Sekian lama asyik menulis tentang Keriang Pulau Blues terfikir sejenak aku bahawa lebih elok aku menulis tentang kehidupan di KL ini. Tempoh hari aku balik menghantar anak dan isteri pulang bercuti di kampung. Aku sempat juga menjengah Kampung Keriang Pulau dan sempat pergi makan kenduri di rumah Abang Jalil Manap.Ramai jugak kawan lama dan orang-orang tua kampung yang aku jumpa. Malang sekali aku tidak dapat berjumpa dengan Abang Man Haron dan dia memaklumkan kepada aku bahawa dia ke Pulau Pinang kerana ada urusan keluarga.
Selesai urusan di kampung aku, malamnya aku sekeluarga meraikan harilahir isteri di Hotel Samila. Selepas itu aku pulang semula ke KL dengan menaiki bas ekspress Sani 2 tibgkat. Sampai di Jalan Duta pukul 5.30,..tanpa mahu membuang masa aku terus melangangi teksi berkupon. Alangkah terkejutnya, tambang dari situ ke Jalan Semarak adalah sebanyak Rm 28.00. Mak Oii , mahalnya. tentang bayaran charge midnite hour tu aku faham, tapi takkanlah sampai harga sedemikian rupa. Difahamkan oleh pemandu teksi, dia mengambil aku sebagai penumpang terakhir,..lepas tu dia nak balik ke rumah kerana habis giliran syif malam. Kalau nak tunggu syif biasa pula katanya jam 10-11 baru datang. Kalau kita jimat wang bolehlah tunggu tapi aku terpaksa langgan juga kerana tidak mahu datang lewat ke tempat kerja.
No comments:
Post a Comment