Monday, February 28, 2011

Basikal Tua

Gerek

Aku tak ingat bilakah aku mula berbasikal(gerek). Mungkin masa aku Darjah 6 kot. Masa tu, naik dengan adik aku pergi Sekolah Tandop(Sek Ren Dato Wan Mat Saman). Sebelum tuh, naik mutumit(jalan kaki). Masa kebanyakkan orang kampung yang hidup sederhana, ada memiliki basikal tua. Basikal ini digunakan untuk angkut padi dari tengah bendang, iaitu sebelum mesin/jentera penuai padi diperkenalkan. Bagi orang kampung yang berada sikit, depa beli HondaCup.
Masa bersekolah Tingkatan Satu kat Sekolah Keat Hwa, best naik gerek ramai-ramai. Masa tu pulak jalan Lencongan Barat baru siap ..fuhh apa lagi. Asal balik sekolah saja, berlumba-lumbah dengan pelajar Sek Telok Chengai dan Sharifah Rodziah. Dalam bidang berbasikal ini, kampung Keriang Pulau bertuah jugak kerana telah melahirkan pelumba basikal peringkat negeri, SHARBANI SAAD (anak Bang Ad kak Gon yang kerja wardan Penjara).
Antara basikal yang top ketika itu ialah basikal mini rangler(seperti cerita Adik Manja) dan Chopper.

Muzik, suara perjuangan

BANYAK orang melihat muzik tidak lebih daripada produk hiburan yang dijaja oleh artis-artis popular. Di semua negara, muzik menjadi antara penyumbang kepada industri hiburan dan negara ini juga tidak terkecuali.

Kalau melihat jauh melampaui tuntutan budaya popular, kita dapati pengaruh muzik kepada manusia bukan sahaja hiburan. Lihat sahaja bagaimana sebuah kumpulan muzik dari Ireland, Cranbberies di mana muzik mereka melampaui hiburan dalam hubungannya dengan budaya popular yang kita fahami.

Lagu Zombie yang dianggap lagu wajib kumpulan Cranbberies misalnya diilhamkan daripada peristiwa ledakan bom di London pada awal 1990-an yang turut mengorbankan kanak-kanak. Cranbberies, sebuah kumpulan muzik rock tetapi memilih untuk berbicara mengenai ‘kemabukan’ manusia hingga lupa peri pentingnya nyawa manusia lain.

Menurut penganalisis, kekuatan Cranbberies bukan sahaja terletak kepada muzik tetapi kejituan lirik yang menjurus kepada antiketidakadilan. Kumpulan ini pernah menghasilkan lagu War Child yang menyuarakan nyawa kanak-kanak telah menjadi mangsa keangkuhan politik puak-puak tertentu.

Cranbberies sebenarnya mendapat sokongan moral daripada beberapa kumpulan muzik hebat dunia antaranya kumpulan U2 dan The Corrs serta penyanyi Sinead O’ Connors yang kesemuanya dari Ireland.

Pak Gesang yang mencipta lagu keroncong Bengawan Solo pernah berkata, beliau berjuang mencapai kemerdekaan dengan lagu-lagunya. Jangan berasa lucu kalau dikatakan lagu-lagu keroncong antara yang menyumbang kepada kemerdekaan Indonesia, selain daripada buluh runcing yang menjadi kebanggaan Sukarno.

Dari sudut antropologi, keperluan muzik kepada kehidupan manusia sangat tinggi dan muzik menjadi elemen penting dalam kehidupan tradisi bagi semua kaum. Maknanya dalam hubungannya dengan masyarakat Asia, muzik ada kuasa mistiknya apabila acara ritual mempunyai hubungan yang sangat rapat dengan muzik.

Beberapa fakta di atas menguatkan hujah bahawa memberi hiburan hanya sebahagian daripada peranan muzik yang sangat besar kepada manusia. Tetapi kerana yang kecil itu menonjol dan membangunkan industri hiburan, maka nilai hiburan dianggap menguasai muzik.

Kita tentunya boleh berbangga kerana memiliki karyawan muzik seperti M. Nasir, Zubir Ali, Dr. Zawawi, Sohaimi Mior Hassan dan beberapa lagi yang mempunyai kecenderungan menjadikan muzik sebagai pentas membicarakan perihal sosial.

Mereka berperanan sama seperti penyanyi rock veteran, Bruce Springsteen yang turut bertanggungjawab memperbaiki hubungan Jerman – Amerika menerusi lagu-lagunya terutama dari album Rising. Lagu Born in the USA dianggap sebagai sebuah lagu antiperang yang diilhamkan daripada Perang Vietnam. Sementara lagu My City of Ruins sebagai mengenang tragedi duka serangan pejuang berani mati ke atas New York dan Washington DC pada 11 September 2001. Maka bolehlah ditanya, selain mengimpikan berjaya di Juara Lagu, apakah lagi impian pencipta-pencipta lagu kita?

Zombie

Sunday, February 27, 2011

Apabila kebendaan menelan kemanusiaan


APABILA sebuah treler beras terbalik di Lebuh Raya Utara Selatan dekat Tanjung Malim baru-baru ini dan orang ramai berebut mengaut beras, mereka dikatakan tidak berperikemanusiaan. Nilai kemanusiaan hilang dek ditelan tuntutan kebendaan.

Lebih mendukacitakan lagi apabila pemandu treler yang parah terbiar lebih sejam di atas jalan. Orang ramai yang singgah hanya untuk mengambil beras seolah-olah tidak dipunyai oleh sesiapa. Nilai-nilai asas sebagai manusia sudah mencair dan mengalir, diganti dengan nilai baru yang menjurus kepada kebendaan.

Dalam kehidupan di mana nilai kebendaan menjadi penanda aras, nilai kemanusiaan semakin jauh untuk menjadi pelengkap manusia. Dalam banyak hal, ukurannya manusia tidak lagi kepada peribadi tinggi dan mulia. Tetapi lebih kepada kebendaan yang dimiliki. Tragedi kemalangan itu dengan jelas membuktikan nilai-nilai manusia sudah dirapuhkan oleh kebendaan.

Apabila kemanusiaan semakin tipis, tumpuan kepada kebendaan tidak dianggap janggal, malah seolah-olah diwajarkan. Perkara begini memberi gambaran bahawa manusia kini bergerak tanpa rasa. Perasaan malu semakin tiada apabila tanpa sembunyi sesetengah daripada kita mempamerkan kegelojohan mengejar kebendaan. Di mana hilangnya nilai kemanusiaan yang menjadi ukuran tinggi dan rendahnya martabat manusia?

Sebelum itu sebuah kenderaan pacuan empat roda yang membawa wang syiling berjumlah RM70,000 terbalik dan wang bertaburan di atas lebuh raya. Keadaannya hampir sama, orang ramai yang lalu lalang berebut mengutip syiling dengan tanpa rasa bersalah atau malu.

Daripada kedua-dua kejadian ini, banyak pihak menganggap perbuatan mengutip syiling dan mengaut beras sebagai sangat memalukan. Memanglah perbuatan itu memalukan dan tidak bermoral. Mengambil hak orang lain sama ada secara langsung atau tidak langsung, sama ada sedikit atau banyak adalah perbuatan yang tidak bermoral. Ini bertentangan dengan nilai-nilai asas manusia.

Kita boleh saja melabelkan mereka yang mengaut beras atau mengutip syiling itu dengan pelbagai gelaran buruk. Tetapi jangan pula hanya disebabkan mereka itu bukan "siapa-siapa" dan seolah-olah perbuatan yang sama tidak berlaku pada skala yang lebih besar, dilakukan oleh orang ternama dan kesannya kepada jumlah manusia yang lebih besar.

Perbuatan merompak atau istilah manisnya "mengambil" hak orang bukanlah berlaku di atas lebuh raya saja. Perbuatan gelojoh dan tamak adalah nilai-nilai baru yang seolah-olah diwajarkan dalam menempuh era moden ini.

Kebendaan

Pihak yang mengutuk keras perbuatan sumbang di atas lebuh raya itu sepatutnya melihat perihal yang sama dalam ruang litup yang luas. Dorongan kebendaan hingga membuatkan penyalahgunaan kuasa, tidak amanah menggunakan wang yang diperuntukkan kepada rakyat yang memerlukan banyak berlaku dalam masyarakat kita.

Kita tidak boleh memejamkan mata daripada melihat perbuatan tidak amanah yang lebih besar kesan dan jumlah yang dikaut. Ada yang mencipta kekayaan dalam masa yang singkat. Tetapi mereka tidaklah mengaut beras atau mengutip syiling di atas lebuh raya yang secara langsung mengambil hak orang. Perbuatan tidak amanah ini lebih banyak berlaku secara tidak langsung hingga melibatkan berjuta-juta ringgit sepatutnya untuk rakyat. Tetapi sebahagiannya melencong ke saku orang tertentu apabila berlaku penyelewengan dan ketirisan di tengah jalan.

Adakah kita mahu menafikan ini tidak berlaku dalam masyarakat? Adakah kita mahu menegaskan bahawa setiap sen yang diperuntukkan kepada rakyat sampai kepada penerimanya tanpa tiris di tengah jalan?

Hidup yang berpaksi nilai-nilai kebendaan telah sampai ke peringkat yang sangat membimbangkan. Nilai ini seolah-olah menjadi satu penanda aras kemodenan dan ia mesti diwajarkan. Orang mengaut beras melakukan perbuatan itu tidak mengikut "prosedur" tetapi yang cerdik pandai melakukan perkara yang sama dengan mengikut "prosedur" dan mereka sering terlepas. Tidak amanah tetap tidak amanah. Orang yang mengaut beras tidak amanah, yang mengaut berjuta-juta ringgit secara seleweng dengan mengikut prosedur juga tidak amanah.

Sebenarnya dua kejadian di atas adalah cermin untuk membawa kita melihat sekian banyak perbuatan serupa yang berlaku dalam segenap lapisan masyarakat. Apakah bezanya antara mengaut beras dengan ketirisan wang untuk rakyat?

