Sepanjang pengetahuan aku..ada beberapa peristiwa terjadi di kampung keriang pulau. Antaranya..dulu biasa terjadi udang sungai mabuk...masa tu sungai agak cangkat...maka berpestalah orang kampung menangkap/menyauk undang yang timbul denganbegitu banyaknya ketika itu. Aku pun tak tahulah kenapa, malah masa tu kita pun tak tahu sangat kenapa binatang tiba-tiba mabuk,.nak kata tsunami..kampung kami jauh dari laut.
Kejadian kedua ialah bila seekor kerbau jantan yang liar entah datang dari mana dan terlepas ke dalam sungai kampung kami, juga ketika itu air agak cetek. Masa tu orang-orang kampung pakat usaha untuk tangkap kerbau itu. Kesudahannya kerbau tu berjaya ditangkap dan disembelih untuk penduduk kampung.
Kejadian ketiga adalah mengenai penemuan "batu timbul" oleh seorang penduduk kampung kami. Masa tu, berita tersebar seluruh kawasan Kota Setar, bahkan mungkin satu negeri. Maka setipa hari berduyun-duyunlah kereta dan orang yang masuk ke kampung kami untuk melihat batu timbul. Ada yang percaya airnya boleh sembuh penyakit, ada yang kata Cina kena nombor ekor bila calit lumpur tempat batu itu dijumpa. Masa tu ada juga penduduk ambil peluang berniaga dek kerana kehadiran orang ramai. Kampung kami jugak pernah digelar "kampung Batu Timbul". namun begitu kesudahan cerita batu timbul nih aku tak berapa pasti. Pernah juga aku kena buat "public speaking" tentang cite batu timbul ni semasa aku di Form 4, Teknik Alor Setar.
No comments:
Post a Comment