Friday, April 15, 2011

Filem The TRUMAN SHOW


Suatu ketika dahulu, Filem The TRUMAN SHOW lakunan Jim Carrey, memaparkan kisah seorang lelaki yang sejak awalnya(lahir) telah "berlakon" dimana semua orang yang wujud dalam dunia lelaki itu adalah pelakon, termasuklah isterinya sendiri. Apa yang menarik, ialah lelaki ini hidup dalam suatu studio besar, dipenuhi dengan ribuan kamera, membuatkan setiap pergerakkannya di rakam dan ianya dijadikan jalan cerita, seakan siri soap opera tv. Dalam filem itu, digambarkan juga "pelakon-pelakon" berpusu-pusu ke bar yang mempunyai tv, untuk melihat perjalanan hidup lelaki itu. Ada juga pelakun yang melakukan watak ayahnya mati dipukul ombak ketika ke laut(juga dalam studio besar itu. Dipendekkan cerita lelaki itu akhirnya dapat tahu bahawa beliau adalah sebahagian dari siri lakunan tv, bahan ujikaji pengarah siri tv.

Apa yang menariknya ialah dunia sekarang pun apa kurangnya, telefon bimbit pun dah berkamera, kamera digital yg canggih-manggih, CCtv dipasang dimana-mana, jalan raya, tempat-tempat ragut dsbnya..termasuklah bilik-bilik hotel. Terpulanglah kepada kita untuk menilainya. Tapi yang pasti, TUHAN merlihat apa yang kita buat. Di akhirat nanti kita akan di"flashback"kan balik seperti yang terakam dalam kamera-kamera itu...

No comments:

Post a Comment