Apabila nilai berubah, kemanusiaan juga berubah daripada kedudukan tinggi kepada rendah. Perihal mengaut kemewahan peribadi bukanlah cerita aneh. Ini berlaku dalam masyarakat dan semua pihak termasuk rakyat seolah-olah sudah menerima hakikat bahawa perkara ini adalah biasa. Apabila kita menerima nilai-nilai buruk begini sebagai biasa, kisah-kisah menggelapkan wang berjuta-juta ringgit tidak lagi memberi kejutan.

Mendapat kekayaan yang luar biasa bukan lagi perkara luar biasa dalam masyarakat kita. Maknanya secara sedar atau tidak, kita sudah menerima sebagai satu nilai dalam masyarakat. Kita sudah tidak mempedulikan yang "luar biasa" kerana ia sudah menjadi perkara biasa. Orang pun sudah tidak mempersoalkan dari mana sumber pendapatannya yang tiba-tiba menjadi kaya yang luar biasa. Kita dan masyarakat sebenarnya yang menjadi pemangkin nilai kebendaan berkembang dan memusnahkan nilai-nilai manusia yang asas seperti amanah, telus dan bertanggungjawab.

Jadi, apalah sangat mengutip syiling dan mengaut beras di atas lebuh raya kalau dibanding sikap tidak amanah "mengaut" wang berjuta-juta bukan miliknya? Adakah kita masih bertegas bahawa mengaut beras dan mengutip syiling itu sahaja yang tidak berperikemanusiaan?

Saturday, February 26, 2011

Kampung Boy....Main tuju tin/selipar




Antara sukan yg lebih kurang sama dengan main tuju kotak rokok tadi ialah main tuju tin, tuju selipar dan juga getah. Tin akan disusun berbentuk seperti piramid. Dua team akan berentap, Team A akan tujukan bola bagi jatuhkan tin,..manakala Team B pula dengan menggunakan bola(bola tenis) tadi akan membaling(membunuh) semua ahli Team A agar tidak dapat membina piramid tin tadi. Teringat juga ketika nak membahagi-bahagikan team, dimana dua orang yang dilantik sebagi ketua Team A dan B akan membawa seorang pemain sambil nyanyikan lagu,..
"Anggur dan Limau, Hijau Merah, Hendak Ke Saya, Mari sebelah"..

Kampung Boy....(main tuju kotak rokok)


Apa saja boleh dijadikan permainan masa zaman tahun 70an. Teringat juga dulu, ada main tuju kotak rokok. Kotak rokok dulu buatnnya tak sama macam sekarang. Ianya macam kotak mancis, iaitu ada tempat simpan rokok yang boleh disorong-tarik untuk ambil atau simpan rokok. Antara jenama yang top masa tu adalah Gold Leaf, 555, Benson & Hedges, rokok tembak.kotak-kotak rokok itu dilipat rapat-rapat, diletakkan atas sejenis kotak lain yang dijadikan para. Para pemain akan menggunakan kasut/selipar untuk tuju/baling ke arah para itu.

Thursday, February 24, 2011

Kampong Boy.....(tangkap kumbang)

Kebanyakkan rumah kampung dulu-dulu adalah terdiri dari rumah papan setingkat. Bahagian bawah rumah kebanyakkannya adalah ruang kosong. Kumbang suka membuat sarangnya pada kayu/alang atau gelang geta bahagian bawah rumah. Satu cara untuk menangkap kumbang ialah dengan menggunakan kain buruk pada lubang kumbang itu dimana sebelumnya kita akan mengetuk kayu tersebut hingga keluar. Setelah kumbang ditangkap dikatkan kumbang itu bersama kain pada botol kaca. Kemudiannya kita tekap/telungkupkan kumbang itu pada tong mingak tanah. Keluarlah bunyi kumbang yang sedap tu.

What A Wonderful World....

Kampung boy....(Main Gasing)..


Bab buat gasing, aku memang tak terrer. Aku beli yang dah ready made dari kedai. Terdapat juga beberapa orang kawan aku yang pandai buat gasing serta talinyanya yang dipintal. Selalunya kawan aku belajar daripada ayah depa. Cari pokok kayu yang tahan lasak dan mampu mengeluarkan bunyi dengung bila berpusing. Antara kayu yang dimaksudkan adalah kayu baru, komoi dan jambu.

Kampung Boy ....(Mandi Ban Sungai)...


Masa nih, kebanyakkan budak kampung terdiri dari yang belum baligh atau masuk jawi. Jadi apa lagi,..kalau tak ada orang perempuan yang lalu-lalang, maka pakai mandi berbogel. buat stail terjun macam-macam. Biasa juga main kejar-kejar itik ataupun cari siput pedaya.

Kampung Boy...(tahan taut)

Sejenis alat menangkap ikan di bendang ketika tanaman padi baru hendak membesar ialah "Taut". Taut diperbuatan daripada buluh yang diraut, membengkok pada hujungnya dan rencong tajam pada satu hujung yang lagi. Pada hujung yang bengkok diikatkan tali tangsi dan mata kail. Selalunya taut dibuat dengan jumlah yang banyak. Terlebih dahulu kita hendaklah mencari umpan katak bendang yang boleh didapati dalam petak sawah ataupun digigi ban sungai. Taut bersama umpan kemudiannya dipacakkan di bahagian-bahagian batas bendang berhampiran lubuk ikan. Selalunya kita akan mendapat ikan haruan yang sukakan umpan katak. Kekadang malang juga kerana umpan katak amat digemari oleh ular air. Maka masa hendak mengutip taut, perlu berhati-hati.

Wednesday, February 23, 2011

Duet paling top

Taktik Pelacur Cina

KUALA LUMPUR: “Saya tidak mungkin cintakan dia kerana usia ‘suami’ sebaya dengan ayah kandung saya di Guangzhou, China. Malah, saya tidak pernah ingin tahu nama penuhnya,” katanya seorang pekerja spa di Bukit Bintang yang hanya mahu dikenali sebagai Qee, 20.

Dia mendakwa berkahwin dengan lelaki tempatan terbabit pada Jun tahun lalu hanya membolehkan dia tinggal lebih lama di negara ini tanpa perlu bimbang diberkas pihak Jabatan Imigresen atau polis.


“Jika ditahan, saya akan menunjukkan dokumen perkahwinan dengan lelaki tempatan, sekali gus saya tidak akan ditahan serta dilayan seperti pendatang asing selain dihantar ke depoh tahanan sementara.

“Berbanding gadis warga asing lain dari Indonesia atau Thailand, kami lebih bijak kerana mempunyai pasport sah memasuki negara ini. Perbuatan itu lebih berisiko berbanding kami yang sebelum ini berulang alik memasuki Malaysia menggunakan visa pelancong,” katanya.


Ditanya bagaimanapun perkahwinan terbabit boleh berlangsung, dia tanpa berselindung memberitahu diperkenalkan seorang rakan kepada ‘suaminya’ yang berusia 50-an dan sudah berkahwin. “Semuanya diuruskan mereka sebelum saya dibawa ke pejabat kerajaan untuk mendaftarkan perkahwinan itu. Agak melucukan apabila saya berpura-pura mesra dan kami saling mengenakan pakaian tradisional sebelum merakam gambar perkahwinan di sebuah studio perkahwinan di Jalan Pudu, di sini,” katanya.

Uji Rashid

Hail Amir

Tuesday, February 22, 2011

Fesyen Pakaian 70an

Zaman 70an, masa tuh..tengah top seluar baggy, kasut tapak tinggi serta pakai baju buka dada serta rantai gigi harimau Hail Amir. Bagi kaum wanita, tak tahulah sangat, tapi takada fesyen tudung-tudung seperti sekarang. bagi budak-budak blues/rock pula, pakai jeans/stone wash dengan kameja t shirt putih serta kasut panda (macam kumpulan Kembara) pun dah kira hebat dah. Teringat juga NYA PIEE, guna die, cat baju ALICE COOPER, BAD CO. dsbnya. Tak lama selepas tu, mungkin awal 80an, ada fesyen kasut sotong serta stokin belang pulak dah.

Buat seluar potong kat Tukang Jahit Sin Bee, SIMPANG KUALA ataupun EVERYBODY, dekat Masjid Zahir. Bila dapat buat seluar sendiri, rasa megah.

"DAOH"

"Daoh" adalah satu gelaran yang digunakan oleh orang-orang sebelah utara kepada mana-mana individu yang berperangai pelik daripada orang lain, samada daripada pakaian atau tingkah laku. Dulu-dulu, biasa jugak kedengaran kat stesen Bas ALOR SETAR lama, kalau jumpa mad-mad belia mana yang datang dari PENDANG atau KUALA NERANG, kita akan panggil depa "daoh PENDANG" atau "daoh KUALA NERANG".

Monday, February 21, 2011

Pondan Siam

"Darai" rupanya...

'Second wife' turns out to be a transvestite

Kuala Lumpur (The Star/ANN) - A 35-year-old Malaysian woman spoke about her heartache when she found out that her husband's "second wife" was a transvestite.

Known only as Sara, she told Malaysian newspaper Metro Ahad in Kuala Lumpur that her husband had initially told her that he had remarried in Thailand about 18 months ago.

Sara, who has two children after five years of marriage, said she was devastated about her husband's new "wife" but decided to accept the situation.

However, she was stunned when she received a telephone call from a religious officer one day that her husband had been caught for khalwat.

"On the night that I got the call, he was supposed to be at the home of the 'second wife'. So, I thought he was keeping yet another woman," Sara said.

However, the enforcement officers told her that her husband had been detained with a transvestite.

Sara's husband eventually admitted that he never had a second wife.

"He had merely made up a story about remarrying so that I wouldn't question his whereabouts.

"He even told me that the transvestite had treated him better than I did," she said.

Sunday, February 20, 2011

Ulama seru henti pembunuhan

Ulama seru henti pembunuhan

TRIPOLI 20 Feb. - Para ulama dan ketua kabilah Libya menggesa pasukan keselamatan negara ini menghentikan pembunuhan orang awam dalam kekacauan yang tercetus ekoran protes yang semakin meningkat mencabar kuasa pemimpin veteran, Muammar Gaddafi dengan angka korban dilapor mencecah 200 orang.

