Wednesday, February 2, 2011

Main Lastik


Sebagai budak kampung, lastik memang semestinya ada dan digunakan untuk melastik burung atau apa saja binatang lain seperti biawak atau sebagainya. Kalau dah jadi budak kampung mesti terrer buat lastik. Mula sekali cari getah (rubber band), kemudian cari kulit kasut yang telah tidak dipakai. Kemudiannya cari cabang kayu bentuk "Y"...ikat sepertimana lastik. Memang best..bila pergi memburu burung-burung yang terbang rendah (bersaiz kecil). Antara burung yang pernah aku lastik adalah burung Chak Engkek, ..kecik dan terbang rendah. Burung lain seperti murai, gembala kerbau(mala kiau) serta merbah agak sukar dilastik kerana agak liar dan boleh terbang tinggi. Ada juga antara kawan-kawanku yang akan panjat pokok kelapa untuk ambil anak burung gembala dan kemudiannya terus membelanya dengan memberi makan belalang. Cara untuk menangkap belalang pula ialah dengan menggunakan bilah buluh yang hujungnya ditaruh upih pinang. Memang kreatif masa tuh. Ada juga kawan-kawan yang lastik burung chak engkek tu, kemudianya menyembelihnya dan makan.

No comments:

Post a Comment