Sunday, December 4, 2011

Dapur tanah....(Keriang Pulau Blues 18)


...sebelum zaman pertenghan 80an, rumah aku belum gunakan dapur gas lagi. Masa tu masih gunakan dapur tanah, yang dibuat berupa para dan terletak temnpau untuk meletak kuali atau belangga ataupun cerek. bahanapi masa tu adalah kayu api. Dulu ada juga beberapa penduduk kampung yang mengusahakan menjual kayu apai secara kecil-kecilan. Kayu sayong iaitu kayu-kayu yang tidak diguanakan atau kayu lebihan daripada kilang kayu yang terdapat di jalan sungai korok dibeli oleh penduduk yang kemudiannya akan memontong mengikut saiz. kayu sayong ini juga dibeli oleh tuan-tuan rumah kenduri di asa musim kenduri. Jadinya jika dahulunya kita terlihat banyaknya kayu sayong dilonggokan di depan sesebuah rumah penduduk, ini menunjukkan rumah itu akan mengadakan kenduri kahwin tidak lama lagi.

Jika kita tidak berduit sangat, kita boleh juga mencari dahan-dahan kayu/pokok yang jatuh ke tanah, pelepah-pelepah kelapa dan sebagainya.

No comments:

Post a Comment