70an dulu mana ada kereta Proton, Perodua lagi. Masa tuh negara kita tengah membangun.Maka kebanyakkan orang kampung Keriang Pulau menggunakan perkhidmatan ini untuk pergi ke pekan ALOR SETAR. Penduduk terpaksa berjalan melalui batas/jalan tanah merah sejauh setengah batu sebelum sampai ke jalan utama (ketika itu dinamakan batu 2.5, Jalan Sungai Korok). Tidak lama itu, akhir 70an, bina Lebuhraya Sultan Abdul Halim. Dan ketika itu, kalau sebut kpd kondukter bas pun bagitau "nak turun Km3". cehh..dah pakai sistem metrik.
Pertama sekali perkataan yang aku eja (setelah belajar mengenal huruf) dalam bas ialah " Please Do not Spit"...spit tu apa?..ludah...oohh..ditegah meludah. Syarikat UTC merupakan syarikat Bas yang beroperasi bagi perjalanan ALOR SETAR/TOKAI/SIMPANG 4/GURUN/PENDANG/SG PETANI/BUTTERWORTH(Ekspress). Masa bebudak, hobi menyimpan tiket bas pun merupakan satu hobi yang menyeronokkan.
Satu hal paling lucu jika kita naik bas ialah, kadang-kadang kita cuba berpura-pura dengan konduktor bas bahawa kita ini telah bayar tiket, ataupun oleh kerna bas padat, kita pun dok belakang pulak tu,..sebelum konduktor sampai kita petik loceng, bas berhenti kita pun cepat-cepat turun.

Misteri kehilangan pakaian dalam wanita

Suatu ketika dahulu, heboh juga mengenai kehilangan pakaian dalam wanita dalam kampung keriang pulau nih. Jika ada anak-anak dara, janda ataupun isteri orang yang terlupa mengangkatnya dijemuran, penyidai atau dinding bilik mandi, alamatnya akan ada "seseorang" yang tolong angkatkan. Beliau membuat koleksi di rumahnya. Perkara ini telah diketahui oleh penduduk kampung. Bagaimanapun oleh kerana rasa kesian perkara ini tidak diperpanjangkan. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang mengetahui.

Cerita Anak Seorang Tabligh(Petikan E Mail)

Disini saya hendak bercerita sedikit tentang ayah saya yang juga seorang karkun atau tabligh. Hanya tuan-tuan sahaja yang dapat membuat kesimpulan dengan apa yang terjadi. Kisah ini hanya sebagai renungan kita bersama sementara masih hidup.

Pada 1 mei 2009 yang lepas ayah saya baru sahaja meninggal dunia di Hospital Kuala Lumpur kerana menghidap penyakit kencing manis dan juga ulser perut. Saya hanya mempunyai 2 orang adik yang masih lagi belajar. Adik saya yang pertama masih lagi menuntut di sebuah institusi pengajian tinggi dan yang kedua pula masih bersekolah di tingkatan lima manakala ibu pula sudah lama meninggal dunia pada tahun 1997. Saya pula berumur 23 tahun dan bekerja di sebuah syarikat swasta sebagai pembantu teknik. Sejak kematian ibu ayahlah yang menjaga dan mendidik kami dengan penuh kasih sayang.

Walaupun hanya bergantung kepada pencen ibu yang diterima setiap bulan dan pendapatan ayah yang bekerja sebagai pembantu kedai tidak seberapa tapi kehidupan kami tetap bermakna. Ayahlah satu-satunya yang kami ada. Walaupun kehidupan kami tidak mewah tetapi dengan apa yang ada kami tetap bersyukur dan ayah masih lagi mampu untuk menyara kami sekeluarga sehinggalah saya dapat belajar di intitusi pengajian tinggi awam.

Ayah telah memberikan kami didikan agama yang cukup sempurna sejak dari kecil lagi. Setiap kali selesai solat maghrib kami akan membaca taklim (Hadis) dirumah sementara menunggu waktu isyak. Semua ini adalah hasil didikan ayah sejak kecil lagi kepada kami adik-beradik hingga kini dan tidak pernah kami tinggalkan.

