Tahun 1979 aku bersekolah di SMKeat Hwa (tingkatan satu)..disitulah berjumpa rakan-rakan baru dari sekolah-sekolah rendah sekitar pekan Simpang Kuala, Tandop dan Jalan Kuala Kedah. Antara kawan-kawan yang masih ku ingat ialah SAMAD, MAD CENGKOI, ZAHIDI "NO", ZAKIR, LI MISAI, LI BOROI, TERMIZI TEBENGAU, FAUZI MUSTAFFA, KADRI, SANUSI, WAN FIKRI dan ramai lagi syoknya waktu itu, bila pi sekolah naik gerek melalui Jalan Lencong Barat. Seperti kebanyakkan sekolah, tingkatan satu waktu sekolahnya adalah waktu petang. Paling syoknya ialah pada hari Ahad(hari bersekolah bagi negeri KEDAH), awal pagi baca akhbar Mingguan Msia, dengar Carta Lagu Popular di Radio Satu kemudian baru pi sekolah. Masa tu lagu paling popular ialah Rindu Bayangan nyanyian Carefree (selama 13 minggu) Pi sekoah pulak bawa bekal pda awalnya maklumlah sekolah Cina takut dijual makanan yang tak halal. namun begitu ada juga warung peniaga Melyu yang berniaga Laksa dan Bihun. Paling best waktu itu ialah makan bihun campur kuah laksa. Perkara baru yang menarik minat ialah Belajar Asas Bahasa Mandarin. Eik, Erk San Serk....
Suatu peristiwa yang tak dapat ku lupakan...dimana suatu hari semua pelajar lelaki (tidak ada bengkel Seni Perusahaan)..maka kami duduk di kelas sambil mendengar Cikgu Sains Rumah Tangga berketurunan Cina mengajar sabjek tersebut kepada pelajar-pelajar perempuan...Cikgu tersebut ada menyebut "TEKO-TEKO" secara berulang kali. Apabila mendegar sebutan itu pelajar-pelajar perempuan tersenyum dan ada yang ketawa.....Kami pelajar lelaki muka dah merah padam, bengang dan geram pun ada. Namun cikgu keturunan Cina itu terus mengajar walaupun sedikit kehairanan bila susana riuh setiap kali beliau sebutkan perkataan itu....
No comments:
Post a Comment