Pasukan keselamatan Libya menembak mati berpuluh-puluh penunjuk perasaan antikerajaan di bandar raya Benghazi, timur negara ini dalam keganasan terbaru malam tadi, lapor stesen televisyen Al-Jazeera.

Pertumpahan darah itu mendorong kira-kira 50 ulama dan ketua kabilah mengeluarkan rayuan kepada pasukan keselamatan, selaku orang Islam, supaya menghentikan pembunuhan.

"Rayuan penting ini datang daripada para ulama, golongan cendekiawan dan ketua-ketua kabilah dari Tripoli, Bani Walid, Zintan, Jadu, Msalata, Misrata, Zawiah serta pekan dan bandar lain di kawasan barat.

"Kami merayu kepada setiap Muslim, yang menganggotai rejim atau membantunya dengan apa cara, supaya menyedari bahawa pembunuhan orang awam diharamkan oleh Pencipta kita dan oleh Nabi-Nya yang dikasihi...Jangan bunuh saudara seagama kamu. HENTIKAN pembunuhan beramai-ramai SEKARANG!", menurut rayuan itu.

Pertubuhan hak asasi manusia, Human Rights Watch mengesahkan 104 orang terbunuh dalam tempoh tiga hari lalu apabila pasukan keselamatan menggunakan kekerasan untuk menghentikan protes yang meniru pemberontakan rakyat di Mesir dan Tunisia.

Akhbar Britain, Independent hari ini melaporkan, angka kematian di Benghazi, bandar raya kedua terbesar di Libya, mungkin setinggi 200 orang.

"Berpuluh-puluh orang terbunuh. Kami sedang menyaksikan pembunuhan beramai-ramai di sini (Libya)," kata seorang saksi.

Benghazi dan kawasan sekitarnya menjadi fokus kekacauan tetapi laman rangkaian sembang sosial turut melaporkan berlaku pertempuran kecil di ibu negara, Tripoli dan bunyi tembakan di bandar Nalut, ke barat, malam tadi.

Al-Jazeera hari ini melaporkan sebilangan anggota pasukan keselamatan yang ditangkap oleh penunjuk perasaan dipercayai warga asing yang diupah oleh pihak berkuasa.

Stesen itu sebelum itu berkata, sekurang-kurangnya 15 orang maut apabila pasukan keselamatan melepaskan tembakan ke arah penduduk yang menghadiri pengebumian seorang penunjuk perasaan. - Reuters

Bakat Besar

Fears of "catastrophe"

More Libya fighting amid fears of 'catastrophe'

Supporters of Libyan leader Moamer Kadhafi kiss his picture during a pro-government rally in Tripoli. The death toll has topped 100 from an iron-fisted crackdown on anti-government protests in east Libya, Human Rights Watch have claimed.

CAIRO (AFP) - – Anti-regime protests spread closer to the Libyan capital on Sunday and new fighting erupted in the flashpoint city of Benghazi, as Human Rights Watch said it feared a catastrophe with more than 100 people dead in an iron-fisted crackdown.

Witnesses told AFP by telephone that security forces clashed with anti-regime protesters in the Mediterranean city of Misrata, 200 kilometres (120 miles) from Tripoli.

Demonstrators were on the streets there to show support for residents of Benghazi, 1,000 kilometres from the capital, who have endured the brunt of a crackdown in eastern Libya, they said.

The witnesses said Libyan security forces backed by "African mercenaries" had been shooting into the crowds "without discrimination."...........

Perjalanan Takdir yang menakjubkan


Pada suatu hari sepasang suami isteri sedang makan bersama di rumah mereka. Sedang mereka makan, kedengaran pintu rumah mereka diketuk ole seseorang. Si isteri telah membuka pintu dan dilihatnya seorang lelaki meminta sedekah. Si isteri merasa terharu dan dia bermaksud hendak memberikan sesuatu. tetapi sebelumnya dia bertanya dahulu kepada suaminya, "Wahai suamiku, bolehkah aku memberikan makanan kepada pengemis ini?"

Alangkah sedihnya hati si isteri apabila mendengar jawapan daripada suami yang dicintai yang telah menjawab, "Tidak usah! Usir saja dia, dan tutup kembali pintu!" Dengan kuasa Allah, pada suatu ketika si suami yang menjalankan perniagaan telah mengalami kerugian yang teruk dan menderita kerana banyak hutang, sehingga rumahtangga mereka porak peranda.

Akhirnya rumahtangga mereka musnah akibat berlaku perceraian. Tidak lama setelah itu bekas isterinya berkahwin lagi dengan seorang pedagang di kota. Dikisahkan, pada suatu hari ketika ia sedang makan bersama suaminya (yang baru), tiba-tiba ia mendengar pintu rumahnya diketuk orang. Setelah dibuka pintu ternyata tamu tak diundang itu adalah seorang pengemis yang sangat mengharukan hati wanita itu. Maka wanita itu berkata kepada suaminya.

"Wahai suamiku bolehkah aku memberikan sesuatu kepada pengemis ini?" Suaminya menjawab, "Berilah makan kepada pengemis itu." Setelah memberi makanan kepada pengemis itu isterinya masuk ke dalam rumah sambil menangis.

Suaminya dengan perasaan hairan bertanya kepadanya, "Mengapa engkau menangis? Apakah engkau menangis kerana aku menyuruhmu memberikan daging ayam kepada pengemis itu?" Wanita itu menggelengkan kepalanya, lalu berkata dengan nada yang sedih dan sambil terisak-isak menahan tangis, "Wahai suamiku, aku sedih dengan perjalan takdir yang sungguh menakjubkan hatiku.

Tahukah engkau siapa pengemis yang ada di luar itu? Dia adalah suamiku yang pertama dahulu." Mendengar keterangan isterinya sede
mikian, sang suami sedikit terkejut, tetapi segera ia pula bertanya "Dan tahukah engkau siapa aku yang kini menjadi suamimu ini? Aku adalah pengemis yang dulu diusirnya...!"

Begitulah kisahnya, saudara-saudaraku, maka berikan sesuatu itu kepada yang haqnya. Usahlah suka menghina dan mencaci sesama kita, terutama yang kurang bernasib baik. Allah itu MAHA KUASA

Reaksi kes isteri orang asli selamatkan suami dari dibaham harimau

Saturday February 19, 2011

Selfless love of a wife saves man from tiger


I WOULD like to thank The Star for reporting on an orang asli man who escaped from a tiger.

I hope we will all see the real story, the reality, behind “the man who escaped the tiger”. And that is “the woman who saved her husband from a tiger”.

On a beautiful day, Valentine’s Day, we have this report of a woman, the wife, who bravely rushed at the tiger with only a ladle in her hand to save her husband. What an example of love!

I am not sure how many of us would have the courage, born from the love of another, to do such an act.

Love comes in many forms, from “eros” (physical/sexual) to “phileo” (friendship) and the highest form “agape” (selfless love). Often we as a society are focused on eros or phileo.

This beautiful woman illustrates for us agape or selfless love. Without thought for her own safety or her life, she was prepared to lose all for the one she loved.

Often we overlook this great gift of love that many women give to their spouse or children. She is a true gem among persons and deserves our respect and admiration. More importantly we need to emulate her courage and agape love. May she inspire us to face the many “tigers” of adversities that our nation is facing – corruption, racism, etc.

May we as simple ordinary persons, like her, use our limited power to overcome them. Please note that I think the tiger was just being a tiger and should not be shot.

So let’s remember this woman (hope we can find out her name) as the “wife whose selfless love for her husband enables her to face tiger”. And may the magnitude of this selfless act give us courage.

DATUK Dr AMAR-SINGH HSS,

Ipoh.

Friday, February 18, 2011

Laksa..oh laksa

Saja nak bercerita tentang laksa nih,..sebab semalam pun dah pekena laksa Telok Kechai...yang ada sambai nyok tu....daun putat..memang tipikal laksa kedah. Dulu-dulu pun semasa kenduri arwah kat kampung keriang pulau, biasa makan laksa nih. Kalau kita budak-budak makan laksa berkuahkan "toyu"(kicap) pun sedaplah jugak. Pucuk putat kat belakang rumah aku dulu memang ada. Buah putat pun juga sedap dibuat ulam.

Laksa sate Simpang Empat Kangkung

Hidup akan menjadi lebih bahagia apabila suasana keliling juga dalam keadaan tenang, nyaman dan menyedapkan mata memandang sehinggakan kita kadang kala menjadi alpa pada hakikat hidup yang bermula dari kampung setelah berada di tempat baru.

Demikianlah perasaan yang saya rasakan semasa menyusuri jalan lama dari Alor Setar ke Bakar Arang, Sungai Petani, Kedah dalam perjalanan ke rumah Kak Roziah Mat, pembaca setia majalah WANITA.

Sebaik kereta bergerak meninggalkan pejabat Utusan, saya meminta Ismail Kamadin jurugambar di Utusan Alor Setar mengikut jalan lama tidak melalui lebuh raya seperti kebiasaannya.

Lama saya tidak melalui jalan lama Alor Setar - Butterworth dan melihat tali air Wan Mat Saman serta pekan-pekan kecil sepanjang laluan tersebut.

Saya kagum dengan perubahan yang berlaku sepanjang jalan itu terutama melihat tali air yang semakin dijaga rapi, juga bangunan kedai yang lebih teratur dan tersusun. Jalan-jalannya juga sudah elok bertar memudahkan pergerakan kenderaan yang bertali arus setiap waktu.

Lima belas minit bergerak Ismail bertanya sama ada saya hendak singgah di pekan nat (pasar lambak siang hari) di Simpang Empat Kangkung. Saya terus bersetuju sebab sudah lama tidak pergi ke pekan nat. Di mata saya terbayang macam-macam yang dijual termasuk kuih-muih tradisional yang lazat.

"Kita makan laksa sate," kata Ismail tersenyum mencadang.

Saya berpaling kepadanya sambil mengangguk. Laksa sate? Penah dengar tetapi belum merasa. Menarik itu fikir saya. Dua kali berpusing, kami mendapat satu ruang meletak kereta di hadapan sebuah kedai perabot.

Ramainya orang! Saya berjalan di celah-celah gerai yang dibina menggunakan khemah dan juga meja yang diletakkan pangkin dan kain pelindung cahaya. Suara riuh kedengaran diselangseli dengan tawar menawar.

