Monday, November 15, 2010

Pemuzik Jalanan

Pada bulan Ramadhan yang lepas, ketika menemani isteri membeli-belah kain baju persiapan hari raya, di Bangunan GLOBE Silk Store Jalan TAR, terpaku aku mendengarkan suara nyanyian pemuzik buta yang bermain keyboard dengan diiringi pasangannya yang juga buta bermain tamborin. Bukan lagu sebarang lagu. Kita ingatkan mesti diorang nih nyanyi lagu-lagu pop yeh-yeh ke, P Ramlee ke....rupanya tidak. Lagu "YANG" yang dipopularkan oleh WALI Band brader. Fuhh best...terpegun aku.

Seuatu ketika dulu, pernah aku juga melihat seorang pemuzik buta lelaki melayu yang bermain gitar akustik,.tapi belasah lagu-lagu Blues brader...best. Tapi yang ni aku tengok kat Pasar Chow kit (tempat jual buah-buahan).

Sekali fikir satu cara untuk kita menolong mereka ini daripada meminta sedekah yang pendapatan tidak sseberapa itu (ikut belas ihsan) ..apa kata sesiapa juga yang menganjurkan Malam mesra syarikat atau jabatan ..menjemput mereka-mereka ini. Dapat juga memberi income yang lebih.

No comments:

Post a Comment