Saturday, March 24, 2012
Kuala Lumpur Blues 2 - Konsert artis Korea di KLCC
Malam semalam, aku bersama isteri menemani anak remaja kami yang kepingin tengok konsert artis Korea, Girl's Generation di hadapan KLCC sempena berlangsung lumba kereta F1 di Sepang. Yang menariknya, puluhan ribu peminat membanjiri tempat konsert itu bahkan terdapat juga penonton di bahu-bahu jalan raya. Penonton terdiri daripada pelbagai bangsa, Melayu, Cina, India(agak kurang) disamping bangsa asing yang lain. Tertanya dalam hati aku, dapatkah artis tempatan berbuat sedemikian? Jika penyanyi/kumpulan Melayu belu tentu dapat menarik bangsa yang lain. Begitu juga jika artis Cina, ianya belum tentu menarik kaum melayu dsbnya. Mungkin itulah fenomena K-POP.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment