Sunday, January 9, 2011

Misteri kehilangan pakaian dalam wanita

Suatu ketika dahulu, heboh juga mengenai kehilangan pakaian dalam wanita dalam kampung keriang pulau nih. Jika ada anak-anak dara, janda ataupun isteri orang yang terlupa mengangkatnya dijemuran, penyidai atau dinding bilik mandi, alamatnya akan ada "seseorang" yang tolong angkatkan. Beliau membuat koleksi di rumahnya. Perkara ini telah diketahui oleh penduduk kampung. Bagaimanapun oleh kerana rasa kesian perkara ini tidak diperpanjangkan. Hanya orang-orang tertentu sahaja yang mengetahui.

1 comment:

  1. Berita bawah ni lebih kurang sama>>>
    >>>Hobi Kumpul Seluar Dalam Wanita
    June 9th, 2010 Sabri Ahmad

    KUALA TERENGGANU – Serbuan polis ke rumah seorang pembantu kesihatan di Kampung Rawai, Alor Limbat, Marang dekat sini semalam dalam operasi kes penyalahgunaan dadah akhirnya membongkar rahsia hobi pelik lelaki berusia 39 tahun itu.

    Dalam serbuan pukul 2.45 pagi itu, polis menemui sebuah almari milik lelaki itu yang dipenuhi kira-kira 400 helai seluar dalam wanita serta beberapa helai coli.

    Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik negeri, Supritendan Roslan Abd. Wahid berkata, anggota polis pada mulanya curiga melihat banyak seluar dalam wanita di rumah itu sedangkan suspek masih bujang dan tinggal bersendirian.

    “Semasa ditangkap, suspek kelihatan seperti lelaki normal tetapi dia memakai seluar dalam wanita,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.- Berita Harian

    ReplyDelete