Sunday, January 2, 2011

Maksiat dan buang anak di awal tahun baru

Wanita bawa anak ke hotel untuk buat maksiat


2011/01/02

KUALA LUMPUR: Untuk mengaburi mata orang ramai, seorang wanita tempatan membawa anak lelakinya berusia dua tahun ke sebuah hotel bersama seorang lelaki warga Bangladesh kononnya untuk menunjukkan mereka seolah-olah satu keluarga padahal lelaki berkenaan baru saja dikenali di Dataran Merdeka ketika menyambut Tahun Baru, malam kelmarin.

Difahamkan, wanita terbabit sanggup mengunci anaknya itu dalam bilik air ketika dia pula memadu asmara dengan lelaki Bangladesh berkenaan.

Bayi baru lahir ditemui lemas dalam tangki tandas


2011/01/02

SERIAN: Seorang pencuci tandas di Hospital Serian di sini menjumpai mayat seorang bayi perempuan dalam sebuah tangki simburan tandas kira-kira jam 5.00 petang semalam.

Pekerja terbabit, Masitah Laden, berkata bayi seberat sekitar satu kilogram dan cukup sifat itu dipercayai baru saja dilahirkan berdasarkan kepada keadaan tali pusatnya.

Polis buru suspek buang mayat bayi


2011/01/02

BACHOK: Polis sedang giat memburu suspek yang terbabit dalam kes pembuangan mayat seorang bayi perempuan di tapak pelupusan sampah di Beris Lalang dekat sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bachok, DSP Yahya Salleh, berkata pihaknya percaya suspek dari Kota Bharu berdasarkan siasatan daripada keterangan beberapa saksi kejadian.

No comments:

Post a Comment