Buah-buahan melimpah ruah, durian, manggis, rambutan, duku langsat, sayur-sayuran berlambak-lambak dijual dengan harga yang sangat murah.

Saya berhenti melangkah sebaik ternampak buah kerkup, sejenis buah menyerupai buah Melaka yang menjadi kegemaran saya semasa kecil. Memang susah mendapat buah ini kecuali di pekan nat. Dulu di kampong arwah tok wan saya sebelah ibu, pokok buah ini ada di hadapan rumah.

Setiap hujung minggu dan cuti sekolah kami akan balik ke rumah tok wan untuk mencari buah kerkup dan buah keranda (mungkin ada yang tidak pernah dengar dan lihat). Buah-buah ini memang susah dapat pada masa ini.

"Selepas makan laksa sate kita beli buah ini," kata Ismail seperti faham saya teringin memakannya sambil terus berjalan menghala ke gerai menjual laksa sate.

Memang ramai pelanggan. Tentu sedap seperti kata Ismail. Saya memilih bangku panjang daripada kayu yang agak terbelakang. Pada bahagian itu terdapat peniaga ikan dan makanan basah. Terjerit-jerit mereka mencari pelanggan.

Ismail menempah laksa sate dan minuman. Di depan kami ada sebuah bekas plastik berisi cili padi dan telur rebus.

"Nak sedap lagi tambah cili padi dan telur rebus," Ismail mencadang.

Tidak sampai lima minit laksa sate sampai. Seperti sangkaan saya, laksa yang dicampur dengan kuah sate dan isi sate di atasnya. Memang menyelerakan. Terliur saya dibuatnya! Sayangnya keseronokan saya hendak menikmati laksa sate terbantut sebab saya tidak makan ayam kerana sate yang dihidangkan adalah sate ayam.

Tapi kerana laksa menjadi kegemaran, saya ketepikan ayam dan tambah cili padi dan telur rebus ke dalam laksa…. aduh memang sedap betul.

Di sebelah saya seorang wanita yang saya panggil kak long turut sama menikmati laksa sate. Usianya dalam 60-an. Saya bertanya khabar dan mencungkil rahsia dia datang ke situ.

"Kakak memang tiap hari Khamis mai sini makan laksa sate. Sudah kenyang baru jalan-jalan membeli keperluan dapur.

"Kalau seminggu tak mai macam tak sempurna hidup," katanya bergurau.

Kata kak long bukan setakat makan laksa sate tapi dapat juga beli ikan, sayur dan keperluan dapur lagipun di pekan nat harga barang murah berbanding pasar dan kedai runcit.

Terkilan tidak dapat bercerita lama dengan kak long sebab masa mencemburui kehadiran saya di pekan nat tersebut. Lagipun kami ada misi yang hendak dilaksanakan.

Kagum dan bangga

Selesai makan kami beredar dan kembali ke gerai menjual buah kerkup itu. Murah sahaja harganya, selonggok RM3 boleh dimakan oleh 10 orang, bayangkan banyaknya.

Begitulah bezanya membeli barang di bandar dan di luar bandar. Membezakan keadaan hanya kedudukan seseorang dan wang ringgit. Namun perbezaan itulah yang menjadikan manusia lebih berhati-hati dalam hidup mereka.

Pengalaman makan laksa sate memang menarik. Sebab walaupun berasal dari Kedah, ini kali pertama saya tahu tentangnya. Malu juga rasanya!

Tapi saya pasti ramai lagi orang Kedah yang tidak tahu tentang laksa sate istimewa ini. Cadangan saya, kalau ada masa, jemputlah ke pekan nat Simpang Empat Kangkung untuk makan laksa sate.

Amat seronok sekali perjalanan saya kali ini setelah sekian lama tidak melakukan tugasan luar. Terasa lapang fikiran menyaksikan semua perkara yang pernah saya lakukan semasa mula-mula jadi wartawan dulu.

Perjalanan itu bukan setakat kenangan buat saya tetapi pengajaran yang berguna untuk saya terus menulis. Semuanya menjadikan saya lebih bersyukur dengan apa yang dianugerah Allah SWT sepanjang hidup ini.

Seperti yang saya katakan terdahulu, hidup ini akan menjadi lebih membahagiakan kiranya suasana keliling juga tenang , nyaman dan sedap mata memandang, begitulah yang saya rasakan.

Menutup kata, sepatah kata buat renungan bersama: Jangan sia-siakan waktu bahagia itu untuk sesuatu yang hanya akan menjadikan anda menderita dan sengsara.

Salam

>>> (sumber : Utusan Malaysia)

Ayag Menet

..Cerita ais ketui yang dibubuh habuk kayu olah Abang Man Haron tu memang membangkitkan nostalgia. Lebih-lebih lagi jika teringatkan bulan posa. Ada satu perkara yang cukup sinonim dengan ais ketui tuh, iaitu "Ayag Menet". Dulu GeraiPak Long PIEE ada jual. Ada macam-macam perisa, soda, sarsaparila dsbnya. Bila bulan posa, beli ais ketul masukkan air menet ,...fuhh..enak tak terkata. Tudung botoi ayag menet pula dikumpul untuk main Dam Aji.

Pulut Ikan Kering

Baru tadi aku bersarapan pulut ikan kering di Medan Selera Alor Merah. Sememangnya aku tidak lepaskan peluang untuk menjamah hidangan ini setiap kali balik kampung. Pagi semalam, aku anak beranak dah pekena nasi lemak Royale, dekat pekan Rabu, sambil terkenangkan tulisan Abang MANHARON tentang cerita panggung ROYAL. Panggung ROYAL telah dirobohkan dan dibina ALOR RIA. Nampak macam malap aje tempat nih. Alangkah bagus kalau dibuat hotel, fikir aku.

Berbalik cerita tentang pulut, memang menjadi kesukaan kebanyakkan orang di negeri-negeri yang mempunyai sawah padi. Dulu aku juga pernah makan pulut ikan kering nih ketika pergi bertugas di KOTA BHARU, KELANTAN. Selain daripada itu, pulut juga boleh dimakan dengan mempelam siam dan juga durian. Dulu-dulu orang jamu tetamu dengan cara inilah ketika buat kienduri arwakh kecil-kecilan atau ketika mengadakan mesyuarat kenduri kahwin.

Ziarah Orang Sakit/Kematian

Sememangnya hidup dalam sebuah kampung dahulu terdiri daripada saudara-mara kita belaka. Jika kita selidiki semuanya mempunyai pertalian antara satu sama lain. Misalnya dihujung kampung terdiri daripada keluarga si polan A, ditengah kampung terdiri daripada keluarga/saudara mara si polan B, begitulah letaknya dihujung kampung satu lagi. Selain daripada itu kekadang terdapat keluarga yang mempunyai saudara mara di kampung jiran, misalnya kampung Tok Seron ataupun Selarong Lalang. Sungguhpun dulu, belum ada perkhidmatan telefon atau telefon bimbit seperti sekarang, jika ada saudara mara yang sakit, meninggal dunia, masuk hospital, bersalin dan sebagainya, berita tersebar begitu, kunjungan daripada adik-beradik ataupun orang-orang kampung tidak pernah kunjung padam. Aku masih ingat juga ketika arwah ayah mengalami sakit teruk dan sedang nazak, ramai orang-orang kampung datang ziarah. Walaupun ayah seorang yang tidak dikenali ramai, namun ikatan kekeluargaan dan hidup bermasyarakat, mereka semua hadir menziarah. Begitulah amalan orang-oarang dulu. Cuma kekadang terfikir juga aku adakah amalan ini masih tebal ataupun telah terhakis sedikit demi sedikit, maklumlah dunia zaman sekarang kita sentiasa sibuk dan "disibukkan".

Wednesday, February 16, 2011

FB senjata berbahaya

KUALA LUMPOR- Laman sosial Facebook merupakan ruangan perkongsian perasaansesama individu yang boleh menjadi senjata paling berbahaya dan kejam dalam peradaban baru manusia. Pakar Psikologi UM, Prof Madya Dr. MARIANI Md Nor berkata, tanggapan itu kerana jaringan persepsi yang salahg melalui hubungan maya itu boleh disalahtafsir."Realitinya, laman tersebut digunakan dalam mewujudkan dunia sendiri dalam memuaskan kehendak hati mereka. Kini ramai sangat yg ketagih dalam meluahkan isi hati mereka sehingga mampu dibaca oleh semua orang sehingga secara tidak sengaja mampu mengguris perasaan orang lain". Beliau berkata demikian mengulas banyak kes perceraian, pergaduhan yang berlaku gara-gara paparan melalui Facebook sejak kebelakanagan ini. Keadaan ini diburukkan lagi apabila ada individu yang terlibat membuat penilaian sendiri terhadap luahan yang dibuat oleh pasangan masing-masing tanpa ada komunikasi lisan yang sempurna. Rangsangan daripada itu menyebabkan seseorang itu menerima maklumat seadanya maklumat yang diterima walaupun ia tidak tepat atau sekadar bersifat gosip semata-mata.Ada individu yang sanggup menyamar semata-matamengorek rahsia dan menjatuhkan kredebiliti seseorang.
>>> petikan KOSMO.

Perkara Negatif tentang Fb

Sindiket guna Facebook rekrut wanita jadi keldai dadah

16/02/2011 4:12pm

KUALA LUMPUR 16 Feb. – Populariti laman sosial Facebook di Malaysia, dikesan telah disalah gunakan oleh sindiket dadah antarabangsa untuk mencari gadis-gadis tempatan bagi direkrut sebagai keldai dadah ke luar negara.

Melalui laman sosial ini, sindiket menggunakan ahli-ahli di kalangan lelaki tempatan akan mencari kenalan wanita dan memikat mereka sehingga jatuh cinta.

Wanita tempatan terdiri daripada pelbagai latar belakang termasuk pelajar, golongan profesional dan ada juga di kalangan janda akan dilayan dengan baik sekali sepanjang tempoh bercinta apabila diberikan hadiah barang-barang mewah serta dibawa melancong ke luar negara.