Walaupun ayah selalu keluar ke jalan ALLAH 3 hari setiap bulan dan 40 hari setiap tahun iaitu selepas raya aidilfitri atau hujung tahun tetapi tanggungjawab sebagai seorang ketua keluarga tidak pernah ayah abaikan. Walaupun seringkali meninggalkan kami sendirian tetapi kami tetap redha kerana kami tahu ayah menjalankan tanggungjawabnya kepada agama dan masyarakat. Kami percaya yang ALLAH akan membela dan memelihara kami walaupun tanpa ayah. Saya juga seringkali mengikut jemaah keluar kejalan ALLAH bila ada kelapangan walaupun semasa bergelar seorang penuntut.

Tetapi usaha yang ayah jalankan ini tidak mendapat sokongan dari ahli keluarga dan saudara-mara yang lain kerana mereka menyagka yang ayah tidak bertanggungjawab kepada anak-anak. Walaupun begitu ayah tetap tenang dan tidak mudah melatah dengan apa yang ayah hadapi walaupun kutukan demi kutukan terus dilemparkan, ini kerana ayah telah melakukan usaha ini sejak dari umur belasan tahun lagi. Ayah juga sering berpuasa di bulan rejab, syaaban, ramdhan berturut-turut dan melakukan solat malam, tidak pernah ayah tertinggal walau satu malam sekali pun, selesai solat ayah akan memanjatkan doa kepada ALLAH S.W.T meminta pertolongan, bantuan dan memohon kepada ALLAH agar anak-anaknya menjadi seorang insan yang berguna dan tidak sekali-kali meninggalkan ibadah.

Setelah tamat pengajian saya telah dipanggil untuk ditemuduga bagi jawatan juruteknik di sebuah syarikat yang menjalankan kerja-kerja bagi industry petroleum, gas dan petrokimia sekali gus diterima bekerja. Saya terlalu bersyukur kepada ALLAH kerana memakbulkan doa ayah selama ini dan saya tidak pernah menggangur setelah tamat pengajian. Berkat doa ayah juga lah saya dapat mengecapi kejayaan pada hari ini. Setelah 2 tahun bekerja saya telah dinaikan pangkat kepada pembantu teknik, walaupun begitu tidak pernah sekali pun saya mengabaikan tanggungjawab saya sebagai seorang hamba kepada ALLAH dan anak.

Semasa ayah dimasukkan ke wad ICU di Hospital Kuala Lumpur ramai antara kenalan ayah yang datang dari dekat mahupun jauh, ada antara mereka yang datang dari Jordan, Kuwait, Pakistan dan Arab Saudi. Kesemua mereka adalah jemaah-jemaah Tabligh yang telah sama-sama melakukan usaha di Malaysia. Mereka datang sebaik sahaja mendapat berita yang ayah telah dimasukkan ke hospital walaupun baru hari kedua ayah dimasukkan ke wad.

Semasa diwad ICU ayah tidak pernah melakukan perbuatan yang pelik dan ayah tidak pernah sekalipun meninggalkan solat lima waktu walaupun terpaksa baring diatas katil hinggalah pada hari jumaat 1 may 2009 semasa sedang solat asar rakaat kedua secara tiba-tiba ayah mula tidak sedarkan diri kerana luka pada usus telah berdarah kembali.

Semasa ayah sedang sakit pernah saya hendak mengahantar ayah untuk menerima rawatan dihospital kerana penyakit kencing manis tetapi ayah menolak kerana susah untuk menunaikan solat di sana. Walaupun ayah sakit ayah masih lagi mampu menunggang motorsikal untuk menunaikan solat lima waktu di masjid dan masih lagi menjalankan usaha dengan keluar 3 hari.

Sebelum ayah mendapat penyakit kencing manis pada awal april 2009 ayah telah berniat untuk keluar 40 hari ke jalan ALLAH untuk melakukan usaha tersebut dan ketika sakit ayah tetap berkeras dengan keputusan yang dibuat. Bagi saya sebagai seorang anak saya tiada hak untuk melarang ayah dari terus melakukan usaha malah saya berharap agar ALLAH dapat memelihara ayah dari sebarang perkara yang tidak diingini. Saya redha jika ayah pergi ketika melakukan usaha tersebut kerana mati dijalan ALLAH adalah mati syahid dan saya bersyukur sekiranya ia terjadi. Tetapi belum sempat ayah melakukan usaha ALLAH terlebih dahulu mengambil nyawanya.

