41) Hadiah Terbaik :
Kepada kawan -      Kesetiaan
Kepada musuh - Kemaafan
Kepada ketua - Khidmat
Kepada      yang muda - Contoh terbaik
Kepada yang tua - Hargai budi mereka dan      kesetiaan.
Kepada pasangan - Cinta dan ketaatan
Kepada manusia -      Kebebasan
42) "Berfikir secara rasional tanpa dipengaruhi oleh naluri atau emosi merupakan satu cara menyelesaikan masalah yg paling berkesan"
43) "Hiduplah seperti lilin menerangi orang lain, janganlah      hidup seperti duri mencucuk diri dan menyakiti orang lain."
44)      "Dunia ini ibarat pentas. Kita adalah pelakonnya. Maka
berlumba-lumbalah      beramal supaya hidup bahagia di dunia dan akhirat"
45) "Akal itu      menteri yang menasihati, Hati itu ialah raja yang
menentukan, Harta itu      satu tamu yang akan berangkat, kesenangan itu satu masa yang ditinggalkan"      .
46) "Selemah-lemah manusia ialah orang yg tak boleh mencari sahabat dan orang yang lebih lemah dari itu ialah orang yg mensia-siakan sahabat yg telah dicari"
47) "Cakap sahabat yg jujur lebih besar harganya      daripada harta benda yg diwarisi dari nenek moyang"
48) "Ingatlah,      sabar itu iman, duit bukan kawan, dunia hanya pinjaman dan mati tak ber      teman.."
49) "Lidahmu adalah bentengmu, jika anda menjaganya maka ia akan menjagamu, dan jika anda membiarkannya maka ia tidak akan mempedulikanmu"
50) "Orang yg paling berkuasa adalah orang yg      dapat menguasai dirinya sendiri"
51) "Seseorang menganggap sekatan      sebagai batu penghalang, Sedangkan orang lain menganggapnya sebagai batu      lonjatan."
52) "Kalau kita melakukan semua yang kita upaya lakukan,      sesungguhnya kita akan terkejut dengan hasilnya."
53) "Kita selalu      lupa atau jarang ingat apa yang kita miliki, tetapi kita sering kali ingat      apa yang ora ng lain ada."
54) "Apa yang diperolehi dalam hidup ini,      adalah sepenuhnya daripada apa yang kita berikan padanya."
55) "Fikirkan hal-hal yang paling hebat, Dan anda akan menjadi terhebat. Tetapkan akal pada hal tertinggi, Dan anda akan mencapai yang tertinggi."
56) "Dunia ini tiada jaminan melainkan satu      peluang."
57) "Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula ke pada Ilahi."
58) "Rahsia kejayaan hidup adalah      persediaan manusia untuk menyambut kesempatan yang menjelma.."
59)      "Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari      semangat yang tidak pernah mengalah."
60) "Mengetahui perkara yang      betul tidak memadai dan bermakna jika tidak melakukan perkara yang      betul."
61) "Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin      sentiasa melakukan yang terbaik."
62) "Jadikan sebagai aturan hidup untuk melakukan yang terbaik dalam apa jua yang dilakukan, pasti akan menghasil kecemerlangan.
Wallahualam. ..
 
 
No comments:
Post a Comment