Setelah yakin wanita terbabit mempercayai mereka, anggota sindiket akan mengambil kesempatan itu memperdayakan mangsa untuk membawa dadah ke luar negara sehingga akhirnya tertangkap dan meringkuk dalam penjara.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN)Bukit Aman, Datuk Noor Rashid Ibrahim berkata, Facebook adalah taktik terbaru dikenal pasti digunakan oleh sindiket dadah antarabangsa untuk merekrut rakyat Malaysia bagi dijadikan keldai dadah.

“Sebelum ini, sindiket dadah antarabangsa dari Nigeria dan Iran ini menggunakan rakyat mereka untuk memikat wanita tempatan untuk dijadikan kurier dadah.

“Apabila rakyat Malaysia tidak lagi terpedaya dengan taktik itu, sindiket beralih menggunakan pendekatan baru iaitu melantik ahli-ahli sindiket di kalangan pemuda tempatan untuk mencari mangsa wanita sebagai keldai dadah melalui Facebook,” katanya pada sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Bukit Aman di sini hari ini.

Menurut Noor Rashid, taktik sindiket menggunakan lelaki tempatan untuk memperdayakan wanita melalui Facebook dikesan setelah polis menerima banyak laporan mengenai tangkapan rakyat Malaysia di luar negara pada setiap tahun.

Beliau berkata, sejak 2007 hingga tahun lalu sahaja, seramai 239 rakyat Malaysia ditangkap kerana kesalahan membawa dadah ke luar negara.

Daripada jumlah itu, katanya, 120 orang merupakan lelaki, manakala 119 orang adalah wanita yang berusia di bawah 40 tahun.

“Jumlah tangkapan rakyat Malaysia menyeludup dadah ke luar negara bagaimanapun didapati menurun pada setiap tahun iaitu 35 orang pada tahun lalu berbanding 54 orang (2009), 66 orang (2008) dan 84 orang (2007).

“Kebanyakan rakyat kita ditahan semasa menyeludup dadah ke Taiwan, Peru, Brazil, Thailand dan Argentina,” katanya sambil memberitahu tiada tangkapan rakyat Malaysia di luar negara dilaporkan setakat tahun ini. - Utusan

Tuesday, February 15, 2011

Lagi kesan buruk FB

Derita fitnah facebook

Oleh Noor Hastikah Hassan dan Nur Qhurratul Ainn Maznee
am@hmetro.com.my
E-mel Artikel Cetak Artikel Tanda Artikel Besarkan Saiz Teks Kecilkan Saiz Teks Komen Artikel

BUKIT MERTAJAM: “Saya menerima lebih 20 panggilan setiap hari sejak 2 Februari lalu daripada ramai lelaki yang meminta saya melayani nafsu seks mereka.

“Walaupun sudah puas saya mengatakan orang dicari itu bukan saya, tetapi saya masih tetap diganggu sehingga hari ini menyebabkan saya serik menjawab panggilan telefon terutama selepas tengah malam,” kata seorang wanita dikenali sebagai Fyza yang mendakwa menjadi mangsa jenayah siber.


Fyza, 25, berkata selepas tidak tahan dengan gangguan berkenaan, dia memberanikan diri bertanyakan kepada seorang pemanggil dari mana mereka mendapat nombor telefonnya dan terkejut apabila dimaklumkan ia diperoleh dari laman sosial Facebook menggunakan nama Puteri Farah.

Katanya, selepas mendapat maklumat berkenaan, dia mengambil inisiatif untuk mencari individu menggunakan nama Puteri Farah terbabit sebelum tergamam apabila melihat paparan nombor telefon serta nama samarannya di laman sosial itu.


“Ketika membuka laman sosial berkenaan pada 5 Februari lalu, saya mendapati maklumat peribadi dan gambar yang diletakkan bukan diri saya. Saya kecewa dan malu apabila nombor telefon dan nama samaran milik saya.

Hosni Mubarak Jatuh sakit

KAHERAH - Media Mesir mengeluarkan pelbagai laporan berhubung tahap kesihatan presiden Mesir yang disingkirkan, Hosni Mubarak, lapor sebuah akhbar semalam.

Kelmarin, sebuah akhbar Bahrain, Alwasat News menyatakan, Hosni kini tidak sedarkan diri. Sebuah lagi akhbar tempatan, Al Masry Al Youm pula melaporkan pemimpin tersebut tidak sedarkan diri sejak Sabtu lepas dan beliau berada di bawah penjagaan perubatan yang rapi.

Sebuah akhbar tempatan lain melaporkan Hosni jatuh sakit tetapi beliau enggan menerima rawatan perubatan.

Agensi berita rasmi Roee Nahmias semalam menafikan bekas presiden Mesir itu kini koma tetapi mengakui bahawa beliau jatuh sakit.

Bekas presiden berusia 82 tahun itu mengalami tekanan mental yang teruk dan menolak untuk dirawat walaupun beliau jatuh sakit, lapor sebuah lagi akhbar, Al-Gomhuria yang memetik beberapa sumber yang rapat dengan Hosni.

Menurut laporan tersebut, Hosni kini dipercayai berada di resort tepi pantai di Sharm el-Sheikh.

Dalam perkembangan berkaitan, Duta Mesir ke Amerika Syarikat (AS), Sameh Shoukry semalam tidak menolak bahawa kesihatan Hosni semakin terjejas ketika ditanya berhubung laporan media bahawa beliau mungkin diserang strok atau berada dalam keadaan koma.

"Saya mengikuti desas-desus dan laporan media tentang kesihatan beliau (Hosni) dan mendapat maklumat yang menunjukkan kesihatan beliau kini terjejas," kata Sameh dalam satu temu bual dengan program bual bicara Today Show terbitan NBC.

Bagaimanapun, duta berkenaan menegaskan: "Saya tidak mendapat maklumat mencukupi. Justeru saya tidak mahu membuat spekulasi tentang punca Hosni jatuh sakit."

Pada tahun lalu, Hosni berkunjung ke Jerman untuk menjalani pembedahan pundi hampedu.

Hosni meletak jawatan dan menyerahkan kuasa kepada tentera Mesir pada Jumaat lalu selepas 18 hari berdepan tunjuk perasaan anti-pemerintah.

Kepimpinan tentera yang baru telah membubarkan Parlimen dan menggantung perlembagaan negara kelmarin.

Sementara itu, pihak tentera yang memerintah negara itu selepas Hosni meletakkan jawatan meminta semua pekerja tidak melancarkan mogok dan protes di Dataran Tahrir.

Permintaan itu dianggap sebagai satu amaran sebelum pihak tentera melarang semua bentuk perhimpunan dan mogok.

Semalam, askar-askar membersihkan sampah sarap dan timbunan bangkai kereta serta khemah di Dataran Tahrir yang menjadi tempat para penunjuk perasaan berkampung sejak 25 Januari lalu bagi menuntut Hosni meletakkan jawatan. - Agensi

Monday, February 14, 2011

Rains Bring Fish to the Sawah

Looking at the parched and cracked padi fields, bereft of every drop of water during one of those spells of dry weather so frequent in KEDAH, it is difficult to beleive that these same fields will be teeming with fish as soon as the rains come. How these fish and their eggs manage to survive the heat from the sun and the burning of hay ia a mystery. The kampung people beleive that they live in the damp and deep parts of the cracks and fissures that criss-cross the mudflats. This is quite plausible as the haruan and the keli are able to live a considerable length of time wheb tken out of the water.

>>>>petikan daripada artikel Tun M(buku the WRITER)..betarikh 9 Feb 1949

Berita Menarik Perhatian

Malaysian beats tiger away to save wounded husband

KUALA LUMPUR, Malaysia – A woman in a jungle region of northern Malaysia rescued her husband from a tiger attack by clubbing the beast on its head with a large wooden soup ladle and chasing it away, police said Monday.

The tiger pounced on Tambun Gediu while he was hunting squirrels Saturday near his home in a jungle settlement of the Jahai tribe, a police official in Malaysia's Perak state said on condition of anonymity because he was not authorized to make public statements.

Tambun's 55-year-old wife, Han Besau, rushed out when she heard his screams and struck the tiger on its head with a kitchen ladle, causing it to flee immediately, the official said.

Tambun was receiving treatment at a hospital for lacerations on his face and legs. He told Malaysian media that he first tried to escape by climbing a tree, but the tiger dragged him down.

"I was terrified and I used all my strength to punch the animal in the face, but it would not budge," the New Straits Times newspaper quoted him as saying. "I had to wrestle with it to keep its jaws away from me, and it would have clawed me to death if my wife had not arrived."

Shabrina Shariff, the state's wildlife department director, told The Star daily that wildlife rangers planned to track down the tiger and chase it deeper into the jungle, where there were no human inhabitants.

Ghazal Parti Dan Wayang Kulit

Untuk hiburan waktu malam disamping majlis bersanding, bagi tuan rumah yang agak berada sikit akan mengadakan Ghazal Parti ataupun wayang Kulit. Ghazal Parti sebelah utara berbeza dengan Ghazal negeri JOHOR. Ianya dipersembahkan oleh sekumpulan ahli muzik yang memiankan lagu-lagu arab, hidustan dan juga melayu. Turut ada dalam persembahan adalah sekumpulan pondan(darai) yang menari dan juga diselang-selikan dengan lawak jenaka oleh pelawak-pelawak tempatan. Antara pelawak yang masih dalam ingatan ialah HASSAN PUTU MAYAM, SAAD BUBUR KACANG, HASSAN BOENG (KAK CHAH) dari PENDANG dan ramai lagi. kira depa ni masa tu buat sketsa macam program RAJA LAWAK Astro. Teringat Pak Nan pernah dakan majlis Ghazal Parti dirumahnya(tahun tak ingat).

Selain itu, Wayang kulit jugak mendapat tempat dikalangan masyarakat kawasan utara ketika itu. Wayang kulit Sri Asun lebih popular dari yang lain. Biasa tengok wayang kulit masa kenduri rumah Pak Choh TongKang di padang Tok Mad Sembilan.



