Friday, November 12, 2010

"BERGURU"

..Semasa kita zaman kanak-kanak, kita telah dihantar oleh ibu bapa kita untuk mengaji Quran, ataupun istilahnya "Berguru". Dalam sebuah kampung, terdapat beberapa orang dewasa yang diiktiraf sebagai guru Quran.Mereka-mereka ini sebelumnya, pernah berguru dengan "guru-guru" mereka....Kita juga melalui pendidikan secara formal mulai umur 7 tahun diperingkat sekolah rendah, kemudiannya sekolah menengah, pengajian tinggi ..dan akhirnya kita pun menceburi bidang kerjaya. ..Ada juga dikalngan kita yang mengambil Master, Phd dsbnya..masa-masa inilah kita kurang berguru(secara perorangan). Kebanyakkan kita berguru dengan buku-buku ilmuan terdahulu, rujukan internet dsbnya.
..Terdapat kejadian baru-baru ini dimana seorang anak dikatakan telah terpengaruh dengan buku yang dibacanya..dan telah menetak ibunya dengan kapak. Sejauh mana kebenaran yang dikatakan punca kejadian itu tidak diketahui. Namun adalah lebih baik kita berguru secara perorangan, bukan hanya membaca dan mengamalkan apa yang terkandung dalam buku.
..Memetik apa yang dikatakan oleh seorang ulama, "celakah seseorang itu jika menuntut ilmu tanpa berguru".

No comments:

Post a Comment