Thursday, November 25, 2010

"Lembut seperti air tetapi berkuasa"..

Suatu ketika dahulu, sekitar zaman 70an dan 80an, Radio 1 RTM ada menyiarkan Panggung Sandiwara, sebuah rancangan drama radio yang disiarkan pada hari Ahad jam 130 tengahari. Hari Ahad memang hari bekerja atau bersekolah bagi negeri KEDAH. Aku masih ingat lagi dimana pada setiap hari Ahad, aku akan bergegas puylang ke rumah setelah tamat waktu belajar semata-mata tidak mahu terlepas rancangan Panggung Sandiwara itu.
Antara pelakun yang sering "meminjamkan suara" dalam Panggung Sandiwara ini ialah Sherkawi Jirim, Omar Abdullah, Rubiah suparman, ahmad tarmimi siregar dan ramai lagi(takingat).

Namun begitu aku tertarik dengan sebuah drama yang mana pelakonnya ada mengeluarkankata-kata: "Lembut seperti air tetapi berkuasa"...begitulah kesan air...walaupun lembut tetapi jika datang begitu banyak boleh memusnahkan segalanya. Contoh, tsunami dan banjir.

No comments:

Post a Comment