Friday, January 7, 2011

Bagi sesetengah orang

Genggam diploma pada usia 78


Cetak Artikel Tanda ArtikelE-mel Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

USIA sudah meningkat dan bersara bukan penghalang seseorang meneruskan keinginan menimba ilmu, sekali gus membuktikan jika ada kemahuan, kejayaan boleh dicapai meskipun kelihatan mustahil.Itulah yang dibuktikan pesara kerajaan Mohamed Hasan, 78, yang sanggup mengorbankan waktu lapangnya untuk meneruskan pengajian di Pusat Berterusan Universiti Malaya (UMCCed).


Meskipun kelihatan payah kerana faktor usia dan kesihatan, beliau yang mengambil Diploma Eksekutif Kaunseling dan berasal dari Kuala Lumpur ini tidak pernah patah semangat demi memastikan impiannya tercapai."Usia hanya angka dan tidak sesekali mematahkan semangat saya untuk meneruskan perjuangan menuntut ilmu. Meskipun sukar, saya tetapkan pendirian untuk terus berusaha.


"Inilah ganjarannya, selepas berusaha keras, akhirnya berjaya juga menamatkan pengajian. Hari ini saya puas dan bangga membuktikan, usia bukan penghalang menuntut ilmu," katanya ketika ditemui pada majlis penyampaian sijil dan diploma UMCCed kali ke- 23 yang berlangsung di Dewan Tunku Canselor UM, baru - baru ini.

Seramai 596 graduan berjaya menamatkan pengajian pada majlis yang disempurnakan Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) UM, Profesor Datuk Dr Mohd Jamil Maah. Turut hadir Pemangku Pengarah UMCCed, Profesor Dr Bernardine Renaldo Wong.

No comments:

Post a Comment