Pada jam 2100 1 mei 2009 ayah telah punkembali kerahmatullah dengan cara yang paling mudah yang ALLAH berikan. Ayah pergi dalam keadaan yang tenang. Saya sempat untuk mengajar ayah mengucap dua kalimah syahadah walaupun tiada suara ayah kedengaran tetapi dari raut wajah dan gerakan bibir telah membuatkan saya yakin yang ayah mendengar apa yang saya ucapkan. Dengan airmata yang bergelinang dahi yang mula dibasahi peluh dan ketenangan air muka ayah telah menghadap tuhan yang maha esa penghulu kepada langit dan bumi di arasy ALLAH S.W.T. Segala urusan telah ALLAH permudahkan walaupun usaha yang ayah lakukan tidaklah sebesar mana.

Semasa melakukan urusan untuk menuntut jenazah saya telah diberitahu yang segala perbelanjaan rawatan dihospital telah pun dibayar sepenuhnya oleh seorang HAMBA ALLAH begitu juga dengan urusan pengkebumian dan tahlil segalanya telah diuruskan oleh orang perseorangan yang tidak saya kenali. Keesokan paginya ramai kenalan ayah yang hadir untuk menziarah tidak kira dari dalam dan luar negara jauh mahupun dekat. Pelajar-pelajar tahfiz juga turut sama hadir.

Keesokan paginya semasa urusan memandikan jenazah terdapat darah yang mengalir dari luka akibat proses hemodalisis. Darah tersebut cukup sifatnya dan merah mengalir keluar dari tubuh ayah. Sedang saya sibuk menggosok badan ayah, seorang tukang mandi yang saya cukup kenali sebagai berkata sesuatu kepada saya.

“Bapak kau ni tengah tidur ke? tanya Wak.

Saya tidak dapat melayan pertanyaan wak kepada saya kerana sedang sibuk memandikan jenazah ayah.

“Ko pakai minyak atar ke ni?, Tanya wak lagi.

“Mana ada, mandi pun belum lagi ni wak. Kalau minyak atar tu ada la di rumah. Minyak atar kasturi ayah punya”, Jawap saya.

“Hah! Ni bau kasturi la ni”, balas wak kepada saya.

Saya terus mendiamkan diri dan menyambung kerja saya semula. Dalam hati saya berkata.

“Betul juga apa yang wak ni cakap, dari tadi lagi aku bau semacam je. Macam bau badan ayah masa nak ke masjid untuk solat berjemaah pula”

Selepas solat zohor saya terus melakukan solat jenazah bersama-sama dengan jemaah yang lain dan apa yang saya dengar solat jenazah ini terlalu ramai dari bahagian tengah masjid hingga ke bahagian belakang saf lelaki. Selepas itu jenazah terus dibawa ke kawasan perkuburan islam Jalan Ampang untuk dikebumikan dan sekali lagi perkara yang pelik berlaku semasa menurunkan jenazah ke dalam liang lahad dimana lima orang boleh muat untuk turun kebawah sedangkan badan kami besar dan laing lahad hanya berukuran tujuh kaki lebar.

Semasa jenazah ayah dibawa turun dapat saya rasakan yang beratnya terlalu ringan seolah-olah sedang memeluk kapas. Sekali lagi perkara pelik terus berlaku semasa bilal sedang membca talkin hadirin yang hadir tercium bau yang semerbak harum bak kasturi dan saya sendiri turut sama mencium bau tersebut. Selesai sahaja urusan pengkebumian ramai kenalan yang hadir bertanyakan soalan kepada saya tentang apa yang berlaku semasa di tanah perkuburan dan persoalan itu masih tidak dapat saya jawap hingga hari ini. Hanya ALLAH S.W.T sahaja yang mengetahui apa yang berlaku.

Bagi saya setiap amalan kita didunia pada hari ini akan menjadi pertimbangan kita diakhirat kelak. Jika didunia ALLAH ingin menunjukan kepada kita atas perbuatan kita maka ianya akan berlaku inikan pula di akhirat. InsyaALLAH tuan-tuan apa yang berlaku kita jadikan iktibar buat diri kita dan renungan kita bersama. Saya tidaklah pandai menulis dan berkata-kata apatah lagi bila berbicara soal agama, saya juga seperti tuan-tuan insan yang lemah disisi ALLAH S.W.T. segala apa yang saya ceritakan adalah kisah benar dalam hidup saya dan ianya bukanlah nukilan semata-mata. Terpulang pada tuan-tuan semua untuk menilainya. Walaupun ayah telah tiada tetapi saya berniat dalam hati saya kerana ALLAH S.W.T saya akan meneruskan usaha yang dilakukan oleh ayah."