GEDEHOK

Di satu sudut kat rumah kenduri, adanya geng "gedehok", sedang membasuh pinggan. Aku selalu mencurah bakti di segmen ini. Maklumlah, kalau nak jadi tukang masak, selalunya golongan veteran. Selain itu, aku juga akan jadi "mentara"..pelayan yang mengangkat hidangan untuk para tetamu. dapatlah tuala "Good Morning" percuma, duit bunga, rokok dan makan kuih-kuih manis...serta nasi sekampit berserta lauk..Alhamdulillah.

>>Yang bestnya jadi geng basuh pinggan nih ialah kita boleh makan lagi, bila masa kita rasa lapar(tak lapar sebenarnya pun). Tuan rumah tak leh marah. Jika ada banyak lauk-pauk yang tak habis, ianya di kumpulkan dalam satu atau dua baldi, kemudian dipanaskan semula. Esok boleh makan dengan roti benggali, buat jamu orang pereban balai.

Sunday, February 13, 2011

Geng Basuh Pinggan

..sambung lagi.

...Awal pagi, para penghuni kampung telah datang beramai untuk bergotong royong, melpah daging, membasuh, memasak hidangan, nasi, air serbat dan sebagainya. Semasa dok tengah buat kerja gotong -royong itulah, tuan rumah akan menjamu pulut dan ikan kering serta nyok, yang diistilahkan sebagai "menyorok". Pekena denga kopi "O" baru terangkat. Selain itu turut disediakan tepak sirih pinang serta daun nipah dan tembakau.

..Saat paling best, adalah sekitar jam 1100 dimana nasi kawah telah masak dan akan dipindahkan ke dalam bekas yang lain. Masa itu berebut-rebutlah untuk mengambil kerak nasi. Setelah dapat kerak nasi yang panas-panas itu, ddimakan pula dengan gulai tulang daging yang juga hampir masak, fuhh..lagilah terangkat. Kemudianya, nasi serta lauk-pauk yang lain dibawa ke bawah rumah untuk dihidangkan oleh kaum wanita yang sedia menunggu untuk menjalankan tugas yang diamanahkan.

..Setelah beberapa hidangan siapa, pihak "mentara"(geng-geng anak muda yang akan bertugas mengangkut hidangan) akan dibenarkan makan dulu kerana sat lagi depa nak kerja. Diatas balai, majlis marhaban pula telah dimulakan. Selesai marhaban, jamuan dihidangkan. Antara menu utama dalam satu talam (4 mata) - 4 jenis , iaitu: gulai tulang nangka atau rebung, daging masak kicap dengan kacang panjang(masak kecik), kurma daging(masak putih) dan jelatak atau acar buah atau buah nenas sahaja. bagai sesetengah tuan rumah yang berkemampuan, ayam masak merah turut disediakan. Minuman pula terdiri daripada air sirap atau serbat(sirap bandung).

..Sebelah petangnya pulak, bag imemeriahkan majlis diadakan pertunjukkan silat atau tomoi. Seingat aku, semasa kenduri kakak aku, diakan permainan tomoi antara Mad Poek dengan Mad Shahid.

..sambungan cerita hal kenduri

Kenapa aku asyik cerita hal kenduri? kerana sebelum nih pun telah diceritakan. Bukannya apa KENDURI KAHWIN memang menjadi nostalgia bagi aku, kerana kita dapat melihat budaya, semangat persaudaraan, tolong-menolong satu sama lain, hormat-menghormati antara golongan muda dengan yang tua, malah semuanya termasuk dan dapat kita lihat bila adanya sesuatu majlis kenduri di kampung. Amat berbeza dengan kehidupan dibandar dan malah akhir-akhir ini, norma-norma, budaya, adat resam kita hampir hilang begitu saja. Kebanyakkan kenduri kahwin menggunakan khidmat catering dan makan stail buffet.

Berbalik perihal kenduri kahwin zaman dulu, balai didirikan kerana rumah dulu-dulu tidak berupaya menampung panggilan tetamu dan lagipun berbagai acara boleh dijalankan diatas balai itu, seperti marhaban, berzanji, qatam Quran dsbnya. Membuat balai tidaklah susah, cumanya perlu menebang sebatang pokok nyok, potong jadikan tiang, susun kayu dan papan kemudian pacak tiang dan gunakan kain terpan sebagai bumbung. Teringat dulu masa kecik-kecik ketika kenduri kakak ku, aku bermain-main dan tidur di atas balai pada malam sebelum hari kenduri itu. Namun begitu, sekitar awal tahun 80an, balai telah digantikan denga pemasangan khemah dan juga adanya kerusi-kerusi meja uuntuk tetamu yang hadir makan. Majlis marhaban akan dibuat didalam rumah.

Bagi setsetengah tuan rumah, mereka akan menyembelih lembu atau kerbau pada awal esok pagi. Bagi sesetengahnya pula telah melakukan sembelihan di sebelah petang. Maka dengan berdirinya balai disitu, bolehlah diletakkan daging disitu sambil dijaga oleh beberapa orang pemuda kampung. Seronoknya anak-anak muda bila adanya kenduri, kerana maklumlah pada zaman itu mana ada hiburan sangat. Bukan semua rumah ada letrik. Lampu terpaksu goseline yang dipinjam dari madrasah.

Perihal Kenduri kahwin dikampungku..(tahun 70an/80an)

Selalunya sebulan atau 2 minggu sebelum hari kenduri, satu mesyuarat bagi membincangkan hal-hal berkaitan persiapan/penyediaan kenduri akan diadakan. Pihak tuan rumah selalunya akan memanggil Tok imam, ketua kampung, ketua-ketua tukang masak, ketua pemuda dan juga mana-mana orang yang bertanggungjawab penuh semasa hari kenduri nanti. Semasa mesyuarat itu akan diputuskan berapakah jumlah panggilan tetamu tuan rumah, jenis-jenis lauk yang akan dimasak, pembahagian tugas dsbnya. Tukang panggil akan memanggil semua jemputan di dalam kampung, manakala untuk saudara-mara, tuan rumah sendiri akan mengambil alih tugas itu.

Sehari sebelum kenduri dijalankan kerja gotong royong mendirikan balai bagi kaum lelaki, potong bawang bagi kaum wanita. Kerja mendirikan balai, memerlukan sikap tolong menolong sesama penghuni kampung. kayu atau papan akan diambil dari Setor berdekatan Madrasah. Dalam perkara ini seorang atau dua orang yang telah dilantik menjaga setor menjalankan tugas mereka. Antaranya mencatit jumlah barang seperti peralatan balai, kawah, pinggan mangkuk, sudu, garpu, talam,ketok basuh tangan, semuanya dicatit dengan sempurna. Pinjaman perlatan ini disediakan secara percuma untuk ahli kariah, memandang semua orang perlu membayar yuran pakatan. Cumanya jika pecah kena ganti. Jika rumah tidak berjauhan dengan Madrasah, kesemua barang itu akan diangkut secara berjalan kaki atau menggunakan gerek tua. Jika jauh alamatnya terpaksalah menggunakan lori.

Dipihak tuan rumah, adik-beradik yang tinggal jauh(selain dari ALOR SETAR) , akan datang menginap di rumah tuan rumah juga. Mungkin dulu, kebanyakkan saudara mara bekerja sendirisebagai pesawah. Bolehlah membantu sehingga selesai kenduri. Alhamdulilah, rapatnya pertalian saudara-mara ketika itu. Bagi pihak epngantin, terutama perempuan, tentunya bersiap mengandam dan sudah semestinya membuat pelamin (ada lampu lip-lap) di suatu sudut dalam rumah.

Wajah Suka Duka Rakyat MESIR

Friday, February 11, 2011

Hidup Dalam Ketakutan


SEREMBAN: “Hanya tuhan mengetahui ketakutan yang saya rasai apabila melihat ramai rakyat negara itu keluar sambil membawa senjata seperti parang sambil membuat kecoh menunjuk perasaan menentang Presiden mereka,” kata Fatin Fatini Mohd Mesri, 20.

Beliau antara kumpulan ketiga membabitkan 200 penuntut anak Negeri Sembilan di Mesir yang selamat tiba di bandar ini, kelmarin yang menceritakan pengalaman sepanjang krisis politik itu berlaku.


Menurut, suara orang berteriak meminta bantuan dan bunyi helikopter yang berlegar pada waktu malam menyebabkannya bersama rakan serumah ketakutan serta tidak berani untuk keluar.

“Pada waktu itu, kami sebagai penuntut perempuan amat bimbang untuk membeli makanan dan rata-ratanya terpaksa meminta pertolongan pelajar lelaki untuk berbuat demikian,” katanya ketika ditemui Harian Metro di sini, semalam.


Beliau berkata, ketika krisis berlaku juga banyak kedai ditutup dan mereka hanya dapat membeli makanan asas seperti beras, gula, tepung, telur untuk dijadikan bekalan makanan sepanjang tempoh pergolakan berlaku.


(sumber: Harian Metro)

Fear of Tumbang...


Akhirnya ketakutan yang amat sangat (greatest fear) kepada Hosni Mubarak telah menjadi kenyataan:......

Mubarak letak jawatan, rakyat Mesir berpesta

12/02/2011 3:20am

KAHERAH 12 Feb. - Presiden Hosni Mubarak akhirnya tunduk kepada desakan jutaan rakyatnya apabila meletakkan jawatan yang diumumkan oleh naib presidennya, Omar Suleiman dalam televisyen negara itu malam tadi.

“Mengambil kira ketegangan yang berlaku, presiden mengambil keputusan meletak jawatannya sebagai presiden dan Majlis Tertinggi Tentera akan mengambilalih pentadbiran negara,” kata Omar ketika mengumumkannya dalam televisyen.

Jutaan rakyat Mesir yang membanjiri Dataran Tharir dan yang mengadakan tunjuk perasaan diseluruh negara bersorak dan menari kegembiraan sebaik Omar membuat pengumuman tersebut.

Mubarak, 82, yang memerintah selama 30 tahun telah meninggalkan Kaherah bersama anggota keluarganya ke pusat percutian di Sharm el-Sheikh di Laut Merah.

Di Tunis, rakyat Tunisia turut berpesta meraikan perletakkan jawatan Mubarak selepas empat minggu mereka menggulingkan Zine El Abidine Ben Ali dari tampuk pemerintahan dengan menari dan membunyikan hon kenderaan sepanjang jalan.

