Wednesday, February 2, 2011

Fear Of The Peminta Sedekah


Semasa kita berumur 6 tahun kebawah, tentunya kita jarang dapat mengingat peristiwa-peristiwa yang berlaku kepada diri kita. Namun antara peristiwa yang tak dapat aku lupakan ialah aku seorang diri berlari naik ke rumah, tutup pintu dan mengintai dari dinding buluh beranyam kerana ada seorang peminta sedekah yang datang ke rumah aku. Peminta sedekah itu berketurunan India Muslim gamaknya, membawa karung guni berisi beras. Orang dulu selalu sedekahnya beras. Dan bila beras dah banyak bentuknya adalah seperti kepala manusia. yang aku takut sangat tuh sebabnya dulu-dulu..orang tua selalu gempaq kita bila kita menangis..."mengangislah..satgi orang gila mai potong kepala...."....hmmm senangnya orang tua dulu-dulu guna psikologi..
..teringat jugak aku si peminta sedekah itu memberi salam,..aku hanya diam tak menjawab apa-apa, maklumlah tinggal aku sorang saja kat rumah ketika itu. ..takutnya..
..tak lama kemudian si peminta sedekah itu berlalu pergi.
..

No comments:

Post a Comment