DIPUJA...bahan yang mengandungi rambut mangsa dibungkus dengan kain kuning.
KESAL...Rina ketika ditemubual wartawan Harian Metro.
KUALA LUMPUR: “Hampir setahun saya mengabaikan tanggungjawab kepada suami dan lebih teruk saya turut mengabaikan tanggungjawab kepada anak yang ketika itu berusia setahun kerana lupa semua itu.
  “Dalam ingatan hanya terbayang bekas teman lelaki dan jika boleh,  saya ingin bersamanya setiap masa walaupun ketika itu sudah mendirikan  rumah tangga,” kata wanita yang ingin dikenali sebagai Rina, 31,   mendakwa menjadi mangsa ‘dukun asmara’ mengakibatkan nafsunya hanya  terdorong apabila melihat bekas teman lelakinya.
  Menurutnya, dalam tempoh itu, dia langsung tidak ‘berminat’ apabila  melihat suami, sebaliknya perasaan itu bertukar setiap kali melihat  wajah bekas teman lelaki dan tambah teruk ketika menerima SMS daripada  lelaki itu juga turut membuatkannya ghairah.
 Katanya, dia   tidak menyangka lelaki itu menggunakan ‘cara halus’ sedangkan mereka   berpisah secara baik tanpa perselisihan faham dan dulu lelaki itu  beranggapan perpisahan mereka ketentuan tanpa menaruh dendam.
Rina berkata, dakwaannya terhadap lelaki terbabit dirasakan berasas selepas menjumpai botol kecil dibungkus kain kuning mengandungi rambutnya di dalam kereta bekas teman lelakinya ketika mereka keluar makan malam.
 






 
No comments:
Post a Comment