Friday, April 8, 2011

Liverpool Sah Datang Ke Malaysia

08/04/2011 8:38 am

Akhirnya dapat juga pengesahan dari kelab Liverpool. Liverpool akhirnya mengesahkan datang ke Asia pada musim panas nanti untuk jelajah pra musim yang akan ditaja oleh Standard Chartered. Destinasi yang dituju semameng termasuk Malaysia. Adekah ini bermaksud penyokong The Reds ramai di Malaysia? Selain itu, China dan Korea Selatan juga menjadi destinasi mereka.

Ramai yang tau, Reds yang mempunyai peminat yang sangat ramai di Asia. The Reds pernah membuat jelajah selama 10 hari di Thailand dan Singapura pada 2009. Kuala Lumpur menjadi destinasi kedua dalam lawatan ke Asia dan akan ke Seoul untuk perlawanan terakhir. Kesemua jelajah itu berlaku dalam bulan Julai.

Pada Tahun 2010, tiada lawatan pada musim panas kerana adanya Piala Dunia. Tetapi kini pasukan- pasukan ternama akan mengadakan jelajah untuk mendekati peminat di selruh dunia.

No comments:

Post a Comment