Sebelum itu, satu sumber memberitahu AFP, setiausaha agung parti pemerintah Mesir, Parti Demokratik yang baru dilantik oleh Mubarak, Hossam Badrawi meletakkan jawatan. - AFP


Kata-kata Gary Moore

Dalam satu temu ramah di Switzerland, Moore menceritakan inspirasi di sebalik Still Got The Blues.

"Saya mahukan yang baru dan spontan. Saya mahu merakam album blues kerana ia muzik pertama saya sejak zaman kanak-kanak. Ia begitu dekat di hati saya," katanya. Apa yang jelas, nama Gary Moore terus berada dalam ingatan di kalangan legenda gitar hebat seperti Stevie Ray Vaughn, Randy Rhoads dan Hendrix.

Fear jalan malam

Dulu-dulu, masa kampungku belum dimasukki bekalan letrik, memang takut untuk berjalan malam untuk ke kedai atau rumah saudara. Pada lazimnya orang yang lebih tua akan menemani kita. Pernah juga dulu dimana sesetengah penghubni, jambannya di luar rumah (macam cerita Ali Baba Bujang Lapok), cucu nak membuang air besar terpaksa ditemankan oleh tok atau tok wan depa. Hmm sayangkan cucu. ...Teringat pula lagu Sweet Charity ..Jalan Malam...

"Fear" masuk ke lorong gelap...

Kekadang ketika menemani anak mandi dan bermain di taman tema air desa WaterPark, Jalan Kelang Lama, satu aktiviti yang aku begitu fear adalah menaiki terowong yang tinggi dan melalui terowong itu dengan menngunakan pelampung. Rasa "fear" bila kita belum melihat langit diatas. Rasa macam nak lemas disitu.

FEAR

Pada permulaan untuk menulis blog, aku sedang memikirkan apakah tema dan tajuk yang sesuai bagi blog aku. "Fear Of The Dark" ini adalah aku ambil dari tajuk/album kumpulan rock yang sangat aku minati, IRON MAIDEN. Apapun, perasaan "fear"(ketakutan) ada pada semua orang. Misalnya, bila tercetusnya krisis di MESIR, ibu-bapa atau penjaga anak-anak mereka yang belajar di MESIR tentunya "fear" mengenai keselamatan anak-anak mereka di sana. Mungkin istilah "fear" ini boleh kita kembangkan lagi misalnya merasa "fear" terhadap kes-kes pembuangan bayi, apakah begitu teruk merosotnya moral anak-anak bangsaku?..Kita fear, fear, fear.........setiap hari kita fear. Ayuh kita rungkai apa jua yang kita fear.

Thursday, February 10, 2011

Isu Buang Bayi (Fakta)

Tujuh lokasi popular dikenal pasti


KEADAAN mayat bayi yang ditemui selepas dibuang ke dalam sungai. - Gambar hiasan


KUALA LUMPUR - Polis semalam mendedahkan, sebanyak 517 bayi yang baru dilahirkan dibuang sejak 2005 hingga Januari tahun ini membabitkan tujuh lokasi popular.

Tujuh lokasi itu termasuk di kawasan perumahan dan tempat pembuangan sampah selain di tepi jalan, masjid, sungai, semak dan dalam tandas.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Bakri Zinin berkata, daripada jumlah itu, seramai 203 bayi lelaki, 164 bayi perempuan manakala 150 bayi pula yang tidak diketahui jantinanya.

"Bagi kes tidak dikenal pasti jantina, keadaan ini berlaku apabila mayat tersebut reput dan bedah siasat tidak dapat dilakukan," katanya kepada pemberita di pejabatnya di sini semalam.

Beliau berkata, daripada 517 bayi itu, sebanyak 230 merupakan bayi yang hidup manakala 287 pula bayi yang telah meninggal dunia.

Mohd. Bakri berkata, seramai 37 suspek telah ditangkap sejak 2005 termasuk empat orang pada Januari ini berhubung kes pembuangan bayi.

Pokok Buah-buahan kampung..

Tanah di kawasan bendang dalam kampung keriang pulau mana ada dusun durian atau rambutan. Namun begitu antara pokok buah-buahan yang aku ingati ialah Pokok Asam(Jawa) kat rumah kami, Pokok Setoi dan Sete dekat rumah tok chik cheta, pokok buah keryang dot kat rumah Pak Long Piee, Pokok mangga/mempelam dekat rumah tam kumbang berdekatan dengan jirat Cina, Pokok buah komoi, tak jauh dari rumah Pak Lang Md Khir. Waktu petang-petang, ramai jiran dok lepak bersembang kat pelenggar rumah aku. Jadi apa lagi,..buah asamlah jadi mangsa. Buat garam belacan. Fuhh bestnya. Selain itu suatu ketika dulu depan rumah aku ada pokok goncaq dan buah mertajam. Kat rumah tok haji Sharit pula ada buah sawa(ciku).

Tukang Gunting Rambut....

Kat Kampung Keriang Pulau, seingat aku..ada dua orang tukang gunting rambut. Mereka ialah Tok Ngah Ya dan Tok Lang Napiah. Tok Ngah Ya aku tidak suka kerana sikapnya yang suka marah dan menyakat orang. Maka selalunya, aku akan gunting rambut dengan Tok Lang Napiah bila rambut dah panjang. Mak aku akan tegur aku bila rambut aku dah "terajang telinga". Dia akan suruh Tok Lang gunting rambut aku bagi "pandak"(pendeklah tuh-istilah orang tua-tua dulu-dulu).

Gotong Royong Mengusung Rumah


Salah satu aktiviti gotong royong yang melibatkan ramai penduduk kampung di kampung Keriang Pulau adalah mengusung rumah iaitu mengubah rumah yang sedia ada ke tapak rumah yang baru. Mereka yang mahir dalam hal ini adalah terdiri daripada tukang-tukang rumah, dimana mereka akan mencari buloh-buloh yang besar dan panjang, kemudiannya diikat ditiang-tiang rumah. Memang ramai yang akan datang bergotong royong. Aku masih ingat terlibat dalam aktiviti ini ketika mengusung rumah In Tok Raja (bapa Man Kontiak). Masa tu semua yang terlibat dijamu makan pulut dengan masak lemak udang. Fuhh, sedapnya.

Persatuan Belia 4B Anggerik Desa

Seingat aku, pada awal tahun 1980an, Abang MAN telah menggerakkan serta menubuhkan kembali persatuan belia di Kampung Keriang Pulau ini yang dikenali dengan nama Persatuan Belia Anggerik Desa. Tujuannya adalah menghimpun anak-anak muda, belia dalam kampung dan mengadakan aktiviti-aktiviti yang berkaitan dengan belia. Seingat aku, kampung kami ada pasukan bolasepak, sepaktakraw, kumpulan nasyid dan juga pernah menghantar peserta ke pertandingan ratu cantik kebaya peringkat daerah. Tak silap aku, Yati anak Pak Nan yang jadi pesertanya. Memang aku suka betul tengok belia kampung yang aktif dalam apa juga majlis yang dianjurkan. Aku tidak tahu sama ada persatuan belia kampung masih ada lagi atau tidak. Mungkin tak ada tokoh pemimpin belia yang boleh diketengahkan.

Wednesday, February 9, 2011

See Aa(sia) mangkuk tingkat


Boleh dikatakan setiap rumah mempunyai "See Aa" atau mangkuk tingkat. Digunakan ketika bertandang ke rumah kenduri. Kita akan isikan gula ataupun beras ataupun garam untuk disedekahkan kepada tuan rumah. Sebagai balasannya, tuan rumah akan isikan nasi dan lauk-pauk kenduri" Kekadang mangkuk tingkat ini jugak dibawa ke bendang. Dahulunya dalam suatu majlis kenduri kahwain, kaum-kaum wanita ditugaskan menyiang bawang, kupas buah-buahan atau potong sayur. Kaum leaki pula ditugaskan untuk memasak nasi serta lauk pauk kenduri. Tugas menghidang lauk pulak kembali diserahkankepada kaum wanita. Bagaimanapun disebabkan kaum-kaum ibu yang membawa sia itu akan menyimpan lauk-pauk untuk habuan mereka terlebih dahulu tanpa memikirkan keperlua tuah rumah. Jika tetamu yang datang ramai, alamatnya, "gayat"lah lauk pada majlis kenduri itu.

Gambar Askar/Polis


Selalunya gambar ini diframekan dan digantung pada dinding rumah. Ketika kita berhari-raya ke rumah kawan-kawan yang abangnya berkerja Askar/Polis, kita tentunya akan terpandang gambar-gambar seperti ini. Kita pun turut merasa bangga dengan pencapaian anak kampung kita. Dan kita juga akan terdengar suara kawan bertanya, "Abang hang tak balik ka raya tahun ni?".

Bas Bagan(516)


Bas UTC yang perjalanannya pergi dan balik ALOR SETAR-BUTTERWORTH dipanggil Bas Bagan. Bas ni tidak berhenti atau mengambil penumpang yang dekat kerana dikhaskan untuk perjalanan jauh sahaja. Lain-lain bas yang melalui jalan Sungai Korok/Lebuhraya Sultan Abdul Halim adalah bas ke PENDANG, TOKAI, GURUN serta SIMPANG EMPAT. Kekadang ketika hampir nak nak raya, bas-bas menuju ke ALOR SETAR akan sentiasa penuh. Oleh itu, ada sesetengah penduduk kampung keriang pulau yang naik ke SIMPANG EMPAT terlebih dahulu dan kemudiannya bertolak ke ALOR SETAR dengan bas yang sama. Pekan SIMPANG EMPAT best jugak kerana disitu terdapat gerai Bihun Sup serta ais kacang yang sedap. Gerai itu ada hingga hari ini.

Tuesday, February 8, 2011

CINTA DI PERTENGAHAN USIA

CINTA…

DI PERTENGHAN USIA

Ada apa dengan cinta? Untuk apa kita bercinta? Untuk menjawabnya, mari kita fikirkan satu analogi, analogi cinta. Fikirkan tentang sebatang pena. Pena dicipta untuk menulis. Selagi ia digunakan untuk menulis, selagi itulah pena itu berada dalam keadaan selamat dan berguna.

