Bercakap tentang bola, sememangnya tidak boleh dipisahkan dengan bebudak lelaki, baik dari bangku sekolah lagi hinggalah remaja. Golongan veteran juga tidak terkecuali. Kampung Keriang Pulau dulunya ada sebuah padang kecil, dipanggil padang Tok Mat Sembilan. Aku dan rakan-rakan menghabiskan setiap petang bermain disitu, tak kira pdang tu kering atau becak, hentam semacam aje. Main dengan geng-geng kampung, best> Masuk saja sebelah manapun. Janji dapat main. Ada yang betul-betul terrer main, ada yang suka-suka saja,janji berpeloh dan dapat bersosial sesama rakan.
Kekadang dissebabkan terlalu ramai, venue padang diubah ke padang/bendang yang baru klepas menuai. Pacak tiang buloh kiri kanan, jadik. Yang pasti tanah bendang tak rata(tanah koi). Mungkin bernasib baik jika tuan tanah tolak tanah bagi rata, dapatlah main dengan puas. Tak lama lepas it, Kampung Keriang Pulau dilanda arus kemajuan dimana pembinaan Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) merentangi kawasan kampung dan bendang. Tol ALOR SETAR Selatan dibina dekat kampung kami. (Sekarang ni pula telah dibina STARGATE, pusat beli belah). Ketika lebuhraya masih dalam pembinaan (tanah merah), kami pun main atas lebuh raya. Malah pasukan kami pun kami namakan pasukan "Lebuhraya"(Lebuhraya Sultan Abdul Halim). Maka jeleslah pasukan bola kampung lainnya.
Suatu ketika dulu, aku dan member-member kampung pernah menyertai beberapa pertandingan bola sepak 7 sebelah sekitar ALOR SETAR. Paling tidak boleh aku lupakan ialah ketika menyertai satu pertandingan di Sekolah Rendah Sg Korok Lama dimana keeper pasukan kami tertentdang bole terkena rakan, bola melantun, terus masuk gol. Antara rakan-rakan yang bermain ialah DET, Awang Pak Ali, Awang Lampam.
Masa Piala Dunia, syok jugak . Pakat pi tengok tv rumah member. Masak maggi, tengok tv sampai pagi.

No comments:
Post a Comment