Sunday, February 13, 2011

..sambungan cerita hal kenduri

Kenapa aku asyik cerita hal kenduri? kerana sebelum nih pun telah diceritakan. Bukannya apa KENDURI KAHWIN memang menjadi nostalgia bagi aku, kerana kita dapat melihat budaya, semangat persaudaraan, tolong-menolong satu sama lain, hormat-menghormati antara golongan muda dengan yang tua, malah semuanya termasuk dan dapat kita lihat bila adanya sesuatu majlis kenduri di kampung. Amat berbeza dengan kehidupan dibandar dan malah akhir-akhir ini, norma-norma, budaya, adat resam kita hampir hilang begitu saja. Kebanyakkan kenduri kahwin menggunakan khidmat catering dan makan stail buffet.

Berbalik perihal kenduri kahwin zaman dulu, balai didirikan kerana rumah dulu-dulu tidak berupaya menampung panggilan tetamu dan lagipun berbagai acara boleh dijalankan diatas balai itu, seperti marhaban, berzanji, qatam Quran dsbnya. Membuat balai tidaklah susah, cumanya perlu menebang sebatang pokok nyok, potong jadikan tiang, susun kayu dan papan kemudian pacak tiang dan gunakan kain terpan sebagai bumbung. Teringat dulu masa kecik-kecik ketika kenduri kakak ku, aku bermain-main dan tidur di atas balai pada malam sebelum hari kenduri itu. Namun begitu, sekitar awal tahun 80an, balai telah digantikan denga pemasangan khemah dan juga adanya kerusi-kerusi meja uuntuk tetamu yang hadir makan. Majlis marhaban akan dibuat didalam rumah.

Bagi setsetengah tuan rumah, mereka akan menyembelih lembu atau kerbau pada awal esok pagi. Bagi sesetengahnya pula telah melakukan sembelihan di sebelah petang. Maka dengan berdirinya balai disitu, bolehlah diletakkan daging disitu sambil dijaga oleh beberapa orang pemuda kampung. Seronoknya anak-anak muda bila adanya kenduri, kerana maklumlah pada zaman itu mana ada hiburan sangat. Bukan semua rumah ada letrik. Lampu terpaksu goseline yang dipinjam dari madrasah.

No comments:

Post a Comment