Tetapi sekiranya pena itu digunakan untuk mencucuk, dicampak atau digunakan sebagai pengetuk, maka ia akan rosak. Mengapa?

Pena akan rosak sekiranya ia digunakan bersalahan dengan tujuan ia diciptakan. Ia diciptakan untuk menulis, bukan mengetuk atau mencucuk. Pena yang disalahgunakan akan rosak. Apabila rosak, ia akan dibuang ke dalam tong sampah. Ketika itu ia tidak dinamakan pena lagi. Ia dinamakan sampah!

Begitulah juga cinta. Cinta dicipta oleh Allah untuk dua insan bernama lelaki dan wanita beribadah kepada-Nya. Selagi cinta berlandaskan dan bermatlamatkan ibadah, yakni selaras dengan tujuan ia diciptakan, maka selagi itu cinta itu akan selamat dan bahagia. Sebaliknya, jika cinta itu diarahkan secara bertentangan dengan tujuan ia diciptakan, maka cinta itu akan musnah dan memusnahkan. Keindahan cinta itu akan pudar dan tercalar.

Ketika itu hiduplah kedua-duanya (suami dan isteri) dengan perasaan yang hambar dan tawar. Tanpa cinta, manusia akan “bertukar” sama ada menjadi haiwan ataupun robot yang tidak punya rasa kemanisan lagi – bukan sifat-sifat luarannya, tetapi sifat-sifat dalamannya. Hidup berumah tangga tanpa cinta umpama kapal yang belayar tanpa angin. Keserasiannya mudah retak. Hanya kerana kesalahan yang sedikit, perbalahan dan krisis mudah berlaku. Keadaan rumah tangga pada waktu itu boleh diumpamakan sebagai “hidup segan, mati tak mahu”.

Memang, pada usia empat puluhan dan ke atas (dalam sesetengahnya keadaan lebih awal lagi), suami isteri akan dilanda satu krisis tabii yang dinamakan oleh pakar-pakar psikologi sebagai krisis pertengahan umur. Pada waktu itu hormon testosteron akan berkurangan seiring berlakunya beberapa perubahan yang “mengejutkan”.

Lelaki Andropaus

Kaum lelaki akan mengalami fasa andropous yang mengakibat kurang daya rangsangan seks, cepat rasa letih, perubahan emosi seperti cepat marah,cepat merajuk, mudah rasa tertekan dan “mood” yang berubah-ubah. Pada waktu inilah lelaki akan diserang oleh pelbagai rasa yang meresahkan. Antaranya ialah dia mula berasa tidak bahagia dengan hidup dan gaya hidupnya sendiri.

Manakala secara interpersonal dia mula berasa bosan dengan individu-individu yang berada di sekelilingnya. Dari sudut kerjaya dan hobi, tiba-tiba ada bidang lain yang menarik minatnya. Dia seolah-olah menjadi remaja buat kali kedua walaupun dalam keadaan tenaga dan upaya semakin menyusut.

Lelaki andropaus juga dilanda penyesalan tentang pilihan-pilihan yang telah dan pernah dibuatnya dalam hidup. Mengapa aku memilih yang ini, tidak yang itu? Sampai pada satu tahap, dia berasa marah dengan isterinya dan rasa terikat dengannya. Dan paling menggerunkan apabila mula timbul keinginan untuk menjalinkan hubungan baru. Jangan terkejut jika pada usia ini lelaki yang selama ini “pijak semut pun tak mati” pun akan berlaku curang!

Wanita Menopaus

Bagi kaum wanita pula, mereka akan mengalami fasa menopaus. Tahap ini juga melibatkan perubahan fizikal, tingkah laku, emosi dan kejiwaan. Perubahan ini boleh menghala kepada kebaikan, mahupun sebaliknya. Wanita yang mengalami fasa ini akan terdorong untuk lebih berdikari dan mandiri. Fokusnya lebih kepada keakuannya. Dia ingin memiliki kemampuan kewangan sendiri, hobi dan objektif sendiri dan pelbagai lagi yang “sendiri”. Pada waktu itu ada wanita yang mengejar kembali atau “qada” semula apa yang tidak dapat dicapainya semasa muda.

Walau apa pun krisis yang melanda diri suami dan isteri, Islam punya cara untuk menangani krisis pertengahan umur. Islam adalah agama fitrah yang mampu menghadapi perubahan dalam fitrah kehidupan berumah tangga. Selagi berpegang kepada aqidah, syariat dan akhlak islamiah lelaki andropaus dan wanita menopaus akan dapat mengawal perubahan biologi mahupun psikologi ke arah kebaikan.

Hakikatnya, siapa kita sewaktu tua dicorakkan oleh masa muda kita. Jika cinta kita dibina atas tujuan beribadah, maka tujuan itu mampu mempertahankan kita daripada landaan godaan, cabaran dan masalah yang datang bersama krisis pertengahan umur. Jika pangkal jalan kita benar, betul dan kukuh maka mudahlah kita kembali ke pangkal jalan itu apabila dirasakan ada yang tersasar di pertengahan jalan kehidupan itu.

Suami andropaus dan menopaus hakikatnya diuji dengan keegoan (ketakburan). Sama-sama ego. Cuma selalunya ego lelaki lebih terserlah, manakala ego wanita lebih tersembunyi. Ego itulah yang menyebabkan suami merasakan dirinya lebih baik, gagah dan berupaya sehingga mula menjalinkan hubungan dengan wanita lain. Ego itulah yang menyebabkan isteri mula berasa kuat dan mampu melalui kehidupan tanpa bersandar lagi kepada pandangan dan pimpinan suami. Dan ego itulah juga yang menyebabkan kedua-duanya melakukan aktiviti atau tindakan yang bertentangan dengan syariat.

Penyakit Ego

Ego dengan manusia berpunca daripada ego kepada Allah. Orang yang besar diri sebenarnya tidak mengenal kebesaran Allah. Jika Allah “dibesarkan” dalam dirinya, nescaya terasa kerdillah diri dan dengan itu seseorang manusia akan mudah berhubung dengan manusia lain. Kenal Allah juga akan membuahkan rasa cinta kepada-Nya. Dan cinta kepada Allah itulah sumber cinta kita sesama manusia. Gugurlah tiga ciri ego – berasa diri lebih baik, memandang hina orang lain dan menolak kebenaran daripada diri suami dan isteri. Dan dengan itu, mudahlah mereka berdua menghadapi krisis pertengahan umur.

Jadi, sangat penting dijaga niat dalam membina cinta dalam rumah tangga. Ia hakikatnya satu hijrah dari alam bujang ke alam perkahwinan dan hijrah itu mestilah didorong oleh niat yang baik, benar dan betul. Berniatlah berkahwin kerana Allah, kerana itulah pangkal jalan yang dapat kita susuri kembali apabila bertembung dengan masalah dalam kehidupan berumah tangga pada awal, pertengahan atau di hujungnya nanti. Ingatlah pesanan Rasulullah s.a.w. bahawa seseorang akan mendapat ganjaran atau balasan mengikut apa yang diniatkannya.

Bagaimana pula dengan pasangan yang telah terlajak? Maksudnya, mereka yang berkahwin tanpa sedikit pun terniat kerana Allah? Yang berkahwin hanya atas dorongan fitrah dan dilangsungkan atas dasar adat bukan ibadat? Perlu diingat, tidak ada istilah terlambat dalam melakukan satu kebaikan. Selagi ada nyawa di badan, maka selagi itulah kita mampu membetulkan atau memperbaharui niat dalam perkahwinan. Bertaubatlah atas niat yang salah dan sebagai gantinya, binalah niat baru yang lebih benar dan jitu.

Gelanggang Ibadah

Katakan pada diri bahawa rumah tangga ini pada hakikatnya ialah gelanggang untukku dan pasanganku serta seluruh anggota keluargaku untuk beribadah kepada Allah. Ibadah bukan sahaja terbatas kepada solat, puasa, haji, zikir dan sebagainya. Tetapi semua tugas menyelenggarakan sebuah keluarga juga dikira sebagai ibadah. Suami yang mencari rezeki yang halal, mendidik isteri, membimbing anaknya adalah suami yang sedang beribadah kepada Allah.

Begitu juga isteri yang memasak, mencuci pakaian, menjaga anak-anak ialah juga isteri yang hakikatnya sedang beribadah kepada Allah. Selagi semua anggota keluarga beribadah dan rumah tangga dijadikan gelanggang ibadah, maka akan wujudlah ketenangan, kemesraan dan kasih sayang sesama mereka.

Katakan juga bahawa rumah tanggaku akan hancur sekiranya ia tidak lagi menjadi gelanggang ibadah buat seluruh anggota keluargaku. Aku, pasanganku dan anak-anak yang bertindak bertentangan dengan tujuan kami diciptakan akan merobohkan syurga yang indah ini.

Memang pada awal rumah tangga dibina segalanya akan nampak indah. Ini kerana segala-galanya terbina di atas fitrah… Maksudnya semua manusia secara fitrahnya (instinct) inginkan cinta. Seorang lelaki inginkan kasih sayang seorang isteri dan begitulah sebaliknya. Tetapi cinta yang berasaskan fitrah sahaja tidak cukup untuk mempertahankan keharmonian dalam sebuah rumah tangga.

Fitrah perlukan syariat. Syariat itu ialah peraturan Allah. Melaksanakan syariat itulah ibadah. Syariatlah yang mengatur, menyubur dan mengawal fitrah. Allah yang mengurniakan cinta dan Allah jualah yang menurunkan syariat untuk mengawal dan menyuburkannya. Jika tidak, cinta akan tandus. Kasih akan pupus. Sama ada dalam diri lelaki andropaus mahupun wanita menopaus.

Ingatlah bahawa cinta itu adalah rasa. Ia tidak terbina oleh urat, daging dan tulang. Tetapi ia rasa yang terbina di hati. Di daerah rasa, tidak ada tua atau muda. Tidak ada permulaan, pertengahan atau pengakhiran. Di hati yang beriman, tetap ada cinta. Cinta tetap muda walaupun yang bercinta telah tua… justeru cinta itulah yang membentuk hati yang sejahtera, bekal kita ke alam syurga!