Tuesday, May 31, 2011

Jogging di Tasik Perdana, KL

Sejak akhir-akhir nih, aku dah ketagih berjogging di Taman Tasik Perdana, KL. Dulu-dulu aku dok jogging sekitar Taman Tasik Titiwangsa saja. Ada seorang kawan pernah beritahu aku bahawa jogging di Tasik Perdana adalah lebih baik kerana bentuk mukabuminya yang berbukit-bukit, memudahkan kita berpeluh dengan cepat. Selain itu banyak pokok hijau berbanding tasik TitiWangsa yang "flat sahaja".
Ada satu tangga menuju ke Memorial Tun Abdul Razak menjadi tempat aku mengeluarkan peluh. Bayangkan untuk naik ke puncaknya kita berpeluh-peluh dan tercungap-cungap....Fuhh..memeang best.."no Pain No gain"...cabaran aku adalah untuk turunkan berat badan"..Insyallah aku akan cuba panjat setiap hari berkelapangan. Tadi dah buat 2 kali pusingan turun naik.

No comments:

Post a Comment