Friday, September 24, 2010

NAK JADI VIC MORROW

Siri tv "COMBAT" yang ditayangkan sekitar tahun 70an, cukup menambat hati kanak-kanak pada zaman itu. Kisah perang antara AMERIKA dengan JERMAN. Antara barisan pelakon adalah Rick Jason(Lft. HENLEY), Vic Morrow (Sjn Saunders), Cage, Kirby, Little John, Doc..dan lain-lain lagi. Masa tu..kalau dok kampung, waktu cuti sekolah..mainlah perang-perang(Combat nih)..guna senapang kayu dan berpelurukan bemban. Masa tu..senapang buat sendiri, ....begitu kreatif..dan ada yang buat senapang hampir menyerupai senapang betul. Masa main, kebanyakkannya ramai kekawan mahu menjadi VIC MORROW, dan lain-lain askar AMERIKA yang lain. Maka, yang selebihnya..memang akan pegang watak/kumpulan JERMAN yang digambarkan sebagai "jahat". masuk dalam hutan, panjat pokok, terjun sungai,..best waktu itu. Dari pagi dah keluar main, tengahari balik makan kejap, kemudian sambung balik hinggalah ke waktu senja...Pernah juga terkena kaca pinggan mangkuk yang dibuang ketika main kejar-kejar dengan kawan. Jika diadaptasi ke zaman sekarang, main perang-perang atau Combat nih..telah dijadikan sukan "paintball". demikian adanya.

No comments:

Post a Comment