Sunday, February 13, 2011

Perihal Kenduri kahwin dikampungku..(tahun 70an/80an)

Selalunya sebulan atau 2 minggu sebelum hari kenduri, satu mesyuarat bagi membincangkan hal-hal berkaitan persiapan/penyediaan kenduri akan diadakan. Pihak tuan rumah selalunya akan memanggil Tok imam, ketua kampung, ketua-ketua tukang masak, ketua pemuda dan juga mana-mana orang yang bertanggungjawab penuh semasa hari kenduri nanti. Semasa mesyuarat itu akan diputuskan berapakah jumlah panggilan tetamu tuan rumah, jenis-jenis lauk yang akan dimasak, pembahagian tugas dsbnya. Tukang panggil akan memanggil semua jemputan di dalam kampung, manakala untuk saudara-mara, tuan rumah sendiri akan mengambil alih tugas itu.

Sehari sebelum kenduri dijalankan kerja gotong royong mendirikan balai bagi kaum lelaki, potong bawang bagi kaum wanita. Kerja mendirikan balai, memerlukan sikap tolong menolong sesama penghuni kampung. kayu atau papan akan diambil dari Setor berdekatan Madrasah. Dalam perkara ini seorang atau dua orang yang telah dilantik menjaga setor menjalankan tugas mereka. Antaranya mencatit jumlah barang seperti peralatan balai, kawah, pinggan mangkuk, sudu, garpu, talam,ketok basuh tangan, semuanya dicatit dengan sempurna. Pinjaman perlatan ini disediakan secara percuma untuk ahli kariah, memandang semua orang perlu membayar yuran pakatan. Cumanya jika pecah kena ganti. Jika rumah tidak berjauhan dengan Madrasah, kesemua barang itu akan diangkut secara berjalan kaki atau menggunakan gerek tua. Jika jauh alamatnya terpaksalah menggunakan lori.

Dipihak tuan rumah, adik-beradik yang tinggal jauh(selain dari ALOR SETAR) , akan datang menginap di rumah tuan rumah juga. Mungkin dulu, kebanyakkan saudara mara bekerja sendirisebagai pesawah. Bolehlah membantu sehingga selesai kenduri. Alhamdulilah, rapatnya pertalian saudara-mara ketika itu. Bagi pihak epngantin, terutama perempuan, tentunya bersiap mengandam dan sudah semestinya membuat pelamin (ada lampu lip-lap) di suatu sudut dalam rumah.

No comments:

Post a Comment